Pada tahun 2006 kayveas menggunakan kes Abdul Kudus, Pengarah Penguatkuasa MPAJ. Beliau menuduh Abdul Kudus menerima rasuah dengan menggunakan media malay mail menerusi 4 keluaran lapuran yang dikeluarkan oleh beliau sendiri. Cubalah anda bayangkan, adakah Pengarah Penguatkuasa MPAJ Abdul Kudus itu seorang terlalu penting sehingga kesnya dibangkit oleh seorang ahli politik berstatus Timbalan Menteri JPM? Kecuali jika kes Abdul Kudus itu telah menyebabkan 'orang-orang tertentu' Kayveas terganggu lantas Kayveas perlu menjadi hero hindustani! Siapakah pemilik restoran sri steven corner yang mendakwa memberi wang RM56,000 kepada Abdul Kudus? Benarkah beliau tidak ada kaitan dengan Kayveas? Kenapa Kayveas yang harus membangkitkannya dalam akhbar? Kenapa tidak pemilik restoran itu sendiri ke BPR membuat aduan rasmi?
Jika diteliti semua isu yang dibangkit oleh Kayveas berlaku pada tahun 2007, bertujuan untuk menggambarkan PPP dan beliau adalah masih relevan untuk memastikan beliau ada tempat dalam PRU12. Dan isu ISA ditimbulkannya untuk meraih publisiti bagi mengukuhkan kedudukan politiknya dalam Kongres PPP 2008. Biar apa pun tujuan Kayveas, menggunakan isu ISA untuk populariti politik tidak boleh dimaafkan dan perlu diberi pengajaran setimpal. Jika pengajaran tidak diberikan, maka Kayveas akan mengulangi dan berulang-ulang kali menggunakan kaedah yang sama demi survival politiknya. Tidak mustahil pada masa hadapan, akan ada MANGSA tidak kira golongan politik atau penjawat awam yang akan di kambinghitamkan oleh beliau. Maka jika beginilah pendekatan Kayveas, benarlah bahawa kayveas adalah liabiliti kepada PPP dan PPP liabiliti kepada BN. Majlis Tertinggi BN perlu menyingkirkan Kayveas!
Keluarlah Kayveas...
Tindakan Presiden PPP, M. Kayveas menggugut untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) jika kerajaan tidak meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri , sudah keterlaluan.
Ia bukan kali pertama Kayveas berbuat demikian. Beliau pernah mengancam meninggalkan BN jika PPP tidak diberi kuota menteri dan kerusi Parlimen tertentu.
Beliau juga diketahui kerap membidas dasar kerajaan antaranya berkaitan isu Hindraf dan perkhidmatan awam. Sebab itu, Awang lega dengan reaksi Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi bahawa PPP bebas keluar BN.
Awang menghitung hari untuk melihat PPP keluar dan anehnya sampai hari ini, parti itu masih mahu kekal. Ternyata Kayveas tidak berlaku adil kepada BN. Setelah apa yang dilakukan, beliau masih mahu menjadi anggota komponen. Tindak- tanduknya tidak boleh dibiarkan lagi kerana ia akan terus menjadi duri dalam daging.
Selama ini pun, ramai melihat prestasi PPP di bawah Kayveas tidak menyerlah malah kini menjadi liabiliti kepada BN.
Menurut Penasihat PPP, S.I Rajah, Kayveas sepatutnya meletakkan jawatan kerana prestasi hambar sepanjang 15 tahun mengetuai PPP. Kayveas juga tewas teruk di kerusi Parlimen Taiping dan sepatutnya mengambil tanggungjawab dengan berundur.
Sentimen orang ramai juga negatif terhadap Kayveas. Berdasarkan bancian Utusan Online, hampir 70 peratus responden berpendapat Kayveas tidak wajar kekal dalam BN. Pada Awang, sudah sampai masanya BN perlu lebih tegas. Singkirkan saja PPP. Atau jika BN tidak cukup keberanian kerana mahu mengambil kira pelbagai faktor termasuk persiapan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, jangan beri kerusi pilihan raya umum akan datang kepada parti kecil itu yang tidak tahu diuntung.
No comments:
Post a Comment