Berani Berubah?
Harga minyak dunia (sehingga 6.10.08) telah semakin turun hingga mencecah USD89.00 setong. penurunan harga minyak dunia ini, banyak yang tidak difahami oleh Rakyat Jelata terutama dikalangan rakyat di kampung-kampung. Di bandar dan pekan besar, mungkin ada yang memahaminya apabila di sebut harga minyak dunia telah turun kepada USD89 setong dan kaitannya dengan harga petrol dan diesal di pam-pam minyak di negara kita. Ketidakfahaman rakyat di kampung-kampung ini, amat menguntungkan kerajaan kerana tidak perlu bertungkus lumus untuk memberi penerangan. Jika diberi penerangan sampai orang kampung faham bimbang pulak nanti semua rakyat membuat tekanan kepada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Shahrir Samad, supaya minyak diturunkan sebelum 9 Oktober pula.
Rata-rata isu harga minyak dah ditenggelamkan dengan isu Perhimpunan Agung UMNO, Peralihan Kuasa dan perlumbaan menawar diri bertanding jawatan tertinggi UMNO dan entah apa - apa lagi. Politikus tetap dengan kehidupan politiknya dan tanpa kesudahan. Rakyat marhain dikempung pula tetap dengan kehidupan deritanya tanpa kesudahan. Mungkin derita orang kampung, berkesudahan apabila drama politik pemimpin dah dapat jawatan yang dikejar-kejar.
StarOnline pada 4,5 dan 6hb Oktober 2008, memaparkan kisah Harga Barang di Pasar Basah diluar bandar dan harga barang keperluan seperti ikan, sayur dan daging telah meningkat naik. Tapi bukankah harga minyak dunia dah turun? Bila ditanya kepada para peniaga, peruncit, peraih, pemborong dan pengeluar jawapan yang diberi adalah "harga minyak turun 10 sen sebelum Hari Raya tak memberi apa - apa kesan. Macamana mau kira transpot kurang 10 sen?". Berbanding dengan kenaikan minyak 3 bulan yang lalu, julatnya amat besar..75sen maka senang untuk mengira kenaikan harga barang.
Siapa perlu disalahkan? Tiada siapa-siapa...dan sudah tentu tidak ada seorangpun dari pemimpin Malaysia akan mengaku bertanggungjawab kenaikan harga minyak. Maka jika tiada mana-mana orang yang mengaku bertanggungjawab, kita kena berpegang kepada ASAS KEPIMPINAN. Ketua pemimpin perlu bertanggungjawab. Pak Lah dan dato Shahrir Samad perlu bertanggungjawab. Jangan lah pulak Pak Lah memberi alasan, keputusan harga minyak naik adalah dibuat secara kolektif oleh kabinet. Alasan ini dah biasa orang faham. Soalnya kenapa nak turunkan harga minyak tidak dibincangkan dengan segera oleh kabinet atau apa-apa aje. Jika menaikkan harga minyak 3 bulan yang lalu begitu pantas, seolah-oleh begitu effisiennya jentera pembuat dasar, mengapa tidak kali ini untuk menurunkan harga minyak.
Jika minyak diturunkan, adakah nilainya akan diturunkan sikit-sikit? mengikut amalan biasa kerajaan, sesuatu yang nak diturunkan harga akan dibuat sikit-sikit. Maka kesannya juga akan sikit terutama kesan menurunkan harga barang-barang keperluan yang lain, akan turun sikit atau mungkin tidak turun langsung atau mungkin lambat untuk diturunkan harga. Sejarah menunjukkan, harga minyak turun 15 sen dan 10 sen, tidak memberi kesan relatif kepada penurunan harga barang keperluan yang lain. Dato Shahrir perlu bingkas bangun untuk tengok dan bertindak kepada isu harga barang dan minyak yang memeritkan rakyat ini. Pak Lah juga perlu bingkas bertindak untuk menangani isu ini, lebih daripada hal-hal survival politik.
No comments:
Post a Comment