Thursday, November 6, 2008

PRODUK MALAYSIA SELAMATKAH? MANA MENTERI KESIHATAN

Menteri Kesihatan bulan lepas telah memberi jaminan produk Malaysia selamat digunakan. Ini kerana produk Malaysia menggunakan hasil tenusu yang diimpot dari tenusu new Zealand dan Australia yang bermutu tinggi. Malaysia tidak menggunakan produk tenusu dari cina. Lahabau betui! Ni yang kerajaan siam haramkan produk cream cracker yang mana? Macam mana Julies boleh dapat logo Halal? Kementerian Kesihatan kenalah keluarkan senarai yang selamat dan tidak selamat untuk rakyat Malaysia. Heiran, kenapa Thai lebih cepat mengesan dari Malayaia. Menteri Kesihatan janganlah sibuk nak hentam dengan isu 'Ketuanan Melayu' sahaja.

Thai Haramkan Omodo Cream Cracker Dari Malaysia

Oleh D. Arul RajooBANGKOK, 5 Nov (Bernama) -- Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Thailand mengarahkan supaya krim kraker "Omodo" buatan Malaysia ditarik balik dari pasaran selepas mendapati ia mengandungi paras melamin berlebihan.Ini merupakan produk kedua dari Malaysia yang diharamkan. Pada 21 Okt, FDA mengharamkan krim kraker Julie's yang dikeluarkan di Melaka.Ketua setiausaha FDA Dr Phipat Yingseri berkata, kraker Omodo mengandungi 6.08 milligram per kilogram melamin, melebihi paras dibenarkan 2.5 ml/kg.Produk itu diimport oleh Markin International (Thailand) yang berpejabat di bandaraya Sungai Golok, Narathiwat.Menurut beliau, 68 produk diambil secara rambang untuk ujian dan mereka menemui kandangan melamin berlebihan dalam produk dari Malaysia itu.Seperti negara-negara lain, Thailand mengharamkan produk tenusu dari China selepas tersebar berita bahawa produk dari negara itu mengandungi tahap melamin yang tinggi yang biasanya digunakan dalam racun serangga dan pembuatan barang plastik.-- BERNAMA

SUKAN SEBAGAI RASUAH POLITIK

Utusan hari ini menyentuh tentang DS Dr Shahidan Kassim yang bersusah payah selepas pasca PRU12. Dengan muka selamba, Presiden PFA ini menggambarkan dirinya sebagai pemimpin ulung yang sanggup bergadai harta benda demi sukan. Sapa yang tak kenal bekas MB ini? Di Perlis rata-rata orang kampung pun kenal bahawa pemimpin yang satu ini cukup hebat dengan 'kepimpinan melalui wang'. Duit raya, duit sedekah hinggalah pinggan mangkuk pun, beliau bagi kepada orang Perlis. Syukur alhandullillah...Rakyat Perlis terima dengan ikhlas.

Tapi DS kena nawaitu betul-betul, sebab kalau niat 2 dalam satu - DS akan terima pembalasan Yang Esa. Maknanya, kalau niat nak sedekah tetapi dalam masa yang sama nak 'menggula-gulakan' sokongan rakyat, YANG ESA tahu nawaitu DS. Kadang-kadang DS teralpa, 'bila kita salah menggunakan harta yang diperolehi atau salah cara mencari duit yang diperolehi dan kemudiannya menyedekahkan kepada orang' Tuhan Yang Esa Marah! Tuhan Yang Esa bayar 'cash' pada kesilapan tersebut.

Tapi keadaan PFA dan rumit sikit agaknya. DS kena minta tolong sana, minta tolong sini dan tak semua orang nak tolong. Walhal bukankah dulu semasa Menteri Besar Perlis, DS terkenal dengan jolokan suka tolong rakyat. Kenapa sekarang ramai sangat yang tak mahu tolong DS hinggakan nak cari undi pencalonan Naib Presiden pun tercungap-cungap. Hingga DS kena tarik diri pulak. Tentu ada yang tak kena kat mana-mana...

Sonok bila DS kata Menteri Belia dan Sukan mungkin akan tolong DS dalam kes hutang KWSP PFA. Saya tumpang sonok juga bila YB Khairy diberitakan akan tolong sama. Tapi saya naik pening, dengan wayang SUKAN tahun 2008. DS tak heran kah, kenapa YB Khairy nak tolong selesai hutang? Bukankah dalam FAM sendiri, Setiausaha kehormat FAM sendiri dah kata, FAM tidak boleh dipertanggungjawabkan dalam soal membayar hutang PFA? Nasib DS untung tahun ni sebab 'nasib baik' YB Khairy Timbalan Presiden FAM adalah orang politik yang sedang berkuasa, sehingga MAC 2009. DS kena pulun minta tolong YB Khairy ni sementara Bapa Mertuanya berkuasa sampai Mac 2009. Lagi pun perwakilan UMNO bahagian-bahagian habaq YB Khairy ni bolehlah dikatakan berduit. DS kena belakon susah dan buat muka selamba macam dalam gambar utusan malaysia, barulah berkesan. DS jangan lepaskan dulu Jawatan Ketua Perhubungan UMNO Perlis kepada Md Isa Sabu dalam waktu terdekat ini, sebab ITULAH tiket DS untuk tangkap YB Khairy. YB Khairy perlu DS untuk undi MAC 2009.

Dengan cara itu, YB Khairy bolehlah selesaikan hutang KWSP PFA. Paling tidak DS kena minta setengah dari RM1 juta hutang KWSP! Rasanya YB Khairy tak ada masalah, sebab beliau ada banyak platform untuk menghalalkan pertolongan tersebut. Mungkin YB boleh melalui platform FAM, Platform Kementerian Belia dan Sukan, Platform My Team, Platform pembangunan sukan bolasepak atau beliau boleh membentuk platform baru untuk DS. Biasalah DS dalam politik ni, perlu ada 'Sandar Menyandar'. Biarlah rakyat kata itu rasuah politik asalkan tidak cakap rasuah sukan. Bukankah politik memang begitu tradisinya. Dan tradisi pemilihan UMNO sekarang ini pun begitu? Rasuah politik sukar sikit nak benteras, sebab banyak bukti yang tidak dapat dibuktikan. Kalau rasuah sukan cukup bahaya. DS dan YB Khairy pun fahamkan maksud saya! Selepas itu DS dan YB Khairy kena berlakon lah, kecam hal rasuah merasuah dalam politik UMNO. Selesai kes..

DS kena ingatkan YB Khairy jangan guna platform AFC. Khabarnya bekas setiausaha kehormat AFC Peter Vellapan berkata, AFC nak pindahkan ibu pejabat AFC disebabkan nak menghukum FAM kerana menjemput Manchester United berlawan persahabatan dengan Pasukan Kebangsaan Negara. Bukakah orang kuat belakang tabir yang berkeras untuk menjemput dan mengadakan perlawanan itu YB Khairy hingga kerajaan Malaysia campur tangan. Pak Lah pun pernah berkata setuju dan tidak ada salahnya MU datang. DS habaq jangan guna langsung platform AFC, sebabnya 'porak peranda' dan 'dendam' AFC ini rupa-rupanya berpunca dari kes perlawanan persahabatan MU-Malaysia! Maknanya porak peranda ni datang dari 'orang' yang berkeras memanggil MU lah kan? Jika MU jadi datang hari itu, siapalah agaknya yang glamour? tapi dah tak jadi, 'taiknya' dapat kat FAM. Sebaik-baiknya gunakan pengalaman DS, bagaimana menggunakan duit dengan benefit 2 dalam 1. Dengan kata lain, kita dilihat orang yang suka bersedekah tetapi hasilnya sokongan UNDI yang tak berbelah bagi. Gunakan segala ilmu politik untuk survival politik.

DEKLARASI JANDA BAIK ....

Menyokong Deklarasi Janda Baik

BLOG POLITIKPBT dengan tegas memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Deklarasi Janda Baik yang diisytiharkan pada 25hb. Oktober, 2008 di Wadi Hussein, Janda Baik, Bentong, Pahang.[Sila baca laporan blog Merah Tinta MSO di sini mengenai Deklarasi ini.Bagi rakan-rakan blogger, pohon "tiru dan tampal" deklarasi berikut ke blog anda.Bagi suffer nyatakan dalam komentar blog ini sebagai tanda sokongan anda.


DEKLARASI JANDA BAIK Memandangkan keadaan politik negara yang gawat, cabaran dan gugatan terhadap kepimpinan Melayu yang lemah oleh pihak-pihak tertentu, dari dalam dan luar negara serta keadaan ekonomi dunia yang kucar kacir dewasa ini, maka KAMI, para penulis, wartawan dan blogger yang prihatin terhadap nasib Bangsa, Agama dan Tanah Air, yang bersidang di Janda Baik, Pahang mengambil sikap dan pendirian seperti berikut:-


1. KAMI mendesak dan menuntut agar para pemimpin Melayu dari berbagai fahaman politik mengembelengkan tenaga, kerjasama dan buah fikiran demi mempertahankan keluhuran dan kekeramatan PERLEMBAGAAN MALAYSIA TANPA KOMPROMI.


2. KAMI memberi amaran kepada para pemimpin politik Melayu dari semua fahaman ideologi agar jangan menjadi pemimpin Pak Pandir yang hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara terjual kepada pihak asing.


3. KAMI juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak tertentu yang memainkan sentimen perkauman dan mempertikaikan HAK ISTIMEWA MELAYU sepertimana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA agar jangan mencetuskan permusuhan antara kaum, antara agama dan antara budaya oleh kerana mereka menganggap kepimpinan Melayu lemah dan boleh diperdagangkan untuk memenuhi agenda perkauman mereka.


4. KAMI juga memberi amaran keras kepada para pemimpin Melayu, khasnya UMNO, agar mereka jangan menjadi pengkhianat BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR hanya kerana didorong oleh nafsu kekayaan kebendaan, kuasa yang dipinjamkan Allah, hingga melupai tanggungjawab mereka terhadap generasi Melayu akan datang.


5. KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.


6. KAMI memberi peringatan dan teguran ikhlas bahawa UMNO mesti melakukan revolusi mental dan perombakan pemikiran yang dekaden, konservatif, materialistik yang melampau, anti ilmu, berpuak-puak, mementingkan diri, kaum keluarga dan para kroni hingga sanggup memperjudikan nasib BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR.


7. KAMI memberi amaran keras dan peringatan yang tulus ikhlas bahawa kepimpinan UMNO yang lemah, korup, rakus dan gila kuasa boleh menggerhanakan masa depan generasi muda Melayu dan rakyat yang telah memberikan sokongan mereka sejak 51 tahun UMNO memimpin kerajaan Malaysia.


8. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa agar jangan terlalu banyak berkompromi dengan golongan-golongan tertentu yang mempunyai agenda tertentu untuk melemahkan kepimpinan Melayu.


9. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa bahawa kelemahan kekuasaan politik Melayu akan membawa kehancuran dan penghapusan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.


10. KAMI menyeru dan menggesa rakyat Melayu bertindak proaktif dalam berbagai bidang kehidupan untuk menjamin kekuasaan politik Melayu tidak terhakis dan ketuanan Melayu dan Islam kekal subur selagi ada matahari dan bulan


11. KAMI merafak sembah memohon agar Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mempertahankan kedaulatan baginda seperti mana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dengan memberi sokongan moral kepada perjuangan umat Melayu dan Islam dalam berbagai lapangan hidup. Perlulah dihayati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan berterusan sekiranya rakyat Melayu dan umat Islam memperjuang dan mempertahankan institusi Raja tersebut.


12. KAMI dengan penuh takzimnya memohon Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat baginda agar jangan mengkhianati dan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan institusi Raja dan melukai perasaan umat Melayu yang mempertahankan institusi Raja selama ini.


13. KAMI juga menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan KEADILAN dan TANGGUNGJAWAB sebagai pemerintah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memandangkan Malaysia negara majmuk.


14. KAMI ingin memberi peringatan kepada bukan Melayu agar berpegang teguh pada kontrak sosial dan PERLEMBAGAAN NEGARA demi menjaga keharmonian hubungan antara kaum serta kesejahteraan dan keamanan yang kita sama-sama mempertahankannya.


15. KAMI yakin dan percaya bahawa Kebebasan suara Rakyat dan amalan Demokrasi mestilah dipertahankan oleh kerana rakyat yang memberi mandat dan amanah kepada parti-parti politik tertentu untuk berkuasa.Oleh hal demikian KAMI akan bekerjasama dengan siapa saja, dan dari golongan mana sekali pun, demi memperjuangkan hak dan kebebasan Rakyat serta amalan Demokrasi di bumi Malaysia yang bertuah ini.Inilah deklarasi yang tulus ikhlas yang KAMI abadikan sebagai cetusan rasa dari buah fikiran KAMI demi memperjuangkan hak dan kepentingan Rakyat, Keamanan dan Kesejahteraan Negara Malaysia.KAMI rakamkan cetusan hati nurani Rakyat yang bernama DEKLARASI JANDA BAIK, bertempat di kediaman Sdr Syed Hussein Al-Attas, bertarikh 26 Oktober 2008.

Wednesday, November 5, 2008

BAGAI KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN!

Tak tahulah apa lagi yang nak dicakapkan...Tidak ada satu perkataan yang boleh menggambarkan betapa terbakarnya dalam hati. Sebut bab rasuah, semua rakyat yang marhain, pekerja Majlis daerah, Pekerja Majlis Perbandaran, Pekerja Majlis Bandaraya, Pekerja Pejabat Daerah, Pekerja Pejabat Tanah, Pekerja Jabatan kerjaan dan lain-lain semua rasa takut dan gerun. Mana taknya, diri pekerja letaknya pada maruah. Sebut sahaja ada pekerja awam disiasat BPR, malu pekerja tersebut yang amat dasyat. Sebabnya nilai diri pekerja itu letaknya pada MARUAH. Tapi hairan, kenapa orang 'besar-besar' tidak rasa malu bila dikatakan RASUAH? Pak Lah bukan main hebatnya 'nak membendung rasuh' hingga minta peralihan kuasa ditangguhkan semata-mata untuk reform jenayah rasuh. Kita tak pernah terbaca dalam mana-mana media, terdapat pemimpin yang bercakap menentang gejala rasuah.
Dan yang perit nak ditelan, Pengerusi Disiplin UMNO mengatakan Pemilihan Calon untuk PAU adalah yang terburuk dalam sejarahnya. Rasuah berleluasa dan bermaharajalela. Kalau dah 'Bapak Ketam' berjalan mengiring, jangan ajar anak untuk jalan lurus!! Nampak sangat kebodohan dan ketololannya. Yang selalu akan kena siasat 'bilis-bilis' yang marhain. Pekerja awam yang tersilap salah guna kuasa. Tapi yang berlaku sekarang, membeli undi dengan harga berjuta-juta, terlepas dari jaring. Silap haribulan yang terlepas ini pulak nak ajar anak berjalan betul!! Dah 2 kali bodoh dan 2 kali tolol.
Nampak pekerja awam buat rumah besar, terus nak suruh BPR siasat. Padahal bersengkang mata pekerja awam buat 'part time job' dan buat pinjaman kerajaan. Pemimpin yang menggelapkan berjuta duit pilihanraya ke12, lepas lari...Elok sangat kalau BPR siasat habis - habisan puak-puak yang nak menjahanamkan UMNO ni. Berdoalah supaya UMNO selamat dan bersih dari puak-puak yang jadi ' Mr Crab' macam dalam spongebob.

BPR Kedah Sedang Siasat Sembilan Kes Berprofil Tinggi

ALOR STAR, 4 Nov (Bernama) -- Badan Pencegah Rasuah (BPR) Kedah sedang menyiasat sembilan kes yang dianggap berprofil tinggi yang membabitkan ahli politik didakwa menyogok wang kepada perwakilan semasa berlangsung pemilihan peringkat bahagian Umno.Pengarahnya, Nooraziah Abdul Manaf berkata siasatan juga dibuat terhadap syarikat-syarikat berkaitan kerajaan begeri Kedah (GLC) selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendedahkan beberapa penyelewengan yang berlaku pada Sept lepas, dan terbaru minggu lepas.Katanya kes membabitkan ahli politik Umno disiasat selepas pihaknya menerima aduan daripada perwakilan Umno sendiri Oktober lepas semasa mesyuarat perwakilan bahagian berlansung."BPR menyiasat semua kes berunsur rasuah atau penyelewengan, tetapi dalam kes politik Umno sukar untuk mengambil tindakan kerana BPR tidak mendapat kerjasama pengadu yang memberi pelbagai alasan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tugas jawatan Pengarah BPR Kedah di sini, hari ini.Nooraziah, 51, memangku pangkat Timbalan Pesuruhjaya I (TPJ I), mengambil alih jawatan itu daripada Idrus Jaaffar, 49, (Penolong Kanan Pesuruhjaya I (PKPj I) yang ditukarkan ke Pulau Pinang sebagai timbalan pengarah.Majlis itu disaksikan Timbalan Ketua pengarah II BPR, Datuk Zakaria Jaffar dan pegawai-pegawai kanan BPR Kedah.Bagaimanapun siasatan terhadap penyelewengan membabitkan GLC berjalan lancar dan menunjukan perkembangan positif, kata Nooraziah yang enggan mengulas lanjut."Dalam membuat siasatan kami tidak memujuk pengadu atau saksi, dan terserah kepada mereka untuk memberi kenyataan. Sebab itu ada kes dapat diselesaikan dalam tempoh singkat dan ada yang mengambil masa bertahun lamanya," katanya.Menurut Nooraziah dari Januari hingga 3 November lepas, 28 orang ditangkap hasil 736 maklumat orang ramai yang diterima berbanding 23 orang tahun lepas dari 739 maklumat yang diterima.Katanya 423 maklumat yang diterima berunsur rasuah dan 313 tiada unsur rasuah, yang membawa kepada 51 kes dibuka kertas siasatan dan menghasilkan barangan serta wang tunai disita berjumlah RM8,775 tidak termasuk tiga jentera pertanian.-- BERNAMA

Tuesday, November 4, 2008

TARIF ELEKTRIK: SIAPA YANG PERLU DIPERCAYAI?

Apabila harga minyak turun, Macam - macam cerita yang pelik-pelik mula keluar didada akhbar. Terbaru kes penurunan tarif letrik. Semasa harga minyak naik, Tarif letrik pun dinaikkan. Maka untuk menghalalkan kenaikan tarif letrik itu, maka diujudkan cerita mengkaitkan hubungan kenaikan Tarif letrik dengan kenaikan harga minyak. Hari ini (3.11.08), datuk Shaziman berkata 'tanggapan sesetengah pihak bahawa kerajaan perlu menurunkan tarif letrik ekoran penurunan harga minyak oleh kerana sebelum ini kenaikan tarif dibuat ketika harga minyak naik, adalah tidak benar'.
Minggu lepas beliau berkata ' penurunan harga minyak kepada USD60 setong tiada kaitan dengan Tarif Letrik kerana menggunakan sumber tenaga arangbatu, gas, hidro dan sumber tenaga lain.
Datuk Khalib (CEO TNB) berkata, Tarif letrik perlu dinaikkan kerana kenaikan harga minyak dan arangbatu.
Datuk Seri Abdullah dalam pembentangan budget, menjelaskan tarif letrik perlu di naikkan bagi sektor tertentu dengan menerangkan fakta kenaikan bahanapi minyak dan gas.
Sekarang bila rakyat tanya bila nak turunkan Tarif letrik, Datuk shaziman kata bergantung kepada harga gas dan harga arangbatu. Jika harga gas kekal RM14.21 Million British Thermal Unit (mmBTU) dan arangbatu turun bawah USD75 setan, barulah tarif akan diturunkan.
Alamak, cakap siapa perlu kita percaya ni? Cakap CEO kah, cakap Datuk Shaziman kah atau cakap Pak Lah? Atau pun ketiga-tiga mereka Memang tak Boleh Di Percayai? Atau Rakyat tiada pilihan lain, selain mesti percaya? Datuk...., jangan dok percaya sangat dengan IPP(Stesen jana kuasa bebas). Banyak yang tiris dalam IPP tu. rakyat tak dengar lagi Datuk mengekang ketirisan IPP tu.Kesan yang menangungnya adalah RAKYAT.
Hari ini Datuk bagi alasan Gas dan Arangbatu. Kami bimbang bila gas dan arangbatu turun dan minyak naik, Datuk bagi alasan IPP guna sumber minyak pulak. Kalaulah IPP(stesen jana kuasa bebas) menggunakan tenaga Nuklear pulak, tak taulah alasan apa yang nak dibuat!
Tarif elektrik: Kerajaan masih kaji penurunan

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Kerajaan tidak pernah menutup pintu untuk mengkaji semula tarif elektrik termasuk menurunkannya seperti yang diharapkan oleh banyak pihak ekoran penurunan harga minyak ketika ini.
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor (gambar) berkata, walaupun harga minyak di pasaran telah menurun sehingga AS$60 setong, harga arang batu yang menjadi sumber utama dalam penjanaan tenaga elektrik di negara ini masih berada pada paras yang tinggi.
Beliau memberi jaminan, kerajaan mahupun Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengkaji penurunan tarif elektrik sekiranya harga gas yang dibeli Penjana Tenaga Bebas (IPP) kekal pada RM14.21 bagi satu Million British Thermal Unit (mmBtu) dan harga arang batu pula turun di bawah AS$75 setan metrik.
''Kalau harga arang batu ketika ini lebih AS$100 setan turun sehingga AS$75 setan seperti yang kita unjurkan sebelum ini, maka kemungkinan harga elektrik boleh diturunkan," katanya ketika menggulung Bajet 2009 bagi kementerian beliau pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Menurutnya, tanggapan sesetengah pihak bahawa kerajaan wajar menurunkan tarif elektrik ekoran penurunan harga minyak kerana sebelum ini kenaikan tarif dibuat ketika harga minyak meningkat, adalah tidak benar.
Tambahnya, kerajaan berpendapat harga gas yang dijual oleh Petronas kepada sektor elektrik sekarang iaitu RM14.31 mmBtu adalah wajar dan tarif elektrik juga patut dikekalkan kerana ia masih di bawah harga pasaran.
Katanya, harga gas bagi pasaran antarabangsa kini ialah RM40 mmBtu manakala kos pengeluarannya pula mencecah RM28 mmBtu.
Minggu lalu, Shaziman memberitahu, penurunan harga minyak serendah AS$60 satu tong tidak ada kaitan dengan senario bekalan tenaga elektrik di negara ini memandangkan kesemua stesen janakuasa elektrik tempatan menggunakan sumber gas, arang batu, hidro atau sumber tenaga yang lain.
''Stesen janakuasa elektrik negara ini menggunakan sumber gas sebanyak 60 peratus, 30 peratus arang batu dan bakinya daripada sumber tenaga lain,'' katanya.
Di bawah tarif baru bermula Julai lalu, TNB menetapkan tarif kediaman sebanyak 21.8 sen untuk satu kilowatt jam (kWj) bagi penggunaan 200 kWj pertama sebulan manakala 34.5 sen bagi penggunaan unit seterusnya.
Pelaksanaan tarif baru itu tidak menjejaskan pengguna yang menggunakan kurang daripada 200 kWj sebulan dengan anggaran bil elektrik kurang daripada RM43.60.

Monday, November 3, 2008

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

“Jika saya sebagai YDP PBT” oleh Tan Sri Sidek Hasan dalam Utusan Malaysia 30.10.08 amat menarik perhatian. Beliau sebagai orang nombor satu dalam Sistem Pentadbiran Awam, sudah tentu memahami implikasi pendapat yang diutarakan. Sudah tentu rencana beliau menyimpan niat agar datuk bandar dan YDP lebih fokus kepada isu penduduk dalam sebuah PBT. Sebagai pekerja awam maupun badan berkanun, menjadi tanggungjawab kita untuk mendalami dan memahami inti kandungan tulisan beliau.

Sungguhpun dalam rencana beliau, beliau mengumpakan dirinya sebagai seorang awam dengan merujuk PBT kawasan beliau tinggal, tetapi kiasan dan makna sebenar rencana beliau mengharapkan seluruh 144 PBT memahaminya. Meletakkan diri beliau sebagai orang awam dan penduduk biasa dalam kawasan PBT, menggambarkan 'itulah juga naluri kehendak rakyat sejagat' terhadap PBT.

SENARIO PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah dikenali juga Pihak Berkuasa Tempatan. PBT merupakan kerajaan ketiga dalam hiraki Sistem Pemerintahan kita iaitu Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Untuk memahami secara ringkas, kerajaan pusat ini yang diterajui oleh Perdana Menteri, Kerajaan Negeri pula diterajui Ketua Menteri dan Menteri Besar dan Kerajaan Tempatan di terajui Datuk Bandar atau Yang DiPertua. Masing-masing mempunyai akta dan undang-undang berkaitan dengan skop dan tanggungjawab. Kerajaan Pusat mempunyai Dewan negara dan Dewan Parlimen, Kerajaan Negeri mempunyai Dewan Undangan Negeri dan Kerajaan Tempatan (PBT) mempunyai Majlis Penuh (Full Council).

PBT diperbadankan dibawah Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171). Dari aspek ‘kekuasaannya’ PBT dikatakan mempunyai kuasa Autonomi dalam hal ehwal pentadbiran, pengurusan dan kewangannya. PBT mempunyai kawalan penuh dalam pengurusan kewangannya, mempunyai sumber hasil sendiri dan bertanggungjawab dalam mencari hasil dan mengawal perbelanjaannya. Sungguhpun sesebuah PBT itu sentiasa perlu tertakluk kepada Kerajaan Negeri, tetapi kuasa Datuk Bandar dan yang DiPertua agak luar biasa. Sumber kewangan konvensional PBT adalah dari hasil cukai pintu, hasil bukan cukai dan lain-lain hasil. Pendek kata PBT mempunyai 1001 cara dan makanisma untuk memperoleh hasil baru. Sesebuah PBT tidak boleh lari dari Tanggungjawab Sosialnya. Peranan utama PBT sudah berevolusi mengikut perkembangan pembangunan dan tamadun manusia tetapi peranan asas adalah kebersihan parit, longkang, rumput, sampah, lampu jalan dan jalan bandaran.

Selain Datuk Bandar / Yang DiPertua, setiap PBT ada Ahli Majlis yang terdiri daripada kalangan pemimpin masyarakat yang dilantik oleh kerajaan negeri. Ahli Majlis adalah mewakili masyarakat setempat dan berperanan sebagai bersama dalam pembentukan dasar sesebuah PBT. Sungguhpun dalam Akta Kerajaan tempatan (Akta 171) , dinyatakan ahli majlis yang dilantik adalah terdiri daripada untuk mewakili Orang Melayu, Orang India dan Orang Tionghua, tetapi umumnya ahli majlis yang dilantik sekarang ini adalah mereka – mereka yang terlibat dalam politik secara langsung dan kalangan NGO seperti Dewan Perniagaan-Dewan Perniagaan. Tidak dinafikan NGO ini pun sebenarnya orang yang terlibat dalam politik juga!Tidak hairan jika dulu BN memerintah, maka kalangan ahli majlis yang dilantik dari UMNO, MCA dan MIC dan bagi negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor pula rata-rata ahli majlis terdiri dari DAP, PAS dan PKR. Maka dasar sesebuah PBT itu sentiasa tertakluk kepada suasana politik semasa. Kita tidak boleh menafikan fakta suasana PBT hari ini. Daripada 144 PBT seluruh negara, hanya PBT di Negeri Johor, Trengganu dan Kedah datuk bandar / YDP dan Setiausaha (sesetengah PBT di Kedah mempunyai Penolong Setiausaha) adalah dikalangan Pegawai Tadbir negeri. selebihnya adalah Pegawai Tadbir Persekutuan.

Dalam hal pembentukan dasar PBT, tidak kira sama ada di negeri yang di terajui BN atau Pakatan Rakyat, dasar yang diutamakan adalah untuk kesejahteraan rakyat. Peranan Asas PBT tidak berubah tetapi yang sering berubah adalah cara pemikiran Datuk Bandar / YDP, kaedah dan makanisma dan arah tuju PBT. Maka sesebuah PBT itu tertakluk kepada 'Ketua Negaranya' iaitu Datuk bandar / YDP. Bagaimana untuk memajukan PBT untuk kesejahteraan rakyat? Jawapan yang mudah adalah Datuk Bandar / YDP itu mestilah mempunyai nilai kepimpinan dan berfikir seperti PERDANA MENTERI. Mereka perlu melihat sesebuah PBT itu adalah seperti sebuah NEGARA.


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PBT


Sejak sebelum Merdeka (dikenali majlis bandaran / Sanitary board) hinggalah sekarang peranan utama PBT tidak berubah iaitu kebersihan sampah, parit, pemotongan rumput, lampu jalan dan jalan - jalan bandaran. Tugas asas inilah yang sering menjadi masalah ketikpuasan hati rakyat dan menjadi masalah kronik bagi sesetengah PBT yang mempunyai kewangan yang kecil. Peranan ini sentiasa bertambah dan berkembang kepada pengeluaran lesen perniagaan, kelulusan pelan perancangan dan bangunan, keceriaan bandar, TLK dan kemudahan awam. Ia terus berkembang kepada peranan sosial dan khidmat masyarakat, sukan, rekreasi dan budaya serta lain-lain lagi. Apa pula peranan pada abad 21 ini? Sudah tentu seiring dengan pembangunan moden Tamadun Manusia, peranan PBT juga terus bertambah! bagaimana pula kepada datuk bandar/YDP dan kakitangan PBT? TIDAK BOLEH TIDAK 'KEPALA PBT' JUGA PERLU BERANI BERUBAH. Mudah untuk ditafsirkan bahawa PBT itu umpama Tong Sampah yang didalamnya mengandungi Pembangunan Bandar, merancakkan sektor Ekonomi rakyat, Sosial, Keselamatan, Perniagaan, Keceriaan bandar, Kesejahteraan Rakyat, Pelaburan, Perpaduan dan lain-lain seperti sebuah negara.


Apabila peranan asas PBT dikurangkan, maka apakah pula peranan yang sepatutnya di tanggung oleh PBT? Pada tahun 2008 peranan kelulusan pelan bangunan dan Sijil layak Menduduki (CFO) telah diambil alih oleh CCC, terus dibawah Kementerian perumahan dan Kerajaan Tempatan. Mulai 2009 pula, kebersihan sampah, rumput dan longkang akan diambil alih oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal menerusi konsep penswastaan. Ini bermakna tugas yang paling besar PBT iaitu Sampah, Rumput dan Longkang bukan lagi tugas PBT dan ini menyelesaikan masalah PBT sendiri. Dalam hal ini, Bersediakah Datuk Bandar / YDP membawa hala tuju baru PBT?


KEKANGAN MODAL

Dahulu apabila berlaku isu PBT gagal mengutip sampah, memotong rumput dan membersih longkang, jawapan yang di utarakan adalah masalah kurang pekerja, kurang mesin dan kurang lori. Masalah ini timbul kerana PBT kekurangan kewangan dalam menampung kos operasi, penyelenggaraan mesin atau membeli mesin/lori baru bagi menampung kawasan perkhidmatan PBT. Mudahnya PBT kekurangan Modal iaitu wang dan pekerja. Untuk mengambil pekerja baru pun, memerlukan wang. Jadi perkara pokok yang menjadi masalah adalah WANG. Kekangan wang ini bukan di hadapi oleh semua PBT tetapi hanya segelintir PBT. PBT yang berstatus Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah kebanyakannya tidak menghadapi masalah wang apabila ditadbir oleh YDP yang bijak mencari hasil-hasil baru. Bagi yang berstatus Majlis Bandaraya juga hanya segelintir yang mengalami masalah kewangan yang kronik. Sebagai contoh Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Johor Baharu, Majlis Bandaraya Kuching, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Melaka, majlis Bandaraya Miri, Majlis Bandaraya Ipoh dan Majlis Bandaraya Kota Kinabalu mengalami Belanjawan Defisit Tetapi Tidak Mengalami Masalah Kewangan Yang Kronik. Berbeza Majlis Bandaraya Alor Star yang menghadapi masalah 'Masalah Kewangan yang Kronik' hingga menjejaskan operasi dan tanggungjawab asas itu tadi. Majlis Perbandaran Kota Baru juga menghadapi masalah yang sama. Tetapi dalam hal ini, adakah wang akan datang bergolek ke riba datuk bandar/YDP tanpa mengusahakannya?
Sesetengah PBT mempunyai hala tuju modal insan yang amat mengagumkan. Mempunyai road map berkesan dalam menangani Sistem penyampaian kerajaan. Modal insan lah yang menjadi salah satu faktor utama dalam menentukan sebuah PBT amat berjaya dan berprestasi tinggi seperti yang diharapkan oleh rakyat. Datuk bandar / YDP yang prihatin dan menyedari hakikat ini, akan sentiasa memberi tumpuan setiap masa kepada modal insannya. Semua Datuk Bandar / YDP sudah pasti bersependapat dengan praktis dan teori ini!. Yang kurang percaya dan kurang prihatin kepada modal insan, sudah pasti akan menjerumuskan PBT itu dalam krisis contohnya krisis kewangan, krisis pengurusan dan krisis pentadbiran. Diskriminasi keatas Modal insan iaitu pekerja tetap, kontrak dan sambilan akan hanya mencetuskan krisis kepada PBT. Punca krisis kewangan, pengurusan dan pentadbiran adalah dari krisis Modal Insan! Jelasnya krisis kewangan dan krisis pengurusan yang berlaku adalah berpunca dari krisis modal insan. Modal insan bukan hanya pekerja sahaja tetapi termasuklah Datuk Bandar/YDP dan setiausaha.
Dalam pembangunan modal insan, perkara asas dalam menentukan seseorang pekerja itu menyumbang kepada Yang Terbaik Di Antara Yang Terbaik, mengekalkan kecemerlangan hingga mencapai Terbilang dan mencintai dan sayang kepada PBT adalah gaji, kebajikan pekerja, imbuhan - imbuhan lain yang sepatutnya, ganjaran, nawaitu, ketulusan dan akhlak pekerja. Apakah yang boleh Datuk Bandar/YDP jangkakan jika kakitangan tidak dibayar gaji yang sepatutnya? Atau tidak sepenuhnya membela kebajikan pekerja? Atau menafikan ganjaran pekerja kontrak? Atau mendiskriminasikan antara pekerja tetap, kontrak dan sambilan? Sudah tentu ia membantut Hala Tuju Modal Insan yang diharapkan. Kesan jangka panjang adalah pemberontakan dalam hati setiap pekerja yang rasa tersisih. 'Punish and reward' secara adil dan berhemah adalah amat penting. Jika kekecewaan dan tidak puas hati pekerja berterusan maka kesannya adalah kepada krisis pengurusan, pentadbiran dan kewangan. Bukankah modal insan ini sebagai tiang kepada Datuk Bandar /YDP?
HASIL LAMA DAN HASIL BARU
Perubahan tanggungjawab PBT pada alaf akan datang (mulai tahun 2009) memang sudah tidak dapat disangkal lagi. tanggungjawab kepada sampah, rumput, parit dan longkang amat pasti tiada dalam kamus PBT. Bidang yang berkaitan dengan CFO juga telah dipadam dalam kamus PBT. Dalam hal ini, apakah pula bidang yang sepatutnya dipelopori dan dipupuk oleh PBT? Di sesetengah PBT, lampu jalan di jalan-jalan protokol adalah tanggungjawab TNB dan Jabatan Kerja Raya. Umpamanya di Majlis Bandaraya Alor Star, lampu dijalan protokol dan lampu trafik adalah dalam tanggungjawab JKR. Maka sudah pasti, Majlis telah banyak mengurangkan kos penyelenggaraan atau pemasangan baru. Sungguhpun MBAS akan membayar perkhidmatan kepada konsesi perkhidmatan kutipan sampah, tentunya penjimatan yang banyak diperolehi berbanding kutipan dilakukan sendiri. Antara lain penjimatan tersebut adalah emolumen, upahan, lebih masa, penyelenggaraan kenderaan, perolehan bekalan, perolehan aset dan sebagainya. Penjimatan ini adalah hasil majlis tetapi sebagai sumber hasil lama. Tunggakan cukai pintu, sewa, bayaran lesen, kompaun tidak dibayar dan lain-lain tunggakan dari bidang yang sedang berjalan adalah juga sebagai hasil lama. Jadi, apakah pula hasil baru yang patut di explorasi oleh Datuk Bandar /YDP?
Hasil lama ini boleh dikatakan sebagai hasil yang diperolehi oleh PBT dari sumber operasi sedia ada seperti hasil lesen, bayaran sewa premis perniagaan, tanah, penjaja, pusat rekreasi, dewan dan gerai, hasil pelan bangunan dan perancangan, kompaun dan sebagainya. Hasil baru adalah hasil yang perlu dicari dan di jana oleh PBT berpunca dari bidang yang baru. Bukankah peranan PBT pada alaf baru meliputi sektor ekonomi, hartanah dan pelaburan yang boleh menjana pendapatan? Untuk explorasi bidang yang boleh menjana hasil baru, Perancangan Stategik adalah perlu dalam minda Datuk Bandar. Sudah sampai masanya Datuk Bandar berfikir laksana teknokrat ulung dan 'business minded' selain sebagai pemimpin masyarakat. Jawatankuasa Kebinet Mengenai Kerajaan Tempatan telah menjelaskan bahawa Peranan PBT bertaraf Bandaraya pada masa kini bukan hanya berkaitan kebersihan dan kutipan sampah sahaja tetapi berperanan untuk menarik pelaburan dalam dan luar negara ke kawsan PBT dalam usaha menambah pendapatan. Majlis Bandaraya sepatutnya telah mampu berdiri sendiri dalam menambah hasil dan tidak terlalu bergantung kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kecuali kepada Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran.
Yang menghairankan, mengapa masih ada Majlis Bandaraya yang masih susah dan tenat, lebih susah dari Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah hinggakan membayar gaji dan elaun lebih masa kakitangannya pun tidak mampu? Jawapan ini ada ditangan Datuk Bandar. Rakyat sentiasa bergerak dalam berfikir dan sentiasa melihat serta menganalisis prestasi PBT. Datuk Bandar / YDP haruslah sedar bahawa rakyat sentiasa membandingkan antara sebuah bandaraya dengan bandaraya di negeri lain. Misalnya 'Penduduk di Majlis Bandaraya Alor Star' akan sentiasa membandingkan dengan Majlis Bandaraya yang lain tidak kira sama ada bandaraya ini baru setahun jagung atau lebih tua dari bandaraya yang lain. Seringkali apabila diperbandingkan, Datuk Bandar /YDP mempunyai alasan tersendiri. Umumnya alasan tersebut adalah 'hasil bandaraya itu' banyak, bandaraya kita sikit. Kalau ada banyak macam bandaraya itu, saya pun boleh buat.! Pokoknya kenapa tidak mencontohi bandaraya tersebut dalam meningkatkan hasil atau setidak-tidaknya meniru cara bandaraya yang banyak hasil dalam mencari dan menambah hasil.
renung-renungkan dan selamat beramal..



rencana Tan Sri Sidek Hasan (klik di sini)

Sunday, November 2, 2008

NAIK HARGA MINTA TOLONG MENTERI, TURUN HARGA MINTA TOLONG RAKYAT

Bila membaca ulasan Datuk Seri Abdullah mengenai harga barang yang tidak turun dalam Utusan Malaysia 1 NOV 2008, rasanya macam nak meraung dan menjerit-jerit di depan Pintu Seri Perdana atau pun paling lekeh pun nak meraung-raung macam orang isin depan rumah Datuk Shahrir Samad.
Pak Lah berkata 'bila harga di Pasaraya Besar murah (merujuk kepada Giant dan Tesco) rakyat tentu akan beli di Tesco dan Giant dan tidak membeli di luar yang harganya mahal'. Ini idea Pak Lah atau Datuk Shahrir? Boleh kah Pak Malau di Baling, Makcik Kiah di Tanjung Karang, Hj Samaun di Grik, pak Man di Jengka 13, Salamah di Sembrong nak pergi Giant dan Tesco semata nak beli barang asasi dimana pasaraya Giant dan TESCO hanya di bandar-bandar utama?
Apa yang dimegahkan dengan kerajaan BN, jika harga barang pun tidak boleh dikawal? Jika Datuk Shahrir bermegah dengan kejayaannya menurunkan harga barang di Giant, Tesco hatta pasaraya besar di seluruh negara yang lokasinya di tengah pekan/bandar besar, Datuk Shahrir dan Pak Lah bolehlah laung dan jerit kuat-kuat dalam Dewan Parliman - 'Kamilah pemimpin prihatin' membela RAKYAT yang menderita di luar bandar.
Rakyat nak tengok dan dengar 'apa pula tindakbalas rakyat'! Sewajibnya, Pak Lah dan Pak Shahrir 'Telah Mempunyai Makanisma', bagaimana untuk mengawal menurunkan harga barang dan perkhidmatan yang telah naik akibat harga minyak naik tempohari. Kerajaan dilihat hilang kawalan dalam mengawal harga barangan keperluan, terutama di luar bandar. Kelewatan bertindak dalam menurunkan harga barangan, hanya akan mengundang kepada kadar inflasi semakin tinggi. Yang sedih, Pak Lah minta rakyat tolong terutama persatuan pengguna, bersama-sama untuk memastikan harga barang diturunkan oleh peniaga. Semasa nak naikkan harga minyak, barangan dan perkhidmatan adakah Pak Lah dan Datuk Shahrir minta tolong rakyat untuk mengawalnya. Rasanya keputusan menaikkan barangan dan perkhidmatan dahulu, hanya dibuat oleh mereka yang saling tolong-menolong dan rakyat tidak dilibatkan...Memang bernas otak Menteri ini dan Perdana Menteri berdasarkan langkah ini, tetapi dengan syarat Datuk Shahrir dan Pak Lah kena 'pastikan' Giant, TESCO dan lain-lain pasaraya besar ini membuka cawangannya di seluruh pekan dan daerah kecil seluruh negara.

Kerjasama rakyat pastikan harga barang turun


Oleh JAMDI NASIR dan ZULHISHAM ISHAK
Abdullah Ahmad Badawi merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) Ke-23 di Kota Kinabalu, semalam.

KOTA KINABALU 1 Nov. - Kerajaan memerlukan kerjasama rakyat dan persatuan pengguna dalam usaha memastikan peniaga menurunkan harga barang keperluan berikutan harga petrol dan diesel yang semakin rendah, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, tindakan serta merta yang boleh dilakukan oleh rakyat ialah dengan memilih kedai menjual harga rendah untuk mendapatkan barangan keperluan harian mereka termasuk di pasar raya yang telah bersetuju menurunkan harga barangan.

Beliau menegaskan, pada masa ini kerajaan telah berjaya mendapatkan persetujuan beberapa pemilik pasar raya besar bagi menurunkan harga barang makanan dan ia sepatutnya diikut oleh kedai-kedai runcit.

''Kerajaan perlu mendapat kerjasama rakyat terutama persatuan pengguna, ini adalah penting sebab bila harga minyak rendah, tidak ada sebab mengapa harga barang masih seperti waktu harga minyak tinggi.

''Peniaga perlu mengambil tindakan mengurangkan harga barang, kalau tidak mendadak, boleh secara beransur-ansur," katanya kepada pemberita selepas merasmi Perhimpunan Agung Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-23 di sini hari ini.

Perdana Menteri menjelaskan, tindakan kerajaan mengadakan persetujuan dengan pasar raya besar untuk menurunkan harga barang bertujuan untuk membuktikan bahawa harga sesuatu barangan itu boleh dikurangkan pada masa ini.
Beliau berkata, langkah itu juga bagi memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan segera dengan mengunjungi pasar raya terbabit mendapatkan barangan pada harga lebih rendah.
''Bila harga di pasar besar rendah, tentu rakyat mahu ke pasar besar ini berbanding kedai di luar, rakyat tidak akan pergi (kedai menjual harga tinggi) kerana tidak lagi menjadi pilihan mereka.
''Pilihan rakyat adalah beli barang di kedai harga jual murah, kita berharap pihak peniaga lain dapat memahami bahawa rakyat yang mahukan harga barang turun," katanya
.

Beliau memberitahu, bagi harga barang-barang kawalan, ia tidak akan berubah kerana parasnya adalah mengikut keadaan pasaran semasa.
Ditanya, sekiranya harga minyak terus jatuh adakah kerajaan akan menetapkan satu kadar minimum bagi jualan runcit petrol dan diesel, Perdana Menteri berkata, kerajaan perlu mengkaji terlebih dahulu sebelum sesuatu tindakan boleh dilaksanakan.

Sementara itu, Abdullah berkata, projek pembinaan saluran paip gas dari Kimanis ke Bintulu, Sarawak akan tetap diteruskan.
Menurutnya, projek tersebut bagaimanapun akan dipastikan tidak menjejaskan operasi loji janakuasa gas di Kimanis bagi membekalkan elektrik di Sabah.
Beliau berkata, Sabah juga akan tetap mendapat royalti gas meskipun sebahagian daripadanya disalurkan ke Bintulu.

"Sabah akan tetap menikmati royalti gas, apa yang kita ambil dari Sabah, Sabah akan nikmati (hasilnya), dakwaan negeri ini tidak menerima royalti adalah tidak betul," katanya.
Abdullah mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok, baru-baru ini yang meminta Petronas menghentikan kerja-kerja membina paip gas dari Kimanis ke Bintulu.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, projek tersebut tidak boleh dihentikan dan pada masa yang sama sebuah stesen janakuasa gas memerlukan bekalan untuk kegunaan Sabah.