Wajahnya sekarang tidak segembira dulu seperti Desperado mat bunga. Mungkin Datuk M. Kayveas mula berpeluh dengan serangan-serangan N. Srimurugan peguambela Abdul Kudus. Jika sebelum-sebelum ini Kayveas seperti pakai baju kalis mahkamah, tetapi sekarang tidak lagi. Dulu beliau sukar untuk di sentuh kerana memegang Timbalan Menteri di JPM dan menjaga Undang-Undang dan mungkin dengan sebab itulah sukar untuk dipanggil menjadi saksi.
Beliau tidak boleh lagi menggunakan Modus Operandi untuk berpolitik. Abdul Kudus suatu ketika sudah habis modal dan 'menyerah nasib' kepada mahkamah dek baju kalis mahkamah Kayveas. Penulis berpandangan Modus Operandi Politik Kayveas, telah menyebabkan ada mangsa yang akan dikambinghitamkan. Penulis tidak bersetuju jika benar amalan rasuah yang dilakukan Kudus tetapi penulis 100 kali tidak bersetuju dengan Kayveas kerana beliau melontar batu dan sembunyi tangan. Apatah lagi selama hampir 4 tahun tidak dapat menjelaskan dengan fakta, hubungkait kes beliau dengan peranan Kayveas hanya disebabkan Baju Kalis mahkamah. 
Kes Abdul Kudus: Kayveas, peguambela bertikam lidah
13/01/2009 4:45pm
KUALA LUMPUR 13 Jan. - Perbicaraan kes rasuah bekas Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Kapt. (B) Abdul Kudus Ahmad di Mahkamah Sesyen Ampang tegang apabila saksi Datuk M. Kayveas dan peguambela bertikam lidah.
Hakim Noradidah Ahmad terpaksa berulangkali mengingatkan saksi dan peguam N. Srimurugan untuk menghormati mahkamah dan tidak menjerit serta mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak ada kaitan dengan pertuduhan.
Prosiding hari ini mula menjadi tegang apabila Srimurugan menanyakan Kayveas mengenai kenyataan-kenyataan akhbar oleh beliau mengenai perbuatan kononnya seorang pegawai penguatkuasa MPAJ menerima rasuah RM70,000 sebulan. - Bernama
No comments:
Post a Comment