Tuesday, November 4, 2008

TARIF ELEKTRIK: SIAPA YANG PERLU DIPERCAYAI?

Apabila harga minyak turun, Macam - macam cerita yang pelik-pelik mula keluar didada akhbar. Terbaru kes penurunan tarif letrik. Semasa harga minyak naik, Tarif letrik pun dinaikkan. Maka untuk menghalalkan kenaikan tarif letrik itu, maka diujudkan cerita mengkaitkan hubungan kenaikan Tarif letrik dengan kenaikan harga minyak. Hari ini (3.11.08), datuk Shaziman berkata 'tanggapan sesetengah pihak bahawa kerajaan perlu menurunkan tarif letrik ekoran penurunan harga minyak oleh kerana sebelum ini kenaikan tarif dibuat ketika harga minyak naik, adalah tidak benar'.
Minggu lepas beliau berkata ' penurunan harga minyak kepada USD60 setong tiada kaitan dengan Tarif Letrik kerana menggunakan sumber tenaga arangbatu, gas, hidro dan sumber tenaga lain.
Datuk Khalib (CEO TNB) berkata, Tarif letrik perlu dinaikkan kerana kenaikan harga minyak dan arangbatu.
Datuk Seri Abdullah dalam pembentangan budget, menjelaskan tarif letrik perlu di naikkan bagi sektor tertentu dengan menerangkan fakta kenaikan bahanapi minyak dan gas.
Sekarang bila rakyat tanya bila nak turunkan Tarif letrik, Datuk shaziman kata bergantung kepada harga gas dan harga arangbatu. Jika harga gas kekal RM14.21 Million British Thermal Unit (mmBTU) dan arangbatu turun bawah USD75 setan, barulah tarif akan diturunkan.
Alamak, cakap siapa perlu kita percaya ni? Cakap CEO kah, cakap Datuk Shaziman kah atau cakap Pak Lah? Atau pun ketiga-tiga mereka Memang tak Boleh Di Percayai? Atau Rakyat tiada pilihan lain, selain mesti percaya? Datuk...., jangan dok percaya sangat dengan IPP(Stesen jana kuasa bebas). Banyak yang tiris dalam IPP tu. rakyat tak dengar lagi Datuk mengekang ketirisan IPP tu.Kesan yang menangungnya adalah RAKYAT.
Hari ini Datuk bagi alasan Gas dan Arangbatu. Kami bimbang bila gas dan arangbatu turun dan minyak naik, Datuk bagi alasan IPP guna sumber minyak pulak. Kalaulah IPP(stesen jana kuasa bebas) menggunakan tenaga Nuklear pulak, tak taulah alasan apa yang nak dibuat!
Tarif elektrik: Kerajaan masih kaji penurunan

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Kerajaan tidak pernah menutup pintu untuk mengkaji semula tarif elektrik termasuk menurunkannya seperti yang diharapkan oleh banyak pihak ekoran penurunan harga minyak ketika ini.
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor (gambar) berkata, walaupun harga minyak di pasaran telah menurun sehingga AS$60 setong, harga arang batu yang menjadi sumber utama dalam penjanaan tenaga elektrik di negara ini masih berada pada paras yang tinggi.
Beliau memberi jaminan, kerajaan mahupun Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengkaji penurunan tarif elektrik sekiranya harga gas yang dibeli Penjana Tenaga Bebas (IPP) kekal pada RM14.21 bagi satu Million British Thermal Unit (mmBtu) dan harga arang batu pula turun di bawah AS$75 setan metrik.
''Kalau harga arang batu ketika ini lebih AS$100 setan turun sehingga AS$75 setan seperti yang kita unjurkan sebelum ini, maka kemungkinan harga elektrik boleh diturunkan," katanya ketika menggulung Bajet 2009 bagi kementerian beliau pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Menurutnya, tanggapan sesetengah pihak bahawa kerajaan wajar menurunkan tarif elektrik ekoran penurunan harga minyak kerana sebelum ini kenaikan tarif dibuat ketika harga minyak meningkat, adalah tidak benar.
Tambahnya, kerajaan berpendapat harga gas yang dijual oleh Petronas kepada sektor elektrik sekarang iaitu RM14.31 mmBtu adalah wajar dan tarif elektrik juga patut dikekalkan kerana ia masih di bawah harga pasaran.
Katanya, harga gas bagi pasaran antarabangsa kini ialah RM40 mmBtu manakala kos pengeluarannya pula mencecah RM28 mmBtu.
Minggu lalu, Shaziman memberitahu, penurunan harga minyak serendah AS$60 satu tong tidak ada kaitan dengan senario bekalan tenaga elektrik di negara ini memandangkan kesemua stesen janakuasa elektrik tempatan menggunakan sumber gas, arang batu, hidro atau sumber tenaga yang lain.
''Stesen janakuasa elektrik negara ini menggunakan sumber gas sebanyak 60 peratus, 30 peratus arang batu dan bakinya daripada sumber tenaga lain,'' katanya.
Di bawah tarif baru bermula Julai lalu, TNB menetapkan tarif kediaman sebanyak 21.8 sen untuk satu kilowatt jam (kWj) bagi penggunaan 200 kWj pertama sebulan manakala 34.5 sen bagi penggunaan unit seterusnya.
Pelaksanaan tarif baru itu tidak menjejaskan pengguna yang menggunakan kurang daripada 200 kWj sebulan dengan anggaran bil elektrik kurang daripada RM43.60.

No comments: