“Jika saya sebagai YDP PBT” oleh Tan Sri Sidek Hasan dalam Utusan Malaysia 30.10.08 amat menarik perhatian. Beliau sebagai orang nombor satu dalam Sistem Pentadbiran Awam, sudah tentu memahami implikasi pendapat yang diutarakan. Sudah tentu rencana beliau
menyimpan niat agar datuk bandar dan YDP lebih fokus kepada isu penduduk dalam sebuah PBT. Sebagai pekerja awam maupun badan berkanun, menjadi tanggungjawab kita untuk mendalami dan memahami inti kandungan tulisan beliau.
Sungguhpun dalam rencana beliau, beliau mengumpakan dirinya sebagai seorang awam dengan merujuk PBT kawasan beliau tinggal, tetapi kiasan dan makna sebenar rencana beliau mengharapkan seluruh 144 PBT memahaminya. Meletakkan diri beliau sebagai orang awam dan penduduk biasa dalam kawasan PBT, menggambarkan
'itulah juga naluri kehendak rakyat sejagat' terhadap PBT.
SENARIO PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah dikenali juga Pihak Berkuasa Tempatan. PBT merupakan kerajaan ketiga dalam hiraki Sistem Pemerintahan kita iaitu Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Untuk memahami secara ringkas, kerajaan pusat ini yang diterajui oleh Perdana Menteri, Kerajaan Negeri pula diterajui Ketua Menteri dan Menteri Besar dan Kerajaan Tempatan di terajui Datuk Bandar atau Yang DiPertua. Masing-masing mempunyai akta dan undang-undang berkaitan dengan skop dan tanggungjawab. Kerajaan Pusat mempunyai Dewan negara dan Dewan Parlimen, Kerajaan Negeri mempunyai Dewan Undangan Negeri dan Kerajaan Tempatan (PBT) mempunyai Majlis Penuh (Full Council).
PBT diperbadankan dibawah Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171). Dari aspek ‘kekuasaannya’ PBT dikatakan mempunyai kuasa Autonomi dalam hal ehwal pentadbiran, pengurusan dan kewangannya. PBT mempunyai kawalan penuh dalam pengurusan kewangannya, mempunyai sumber hasil sendiri dan bertanggungjawab dalam mencari hasil dan mengawal perbelanjaannya. Sungguhpun sesebuah PBT itu sentiasa perlu tertakluk kepada Kerajaan Negeri, tetapi kuasa Datuk Bandar dan yang DiPertua agak luar biasa. Sumber kewangan konvensional PBT adalah dari hasil cukai pintu, hasil bukan cukai dan lain-lain hasil. Pendek kata PBT mempunyai 1001 cara dan makanisma untuk memperoleh hasil baru. Sesebuah PBT tidak boleh lari dari Tanggungjawab Sosialnya. Peranan utama PBT sudah berevolusi mengikut perkembangan pembangunan dan tamadun manusia tetapi peranan asas adalah kebersihan parit, longkang, rumput, sampah, lampu jalan dan jalan bandaran.
Selain Datuk Bandar / Yang DiPertua, setiap PBT ada Ahli Majlis yang terdiri daripada kalangan pemimpin masyarakat yang dilantik oleh kerajaan negeri. Ahli Majlis adalah mewakili masyarakat setempat dan berperanan sebagai bersama dalam pembentukan dasar sesebuah PBT. Sungguhpun dalam Akta Kerajaan tempatan (Akta 171) , dinyatakan ahli majlis yang dilantik adalah terdiri daripada untuk mewakili Orang Melayu, Orang India dan Orang Tionghua, tetapi umumnya ahli majlis yang dilantik sekarang ini adalah mereka – mereka yang terlibat dalam politik secara langsung dan kalangan NGO seperti Dewan Perniagaan-Dewan Perniagaan. Tidak dinafikan NGO ini pun sebenarnya orang yang terlibat dalam politik juga!Tidak hairan jika dulu BN memerintah, maka kalangan ahli majlis yang dilantik dari UMNO, MCA dan MIC dan bagi negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor pula rata-rata ahli majlis terdiri dari DAP, PAS dan PKR. Maka dasar sesebuah PBT itu sentiasa tertakluk kepada suasana politik semasa. Kita tidak boleh menafikan fakta suasana PBT hari ini. Daripada 144 PBT seluruh negara, hanya PBT di Negeri Johor, Trengganu dan Kedah datuk bandar / YDP dan Setiausaha (sesetengah PBT di Kedah mempunyai Penolong Setiausaha) adalah dikalangan Pegawai Tadbir negeri. selebihnya adalah Pegawai Tadbir Persekutuan.
Dalam hal pembentukan dasar PBT, tidak kira sama ada di negeri yang di terajui BN atau Pakatan Rakyat, dasar yang diutamakan adalah untuk kesejahteraan rakyat. Peranan Asas PBT tidak berubah tetapi yang sering berubah adalah cara pemikiran Datuk Bandar / YDP, kaedah dan makanisma dan arah tuju PBT. Maka sesebuah PBT itu tertakluk kepada 'Ketua Negaranya' iaitu Datuk bandar / YDP. Bagaimana untuk memajukan PBT untuk kesejahteraan rakyat? Jawapan yang mudah adalah Datuk Bandar / YDP itu mestilah mempunyai nilai kepimpinan dan berfikir seperti PERDANA MENTERI. Mereka perlu melihat sesebuah PBT itu adalah seperti sebuah NEGARA.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PBT
Sejak sebelum Merdeka (dikenali majlis bandaran / Sanitary board) hinggalah sekarang peranan utama PBT tidak berubah iaitu kebersihan sampah, parit, pemotongan rumput, lampu jalan dan jalan - jalan bandaran. Tugas asas inilah yang sering menjadi masalah ketikpuasan hati rakyat dan menjadi masalah kronik bagi sesetengah PBT yang mempunyai kewangan yang kecil. Peranan ini sentiasa bertambah dan berkembang kepada pengeluaran lesen perniagaan, kelulusan pelan perancangan dan bangunan, keceriaan bandar, TLK dan kemudahan awam. Ia terus berkembang kepada peranan sosial dan khidmat masyarakat, sukan, rekreasi dan budaya serta lain-lain lagi. Apa pula peranan pada abad 21 ini? Sudah tentu seiring dengan pembangunan moden Tamadun Manusia, peranan PBT juga terus bertambah! bagaimana pula kepada datuk bandar/YDP dan kakitangan PBT? TIDAK BOLEH TIDAK 'KEPALA PBT' JUGA PERLU BERANI BERUBAH. Mudah untuk ditafsirkan bahawa PBT itu umpama Tong Sampah yang didalamnya mengandungi Pembangunan Bandar, merancakkan sektor Ekonomi rakyat, Sosial, Keselamatan, Perniagaan, Keceriaan bandar, Kesejahteraan Rakyat, Pelaburan, Perpaduan dan lain-lain seperti sebuah negara.
Apabila peranan asas PBT dikurangkan, maka apakah pula peranan yang sepatutnya di tanggung oleh PBT? Pada tahun 2008 peranan kelulusan pelan bangunan dan Sijil layak Menduduki (CFO) telah diambil alih oleh CCC, terus dibawah Kementerian perumahan dan Kerajaan Tempatan. Mulai 2009 pula, kebersihan sampah, rumput dan longkang akan diambil alih oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal menerusi konsep penswastaan. Ini bermakna tugas yang paling besar PBT iaitu Sampah, Rumput dan Longkang bukan lagi tugas PBT dan ini menyelesaikan masalah PBT sendiri. Dalam hal ini, Bersediakah Datuk Bandar / YDP membawa hala tuju baru PBT?
KEKANGAN MODAL
Dahulu apabila berlaku isu PBT gagal mengutip sampah, memotong rumput dan membersih longkang, jawapan yang di utarakan adalah masalah kurang pekerja, kurang mesin dan kurang lori. Masalah ini timbul kerana PBT kekurangan kewangan dalam menampung kos operasi, penyelenggaraan mesin atau membeli mesin/lori baru bagi menampung kawasan perkhidmatan PBT. Mudahnya PBT kekurangan Modal iaitu wang dan pekerja. Untuk mengambil pekerja baru pun, memerlukan wang. Jadi perkara pokok yang menjadi masalah adalah WANG. Kekangan wang ini bukan di hadapi oleh semua PBT tetapi hanya segelintir PBT. PBT yang berstatus Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah kebanyakannya tidak menghadapi masalah wang apabila ditadbir oleh YDP yang bijak mencari hasil-hasil baru. Bagi yang berstatus Majlis Bandaraya juga hanya segelintir yang mengalami masalah kewangan yang kronik. Sebagai contoh Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Johor Baharu, Majlis Bandaraya Kuching, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Melaka, majlis Bandaraya Miri, Majlis Bandaraya Ipoh dan Majlis Bandaraya Kota Kinabalu mengalami Belanjawan Defisit Tetapi Tidak Mengalami Masalah Kewangan Yang Kronik. Berbeza Majlis Bandaraya Alor Star yang menghadapi masalah 'Masalah Kewangan yang Kronik' hingga menjejaskan operasi dan tanggungjawab asas itu tadi. Majlis Perbandaran Kota Baru juga menghadapi masalah yang sama. Tetapi dalam hal ini, adakah wang akan datang bergolek ke riba datuk bandar/YDP tanpa mengusahakannya?
Sesetengah PBT mempunyai hala tuju modal insan yang amat mengagumkan. Mempunyai road map berkesan dalam menangani Sistem penyampaian kerajaan. Modal insan lah yang menjadi salah satu faktor utama dalam menentukan sebuah PBT amat berjaya dan berprestasi tinggi seperti yang diharapkan oleh rakyat. Datuk bandar / YDP yang prihatin dan menyedari hakikat ini, akan sentiasa memberi tumpuan setiap masa kepada modal insannya. Semua Datuk Bandar / YDP sudah pasti bersependapat dengan praktis dan teori ini!. Yang kurang percaya dan kurang prihatin kepada modal insan, sudah pasti akan menjerumuskan PBT itu dalam krisis contohnya krisis kewangan, krisis pengurusan dan krisis pentadbiran. Diskriminasi keatas Modal insan iaitu pekerja tetap, kontrak dan sambilan akan hanya mencetuskan krisis kepada PBT. Punca krisis kewangan, pengurusan dan pentadbiran adalah dari krisis Modal Insan! Jelasnya krisis kewangan dan krisis pengurusan yang berlaku adalah berpunca dari krisis modal insan. Modal insan bukan hanya pekerja sahaja tetapi termasuklah Datuk Bandar/YDP dan setiausaha.
Dalam pembangunan modal insan, perkara asas dalam menentukan seseorang pekerja itu menyumbang kepada Yang Terbaik Di Antara Yang Terbaik, mengekalkan kecemerlangan hingga mencapai Terbilang dan mencintai dan sayang kepada PBT adalah gaji, kebajikan pekerja, imbuhan - imbuhan lain yang sepatutnya, ganjaran, nawaitu, ketulusan dan akhlak pekerja. Apakah yang boleh Datuk Bandar/YDP jangkakan jika kakitangan tidak dibayar gaji yang sepatutnya? Atau tidak sepenuhnya membela kebajikan pekerja? Atau menafikan ganjaran pekerja kontrak? Atau mendiskriminasikan antara pekerja tetap, kontrak dan sambilan? Sudah tentu ia membantut Hala Tuju Modal Insan yang diharapkan. Kesan jangka panjang adalah pemberontakan dalam hati setiap pekerja yang rasa tersisih. 'Punish and reward' secara adil dan berhemah adalah amat penting. Jika kekecewaan dan tidak puas hati pekerja berterusan maka kesannya adalah kepada krisis pengurusan, pentadbiran dan kewangan. Bukankah modal insan ini sebagai tiang kepada Datuk Bandar /YDP?
HASIL LAMA DAN HASIL BARU
Perubahan tanggungjawab PBT pada alaf akan datang (mulai tahun 2009) memang sudah tidak dapat disangkal lagi. tanggungjawab kepada sampah, rumput, parit dan longkang amat pasti tiada dalam kamus PBT. Bidang yang berkaitan dengan CFO juga telah dipadam dalam kamus PBT. Dalam hal ini, apakah pula bidang yang sepatutnya dipelopori dan dipupuk oleh PBT? Di sesetengah PBT, lampu jalan di jalan-jalan protokol adalah tanggungjawab TNB dan Jabatan Kerja Raya. Umpamanya di Majlis Bandaraya Alor Star, lampu dijalan protokol dan lampu trafik adalah dalam tanggungjawab JKR. Maka sudah pasti, Majlis telah banyak mengurangkan kos penyelenggaraan atau pemasangan baru. Sungguhpun MBAS akan membayar perkhidmatan kepada konsesi perkhidmatan kutipan sampah, tentunya penjimatan yang banyak diperolehi berbanding kutipan dilakukan sendiri. Antara lain penjimatan tersebut adalah emolumen, upahan, lebih masa, penyelenggaraan kenderaan, perolehan bekalan, perolehan aset dan sebagainya. Penjimatan ini adalah hasil majlis tetapi sebagai sumber hasil lama. Tunggakan cukai pintu, sewa, bayaran lesen, kompaun tidak dibayar dan lain-lain tunggakan dari bidang yang sedang berjalan adalah juga sebagai hasil lama. Jadi, apakah pula hasil baru yang patut di explorasi oleh Datuk Bandar /YDP?
Hasil lama ini boleh dikatakan sebagai hasil yang diperolehi oleh PBT dari sumber operasi sedia ada seperti hasil lesen, bayaran sewa premis perniagaan, tanah, penjaja, pusat rekreasi, dewan dan gerai, hasil pelan bangunan dan perancangan, kompaun dan sebagainya. Hasil baru adalah hasil yang perlu dicari dan di jana oleh PBT berpunca dari bidang yang baru. Bukankah peranan PBT pada alaf baru meliputi sektor ekonomi, hartanah dan pelaburan yang boleh menjana pendapatan? Untuk explorasi bidang yang boleh menjana hasil baru, Perancangan Stategik adalah perlu dalam minda Datuk Bandar. Sudah sampai masanya Datuk Bandar berfikir laksana teknokrat ulung dan 'business minded' selain sebagai pemimpin masyarakat. Jawatankuasa Kebinet Mengenai Kerajaan Tempatan telah menjelaskan bahawa Peranan PBT bertaraf Bandaraya pada masa kini bukan hanya berkaitan kebersihan dan kutipan sampah sahaja tetapi berperanan untuk menarik pelaburan dalam dan luar negara ke kawsan PBT dalam usaha menambah pendapatan. Majlis Bandaraya sepatutnya telah mampu berdiri sendiri dalam menambah hasil dan tidak terlalu bergantung kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kecuali kepada Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran.
Yang menghairankan, mengapa masih ada Majlis Bandaraya yang masih susah dan tenat, lebih susah dari Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah hinggakan membayar gaji dan elaun lebih masa kakitangannya pun tidak mampu? Jawapan ini ada ditangan Datuk Bandar. Rakyat sentiasa bergerak dalam berfikir dan sentiasa melihat serta menganalisis prestasi PBT. Datuk Bandar / YDP haruslah sedar bahawa rakyat sentiasa membandingkan antara sebuah bandaraya dengan bandaraya di negeri lain. Misalnya 'Penduduk di Majlis Bandaraya Alor Star' akan sentiasa membandingkan dengan Majlis Bandaraya yang lain tidak kira sama ada bandaraya ini baru setahun jagung atau lebih tua dari bandaraya yang lain. Seringkali apabila diperbandingkan, Datuk Bandar /YDP mempunyai alasan tersendiri. Umumnya alasan tersebut adalah 'hasil bandaraya itu' banyak, bandaraya kita sikit. Kalau ada banyak macam bandaraya itu, saya pun boleh buat.! Pokoknya kenapa tidak mencontohi bandaraya tersebut dalam meningkatkan hasil atau setidak-tidaknya meniru cara bandaraya yang banyak hasil dalam mencari dan menambah hasil.
renung-renungkan dan selamat beramal..
rencana Tan Sri Sidek Hasan (klik di sini)
1 comment:
Kes pelacuran yang leluasa di Kuala Lumpur dengan premis yang begitu banyak serta tiada tindakan melambangkan PBTnya tidak berkesan dan tiada integriti.
Post a Comment