Sunday, February 1, 2009

MAYAT DALAM TONG SAMPAH MBAS

Dalam lori sampah inilah mayat di syaki di bunuh di temui. Mayat ini di buang dalam tong sampah MBAS. Yang kelihatan itu adalah tangan mangsa!
Maka polis yang di hubungi menjalankan tugasnya.

ACP Mohd Zakaria Ahmad, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, di lokasi.

Menurutnya kes ini di klasifikasikan sebagai kes bunuh dan di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh di hukum mati mandatori.

Apabila manusia sudah jadi perangai binatang, maka sudah tentu tidak tahu 'apa itu kegunaan Tong Sampah'. Manusia sendiri di lakukan seperti sampah dan manusia juga yang membuat sampah.



Inilah pekerja majlis Bandaraya Alor Star yang menemui sampah mayat manusia, ketika memunggah sampah di kawasan perindustrian mergong ( belakang Sime Tyre ). Terbukti bahawa MBAS tumpukan mengutip sampah biarpun pada hujung minggu. Aha..teringat saya pada Zulkifli Yahaya penulis Nota Utara Harakah, yang menuduh MBAS tidak menumpukan kutipan sampah tetapi mementingkan 'angkat motosikal'. Jawab "che' Zul!"


Tetapi yang penting semakin hari banyak berita kes bunuh, ragut, rogol, curi motosikal di bandaraya Alor Setar. Sejahtera lagikah Bandaraya Alor Star.
----------------------------------------------------------------------------
ALOR STAR 31 Jan. – Mayat remaja perempuan ditemui dengan kesan terbakar di Jalan Kampung Batin, Kawasan Perindustrian Mergong di sini hari ini.
Mayat remaja berkulit cerah itu ditemui kira-kira pukul 8.15 pagi di dalam tong sampah besar di kawasan tersebut.
Seorang pekerja menemui mayat itu selepas memunggah sampah dari tong itu ke dalam sebuah lori pengangkut sampah.
Penemuan mayat itu menyebabkan jalan masuk ke Kawasan Perindustrian Mergong di sini sesak apabila orang ramai berhimpun untuk melihat mayat tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibakar di dalam tong sampah itu, malam tadi.
“Mangsa tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan polis percaya dia berusia lingkungan 17 atau 18 tahun.
“Ketika ditemui, mayat tersebut lengkap berpakaian dan terdapat kesan terbakar pada badan, kaki, lengan dan rambut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Tambah beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

No comments: