Thursday, November 27, 2008

ALOR STAR BELUM SEJAHTERA...?

Terkejut dengan paparan Berita TV3 26.11.08, sebuah rumah teres 2 tingkat di tembak 8 das oleh orang tidak dikenali di hadapan rumahnya. Jika diingati, satu ketika dahulu ada kes bunuh dengan menembak jarak dekat di restoran makanan cina bersebelahan dengan Hotel Sentosa Regency Jalan Putra. Selepas itu kes bunuh di Jalan datuk Kumbar Alor Star, juga dengan menembak. Dan kalau di kaji kes tembak di Alor Star, penulis yakin mungkin banyak lagi kes yang berlaku tetapi berita tersebut tidak didedahkan. Kes ragut dan samun, tak usahlah nak di ceritakan. Yang berlaku di Jalan Kuala Kedah, Hadapan Pusat Dakwah Alor Star, di Pekan Simpang Kuala, di Hadapan bank Maybank Seberang Perak, Hadapan Plaza City Plaza Jalan Kota dan banyak lagi. Kes samun dengan parang pun berlaku dengan banyak. Yang terbaru berlaku di Sungai Baru Jalan Gunung Keriang, keluarga diikat dan anak lelaki cedera parah tanagnnya hampir putus. Boleh dikatakan 70% taman perumahan dalam Bandaraya Alor Star pernah mengalami mimpi ngeri di samun. Paling lekeh pun curi kasut!. Kalau diperangkakan mungkin kita akan terkejut. Mungkinkah Alor Star belum lagi sejahtera?


Rumah usahawan ditembak lapan das
Oleh SAFINA RAMLI

ALOR STAR 26 Nov. - Sebuah keluarga yang tinggal di Taman Anggerik di sini berada dalam ketakutan setelah rumah mereka ditembak secara rambang oleh sekumpulan lelaki pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, sebanyak lapan das tembakan dilepaskan ke arah rumah dua tingkat milik mangsa namun tiada kecederaan berlaku.
Mangsa yang enggan dikenali itu merupakan seorang usahawan dan difahamkan ia merupakan kali keempat rumah tersebut di tembak secara rambang oleh sekumpulan lelaki.
Tembakan kali ini mengenai sebuah kereta MyVi dan Honda CRV milik mangsa, pasu bunga dan pintu pagar besi rumah mangsa.
Menurut jiran mangsa yang juga enggan dikenali, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan dia terjaga sebaik sahaja terdengar bunyi bising di luar rumahnya.
"Saya tidak tahu yang rumah jiran saya terkena tembakan sehingga pihak polis datang pagi tadi," katanya.
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Star, Deputi Supritendan Fiesal Libertus Abdullah ketika ditemui berkata, mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Star pagi tadi kerana bimbang keselamatan diri dan keluarganya.
"Siasatan lanjut mengenai kes ini sedang dijalankan dan mangsa masih berada dalam ketakutan ekoran kejadian pagi tadi," jelasnya.
Beliau berkata, pihak polis akan segera menyiasat kes tersebut bagi memastikan keselamatan awam terjamin.

No comments: