


Zaman berzaman, dari zaman batu hingga zaman millenium teknologi, manusia telah berubah, mesti berubah dan perlu berubah untuk KE TAHAP YANG LEBIH BAIK. BERANI BERUBAH akan membawa kepada tranformasi kebaikan, jika nawaitu berubah secara luhur. Berani berubah bermakna kita berani untuk melakukan sesuatu, berlainan dari yang biasa dilakukan.Berubah positif. Politik, Pemimpin,Akar Umbi mestilah berubah. PBT telah berubah. Pentadbir Negeri mesti berubah. Kita mesti Berani Berubah.
SIRI 2: PERAK ADA 1 MB ATAU 2 MB?
Titah Sultan Perak telah berkumandang. Memanda Bendahara Perak di titah untuk meletak jawatan dan jika tidak menuruti titah sultan ini, jawatan Memanda dan hulubalang-hulubalang exconya dianggap kosong. Maka memanda Bendahara Nizar berlagak sombong, "patik mohon derhaka, tidak mahu meletak jawatan". memanda bendahara berkata lagi, "patik adalah memanda bendahara yang sah dipilih rakyat jelata. Sehinggalah DUN bersidang dan ada undi tak percaya kepada patik, barulah patik meletak jawatan". Bunyi yang sangat hebat. Melayu yang bersemangat pejuang! Sesudah tidak mempunyai kuasa. Jika semangat pejuang ini untuk membela Nasib Melayu semasa bergelar memanda bendahara, alangkah bagusnya! Tetapi semangat itu tidak kena pada tempatnya, sesudah Malayu Perak marah dan tidak mahu kepadanya. Rakyat jelata marah dan kecewa, Memanda Bendahara lagak berkuasa tetapi sebenarnya hanya 'patung wayang kulit' yang berdalang pemimpin cina! Sejarah nenek moyang Melayu Perak, belayar sejauh Bandarmasin dan sumatera, dan mendarat di bumi Perak untuk meneroka tanah dan mengembangkan agama suci islam. Selepas berabad lamanya mereka mengharungi pahit getir bersabung nyawa di lautan hinggalah zaman penjajahan jepun dan inggeris, memanda Bendahara dengan senang jiwa memberi tanah pusaka ini kepada orang lain untuk selama berabad pula (99 tahun dan 999 tahun)! Apalah ertinya JWW Birtch mati dibunuh untuk menyelamatkan bumi Perak jika sekarang dengan mudah diberi kepada puak kongsi gelap Hong San? Sejarah tetap sejarah...dan dari sejarahlah memanda bendahara Nizar tahu asal usulnya. Maka apabila titah Tuanku Sultan bergema dan berkenan melantik Memanda Bendahara Zambry, turutilah dan janganlah derhaka. dahulu rakyat menerima memanda Nizar sebagai ketua hulubalang, dan memanda juga bersumpah taat setia kepada Tuanku Sultan semasa dilantik menjadi Memanda, maka keengkaran memanda adalah hulubalang Derhaka. Memanda mahu rakyat Perak ikut arahan Memanda, dan begitulah jua Tuanku Sultan menghendaki Memanda mengikut titahnya. Sungguhpun Memanda sekadar Patung Wayang Kulit, biarlah Sejarah Perak Moden menulis Memanda Nizar adalah seorang Bendahara Perak yang diingati rakyat dan BUKAN Memanda Bendahara Yang Derhaka kepada Sultan.
Memanda Bendahara Nizar dianggap wira bagi kelompok penyokongnya.Teraju Memanda juga mendapat sokongan dari puak-puak keturunan Hong San yang suatu ketika dahulu berhijrah ke Malaya secara besar-besaran. Penghijrahan besar inilah membawa kepada orang Melayu yang sama keturunan dan agama dengan memanda bendahara mengorbankan sedikit tanah untuk mereka berlindung. Sejarah Perak membuktikan keturunan memanda bendahara dahulukala lah yang terkenal baik budi dan sifat kemanusiaan, rasa menghormati orang lain sungguhpun berlainan paras rupa, warna kulit dan bentuk mata, memberi sedikit ruang tanah untuk Hong San dan anak beranak berteduh semasa menjejak kaki di Tanah Kesultanan Perak.
Tetapi kini cucu cicit melayu sudah semakin hilang ketuanpunyaan tanah Perak, kerana Memanda Bendahara tidak berkudrat untuk berkuasa kepada cucu cicit Hong San!..Bukankah Hongsan sejak dahulu kala telah menguasai ISI PERUT BUMI tanah Perak beratus tahun lamanya? kenapa memanda harus memberikan pula Tanah ATAS BUMI di perak untuk beratus tahun lamanya juga?.
Kepada Memanda Bendahara (Yang Teramat Mulia) Nizar, Patik bukanlah ahli undang-undang perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak. Jadi patik sisipkan ulasan dan komen dari surfer yang bijak bertari. Pro Mohd Agus pun dah berkata 'MB Perak ada satu yang sah - Dr Zambrey. Mantar MB Nizar sudah terlucut jawatannya'. Itu yang patik dengar dalam TV3. Yang lain seperti berikut;
-----------------------------------------------------Ulasan satu dari Perakbangkit;
Ceases the command of the Majority. Itulah maximnya. Undang-undang Tubuh tidak menuliskan prosidingnya dan tiada pula Undang-undang Prosedur Perlantikan MB. Ada ker?Siapakah Sultan? Sultan ialah Ketua Negeri Perak Darul Ridzuan. Sultan juga adalah Ketua Eksekutif di Negerinya.Siapakah Menteri Besar? Menteri Besar ialah Ketua Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Secara automatik.... secara de jure... tamatlah jawatan Nizar sebagai MB bila sahaja dia kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri. Dan ianya telahpun berlaku.Mana ada undang-undang yang menyatakan bahawa ianya mesti dilakukan di dalam suatu Sidang Dewan? Sebagaimana yang diperkatakan oleh KULI dan CheDET!Oh! Baguslah mereka belajar dahulu tentang Undang-undang yer.Demikianlah yang dititahkan oleh Sultan Azlan. Sebagai Ketua Negeri baginda menitahkan bahawa peruntukan 16(6) hendaklah dilaksanakan oleh Nizar. Nizar hendaklah meletakkan Jawatan. Secara mandatori Undang-undang menetapkan Nizar mesti letak jawatan.Namun Nizar tidak mematuhi undang-undang. Nizar telah melanggar Undang-undang. Nizar adalah orang yang bersalah!Rakyat Perak boleh saman Nizar kerana tidak mematuhi Undang-undang. Rakyat Perak kini boleh SAMAN Nizar. Namun ianya sudah menjadi akademik.Namun Rakyat Perak boleh Saman Nizar mencuri harta rakyat dengan menduduki Rumah MB. Itu duit rakyat. Nizar telah gunakan harta rakyat secara haram. Guna letrik dan air daripada wang rakyat secara haram. Guna kereta kerajaan secara haram. Nizar telah menipu Rakyat Perak.Kerana itulah tiadanya Mardhatillah. Nizar.... haram kau ambil hak rakyat. Berdosalah kamu!Titah Sultan Sah
Sultan Azlan Shah adalah Ketua Eksekutif Negeri Perak. Menteri Besar adalah Ketua dan Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Jadi Sultan Azlan sebagai Ketua Eksekutif telah memaklumkan kepada Ketua Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak iaitu Menteri Besar bahawa beliau dan seluruh ahlinya WAJIB meletakkan Jawatan bertepatan dengan kehendak Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.Dan cara pemakluman Sultan Azlan ialah melalui Titahnya. Jadi apa lagi yang tak betul dari segi prosesnya. Itulah tugasnya sebagai Ketua Eksekutif Negeri Perak.Setiap orang keliru kerana mereka tidak dapat membezakan yang mana satukah kuasa Legislatif dan yang mana satukah kuasa Eksekutif.59 orang ahli Dewan Negeri secara bersesama membentuk suatu institusi yang dinamakan Dewan Negeri. Tugas mereka ialah membuat Undang-undang. Manakala sebelas orang di kalangan mereka yang diperkenankan oleh Ketua Esekutif (Sultan), akan kemudianya membentuk suatu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang akan menjadi institusi penasihat kepada Sultan melaksanakan Undang-undang yang telah dibuat oleh Dewan Negeri.Setiap orang Wakil Rakyat adalah pegawai kerajaan yang bertanggungjawab kepada konstituensi yang dia wakili DAN mereka juga adalah Ahli Perundangan kepada Dewan Negeri. Manakala sekiranya orang itu dipilih sebagai Menteri Besar atau ahli EXCO, maka beliau juga menjadi sebahagian Kuasa Eksekutif.Semua Wakil Rakyat diberikan gelaran sebagai Yang Berhormat. Ini membolehkan semua autoriti kerajaan di peringkat Daerah/Konstituensinya menghormatinya bagi tujuan perlaksanaan kerja-kerja dan apa jua masalah berbangkit.Sekiranya Nizar dan rakan-rakannya memahami apakah fungsi dan tugas mereka, maka apa yang telah berlaku hanyalah fungsi Eksekutif mereka sebagai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah ditamatkan oleh Undang-undang. Manakala mereka masih lagi berfungsi sebagai Wakil Rakyat dan juga Ahli Dewan Negeri.Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memanglah punya peranan yang cukup besar dalam perlaksanaan atau pentadbiran sesebuah Kerajan Negeri. Namun begitu setiap gerak geri mereka akan dipersoalkan oleh Dewan Negeri(ahli Perundangan) itu sendiri. Kerana itulah mereka ditetapkan oleh undang-undang untuk dipilih di kalangan Ahli Dewan Negeri yang mendapat majoriti sokongan di dalam Dewan Negeri.
----------------------Saya ada menulis isu berkaitan Kakitangan Kontrak Pihak Berkuasa Tempatan Kedah di sini. Itupun setelah maklumat yang diperolehi diyakini benar. Kadang kala saya tidak mempercayai bahawa masih ujud Sistem Penganiayaan dan Kekejaman di kalangan pentadbir-pentadbir PBT, apatah lagi di zaman ekonomi yang belum merudum suatu ketika dahulu. Jika pun ekonomi merudum sekarang, apakah perlu pentadbir PBT harus berlaku Kejam atau mewajarkan mereka berlaku Kejam?
Menurutnya lagi, Perkara asas untuk bekerja seronok dan menyayangi MBAS adalah keprihatinan Pengurusan terhadap Kebajikan kakitangan kontrak, yang selalu dipelihara. Perkara asas ini adalah kenaikan gaji tahunan dan bayaran ganjaran. Menurut Mr. M, rakannya dahulu menerima kenaikan gaji tahunan dan apabila penyambungan kontrak, mereka di bayar ganjaran 17.5% berdasarkan pekeliling perkhidmatan Kaedah Perlantikan Kontrak. Mereka bekerja untuk mendapat keredhaan Allah selain untuk menyara anak isteri dan menyambung kehidupan yang fana ini. Yang menyedihkan menurut rakan Mr. M, sekarang kebajikan kakitangan kontrak sudah dipinggirkan. Pengurusan bersifat kejam dan menunjukkan ciri-ciri penganiayaan yang amat ketara.
Seawal tahun 2000, seorang akauntan kontrak (Puan Rosn***) di tamatkan perkhidmatan dengan alasan akauntan tersebut terlalu 'keras dan berkira' dalam meluluskan budget dan perbelanjaan. Seorang akauntan yang baik, sudah tentu menjaga akaunnya dengan baik. Itu prinsip dalam perakaunan. Terbukti pada ketika itu majlis mempunyai wang lebih RM30 juta. Tetapi sifat Kejam telah menidakkan hak kakitangan kontrak. Pada 2005 seorang Pegawai Sumber Maklumat (Pn Faz****) berhenti kerja selepas melahirkan anak gara-gara tekanan yang tidak berkesudahan oleh bosnya. Sebelum itupun pada tahun 1999, seorang pegawai sumber maklumat menghilangkan diri secara tiba-tiba, tetapi jelas terbukti bahawa pegawai itu seorang 'penipu' apabila menggunakan Sijil Master ciptaan sendiri semasa memohon jawatan tersebut.
Kakitangan kontrak yang meletak jawatan secara tertib juga ada. Pada 2002 seorang juruteknik Lanscap di Bahagian taman meletak jawatan. Kemudian juruteknik Kerja Awam meletak jawatan kerana mendapat jawatan tetap di Langkawi. Dan ada beberapa orang lagi yang berhenti kerja dengan tertib.
Sejak di nobatkan sebagai Majlis Bandaraya Alor Setar pada tahun 2003, terlalu banyak pula 'kecurangan, penindasan dan penganiyaan' terhadap kakitangan kontrak. Menurut Mr.M, penganiyaan yang sedang berlaku adalah tidak membayar kenaikan gaji tahunan dan bayaran ganjaran seperti yang termaktub dalam pekeliling perkhidmatan. Bahkan perjanjian kontrak kakitangan yang disambung perkhidmatan juga tidak dijalankan. Penganiayan ini sudah berlaku sejak tahun 2004 lagi. (saya merasa hairan dalam banyak organisasi PBT yang saya selidiki, inilah kali pertama yang saya dengar sebuah PBT (MBAS) tidak membayar gaji tahunan kepada kakitangan kontraknya).
Jika benarlah fakta ini, Datuk Bandar dan Setiausaha MBAS sekarang perlulah bertindak segera membetulkan kecacatan ini. Adalah lebih baik bertindak membetulkan kecacatan yang telah dilakukan oleh Pengurusan yang lalu, daripada membiarkan kecacatan itu terus berlaku dan akan dikenang dan diingati oleh kakitangan sebagai seorang penganiaya. Kegusaran Mr. M semakin bertambah dengan suasana ekonomi dan kos hidup di bandaraya Alor Setar yang semakin tinggi. Bukan sahaja harga keperluan asas telah meningkat, bahkan kos barang untuk anak-anak sekolah sudah naik mencucuk. harga barang makanan di kantin sekolah juga sudah naik. tidak hairan jika ada dikalangan kakitangan kontrak di MBAS yang dikategorikan di bawah paras kemiskinan. Apakah dengan situasi begini, MBAS masih ingin 'menekan' kakitangannya? Berapa sangat kenaikan gaji tahunan kakitangan kontrak, sehinggakan MBAS 'tidak mampu' untuk menanggungnya. Apakah dengan kenaikan gaji tahunan ini, MBAS akan menjadi muflis atau kemuflisan MBAS itu berpunca dari faktor yang lain? Rakan Mr M menjelaskan kenaikan gaji bagi seorang pekerja kontrak hanya sekitar RM65.00 hingga RM90.00 setahun bergantung kepada jawatan dan gred yang di sandang. Umpamanya jika seorang PTPO Kontrak hanya melibatkan tidak sampai RM70.00 sahaja. Pegawai melibatkan RM90.00 setahun. Adakah dengan menidakkan hak kakitangan kontrak, maka MBAS akan sekelip mata menjadi kaya? Sedangkan ada dikalangan pekerja kontrak inilah yang bertugas mengutip hasil majlis atau mencari hasil kepada MBAS. Bukankah sejak 2004 tindakan penganiayaan (tidak membayar gaji tahunan dan ganjaran) kepada kakitangan kontrak, MBAS masih tetap berfoya dengan projek dan aktiviti yang membazir seperti kereta berhias!
------------------------------------------------------------------------------