Thursday, November 6, 2008

SUKAN SEBAGAI RASUAH POLITIK

Utusan hari ini menyentuh tentang DS Dr Shahidan Kassim yang bersusah payah selepas pasca PRU12. Dengan muka selamba, Presiden PFA ini menggambarkan dirinya sebagai pemimpin ulung yang sanggup bergadai harta benda demi sukan. Sapa yang tak kenal bekas MB ini? Di Perlis rata-rata orang kampung pun kenal bahawa pemimpin yang satu ini cukup hebat dengan 'kepimpinan melalui wang'. Duit raya, duit sedekah hinggalah pinggan mangkuk pun, beliau bagi kepada orang Perlis. Syukur alhandullillah...Rakyat Perlis terima dengan ikhlas.

Tapi DS kena nawaitu betul-betul, sebab kalau niat 2 dalam satu - DS akan terima pembalasan Yang Esa. Maknanya, kalau niat nak sedekah tetapi dalam masa yang sama nak 'menggula-gulakan' sokongan rakyat, YANG ESA tahu nawaitu DS. Kadang-kadang DS teralpa, 'bila kita salah menggunakan harta yang diperolehi atau salah cara mencari duit yang diperolehi dan kemudiannya menyedekahkan kepada orang' Tuhan Yang Esa Marah! Tuhan Yang Esa bayar 'cash' pada kesilapan tersebut.

Tapi keadaan PFA dan rumit sikit agaknya. DS kena minta tolong sana, minta tolong sini dan tak semua orang nak tolong. Walhal bukankah dulu semasa Menteri Besar Perlis, DS terkenal dengan jolokan suka tolong rakyat. Kenapa sekarang ramai sangat yang tak mahu tolong DS hinggakan nak cari undi pencalonan Naib Presiden pun tercungap-cungap. Hingga DS kena tarik diri pulak. Tentu ada yang tak kena kat mana-mana...

Sonok bila DS kata Menteri Belia dan Sukan mungkin akan tolong DS dalam kes hutang KWSP PFA. Saya tumpang sonok juga bila YB Khairy diberitakan akan tolong sama. Tapi saya naik pening, dengan wayang SUKAN tahun 2008. DS tak heran kah, kenapa YB Khairy nak tolong selesai hutang? Bukankah dalam FAM sendiri, Setiausaha kehormat FAM sendiri dah kata, FAM tidak boleh dipertanggungjawabkan dalam soal membayar hutang PFA? Nasib DS untung tahun ni sebab 'nasib baik' YB Khairy Timbalan Presiden FAM adalah orang politik yang sedang berkuasa, sehingga MAC 2009. DS kena pulun minta tolong YB Khairy ni sementara Bapa Mertuanya berkuasa sampai Mac 2009. Lagi pun perwakilan UMNO bahagian-bahagian habaq YB Khairy ni bolehlah dikatakan berduit. DS kena belakon susah dan buat muka selamba macam dalam gambar utusan malaysia, barulah berkesan. DS jangan lepaskan dulu Jawatan Ketua Perhubungan UMNO Perlis kepada Md Isa Sabu dalam waktu terdekat ini, sebab ITULAH tiket DS untuk tangkap YB Khairy. YB Khairy perlu DS untuk undi MAC 2009.

Dengan cara itu, YB Khairy bolehlah selesaikan hutang KWSP PFA. Paling tidak DS kena minta setengah dari RM1 juta hutang KWSP! Rasanya YB Khairy tak ada masalah, sebab beliau ada banyak platform untuk menghalalkan pertolongan tersebut. Mungkin YB boleh melalui platform FAM, Platform Kementerian Belia dan Sukan, Platform My Team, Platform pembangunan sukan bolasepak atau beliau boleh membentuk platform baru untuk DS. Biasalah DS dalam politik ni, perlu ada 'Sandar Menyandar'. Biarlah rakyat kata itu rasuah politik asalkan tidak cakap rasuah sukan. Bukankah politik memang begitu tradisinya. Dan tradisi pemilihan UMNO sekarang ini pun begitu? Rasuah politik sukar sikit nak benteras, sebab banyak bukti yang tidak dapat dibuktikan. Kalau rasuah sukan cukup bahaya. DS dan YB Khairy pun fahamkan maksud saya! Selepas itu DS dan YB Khairy kena berlakon lah, kecam hal rasuah merasuah dalam politik UMNO. Selesai kes..

DS kena ingatkan YB Khairy jangan guna platform AFC. Khabarnya bekas setiausaha kehormat AFC Peter Vellapan berkata, AFC nak pindahkan ibu pejabat AFC disebabkan nak menghukum FAM kerana menjemput Manchester United berlawan persahabatan dengan Pasukan Kebangsaan Negara. Bukakah orang kuat belakang tabir yang berkeras untuk menjemput dan mengadakan perlawanan itu YB Khairy hingga kerajaan Malaysia campur tangan. Pak Lah pun pernah berkata setuju dan tidak ada salahnya MU datang. DS habaq jangan guna langsung platform AFC, sebabnya 'porak peranda' dan 'dendam' AFC ini rupa-rupanya berpunca dari kes perlawanan persahabatan MU-Malaysia! Maknanya porak peranda ni datang dari 'orang' yang berkeras memanggil MU lah kan? Jika MU jadi datang hari itu, siapalah agaknya yang glamour? tapi dah tak jadi, 'taiknya' dapat kat FAM. Sebaik-baiknya gunakan pengalaman DS, bagaimana menggunakan duit dengan benefit 2 dalam 1. Dengan kata lain, kita dilihat orang yang suka bersedekah tetapi hasilnya sokongan UNDI yang tak berbelah bagi. Gunakan segala ilmu politik untuk survival politik.

No comments: