Tuesday, September 23, 2008

TSUNAMI TANJUNG PIAI

Berani Berubah?



Tsunami 'Berani Berubah' Landa Tanjung Piai


Written by Bagong Perkasa
Sambutan luar biasa hampir 400 orang terhadap Majlis Moreh di Tg Piai bersama Dato' Mukhriz Tun Mahathir yang merupakan Exco Pemuda UMNO Malaysia yang juga calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia jelas menunjukkan Pemuda UMNO Johor terutamanya Pemuda UMNO Tanjung Piai dan Pontian benar-benar sudah bersedia untuk berubah demi kembali merelevankan UMNO. Rata-rata yang hadir begitu terpegun dengan ucapan yang disampaikan dan seakan tidak mahu meninggalkan majlis yang bermula jam 10 malam dan berakhir hampir jam 1 pagi dalam dewan yang penuh sesak hingga ramai yang tidak dapat masuk.
Ucapan Dato' Mukhriz yang dianggap terbaik dalam siri penjelajahannya ke seluruh negara banyak berkisar tentang kesedaran yang perlu ditanamkan oleh setiap Pemuda tidak mengira peringkat tentang hakikat bahawa jika Pemuda UMNO gagal dipulihkan maka badai tsunami yang ganas akan menghancurkan UMNO dan BN pada pilihan raya akan datang.
Menurut beliau adalah menjadi tanggungjawab semua pemuda UMNO untuk terus menyuarakan pendapat, berganding bahu dan bekerja keras tanpa mengharapkan imbuhan untuk sama-sama kembali mendengar masalah rakyat sama ada dalam konteks politik, sosial dan ekonomi agar rakan-rakan yang ahli dan bukan ahli UMNO akan datang menghampiri parti UMNO yang semakin terpinggir ini. Pemuda harus cermin kepada diri sendiri lalu berubah sikap menginsafi perjuangan UMNO yang sebenar.Beliau berkata lagi Pemuda harus berfungsi sebagai pendesak kerana itulah aspirasi yang dimahukan oleh akar umbi dikala ini. Sebagai pemimpin adalah menjadi tanggungjawab untuk terus bersuara membela nasib rakyat dan tidak harus sesekali meminggirkan suara mereka kerana jika mereka rasa terpinggir mereka pasti akan mencari alternatif lain yang lebih terbuka.Dalam ucapan beliau kali ini beliau banyak membawa beberapa cerita-cerita yang begitu menyentuh hati seperti kehancuran Politik Maluku dan kegawatan ekonomi 1997/1998 yang membuat hadirin terpegun seolah-olah tidak menyedari Dato' Muhriz telah berucap di rostrum selama lebih 2 jam.Maljis yang hadiri oleh pemimpin-pemimpin Pemuda cawangan di Bahagian Tg Piai dan Pontian ini juga turut disertai oleh calon-calon yang telah menang tanpa bertanding antaranya Ustaz Shahrin (Tebrau), sdr Azizul(Batu Pahat), Sdr Halim (Tenggara). Selain itu hampir separuh calon Ketua Pemuda negeri Johor turut hadir antaranya sdr Ali Mazat (Kulai), Noor Nekman(JB), Hj Zulkifli(Pontian), Zaidi Majid (Ledang) dan ramai lagi.Dalam pada itu Saudara Hafiz Bin Hj Barkawi yang merupakan calon Ketua Pemuda Tanjung Piai ketika ditemui merasa terharu dengan sambutan yang diberikan terhadap majlis berkenaan. Beliau juga dengan lantang menyatakan pendirian untuk selari dengan perjuangan yang dibawakan oleh Dato' Mukhriz untuk membangkitkan paradigma 'Berani Berubah' membetulkan kembali wadah perjuangan Alif, Ba, Ta UMNO demi kepentingan Islam, Orang Melayu dan Negara Malaysia yang tercinta.Semoga semangat dan sokongan 'Berani Berubah' yang begitu kuat di Johor yang merupakan kubu kuat UMNO ini menjadi icon kepada kesedaran 'Berani Berubah' di seluruh Malaysia. Pemuda UMNO Johor harus sekeras-kerasnya menolak 'Setia Kroni' yang menjadi icon penolakkan akar umbi.


Monday, September 22, 2008

HARGA MINYAK: BILA NAK DITURUNKAN?

Utusan malaysia 22hb. September 2008 memetik harga minyak mungkin akan diturunkan pada kadar 30 sen. Dato Shahrir menjelaskan, sebelumharga minyak diturunkan, kerajaan perlu menilai dahulu nilai ringgit. Nilai ringgit sekarang telah jatuh berbanding dengan Dolar Amerika pada kadar 3.42 sedolar. Saya terbaca dalam blog mykmujohor, tulisan bmyidaman mengenai flipflop Dato shahrir dan PM berkaitan menaikkan dan menurunkan harga minyak.

Setelah berjanji sebelum ini bahawa harga minyak akan diturunkan apabila mencecah USD99 setong, kini keputusan itu di flip flopkan lagi dengan kenyataan, penurunan harga minyak perlu melihat kepada nilai ringgit. Apakah isu global harga minyak ada kaitannya dengan Oktober 9, dimana Pak Lah perlu membuat keputusan sama ada mengundur diri untuk memberi laluan kepada Dato Najib menerajui BN? Mungkinkah harga minyak selain ditentukan oleh pasaran global, ianya juga ditentukan oleh PASARAN POLITIK NEGARA.? Dato Shahrir dalam Utusan Mingguan yang lalu, berkata bahawa beliau sanggup digelar FlipFlop akibat keputusan menaik dan menurunkan harga minyak sebelum ini, asalkan ianya memberi kebaikan kepada semua pihak. Persoalannya, apakah perlu flip flop untuk membuat keputusan, seolah-olah tidak berfikir dan tidak mengambil kira keresahan rakyat dahulu sebelum menaikkan harga minyak?

Jangan jadikan harga minyak sebagai alat untuk menaikkan politik peribadi. dan janganlah pula harga minyak ini ada kaitan dengan Oktober, 9.