Thursday, February 12, 2009

DARI PERAK KE KEDAH DAN KE SELANGOR


KONSEP TAKBIR ALA-ALA PAS

Saya pernah berkata disini, setiap ceramah PAS akan di susuli dengan Takbir 'Allah HuAkbar". Konsep takbir ini bukan lagi di ceramah-ceramah politik PAS, tetapi telah berkembang laungan takbir itu bergema dalam setiap apa jua perhimpunan PAS. Bukan setakat ucapan Lim Guan Eng di Permatang Pauh di sambut dengan takbir, demonstrasi jalanan pun di iringi dengan takbir.

Yang menghairankan, ceramah agama dan kuliah subuh oleh DS Uztaz Nik Aziz Nik Mat di Kelantan saban minggu, tidak pula di iringi dengan takbir! Maka konsep laungan Takbir yang berpilih-pilih ini oleh pemimpin dan penyokong PAS, tidak keterlaluan jika dikatakan sebagai 'telah menyimpang dari tujuan asal' -UNTUK MENDAPAT KEBERKATAN DAN PAHALA.


ISU PEMIMPIN HILANG DALAM NEGERI PAKATAN RAKYAT


Sebelum berkuburnya Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, di beritakan 4 orang yang 1 dari UMNO, 2 PKR dan 1 DAP 'telah hilang'. Apabila menjelma, kehialangan mereka telah mengakibatkan perubahan'lanscap politik' Perak. Isu hilang ADUN menjalar ke Kedah sehingga membawa kepada Pilihanraya Kecil Bukit Selambau.
Sekarang timbul pula ADUN PKR hilang di Selangor. Adakah kehilangan-kehilangan ini boleh kita kategorikan 'Orang Yang Hilang' jika di lapurkan kepada Polis? Adakah mereka ini boleh di samakan dengan seperti kes 'Sharlini'. Biasanya, apabila lapuran Polis di buat keatas seseorang yang 'hilang', Polis akan mengklasifikasikan ;Orang Yang Hilang dan di siasat adakah mati tercekik dan mayatnya tidak ditemui, di culik, dilarikan orang, di sembunyikan, menyembunyikan diri, lari dari rumah, melarikan diri tanpa restu keluarga atau apa saja.

Kebiasannya juga, apabila pemimpin PKR, DAP, PAS hilang -pemimpin mereka akan terus mengatakan bahawa mereka di culik oleh BN. Sudah pasti dalam peperangan 2 musuh tradisi (BN dan PR), apabila salah seorang dari kem mereka hilang, tuduhan perlu dilemparkan segera kepada MUSUH. hanya apabila masa menentukan bahawa tuduhan mereka salah, barulah mereka menyedari bahawa mereka tersilap. Tetapi dalam pada yang sama mereka 'TIDAK AKAN MENGAKU SILAP'. Adun Bukit Selambau 'hilang' dan ditafsirkan oleh Uztaz Azizan kerana 'ugutan' dan kacauganggu BN.

Isu lelaki PKR hilang menjalar ke Selangor. DS Khalid juga begitu, sepantas kilat menyambut dengan mengatakan bahawa 'kehilangan ADUN Pelabuhan Kelang' itu dek kerana gara-gara BN. Tetapi rupa-rupanya, itu sekadar 'tembakan' kosong.

Rupanya keduanya hilang kerana 'menghilangkan' diri kerana masalah 'perempuan'. DS Anwar pernah menghilang diri kerana seorang 'lelaki'-Ini cukup maha hebat. Sebab itulah pemimpin pengikutnya melakukan perkara yang 'hebat' juga.

1 comment:

balidynihnat said...

BetMGM, Sportsbet, and more - JAMH Hub
BetMGM, 제주도 출장안마 Sportsbet, 아산 출장마사지 and more - The best 김천 출장샵 online sportsbook and casino. The brand is known for its slots, 제주도 출장안마 table games, and live dealer 충청남도 출장마사지 games.