Sunday, October 19, 2008

PM BIDAS MAHATHIR

Apabila scenario pencalonan oleh bahagian-bahagian minggu kedua ini, menggambarkan pencalonan DS Najib, DS Muhyiddin, Dato Mukhriz, Dato Dr Khir Toyo, Dato Shafie Afdal, DS Rafidah, Dato Hishamuddin mula menunjukkan gelombang reform yang sebenar-benarnya dari grassroot, maka timbullah pula kegusaran PM kita. Apa pun, oleh kerana berita ini diterbitkan dalam utusan malaysia dan dipetik dari Bernama, maka para pembaca tidak tahu hujung pangkalnya. Perlu suffer meneliti lebih dalam persoalan-persoalan yang terkandung dalam berita ini...Benarkah ini yang keluar dari mulut Pak Lah? Apakah sebenar-benarnya yang dikatakan oleh Tun Mahathir? Adakah Pak Lah telah meneliti kata-kata Tun, atau terus membuat kenyataan tanpa usul periksa? Adakah kenyataan Tun diputar belit oleh Spin Doktor yang memaklumkan kepada Pak Lah, maka kata-kata Tun menjadi amarah dan panik Pak Lah? Dalam Blog Chedet, saya tidak menemui ayat-ayat Tun menyatakan," MENGUSIR ORANG-ORANG ABDULLAH PADA PEMILIHAN MAC DEPAN". Kepada yang terasa pedasnya cili, janganlah cepat melatah. Bukankah kita selalu terbaca dan mendengar bahawa Pak Lah selalu terbabas kata bila buat kenyataan? harap-harap kenyataan kali ini tidak lagi terbabas...Belajar untuk mengenalpasti dan meneliti dahulu, barulah membuat kenyataan. Jangan ikut rentak soalan provokasi wartawan atau hanya mendengar dari orang kanan dan kiri sahaja. Orang -orang ini belum tentu membawa maklumat yang sebenarnya. Apa pun kita tunggu kenyataan Tun pula...


KOTA KINABALU 18 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) parti yang menentukan “siapa yang perlu berada dalam parti UMNO dan siapa yang perlu dikeluarkan”.
Perdana Menteri berkata, UMNO tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.
“Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang UMNO apa yang patut dilakukan?
“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu... orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” katanya pada persidangan akhbar di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini malam ini.
Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan UMNO “mengusir orang-orang Abdullah” dalam pemilihan parti itu Mac depan.
“Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik...orang yang tidak pernah membuat baik untuk UMNO dan kerajaan.
“Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli UMNO, mengajar ahli UMNO bergaduh sesama sendiri,” katanya.
Abdullah berkata, beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.
“Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.
“Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan. Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam UMNO,” kata Abdullah.
Menurut Perdana Menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.
“Inikah “reform” yang diharapkan...Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli UMNO ada kebebasan untuk bertanding.
“Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik...Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.
“Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding... tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya,” katanya.
Dalam hal ini, anggota UMNO tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.
“Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini,” katanya.
Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan.
“Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.
“Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.
Abdullah berkata, beliau telah menerangkan sebab beliau memerlukan masa yang dipersetujui antara beliau dan Najib, antaranya, terdapat perkara berkaitan dengan reform yang beliau hendak laksanakan dan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat.
“Apakah dia takut reform? Apakah dia tidak mahu reform? Apakah ini sebagai satu langkah untuk menggagalkan usaha-usaha sedangkan reform itu dikehendaki oleh rakyat.
“Saya dimarah oleh rakyat kerana tidak memenuhi janji. Sebab itu ada dalam manifesto 2004 apabila saya bertanding, apabila kita memenangi pilihan raya pada 2004 dengan sokongan yang kuat.
“Mengapa pula dia mencadangkan seperti itu? Ertinya nak menggagalkanlah.
Nak menggagalkan saya atau menghalang saya mengambil tindakan-tindakan yang saya telah usahakan.
“The point is that there is an agreement. Dah setuju. Mengapa mengungkit lagi?
Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia,” katanya.
– Bernama

CERPEN: Wahyu Buat YB K


Written by Another Brick In The Wall

Beli tidak menjadi. Pujuk rayu tidak layu. Tipu helah menjadi parah. Serba salah.Sepanjang pagi Isnin, YB Khairul atau dipanggil ramai YB K merenung patung kuda hitam di atas meja. Di dalam tangan tergenggam lama shaker garam. Hidangan kopi Hawaiiian Blue Mountain yang mahal dihidang Norin isteri tersayang masih belum dijamah-jamah lagi.Dari sejak balik malam sampai ke pagi, otaknya masih belum berhenti berfikir dan hatinya belum reda bergolak. Terperanjat, marah dan runsing. Badannya sepatut penat tetapi masih belum dapat tidor yang puas.“Honey, honey … you’ve been staring at the kuda hitam with the salt shaker in your hand for two hours. You are due at Parliament. You don’t want to be not seen appearing. Snap out of it!”Suara Norin menyedarkan YB K dari lamunan. Norin sudah lali dengan gelagat ahli politik.
Sepanjang hidupnya dia melihat ayah turun naik dalam politik“I must have dozed off. Penatlah sayang,” YB K berhelah.Mulutnya masih berat hendak berkata-kata. Sebenarnya telor goreng scramble telah ditabur-tabur banyak garam, tapi masih lagi tawar.“Mikael sudah bangun? I nak cium dia sebelum pergi Parlimen.”Sambil melangkah ke bilik dining, Norin teriak dengan agak terkawal kuatnya, “Shhh ... Dia masih tidor lah bang. Baru pukul berapa.”Kalau Mikael bangun, susah dia nak buat kerja. Maid tengah sibuk basuh dua beg baju kotor YB K di belakang.
-------------------------------------
Dalam perjalanan ke Parlimen, YB K tidak henti sedang berfikir mencari jalan untuk langkah seterusnya yang harus dilakukan. Dia duduk di belakang dalam kereta Toyota Land Cruiser KJ 10Q. Sewaktu musim-musim pemilihan parti, dia simpan Kereta Volvo X90 berlesen NBK 10. Letih hendak mengelak dipanggil penganggur terkaya.Selalunya apabila ke Parlimen dan mana-mana urusan rasmi, Qausabil terpaksa kelihatan macam pemandu.“Susah kita brader.” YB K memulakan perbualan.“Rasanya kita kena fikirkan untuk cuba nombor dua.”Diam sahaja Quasabil.“Kalau ada pencalunan Naib, kita boleh kasi orang semua meneka permainan kita. Jali is no match. Rizar Nana tu monyet budak Universiti tempatan akur cakap kita. Without me, he is finish.”“Sambil tu, biar kita teruskan pencalunan for Ketua. But I will say, I leave it to grassroot.”Quasabil bertanya, “Look that Javanese Dr Kafi Johari is closing on you. He is just 7 shy. He is grassroot. See how worked up Gelang Patah and …. what that Division when we did a number on them. Mokhlis is like a steamin Obama. Will that take our eye of the ball, Cheap?”“I’ll accept the fact Mokhlis is Manchester United leading by 10 points. It may seemed like Arsenal, Chelsea and Liverpool competiting with each other and that only strengthen Man U’s lead. But this Pemuda politics! They are not heartless pro as English footballer.”“I don’t get you, Cheap,” Quasabil bertanya.“Man U are so professional that even after clinching the EPL, they would obliterate the bottom table team at the last game of the season. Not Pemuda and not when Mokhlis secured minimum requirement. They will let up.”“Kau tahu buat muka kesian?” Quasabil bertanya.“Aku sedar kita dapat menang Bandar Tun Abdul Razak kerana buat muka kesian and merayu. Rupanya oreng Melayu boleh ubah keputusan apabila kita buat muka kesian dan nampak macam mangsa. Very irrationally emotional race!”“Glad you finally realised. I’ve been hinting to you all along.” Quasabil lega sambil kereta masuk ke perkarangan Parlimen.“Quasa … jangan lalu di pintu utama. Kita letak kereta jauh-jauh and jalan. Biar nampak saya tidak dapat layanan istimewa.”Betul dia sudah faham, bisik Quasabil dalam hati.“Mokhlis will falter next week onward. If he doesn’t we will make him falter. Next time I will sit in front with you."
----------------------------------------
“Kita perlu dapat cukup pencalunan saja untuk bertanding. Lepas ini ada lima bulan. Only I can afford to maintain the 600 delegates till March 2009. Not even Mokhlis and Dr Khafi,” YB K membuat arahan dengan angkuh sekali kepada “tentera” kempen 10 orang dalam Mesyuarat.“Jadi kolum NST to hanya decoy saja?” Man Tayla berkata.“Ya, kita kena buat muka kesian di hadapan. Belakang biar saya uruskan sendiri.” Kalimuttu menjawab.“Kamu semua kena buat cerita seolah-olah Mokhlis belanja RM10 juta untuk dapatkan pencalunan begitu banyak dan cepat macam Anwar Ibrahim,” YB K menerangkan rancangannya.“Tapi jangan sebut bahagian Mokhlis menang.”Dr Vincente Lee mencelah, “Yes definitely. We have to avoid any backfire. Bloody goody goody botak. Mention divisions Dr Khafi won.”“Betul Cheap. Kita kena teruk. Mana ada usul akarumbi dari floor, kita kalah. Kita tak cukup ruthless untuk blok." Timbalan Menteri Dato Wan Feris bersuara. Dia menyambung, "Tempat yang kita kuat macam bahagian yang ada Ketua Pemuda Negeri dan Menteri macam Kota Melaka, Pasir Gudang, Bentong, Kota Belud dan Langkawi pun kalah. Sampai Dato Abdul Rozhan Dahari di Tuaran kena mandi dan talqin.” “Baiklah. Saya tidak kira. Kita kena guna atah mertua. Saya sudah cakap dengannya. Abdillah Baduri akan turunkan wahyu. Dia sudah talipon semua ahli-ahli Majlis Tertinggi, Ketua-Ketua Bahagian dan Menteri-Menteri untuk masuk campur dalam Mesyaurat Pemuda Bahagian masing-masing.”“Will that work, Cheap?” tanya Wan Feris lagi.“Dia sudah umum hendak undur. Sekarang orang tak sampai hati hendak terus kritik tindakan –tindakan dan kenyataannya. Kalau dia merayu mintak last favour, mereka akan tolong. … Senang dalam 50 pencalunan senang-senang”“Hey hey boy … get me another cup,” YB K arah messenger pejabat untuk bancuh satu lagi mug kopi untuknya.“Kita kena ingat antara yang menyebabkan kita kalah adalah kerana Ketua Pemuda Negeri selalu belasah Tun Dr Mamat dan Dato Mokhlis. Imej kamu satu masaalah juga. Persepsi kamu korup dan jual negara terlalu kuat.” katanya Dato Norzaini Ketot.“WTF ... when did I did all these? Its all perception game by bloggers and my political opponent. Proof those allegations! Proof proof … proof it!”“Apa benda kau marah-marah ni, boss? Hadapi kenyataan. Kita belum jawab betul-betul EDN Lire. Belum lagi urusan-urusan yang melibatkan Terasik.” Norzaini cuba meredakan kemarahan YB Khairul.Dato Zakri menyelit, “Sabarlah Cheap. I will deliver for you Putrajaya. Don’t worry!""There is a lot at stake for all of us . Off course, I am not looking at the option of Osman Tong take control of Tingkat 4 yet. We are a team but we do not know his true colour. That sly sonofabitch has been telling people he is distancing from us dan lying about us modifying his proposals.”“Okay okay … I am cool.” kata YB K.“Kita kena pakai psikologi terbalik. Timbulkan salah faham antara budak-budak Dr Khafi dan Mokhlis. Buat seolah-olah Mokhlis guna wang untuk menafikan Bahagian yang Dr Khazi yakin dapat. Mungkin dengan semua menyerang pendahulu, kita dapat lakukan seperti yang berlaku apabila Tan Sri Mohideen kalah dari kedudukkan nombor satu Naib Presiden.”Dalit dari Kelantan mencelah,”Okay lah. Ambo dah ambi kiro doh. Cumo nak peringat. Jange lupo selamat ke Keluang dan Pulai. Mapuh dema. Takut sentimen dan cerita salahlaku demo di Johor Baru dan Gelang Patoh bule kena balik kak kito.”“Tempak-tempak mace Bukit Mertaje, dan kawasan yang oghe-oghe Abdillah nak bantu doh oghe tahu. Takut kena balik.”“Kalau kita buak ganah mace di Sekijang, bayar seorang perwakilan RM5 ribu. Kita menang situ dari YB Aiyubi tapi tempat lain macam mana? Takut kena baik. Takut kena balik …”
-------------------------------------------
“... Takut kena balik. Takut kena balik. Takut kena balik.” Beulang-ulang kata-kata akhir Dalit bergema dalam kepala YB K.Tiba-tiba YB K sedar dirinya sedang dalam Mesyaurat Pemuda Rembau sedang bersidang. Seorang hadhirin bangun membuat usul mencalunkan Mokhlis. Lalu YB K bangun dan menjerit menahan pencalunan itu. “Saya belum dapat satu pencalunan dari Negeri Sembilan. Jangan malukan saya. Usul itu tidak dibenarkan!”Dengan tiba-tiba seorang perwakilan berlari ke arahnya. Dia hanya kaku melihat sebilah keris datang menikamnya. Dengan badannya berlumur darah, dia mendengar seluruh dewan bersorak-sorak … Hidup Melayu! Bunuh Pengkhianat!YB K terkejut dari mimpi. Mengigil sejuk badanya. Peluh sejuk mengalir dari dahinya.Dengan keadaan panik dia gugah kejut isterinya yang tidor sebelah babycot Mikael sambil menjerit-jerit menangis, “Pindah Perth besok sayang. Mari kita pindah Perth besok sayang ...!!!”
* Hanya meniru cerpen Politik Baru YB J Utusan Malaysia

Thursday, October 16, 2008

ENJIT-ENJIT SEMUT SIAPA SAKIT NAIK ATAS...

Tidak sampai 2 hari harga minyak negara diturunkan kepada RM2.20 seliter bagi petrol dan diesel, harga minyak dunia turun merudum lagi. Tapi penurunan kali ini, akan mencabar sama ada Dato Shahrir Samad akan mengotakan janji atau bermain wayang lagi. Dalam utusan Maaysia Dato Shahrir menyatakan bahawa, harga minyak negara boleh diturunkan kepada RM1.92 sekiranya harga minyak dunia tutun ke paras USD72 setong. Adakah ini membayangkan, harga minyak akan diturunkan lagi? Atau sekadar retorik, menyedap telinga rakyat mendengar?
Apa pun perbahasan hari ketiga dan seterusnya di parlimen, seharusnya membawa isu-isu konkrit mengenai penurunan harga minyak. Yang Berhormat-Yang Berhormat yang bijank membahas, tidak kiralah Bung Mukhtar, Dr Fuad Zarkashi, Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim atau Ibrahim Ali, seharusnya membawa hujah yang profesional bagi membincang penurunan harga minyak dan barang dan perkhidmatan. Yang jelas masing-masing masih dengan tuduh menuduh hal-hal berkaitan politiking mereka.
YB Dato Shahrir juga harus bingkas dan proaktif bagi menangani isu barang dan perkhidmatan yang tidak turun-turun harganya. Rakyat masih memandang serius dengan perkembangan harga minyak dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang tidak turun lagi. Kita tidak dapat meramalkan apakah harga minyak dunia ini akan terus kekal diparas sekarang atau akan naik semula kerana sebagai rakyat jelata, kami tidak pakar dalam hal ini. Dan sebab inilah YB-YB dilantik untuk mewakili rakyat untuk berkata dan berjuang untuk rakyat. Janganlah pula rakyat akan kempunan merasa harga minyak RM1.92 waktu ini kerana kelewatan YB-YB dan Dato Shahrir bertindak menurunkannya. Saya katakan Dato Shahriri kerana pengawalan harga di Malaysia dibawah bidang kuasa kementeriannya, walaupun Jawatankuasa kabinet Mengatasi Inflasi akan membincang dan memutuskannya. Soalnya, menteri mana yang akan membawa perkara ini ke Jawatankuasa? Sudah tentu Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal pengguna.
Dalam riuh rendah negara berpesta dengan Perhimpunan Agung UMNO - GERAKAN - MCA, nampaknya masalah rakyat mengenai harga barang keperluan dan perkhidmatan yang naik dan tak turun-turun lagi, telah hilang di kepala menteri-menteri dan YB-YB. Sudah tentu menteri-menteri lain tidak akan melepasi garis 'territory' kementerian Dato Shahrir.
Rakyat dan pemimpin sedang bermain enjit-enjit semut, tetapi yang naik atas adalah Dato Shahrir dan para peniaga sedangkan yang sakit adalah rakyat tetapi masih dibawah.

HARGA MINYAK DUNIA TURUN LAGI!!

Code for Crude Oil Dashboard: "Crude Oil
$73.09
▼1.45 1.95%
23:32 PM EDT - 2008.10.15"

Wednesday, October 15, 2008

RELEVENKAH RM2.20 SELITER

Setelah diasak bertalu-talu oleh rakyat agar Harga Minyak Petrol dan Diesel diturunkan, akhirnya kerajaan mengambil pendekatan menurunkan harga minyak, walaupun bulan oktober belum berakhir. Lazimnya, pendekataan kerajaan apabila menurunkan harga minyak pada hujung bulan atau awal bulan. Harga minyak dunia telah jatuh keparas USD82 setong dan sehingga kini penurunan harga minyak (sebanyak 3 kali) berjumlah 40sen. Relevenkah 40sen ini berbanding penurunannya sebanyak USD65 (jumlah tertinggi USD147 - USD82 (sekarang))? Jika suatu ketika dahulu, harga minyak RM1.92 adalah pada harga minyak dunia USD90.00, MENGAPA pada harga minyak dunia USD82, harga minyak Malaysia RM2.20? Menurut Dato Shahrir harga minyak Malaysia boleh dikurangkan kepada RM1.92 apabila pasaran minyak dunia turun kepada USD72 setong. Apakah kita sedang diwayanggambarkan dengan fakta yang betul atau fakta agak-agak?
Minyak turun lagi
Oleh HAMDEN RAMLI

PUTRAJAYA 14 Okt. – Kerajaan menurunkan lagi harga bahan api sebanyak 15 sen bagi petrol dan 20 sen bagi diesel, iaitu penurunan kali ketiga dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.
Dengan penurunan harga minyak hari ini, bermakna dalam tempoh tidak sampai tiga bulan kerajaan telah menurunkan harga petrol sebanyak 40 sen seliter berbanding harga RM2.70 seliter pada Jun lalu.
Dalam tempoh yang sama, harga diesel pula telah mengalami penurunan 38 sen berbanding RM2.58 sen seliter ketika harga minyak dinaikkan Jun lalu.
Dalam satu langkah untuk mengurangkan beban rakyat dan menyelaraskan harga bahan api di Malaysia dengan penurunan harga minyak di pasaran dunia, kerajaan mengumumkan harga baru petrol dan diesel itu akan berkuat kuasa esok.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan berkata, mulai esok harga runcit petrol RON97 dikurangkan 15 sen iaitu daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter.
Harga diesel diturunkan sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 seliter kepada RM2.20 seliter manakala pada masa sama, harga petrol RON92 pula dikurangkan sebanyak 10 sen seliter daripada RM2.30 seliter kepada RM2.20 seliter.
Abdullah berkata, kerajaan membuat keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit bahan api berikutan harga minyak dunia telah menurun dengan ketara akhir-akhir ini.
“Penurunan itu juga bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera,'' kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Harga minyak di pasaran dunia kini berlegar sekitar AS$77 dan AS$80 setong berbanding hampir AS$140 setong pada Mei lalu.
Perdana Menteri berkata, harga baru petrol dan diesel itu merupakan pelarasan harga ketiga dilakukan sejak kerajaan menaikkan harga minyak buat pertama kalinya pada pertengahan tahun ini.
Ketika itu harga petrol ditetapkan pada RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.
Selari dengan penurunan harga minyak mentah dunia, kerajaan membuat pelarasan pertama pada 23 Ogos lalu menyaksikan pengurangan harga sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55.
Bulan lalu, kerajaan menurunkan lagi harga petrol sebanyak 10 sen menjadikan harga runcit petrol RM2.45.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad baru- baru ini berkata, kerajaan mungkin dapat menurunkan harga petrol ke paras RM1.92 seliter jika harga minyak di pasaran dunia jatuh di bawah paras AS$72 setong.

Sunday, October 12, 2008

HARGA MINYAK : usd77/setong...!!


oleh SuKJ
Kebijaksanaan dan kesabaran adalah 2 elemen penting untuk menjadikan seseorang itu sebagai Pemimpin yang berwibawa untuk memimpin sesebuah negara.Pemimpin yang bijaksana bukan memikirkan apa akan berlaku pada hari ini, tetapi beliau berfikir dan nampak apa yang akan berlaku untuk tempoh 3 ke 5 bulan yang akan datang?Disitulah terletaknya perbezaan yang amat ketara diantara pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan Pakatan Rakyat(PR).
Dimana pemimpin-pemimpin UMNO hanya memikir apa yang akan berlaku hari ini. Sedangkan Pemimpin PR yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berfikir dan nampak apa akan berlaku pada hari esok, bulan depan dan tahun depan.Sebenarnya kita tidak boleh menafikan apa yang telah dinyatakan oleh DSAI dalam debat 'isu minyak' bulan Julai lepas memang 'benar'. Beliau telah menyatakan bahawa jika PR dapat menubuhkan kerajaan, maka harga minyak akan diturunkan 0.70sen/ltr. Jadi sekarang adakah kenyataan DSAI itu hanya 'gimik', gula-gula atau 'benar'?Pada masa debat tersebut dijalankan harga minyak dunia ketika itu mencecah tertinggi USD152/setong. Maka kerajaan BN yang dipimpin oleh 'Parti Reput'(UMNO) telah mempertahankan kenaikan 0.78sen/ltr yang menjadikan harga petrol RM2.70 adalah wajar.Akibatnya harga barang-barang terus melambung dengan mendadak, semuanya menggunakan alasan harga minyak naik. Malah tukang gunting rambut yang tidak melibatkan petrol pun turut tumpang sekaki menaikan upah gunting rambut menjadikan RM6 ke RM7 satu kepala.Persoalannya kenapa kerajaan BN/UMNO tidak sabar?Bukankah selepas beberapa minggu sahaja selepas debat tersebut, harga minyak ternyata benar telah mula turun beransur-ansur seperti mana yang dijelaskan oleh DSAI. Malah pada hari ini 11.10.08 harganya tinggal USD77/setong.Ketika harga minyak dunia USD140 ke USD152/setong, harga petrol yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia RM2.70/ltr.
Jadi adakah munasabah untuk rakyat Malaysia membayar RM2.45/ltr seperti hari ini ketika harga minyak dunia kini cuma USD77/setong?Adakah kita ibarat monyet atau kera yang menunggu buah kelapa jatuh, barulah harga minyak akan diturunkan RM1.92/ltr. Kenapa tidak turunkan kepada RM2.00/ltr terlebih dahulu supaya seiring dengan pergerakan turun harga minyak dunia.Apa pun tindakan kerajaan BN yang diterajui oleh Pemimpin-pemimpin UMNO yang 'tidak sabar' telah benar-benar menzalimi rakyat Malaysia kerana kenaikan harga barang yang amat membebankan semua lapisan rakyat.Malah kerana faktor 'tidak sabar' juga, akhirnya Pak Lah telah ditekan supaya mempercepatkan peralihan kuasa kepada Datuk Najib. Walhal ia sepatutnya dilakukan pada 2010.Persoalan saya yang terakhir kepada Pemimpin-pemimpin UMNO yang sedang bergelut siapa menang dan siapa kalah.."Adakah harga barang-barang akan turut turun, jika kerajaan perturunkan harga minyak kepada RM1.92/ltr"
http://kedahlanie.blogspot.com/

Wednesday, October 8, 2008

PERLUKAH DIDESAK?

Berani Berubah?

Harga minyak dunia (sehingga 6.10.08) telah semakin turun hingga mencecah USD89.00 setong. penurunan harga minyak dunia ini, banyak yang tidak difahami oleh Rakyat Jelata terutama dikalangan rakyat di kampung-kampung. Di bandar dan pekan besar, mungkin ada yang memahaminya apabila di sebut harga minyak dunia telah turun kepada USD89 setong dan kaitannya dengan harga petrol dan diesal di pam-pam minyak di negara kita. Ketidakfahaman rakyat di kampung-kampung ini, amat menguntungkan kerajaan kerana tidak perlu bertungkus lumus untuk memberi penerangan. Jika diberi penerangan sampai orang kampung faham bimbang pulak nanti semua rakyat membuat tekanan kepada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Shahrir Samad, supaya minyak diturunkan sebelum 9 Oktober pula.

Rata-rata isu harga minyak dah ditenggelamkan dengan isu Perhimpunan Agung UMNO, Peralihan Kuasa dan perlumbaan menawar diri bertanding jawatan tertinggi UMNO dan entah apa - apa lagi. Politikus tetap dengan kehidupan politiknya dan tanpa kesudahan. Rakyat marhain dikempung pula tetap dengan kehidupan deritanya tanpa kesudahan. Mungkin derita orang kampung, berkesudahan apabila drama politik pemimpin dah dapat jawatan yang dikejar-kejar.

StarOnline pada 4,5 dan 6hb Oktober 2008, memaparkan kisah Harga Barang di Pasar Basah diluar bandar dan harga barang keperluan seperti ikan, sayur dan daging telah meningkat naik. Tapi bukankah harga minyak dunia dah turun? Bila ditanya kepada para peniaga, peruncit, peraih, pemborong dan pengeluar jawapan yang diberi adalah "harga minyak turun 10 sen sebelum Hari Raya tak memberi apa - apa kesan. Macamana mau kira transpot kurang 10 sen?". Berbanding dengan kenaikan minyak 3 bulan yang lalu, julatnya amat besar..75sen maka senang untuk mengira kenaikan harga barang.

Siapa perlu disalahkan? Tiada siapa-siapa...dan sudah tentu tidak ada seorangpun dari pemimpin Malaysia akan mengaku bertanggungjawab kenaikan harga minyak. Maka jika tiada mana-mana orang yang mengaku bertanggungjawab, kita kena berpegang kepada ASAS KEPIMPINAN. Ketua pemimpin perlu bertanggungjawab. Pak Lah dan dato Shahrir Samad perlu bertanggungjawab. Jangan lah pulak Pak Lah memberi alasan, keputusan harga minyak naik adalah dibuat secara kolektif oleh kabinet. Alasan ini dah biasa orang faham. Soalnya kenapa nak turunkan harga minyak tidak dibincangkan dengan segera oleh kabinet atau apa-apa aje. Jika menaikkan harga minyak 3 bulan yang lalu begitu pantas, seolah-oleh begitu effisiennya jentera pembuat dasar, mengapa tidak kali ini untuk menurunkan harga minyak.

Jika minyak diturunkan, adakah nilainya akan diturunkan sikit-sikit? mengikut amalan biasa kerajaan, sesuatu yang nak diturunkan harga akan dibuat sikit-sikit. Maka kesannya juga akan sikit terutama kesan menurunkan harga barang-barang keperluan yang lain, akan turun sikit atau mungkin tidak turun langsung atau mungkin lambat untuk diturunkan harga. Sejarah menunjukkan, harga minyak turun 15 sen dan 10 sen, tidak memberi kesan relatif kepada penurunan harga barang keperluan yang lain. Dato Shahrir perlu bingkas bangun untuk tengok dan bertindak kepada isu harga barang dan minyak yang memeritkan rakyat ini. Pak Lah juga perlu bingkas bertindak untuk menangani isu ini, lebih daripada hal-hal survival politik.