Thursday, February 12, 2009

NIZAR, NGEH, NGA VERSUS SULTAN PERAK

DAULAT TUANKU
SIRI 1: AMARAN RAKYAT PERAK


Pergolakan politik mutakhir di Ipoh dan Kuala Kangsar, tanpa berlengah saya terus menghubungi sahabat lama - Musa dan Zul. Mereka antara Pengarah Majlis Bandaraya Ipoh yang kehulu kehilir, dek kerana 'angin perubahan' pemerintahan kerajaan Perak. Sedikit sebanyak MBI terkena tempias secara langsung. Bermula dari DS Najib membuat pengumuman di Pejabat UMNO Perak hinggalah majlis angkat sumpah Dr Zambry, hinggalah pergolakan rusuhan penyokong PR, semuanya terkena kepada MBI. Kesan yang cukup banyak...sampah semakin bertambah, Tempat Letak Kereta semakin haru biru diletakkan, lanscap persiapan tempat sering rosak, pembayar cukai pun mula berkurangan, Mesyuarat JKuasa Tetap MBI pun tertunda - semua memberi kesan langsung. Depa kata cukup memeningkan. Saya cuba menyelongkar 'standing' rakyat Perak berkaitan kerajaan baru Perak dan tindak tanduk bekas MB Perak.


Zul memberi pandangan, "kami perlu ikut situasi kerajaan semasa dan Datuk Bandar". Simple..Menurutnya rakyat Perak ada yang suka Nizar dan ada yang tak suka. Itu lumrah politik. Yang rakyat Perak marah, apabila Sultan Perak tidak dihormati. Sebahagian besar Melayu Perak sebelum ini mula menyesali pilihan mereka, kerana tanpa di sangka majoriti pemimpin Cina yang menguasai pentadbiran negeri.Sebenarnya mereka mengharapkan situasi 'fair and balance' atau sekurang-kurangnya 'check and balance' berlaku dalam Kerajaan Perak selepas PRU12. Niat rakyat Melayu Perak semasa mengundi untuk 'check and balance', tetapi bertukar kepada mimpi ngeri apabila Cina menguasai Perak. Itulah yang mereka sesalkan..takdir yang tidak boleh diubah.


Semasa hendak melantik MB Perak yang lalu pun, ada rakyat Perak yang takut dan kecewa apabila PR mengusulkan pemimpin Cina sebagai MB, kerana DAP mendapat lebih kerusi ADUN. Nasib baik Undang2 Tubuh Kerajaan negeri Perak, memaktubkan MB seorang Melayu dan beragama Islam. Orang melayu Perak perlu menyokong Nizar seorang Melayu Islam sebagai MB, berbanding daripada MB terlepas kepada orang Cina.


Sepuluh bulan berlalu, Nizar banyak kali mengecewakan orang Melayu Perak. Mereka suka Nizar kerana tiada pilihan selain beliau agak lembut orangnya dan sebangsa dan seagama dengan rakyat melayu Perak. Seperti menonton teater, rakyat Perak kasihan kepada Nizar kerana beliaulah pelakon hero yang mudah di marah, diancam dan di maki oleh pelakon-pelakon tambahan pemimpin Cina.Keputusan mesyuarat Exco banyak yang berpihak kepada golongan Cina dan India, kerana majoriti Exco adalah bukan Melayu. Rakyat melayu Perak sebenarnya mengharapkan SUATU PERUBAHAN KERAJAAN secepat yang mungkin sebelum PRU13, tetapi mereka tidak tahu bagaimana! Maka perubahan kali ini, amat dialukan oleh Melayu Perak, biarpun dari UMNO yang mereka tolak kerana amarah di hati kepada pemimpin UMNO yang tidak sedar diri.


Maka perubahan ini dialukan Melayu Perak...dengan harapan Melayu dan Islam terpelihara dan dijagai semula seperti sebelum PRU12. Tetapi dengan hasrat dan syarat di hati rakyat Melayu Perak. Syarat di hati Melayu Perak, UMNO perlulah berubah dan membuktikan TIDAK SEPERTI DAHULU KALA. Jika dahulu mereka tamak, membolot kekayaan untuk kroni dan demi kroni, mengkayakan tengkolok sendiri dan sanak saudara, tidak menjaga kebajikan rakyat marhain, mengamalkan sikap sikaya bertambah kaya - simiskin bertambah papa kedana, sukar untuk turun padang kepada rakyat sehingga Melayu perak merasa terabai dan teraniaya, projek hanya untuk pemimpin tertentu di peringkat cawangan dan bahagian sahaja atau kepada segelintir melayu yang pandai membodek pemimpin pusat, MAKA jika ini tidak berubah dan masih berlaku selepas diberi peluang sekali lagi ini, Rakyat Perak khususnya Melayu akan menumbangkan semula UMNO dan BN.



SIRI 2: PERAK ADA 1 MB ATAU 2 MB?


Titah Sultan Perak telah berkumandang. Memanda Bendahara Perak di titah untuk meletak jawatan dan jika tidak menuruti titah sultan ini, jawatan Memanda dan hulubalang-hulubalang exconya dianggap kosong. Maka memanda Bendahara Nizar berlagak sombong, "patik mohon derhaka, tidak mahu meletak jawatan". memanda bendahara berkata lagi, "patik adalah memanda bendahara yang sah dipilih rakyat jelata. Sehinggalah DUN bersidang dan ada undi tak percaya kepada patik, barulah patik meletak jawatan". Bunyi yang sangat hebat. Melayu yang bersemangat pejuang! Sesudah tidak mempunyai kuasa. Jika semangat pejuang ini untuk membela Nasib Melayu semasa bergelar memanda bendahara, alangkah bagusnya! Tetapi semangat itu tidak kena pada tempatnya, sesudah Malayu Perak marah dan tidak mahu kepadanya. Rakyat jelata marah dan kecewa, Memanda Bendahara lagak berkuasa tetapi sebenarnya hanya 'patung wayang kulit' yang berdalang pemimpin cina! Sejarah nenek moyang Melayu Perak, belayar sejauh Bandarmasin dan sumatera, dan mendarat di bumi Perak untuk meneroka tanah dan mengembangkan agama suci islam. Selepas berabad lamanya mereka mengharungi pahit getir bersabung nyawa di lautan hinggalah zaman penjajahan jepun dan inggeris, memanda Bendahara dengan senang jiwa memberi tanah pusaka ini kepada orang lain untuk selama berabad pula (99 tahun dan 999 tahun)! Apalah ertinya JWW Birtch mati dibunuh untuk menyelamatkan bumi Perak jika sekarang dengan mudah diberi kepada puak kongsi gelap Hong San? Sejarah tetap sejarah...dan dari sejarahlah memanda bendahara Nizar tahu asal usulnya. Maka apabila titah Tuanku Sultan bergema dan berkenan melantik Memanda Bendahara Zambry, turutilah dan janganlah derhaka. dahulu rakyat menerima memanda Nizar sebagai ketua hulubalang, dan memanda juga bersumpah taat setia kepada Tuanku Sultan semasa dilantik menjadi Memanda, maka keengkaran memanda adalah hulubalang Derhaka. Memanda mahu rakyat Perak ikut arahan Memanda, dan begitulah jua Tuanku Sultan menghendaki Memanda mengikut titahnya. Sungguhpun Memanda sekadar Patung Wayang Kulit, biarlah Sejarah Perak Moden menulis Memanda Nizar adalah seorang Bendahara Perak yang diingati rakyat dan BUKAN Memanda Bendahara Yang Derhaka kepada Sultan.


Memanda Bendahara Nizar dianggap wira bagi kelompok penyokongnya.Teraju Memanda juga mendapat sokongan dari puak-puak keturunan Hong San yang suatu ketika dahulu berhijrah ke Malaya secara besar-besaran. Penghijrahan besar inilah membawa kepada orang Melayu yang sama keturunan dan agama dengan memanda bendahara mengorbankan sedikit tanah untuk mereka berlindung. Sejarah Perak membuktikan keturunan memanda bendahara dahulukala lah yang terkenal baik budi dan sifat kemanusiaan, rasa menghormati orang lain sungguhpun berlainan paras rupa, warna kulit dan bentuk mata, memberi sedikit ruang tanah untuk Hong San dan anak beranak berteduh semasa menjejak kaki di Tanah Kesultanan Perak.


Tetapi kini cucu cicit melayu sudah semakin hilang ketuanpunyaan tanah Perak, kerana Memanda Bendahara tidak berkudrat untuk berkuasa kepada cucu cicit Hong San!..Bukankah Hongsan sejak dahulu kala telah menguasai ISI PERUT BUMI tanah Perak beratus tahun lamanya? kenapa memanda harus memberikan pula Tanah ATAS BUMI di perak untuk beratus tahun lamanya juga?.



SIRI 3: RAKYAT PERAK MENYANGGAH SULTAN AKHIRNYA MENDERHAKA SULTAN DEK KERANA BENDAHARA NIZAR


Ramai yang bukan lawyer dah mula pandai menjadi loyer. Undang-undang dan perlembagaan dikupas dan akhirnya diinterprestasikan dan di definasikan mengikut selera masing-masing. Bagitu jugalah yang berlaku kepada Yahudi! Isi dan makna Al-Quran yang indah dan cukup jelas, akhirnya di tukar maksud dan di definasikan serta diulas kepada 'makna' mengikut selera kaum Yahudi untuk berpihak kepada mereka. Maka mereka di laknat Allah dek kerana bongkak sombongnya yang mengubah maksud dan ayat Al-Quran hingga berpihak kepada mereka.



Kini ada rakyat yang berani menyanggah Sultan Perak. Raja benar raja di sembah, raja salah raja di sanggah. Siapa yang menghakimi benar atau salahnya Tuanku Sultan Perak? Pakatan Rakyat..DAP, KEADILAN DAN PAS. Orang-orang keturunan Hong San dari Cina, 100% menyanggah dan menderhaka. Mereka menderhaka senyap umpama Gengster Hong San merebut bijih timah. Melayu sebangsa dan seagama Memanda bendahara juga yang berani tak bertempat. Sanggup mati di atas Jalan demi orang-orang Hong San! Perjuangan mati syahidkah itu? Orang Cina sudah mula naik tocang. Mereka tidak gentar di tuduh Menderhaka kerana Melayu juga yang menjadi kepada Menderhaka. Mereka tidak bersama ke jalan memegang bendera Bulan Putih, Bulan Biru dan Roket. Apatah lagi berbaring di atas jalan untuk sebagai tanda sanggup Berkorban untuk Perak! Bagi mereka orang Hong San perlu bergeliga....cukup sebagai 'master mind' dan kalau mati tertiarap atau tertanggap - Biarlah itu dari keturunan Memanda Bendahara Nizar. Biar mereka bergaduh seperti sejarah perebutan Bijih Timah di Kinta, akhirnya Orang Hon San yang dapat melombong dan mengorek hasil perut bumi Perak.


Apakah memanda bendahara fikir apabila ada kata-kata dari pelayar blog seorang Melayu Islam akhirnya bertukar bangsa dan agama dan berkata "This is the reason why Monarchy must be abolished, in a progressive century of achieving true and secular democracy. The self-elected monarchy in Malaysia, with 9 Kings who are mainly millionaires, are a travesty of true justice, equality and democracy in a progressive modern world, and to the poor in Malaysia! And to fair and just-minded Islam. Katharina Sri (former Noor Aza Othman)Germany. Melayu Perak gembira Nizar dilantik Memanda bendahara selepas PRU12. Masa itu Tidak ada pilihan lain selain Memanda. Daripada jatuh jawatan bendahara kepada keturunan Hong San, lebih baiklah Memanda - sebangsa dan seagama. Pun begitu, tuah memanda bukan datang bergolek-golek dengan mudah. Mujurlah Tuanku Sultan Perak bertitah, Melayu dan islam yang dikehendakinya seperti termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak. Jika Sultan khilaf ilmunya, sudah tentu jawatan Bendahara bernama Ngeh atau Nga dari suku sakat Hong San. Memanda dan bersumpah setia kepada tuanku sultan yang melantik, kenapa memanda harus 'pohon derhaka tidak mahu letak jawatan' sekarang apabila di titah? Lupakah memanda duduk di kerusi Bendahara atas perkenan Sultan? Kenapa sekarang memanda berkata 'Pangkat Bendahara' dilantik rakyat?


SIRI 4: RAJA BERPELEMBAGAAN DAN BUKAN NIZAR BERPELEMBAGAAN.


Kepada Memanda Bendahara (Yang Teramat Mulia) Nizar, Patik bukanlah ahli undang-undang perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak. Jadi patik sisipkan ulasan dan komen dari surfer yang bijak bertari. Pro Mohd Agus pun dah berkata 'MB Perak ada satu yang sah - Dr Zambrey. Mantar MB Nizar sudah terlucut jawatannya'. Itu yang patik dengar dalam TV3. Yang lain seperti berikut;

-----------------------------------------------------

Ulasan satu dari Perakbangkit;

Ceases the command of the Majority. Itulah maximnya. Undang-undang Tubuh tidak menuliskan prosidingnya dan tiada pula Undang-undang Prosedur Perlantikan MB. Ada ker?Siapakah Sultan? Sultan ialah Ketua Negeri Perak Darul Ridzuan. Sultan juga adalah Ketua Eksekutif di Negerinya.Siapakah Menteri Besar? Menteri Besar ialah Ketua Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Secara automatik.... secara de jure... tamatlah jawatan Nizar sebagai MB bila sahaja dia kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri. Dan ianya telahpun berlaku.Mana ada undang-undang yang menyatakan bahawa ianya mesti dilakukan di dalam suatu Sidang Dewan? Sebagaimana yang diperkatakan oleh KULI dan CheDET!Oh! Baguslah mereka belajar dahulu tentang Undang-undang yer.Demikianlah yang dititahkan oleh Sultan Azlan. Sebagai Ketua Negeri baginda menitahkan bahawa peruntukan 16(6) hendaklah dilaksanakan oleh Nizar. Nizar hendaklah meletakkan Jawatan. Secara mandatori Undang-undang menetapkan Nizar mesti letak jawatan.Namun Nizar tidak mematuhi undang-undang. Nizar telah melanggar Undang-undang. Nizar adalah orang yang bersalah!Rakyat Perak boleh saman Nizar kerana tidak mematuhi Undang-undang. Rakyat Perak kini boleh SAMAN Nizar. Namun ianya sudah menjadi akademik.Namun Rakyat Perak boleh Saman Nizar mencuri harta rakyat dengan menduduki Rumah MB. Itu duit rakyat. Nizar telah gunakan harta rakyat secara haram. Guna letrik dan air daripada wang rakyat secara haram. Guna kereta kerajaan secara haram. Nizar telah menipu Rakyat Perak.Kerana itulah tiadanya Mardhatillah. Nizar.... haram kau ambil hak rakyat. Berdosalah kamu!
-------------------------------------
Jawapan khas kepada sasaudengo
sasaudengo said...PB... tolong baca dan ulas sikit, aku konpius la bila baca post hang dgn post ni... maklum la sekolah atap je!Perlembagaan Malaysia:Article 43 (4): "If the Prime Minister ceases to command the confidence of the majority of the members of the House of Representatives, then, unless at his request the Yang di-Pertuan Agong dissolves Parliament, the Prime Minister shall tender the resignation of the Cabinet."Perlembagaan Negeri Perak:Article XVI(6): "If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council".Kenyataan Media DYMM Sultan menyebutkan perkataan 'hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri' sedangkan Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak menyebutkan 'hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri'.Kekeliruan timbul antara "the confidence of the majority of the members of the House of Representatives" dalam Perlembagaan Persekutuan dengan "the confidence of the majority of the Legislative Assembly" dalam Perlembagaan Negeri Perak.Jawapannya:Bagaimana anda boleh menterjemahkan perkataan "ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly" sebagai 'hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri'. Boleh tolong tuliskan rujukan anda..Apa yang dinyatakan oleh DYMM Sultan Perak adalah amat bertepatan kerana Versi Bahasa Melayu Undang-undang Tubuh Negeri Perak menulis frasa 'hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri' sebagai terjemahan kepada maksud "ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly"Provisi ini adalah in pari materia kepada provisi Perlembagaan Persekutuan. In pari materia maksudnya MENCEDOK BULAT-BULAT, atau bahasa pasarnya "tiru sebijik".
--------------

Titah Sultan Sah

Sultan Azlan Shah adalah Ketua Eksekutif Negeri Perak. Menteri Besar adalah Ketua dan Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Jadi Sultan Azlan sebagai Ketua Eksekutif telah memaklumkan kepada Ketua Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak iaitu Menteri Besar bahawa beliau dan seluruh ahlinya WAJIB meletakkan Jawatan bertepatan dengan kehendak Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.Dan cara pemakluman Sultan Azlan ialah melalui Titahnya. Jadi apa lagi yang tak betul dari segi prosesnya. Itulah tugasnya sebagai Ketua Eksekutif Negeri Perak.Setiap orang keliru kerana mereka tidak dapat membezakan yang mana satukah kuasa Legislatif dan yang mana satukah kuasa Eksekutif.59 orang ahli Dewan Negeri secara bersesama membentuk suatu institusi yang dinamakan Dewan Negeri. Tugas mereka ialah membuat Undang-undang. Manakala sebelas orang di kalangan mereka yang diperkenankan oleh Ketua Esekutif (Sultan), akan kemudianya membentuk suatu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang akan menjadi institusi penasihat kepada Sultan melaksanakan Undang-undang yang telah dibuat oleh Dewan Negeri.Setiap orang Wakil Rakyat adalah pegawai kerajaan yang bertanggungjawab kepada konstituensi yang dia wakili DAN mereka juga adalah Ahli Perundangan kepada Dewan Negeri. Manakala sekiranya orang itu dipilih sebagai Menteri Besar atau ahli EXCO, maka beliau juga menjadi sebahagian Kuasa Eksekutif.Semua Wakil Rakyat diberikan gelaran sebagai Yang Berhormat. Ini membolehkan semua autoriti kerajaan di peringkat Daerah/Konstituensinya menghormatinya bagi tujuan perlaksanaan kerja-kerja dan apa jua masalah berbangkit.Sekiranya Nizar dan rakan-rakannya memahami apakah fungsi dan tugas mereka, maka apa yang telah berlaku hanyalah fungsi Eksekutif mereka sebagai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah ditamatkan oleh Undang-undang. Manakala mereka masih lagi berfungsi sebagai Wakil Rakyat dan juga Ahli Dewan Negeri.Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memanglah punya peranan yang cukup besar dalam perlaksanaan atau pentadbiran sesebuah Kerajan Negeri. Namun begitu setiap gerak geri mereka akan dipersoalkan oleh Dewan Negeri(ahli Perundangan) itu sendiri. Kerana itulah mereka ditetapkan oleh undang-undang untuk dipilih di kalangan Ahli Dewan Negeri yang mendapat majoriti sokongan di dalam Dewan Negeri.

----------------------
Jawatan Menteri Besar adalah jawatan Perlembagaan sahaja
Menteri Besar bukanlah jawatan tersendiri/mutlak. Undang-undang Tubuh atau Perlembagaan bagi sebuah negara demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan tiada mencipta seseorang individu sebagai memiliki suatu kuasa mutlak seperti pemerintahan beraja zaman Feudal.Pada zaman Feudal, orang kedua selepas Sultan ialah Bendahara. Jawatan Bendahara ialah jawatan multak. Manakala jawatan Menteri Besar tidak sebegitu.Dalam sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen, Penasihat kepada Sultan yang merupakan Ketua Eksekutif, adalah... satu institusi yang dinamakan Executive Council atau Majlis Mesyuarat Kerajan Negeri (EXCO). Jawatan Sultan sebagai Ketua Eksekutif juga adalah jawatan berperlembagaan yang mana pada menjalankan kuasanya ianya dijalankan oleh EXCO, MELAINKAN ianya dinyatakan sebagai kuasa budibicaranya.Menteri Besar ialah Ketua EXCO. Dalam membaca Undang-undang, perkataan Menteri Besar atau Chief Minister sering dirujuk sebagai State Authority. Dalam ertikata lain ianya juga bermaksud institusi yang dinamakan EXCO tadi.Cuba baca 16(6) UUTNP, yang hilang sokongan ialah Menteri Besar manakala yang kena meletakkan jawatan ialah seluruh EXCO (termasuklah MB juga)... ianya bermaksud hilang sokongan majoriti terhadapnya itu bermaksud hilang sokongan kepada institusi yang dia ketuai itu. Maknanya, EXCO atau Penasihat Sultan hendaklah ditukar ganti. Kerajaan masih jua kerajaan yang sama kerana Ketua Eksekutifnya masih sama. Setiausaha Kerajaan Negeri dan seluruh kakitangan di bawahnya masih sama. Di lapisan itulah sahaja (iaitu, EXCO), Undang-undang memberikan kepada seluruh rakyat untuk membuat pemilihan kepada siapakah yang mesti dibarisi. Inilah yang dinamakan sebagai demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Jawatan sebenar seorang Menteri Besar ialah Pengerusi/Ketua EXCO. Dalam peristilahan lain, dia adalah seorang Ketua Penasihat Sultan. Dalam kes di Perak masakini apa yang kita lihat ialah .... Ketua Penasihat Sultan nak lawan Sultan.... Kelakarkan Nizar ni?

No comments: