Saya ada menulis isu berkaitan Kakitangan Kontrak Pihak Berkuasa Tempatan Kedah di sini. Itupun setelah maklumat yang diperolehi diyakini benar. Kadang kala saya tidak mempercayai bahawa masih ujud Sistem Penganiayaan dan Kekejaman di kalangan pentadbir-pentadbir PBT, apatah lagi di zaman ekonomi yang belum merudum suatu ketika dahulu. Jika pun ekonomi merudum sekarang, apakah perlu pentadbir PBT harus berlaku Kejam atau mewajarkan mereka berlaku Kejam?
Menurutnya lagi, Perkara asas untuk bekerja seronok dan menyayangi MBAS adalah keprihatinan Pengurusan terhadap Kebajikan kakitangan kontrak, yang selalu dipelihara. Perkara asas ini adalah kenaikan gaji tahunan dan bayaran ganjaran. Menurut Mr. M, rakannya dahulu menerima kenaikan gaji tahunan dan apabila penyambungan kontrak, mereka di bayar ganjaran 17.5% berdasarkan pekeliling perkhidmatan Kaedah Perlantikan Kontrak. Mereka bekerja untuk mendapat keredhaan Allah selain untuk menyara anak isteri dan menyambung kehidupan yang fana ini. Yang menyedihkan menurut rakan Mr. M, sekarang kebajikan kakitangan kontrak sudah dipinggirkan. Pengurusan bersifat kejam dan menunjukkan ciri-ciri penganiayaan yang amat ketara.
Seawal tahun 2000, seorang akauntan kontrak (Puan Rosn***) di tamatkan perkhidmatan dengan alasan akauntan tersebut terlalu 'keras dan berkira' dalam meluluskan budget dan perbelanjaan. Seorang akauntan yang baik, sudah tentu menjaga akaunnya dengan baik. Itu prinsip dalam perakaunan. Terbukti pada ketika itu majlis mempunyai wang lebih RM30 juta. Tetapi sifat Kejam telah menidakkan hak kakitangan kontrak. Pada 2005 seorang Pegawai Sumber Maklumat (Pn Faz****) berhenti kerja selepas melahirkan anak gara-gara tekanan yang tidak berkesudahan oleh bosnya. Sebelum itupun pada tahun 1999, seorang pegawai sumber maklumat menghilangkan diri secara tiba-tiba, tetapi jelas terbukti bahawa pegawai itu seorang 'penipu' apabila menggunakan Sijil Master ciptaan sendiri semasa memohon jawatan tersebut.
Kakitangan kontrak yang meletak jawatan secara tertib juga ada. Pada 2002 seorang juruteknik Lanscap di Bahagian taman meletak jawatan. Kemudian juruteknik Kerja Awam meletak jawatan kerana mendapat jawatan tetap di Langkawi. Dan ada beberapa orang lagi yang berhenti kerja dengan tertib.
Sejak di nobatkan sebagai Majlis Bandaraya Alor Setar pada tahun 2003, terlalu banyak pula 'kecurangan, penindasan dan penganiyaan' terhadap kakitangan kontrak. Menurut Mr.M, penganiyaan yang sedang berlaku adalah tidak membayar kenaikan gaji tahunan dan bayaran ganjaran seperti yang termaktub dalam pekeliling perkhidmatan. Bahkan perjanjian kontrak kakitangan yang disambung perkhidmatan juga tidak dijalankan. Penganiayan ini sudah berlaku sejak tahun 2004 lagi. (saya merasa hairan dalam banyak organisasi PBT yang saya selidiki, inilah kali pertama yang saya dengar sebuah PBT (MBAS) tidak membayar gaji tahunan kepada kakitangan kontraknya).
Jika benarlah fakta ini, Datuk Bandar dan Setiausaha MBAS sekarang perlulah bertindak segera membetulkan kecacatan ini. Adalah lebih baik bertindak membetulkan kecacatan yang telah dilakukan oleh Pengurusan yang lalu, daripada membiarkan kecacatan itu terus berlaku dan akan dikenang dan diingati oleh kakitangan sebagai seorang penganiaya. Kegusaran Mr. M semakin bertambah dengan suasana ekonomi dan kos hidup di bandaraya Alor Setar yang semakin tinggi. Bukan sahaja harga keperluan asas telah meningkat, bahkan kos barang untuk anak-anak sekolah sudah naik mencucuk. harga barang makanan di kantin sekolah juga sudah naik. tidak hairan jika ada dikalangan kakitangan kontrak di MBAS yang dikategorikan di bawah paras kemiskinan. Apakah dengan situasi begini, MBAS masih ingin 'menekan' kakitangannya? Berapa sangat kenaikan gaji tahunan kakitangan kontrak, sehinggakan MBAS 'tidak mampu' untuk menanggungnya. Apakah dengan kenaikan gaji tahunan ini, MBAS akan menjadi muflis atau kemuflisan MBAS itu berpunca dari faktor yang lain? Rakan Mr M menjelaskan kenaikan gaji bagi seorang pekerja kontrak hanya sekitar RM65.00 hingga RM90.00 setahun bergantung kepada jawatan dan gred yang di sandang. Umpamanya jika seorang PTPO Kontrak hanya melibatkan tidak sampai RM70.00 sahaja. Pegawai melibatkan RM90.00 setahun. Adakah dengan menidakkan hak kakitangan kontrak, maka MBAS akan sekelip mata menjadi kaya? Sedangkan ada dikalangan pekerja kontrak inilah yang bertugas mengutip hasil majlis atau mencari hasil kepada MBAS. Bukankah sejak 2004 tindakan penganiayaan (tidak membayar gaji tahunan dan ganjaran) kepada kakitangan kontrak, MBAS masih tetap berfoya dengan projek dan aktiviti yang membazir seperti kereta berhias!
Oleh HASNURUL MOHAMED
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, tindakan memberhentikan 13 kakitangan itu sebagai tidak berperikemanusiaan.
Beliau berkata, alasan prestasi kerja tidak memuaskan dan bajet tidak mencukupi yang diberikan oleh Pengarah PPAPP Negeri, Shukirah Yon, tidak boleh diterima.
Justeru, katanya, CUEPACS mendesak supaya kerajaan negeri campur tangan dalam isu pemberhentian kakitangan kontrak itu memandangkan PPAPP adalah agensi di bawah kerajaan negeri.
"Kita marah, kecewa dan dukacita di atas tindakan PPAPP memberhentikan 13 kakitangan kontrak ini. Saya mendapat tahu, ada di antara mereka ditawarkan untuk sambung kontrak, kemudian tidak sampai sebulan, disuruh berhenti pula.
"Jangan main-main benda macam ini kerana setiap kakitangan ada keluarga dan tanggungan masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama tujuh daripada 13 kakitangan kontrak PPAPP yang diberhentikan secara drastik di sini hari ini.
Ketujuh-tujuh kakitangan kontrak PPAPP yang hadir ialah Amelia Che Rus, 31, Haniza Zulkifli, 29, Norfariza Rahim, 28, Mohd. Sharif Ahmad, 32, Norlela Abd. Hamid, 34 dan Ibrahim Ismail, 51.
Omar berkata, CUEPACS telah menghantar surat kepada Ketua Menteri memohon supaya arahan dikeluarkan kepada PPAPP agar menerima semula 13 kakitangan yang diberhentikan itu dan diserapkan ke jawatan tetap.
"Kalau tidak, bayar pampasan walaupun mereka ini berstatus kakitangan kontrak kerana mengikut syarat dan terma dalam kontrak, mereka layak menerima pampasan," katanya.
Omar berkata, salinan surat itu juga telah dihantar kepada Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy dan diberikan tempoh selama dua minggu untuk membuat keputusan.
Katanya, PPAPP seharusnya bersikap lebih prihatin dan bukannya menamatkan kontrak kakitangannya dengan menggunakan alasan prestasi tidak memuaskan.
Katanya, jika benar prestasi 13 kakitangan kontrak ini tidak memuaskan, mengapa setelah bertahun lamanya, mereka tidak pernah dipanggil atau diberikan latihan supaya prestasi dapat dipertingkatkan
------------------------------------------------------------------------------
1 comment:
penganiyaan yg besar dikedah ni...semoga allah memberi kemenangan kpd mereka yg dianiaya..
Post a Comment