Sunday, March 1, 2009

MACAM-MACAM BERITA SEKEMBALI DARI UMRAH


ASSALAMUALAIKUM WMT. Salam untuk semua surfer blog politikpbt. Agak janggal bila kembali ke tanahair dan memulakan geraktari jari jemari ini di papan keyboard komputer. Bukan sebab lupa abjad A,B,C,D..tetapi fokus selama sebulan yang lalu, hanya untuk Makkah dan Madinnah. Rakan taulan sering SMS dan Email selama berada di sana. Banyak perkembangan sebulan yang lalu di tanahair terutama Kedah, negeri di bawah payung KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim.
Kepada para surfer sekelian yang tidak jemu menghulurkan warkah berita kepada admin -JUTAAN TERIMA KASIH.
Sehari di rumah, saya dikunjungi ramai rakan- Rakan agama, rakan politik, rakan putaq alam, rakan hipokrit, rakan egosm, rakan pancing, rakan KFA, rakan internet, rakan majlis daerah/bandaraya dan sebagainya. Bertukar pandangan dan maklumat penting supaya maklumat yang diterima benar-benar sahih dan bukan 'cut and paste'. Yang saya takut berita sensasi dan panas pemimpin UMNO, PKR, PAS, DAP. Banyak sumber, banyak maklumat, banyak gambar SMS, banyak fitnah bertaburan.
Untuk kali ini salam dan terima kasih saya kepada semua yang sering bertanya khabar!