Tidak sampai 2 hari harga minyak negara diturunkan kepada RM2.20 seliter bagi petrol dan diesel, harga minyak dunia turun merudum lagi. Tapi penurunan kali ini, akan mencabar sama ada Dato Shahrir Samad akan mengotakan janji atau bermain wayang lagi. Dalam utusan Maaysia Dato Shahrir menyatakan bahawa, harga minyak negara boleh diturunkan kepada RM1.92 sekiranya harga minyak dunia tutun ke paras USD72 setong. Adakah ini membayangkan, harga minyak akan diturunkan lagi? Atau sekadar retorik, menyedap telinga rakyat mendengar?
Apa pun perbahasan hari ketiga dan seterusnya di parlimen, seharusnya membawa isu-isu konkrit mengenai penurunan harga minyak. Yang Berhormat-Yang Berhormat yang bijank membahas, tidak kiralah Bung Mukhtar, Dr Fuad Zarkashi, Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim atau Ibrahim Ali, seharusnya membawa hujah yang profesional bagi membincang penurunan harga minyak dan barang dan perkhidmatan. Yang jelas masing-masing masih dengan tuduh menuduh hal-hal berkaitan politiking mereka.
YB Dato Shahrir juga harus bingkas dan proaktif bagi menangani isu barang dan perkhidmatan yang tidak turun-turun harganya. Rakyat masih memandang serius dengan perkembangan harga minyak dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang tidak turun lagi. Kita tidak dapat meramalkan apakah harga minyak dunia ini akan terus kekal diparas sekarang atau akan naik semula kerana sebagai rakyat jelata, kami tidak pakar dalam hal ini. Dan sebab inilah YB-YB dilantik untuk mewakili rakyat untuk berkata dan berjuang untuk rakyat. Janganlah pula rakyat akan kempunan merasa harga minyak RM1.92 waktu ini kerana kelewatan YB-YB dan Dato Shahrir bertindak menurunkannya. Saya katakan Dato Shahriri kerana pengawalan harga di Malaysia dibawah bidang kuasa kementeriannya, walaupun Jawatankuasa kabinet Mengatasi Inflasi akan membincang dan memutuskannya. Soalnya, menteri mana yang akan membawa perkara ini ke Jawatankuasa? Sudah tentu Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal pengguna.
Dalam riuh rendah negara berpesta dengan Perhimpunan Agung UMNO - GERAKAN - MCA, nampaknya masalah rakyat mengenai harga barang keperluan dan perkhidmatan yang naik dan tak turun-turun lagi, telah hilang di kepala menteri-menteri dan YB-YB. Sudah tentu menteri-menteri lain tidak akan melepasi garis 'territory' kementerian Dato Shahrir.
Rakyat dan pemimpin sedang bermain enjit-enjit semut, tetapi yang naik atas adalah Dato Shahrir dan para peniaga sedangkan yang sakit adalah rakyat tetapi masih dibawah.
No comments:
Post a Comment