Thursday, October 30, 2008

PERKATAAN BARU DALAM KAMUS POLITIK

Tertarik dengan tulisan Husin Lempoyang, maka dimuatkan dalam blog ini rencana tersebut untuk tatapan penyokong dan penentang dalaman dan luaran UMNO. Tujuannya supaya suffer dapat memahami Ilmu Tektik Politik Tanah Melayu Abad 21. Pengajaran bagi yang berpolitik tidak bersih: Yang Baik Jadikan pedoman, Yang Tak Baik Jadikan Modal Serangan. Sungguhpun ianya kelihatan Lawak, tetapi inilah hakikatnya yang berlaku.


Sejak politik negara kelihatan begitu rancak mengalahkan junamnya saham dan matawang di pasaran kewangan, terdapat beberapa taktik politik yang terbina dari bertahun-tahun pertembungan politik.

Mengghaffarkan - Ini adalah cara mengalahkan seseorang dengan cara tsunami pencaluan untuk menafikan penyandang jawatan undi bonus dan terus tewas. Ini memerlukan pemberiaan pink form selama dua tahun sebelum pemilihan. Ia perlu kebolehan melakunkan tidak akan bertanding. Contoh: Setelah peraturan ditukar, agak susah untuk Shahrizat mengghaffarkan Rafidah.
Mentengkolokkan - Ini adalah cara mengadakan kempen media atas kesilapan memakai tengkolok yang kelihatan macam salib dan pencabar tersalah cakap. Contoh: Akibat tersalah sebut, propaganda media membesar-besarkan kenyataannya menyebabkan dia ditengkolokkan hingga kalah pilihanraya. Selain taktik lama ini, beberapa-beberapa taktik baru telah direka.
Mengkepala Agongkan - Ini adalah taktik mengalahkan seseorang dengan menggunakan kepala agong. Contoh: Sipolon tewas kerana perwakilan telah dikepala agongkan dengan wang ringgit.
Memukhrizkan - Ini adalah kemungkinan dimana berjaya memenangi hati akarumbi dan mendapat banyak pencaluann tetapi akhirnya kalah kepada Kepala Agong yang menguasai perwakilan. Ia boleh juga dipanggil Memuhyiddinkan.
Memusa Hitamkan - 1. Ini adalah taktik untuk mengalahkan seseorang dengan memanggil seseorang itu sudah tua. Contoh: Walaupun Rais Yatim itu berpengetahuan dan beretika dan layak untuk menjadi Naib Presiden, dia telah dimusa hitamkan untuk membolehkan Zahid Hamidi dan Khaled Nordin menang. 2. Ini adalah taktik untuk menuntut dipujuk tetapi tidak menjadi. Contoh: Leman sedang memusa hitamkan dirinya dengan menyerahkan surat perletakkan jawatan dengan harapan ahli jawatankuasa akan memujuknya kembali tetapi Presiden menerima perletakkan jawatan sebelum mesyuarat.
Mengazalinakan - Ini adalah cara untuk memastikan seseorang itu menang tanpa ada pertandingan dengan cara mengkepala agongkan. Contoh: YB berjaya memenangi pilhanraya dan jawatan Ketua Bahagian dua kali tanpa pertandingan dengan mengazalinakan calun parti pembangkang dan pesaing dalam parti.
Mengazeez Mamakkan - Ini adalah taktik untuk mendapat simpati pengundi dengan cara buat-buat nyawa hampir terkorban. Contoh: Walaupun usaha untuk mengazeez mamakkan pengundi dari peristiwa tembakkan pistol, pengundi masih enggan memberi undi.
Menorzakan - Ini mempunyai dua makna taktik. 1. Cara untuk mengetengahkan diri hingga jadi pemegang jawatan dengan banyak bersukarela untuk menjadi juruacara majlis. 2. Cara untuk mengetengahkan diri dengan dengan mengundur diri dari pertandingan dan mendapat jawatan lain yang lebih menguntungkan. Contoh: Walaupun usaha menorzakan diri telah berjaya mendapatkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kementeriaan Kewangan, dia masih tidak diterima akarumbi dan tewas untuk jawatan rendah sebagai Ketua Cawangan.
Menjayjaykan - Ini adalah usaha untuk mendapatkan diri balik jadi Menteri dengan mengkepala agongkan untuk seseorang yang lain, walaupun orang itu tidak memerlukan kepala agong. Selain itu, mereka-mereka yang suka menggunakan taktik ini perlu suka meraba pinggul pelayan-pelayan. Contoh: Setelah digugurkan dari jawatan Menteri Penuh, YB sedang menjayjaykan perwakilan untuk bakal PM mendapat pencalunan sebulat suara.
Menzahid hamidikan - Ini adalah usaha untuk menjadi mendapat jawatan lebih atas dengan sanggup menyuarakan sesuatu untuk bos walaupun permintaan itu bodoh. Contoh: Dalam usaha untuk menzahid hamidikan diri, dia telah didapati mencuri saham dan melakukan pecah amanah.
Akhir sekali,Menghusin Lempoyangkan - Ini adalah cara untuk menjual seseorang dengan harga lebih untung dari unta kerana dia layak dijual. Wow!
Nukilan Husin Lempoyang

TAHUN 2008 - TAHUN TANGGUH....

Tahun 2008 banyak peristiwa yang berlaku, ada kaitan dengan perkataan TANGGUH. Pembelian Eurocopter untuk mengganti Nuri, ditangguhkan. Persidangan Agung UMNO pun Tangguh pada Mac Depan. Peralihan Kuasa PM pun Di tangguh-tangguhkan. Penjualan MV Agusta, yang ini tak ditangguhkan. Pembelian Capital Avenue dalam Khazanah oleh ECM Libra tak tangguh. Pak Lah tak tangguh buat komen 'Saya Tak Terlibat'. Untuk siasat kes ECM Libra dan penjualan MV Agusta, yang ini sudah pasti kena Tangguh. Mengenai Jambatan bengkok atau lurus, Pak Lah Tangguh terus. Erti kata lain, Tangguh takkan buat dah.
Naikkan harga Minyak Petrol dan Diesel, tak pernah Tangguh. Kalau nak turunkan harga minyak bertangguh-tangguh. Naikkan harga barang pun tak pernah tangguh. Bila nak turunkan harga barang, Pak Menteri Datuk Shahrir pening cari alasan Tangguh. Alasan seperti kementerian tak ada kuasa, Perbincangan dengan pengeluar dan pengguna akan dibuat, 'dollar Amarika tak favor ringgit' dan macam macam alasan nak tangguh.
Dato Shaziman Menteri Tenaga pun tunjuk hebat. Beliau tak bertangguh mengumumkan 'Tarif Elektrik' tak akan di turunkan kerana Penurunan Harga Minyak tiada kakitan dengan Tariff letrik. Sepatutnya YB wajib Tangguh dulu ulasan tu, semak dulu fakta 'apa yang di cakapkan' oleh CEO TNB masa nak naikkan tariff Letrik. Saya tak mauu tangguh nak habaq kat YB, ringkasnya CEO TNB cakap 'Tarif Letrik perlu naik sebab TNB mengalami kerugian kerana kos bahan bakar seperti minyak dan arang batu melonjak naik'.
YB Nurjazlan tak tangguh tarik diri bertanding Timbalan Presiden bila banyak bahagian-bahagian Tangguh Pencalonan beliau. Pak Lah tak tangguh untuk bidas Tun suruh 'diam dan jangan jadi pengarah PAU' dan TS Muhyiddin di Sabah. YB Khairy tak pernah tangguh, susun - letak - beli Pemilihan Pemuda bahagian-Bahagian sekarang untuk tambah undi. Beliau pun tak bertangguh nak bergembira dalam kelab kelambu (husin lempoyang).
DS Shahidan Kassim pun tak tangguh tarik diri bila pencalonan diperolehi kurang. TS Muhammad Taib tak tannguh buat press conference kata 'beliaulah orang yang paling setia pada ketua'! Sebab itu nak bertanding Timbalan Presiden. Tahniah TS kes duit 1 juta di Australia dah selesai, tapi Rakyat Malaysia kata sentimen kes ini di Malaysia tak selesai. Lagi pun ditakdirkan TS atau Datuk Ali Rustam menang, kena adakan Pilihanraya Kecil untuk ke Parlimen. Pening kita nak pikiaq kawasan mana nak dikosongkan. Parlimen Kepala batas boleh? Molek kalau TS dan datuk Ali jangan Tangguh tarik diri bertanding. Mana mungkin Timbalan Presiden UMNO dalam barisan kabinet (dalam kabinet boleh dilantik) tapi tidak ada dalam Dewan Parlimen. Jangan buat yang pelik-pelik TS dan Datuk. Malu UMNO..
Satu ketika dulu, Dato Zaid tak tangguh pun bayaq pampasan kat bekas hakim yang dipecat. Bila rakyat nak tau, pakai duit mana bayaq pampasan kat hakim, Dato Zaid Tangguh nak jawab. Yang ini lagi hebat, Tangguh tak berjawab sampai letak jawatan!. DS Anwar Alsodomy, banyak kali minta Tangguh kesnya di mahkamah. Tak habis-habis beliau Tangguh tarikh nak bentuk kerajaan baru pakatan. Tengok muka beliau pun dah jadi 'mat muka tangguh'. Dato Rais Yatim agak istimewa sebab tak pernah nak tangguh-tangguh 'out spoken' mengkritik yang benar. Ahh..saya tangguh dulu tulisan saya sebab banyak sangat kes tertangguh di Mahkamah. Kes Clip Video Linggam, Liwat dan banyak lagi.
Pak Lah tak mau nak tangguh lama benteras rasuah. Desas desus Bulan 12 ini nak tubuh suruhanjaya. Welll Done! Tapi kes rasuah dalam Pemilihan UMNO bila nak benteras? Tertangguh lagi nampaknya..Bukankah Pengerusi Disiplin UMNO dah cakap, gejala politik wang dan rasuah dalam pemilihan UMNO kali ini yang terburuk! Pengerusi Disiplin tak bertangguh cakap yang telus! Kes melanggar tataetika berkempen pemilihan UMNO dengan memanggil semua ketua bahagian dan ketua cawangan di hotel Tertangguh lagi kah? Bukankah aduan rasmi kepada JK Disiplin UMNO dan BPR dah dibuat. Bila dah tersepit, Sdr Khairy Jamaludin tak tangguh mencadangkan debat antara calon Ketua Pemuda. Dato Shaberry Cheek pun tak tangguh nak sokong idea Sdr Khairy. Saya cadangkan Debat dalam Kelambu..Amacam, takkan nak tangguh kut. Yang sokong Debat, elok biarkan mereka berdebat antara mereka dulu. Sdr KJ, Dato Shaberry dan DR Khir - Majlis Tertinggi buat keputusan jangan Tangguh debat antara mereka bertiga. Dulu Sumpah sekarang Debat. DS Najib tak tangguh bersumpah laknat beliau tiada kaitan dengan Altantuya. DS Anwar 'kaki Tangguh', sampai sekarang tak mau bersumpah laknat. Mungkin Sdr Khairy boleh ikut jejak DS Najib bersumpah laknat gambar dalam kelambu bukan diri dia kut..

Wednesday, October 29, 2008

RANTAIAN GANAS HARGA MINYAK

Jika Persatuan Pemborong Binaan malaysia (MBAM) bersuara agar harga bahan binaan diselaraskan (turun harga) selaras dengan harga minyak yang sudah turun, maka siapa sebenarnya yang TIDAK MAHU / SUKAR untuk menurunkan harga binaan tersebut? JIKA TIDAK MAHU / SUKAR untuk menurunkan harga barang oleh peniaga, siapa pula yang mesti bertanggungjawab untuk mengawal dan memantau turun/naik harga barang? Sudah tentu dalam pengeluaran barang binaan, pihak yang terlibat adalah Pembekal bahan mentah untuk pengilangan produk bahan binaan, pengilang produk bahan binaan, pemborong, peruncit dan pengguna.
Sudah tentu Barang binaan yang telah siap akan melalui rangkaian pemasaran sebelum dapat dijual kepada pengguna. Faktor kos pengangkutan mempengaruhi harga bahan binaan iaitu kos pengangkutan Pembekal Bahan Mentah dan kos Pengangkutan Pemasaran Produk Bahan Binaan.
Saya yakin setiap satu bahan mentah untuk membuat Sesuatu Bahan Binaan, mengalami kenaikan harga kerana harga bahan api Petrol dan diesel yang naik. Semasa proses pemasaran, kos pengangkutan juga naik untuk menghantar bahan binaan ini. Oleh itu Pengilang telah menaikkan harga bahan Binaan berdasarkan fakta tersebut. Akibatnya harga bahan binaan telah naik sebanyak 30% - 40%, akibat harga minyak yang naik.
Pengguna yang terdiri kontraktor dan pemaju (seperti hartanah dan perumahan) yang menggunakan setiap bahan binaan, perlu juga menaikkan harga produknya / perkhidmatan kerana kos bahan binaan yang naik mendadak disamping mengalami kenaikan kos dalaman syarikat itu sendiri (seperti pengangkutan dll akibat harga minyak naik). Akhirnya rakyat sebagai pengguna akhir, menghadapi Kenaikan Harga Barangan yang tinggi. Bayangkan jika bahan binaan naik 30%-40% dan Pengguna Bahan Binaan pula menaikkan 20%, MAKA PENGGUNA AKHIR (RAKYAT) akan menanggung semua kos berjumlah 50% - 60%. Inilah RANTAIAN GANAS HARGA MINYAK yang menyebabkan rakyat pada tahun 2008 terjerumus dalam LINGKARAN GANAS KEMISKINAN.
Kesan kenaikkan harga bahan binaan ini, menyebabkan Kenaikan Kos Taraf Hidup Rakyat. Akibatnya bagi seseorang yang berpendapatan RM1000.00 boleh terjerumus dalam kemiskinan. Harus diingat bahawa Garis kemiskinan Pendapatan Isi rumah Semenanjung Malaysia ialahRM660.00, Sabah RM780.00 dan sarawak RM880.00. Ini kerana kuasa beli dengan RM1000.00 tidaklah sama seperti kuasa beli RM1000.00 semasa harga barangan dan perkhidmatan yang rendah tahun 2007.
Siapakah yang harus menangani isu ini? Patutkah agensi seperti Jabatan kebajikan masyarakat, Zakat dan PBT yang harus bertanggungjawab apabila rakyat menjadi Miskin disebabkan harga barang yang naik tidak terkawal? Atau pun KPDNHEP yang paling layak untuk bertanggungjawab, kerana kedhaifan hidup rakyat dan kemiskinan yang berlaku juga berpunca dari TIDAK TERKAWALNYA kenaikan harga barang.
Menteri yang bertanggungjawab dalam KPDNHEP adalah Dato Shahrir. Maka Dato Shahrir tidak boleh bercakap bahawa kementeriannya tidak ada kuasa dalam menurunkan harga barang dan perkhidmatan yang dinaikkan oleh pengguna, kecuali bagi barang terkawal. Jika benarlah bukan Kementerian Dato Shahrir dalam mengawal (turun/naik) harga barang, MAKA MENTERI DAN KEMENTERIAN MANA pula yang bertanggungjawab? Dato Shahrir dalam Utusan malaysia 29.10.08 dipetik Beliau menegaskan, kementerian tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk mendesak pihak pengeluar, pembekal dan pemborong menurunkan harga barangan keperluan. Adakah apabila Datuk Shahrir tersepit dalam polimik harga barang, Pengguna pula yang akhirnya dipersalahkan? Janganlah pula Datuk Shahrir memberi alasan, pengguna yang salah kerana jika pengguna tak beli barang yang mahal maka peniaga akan turunkan harga. Adakah cukup dengan saranan Datuk supaya rakyat makan UBI KAYU!


MBAM Saran Dilakukan Pelarasan Ke Atas Harga Bahan Binaan

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM), menyarankan pihak-pihak berkaitan untuk menyelaras harga bahan binaan dan harga lain yang berkaitan, susulan penurunan harga minyak mentah dunia baru-baru ini.Presidennya, Ng Kee Leen berkata badan itu berharap bahawa pengeluar, firma perdagangan dan pengedar serta Tenaga National Bhd, akan menyelaraskan harga mengikut kesesuaian."Manfaat pelarasan ini akan dirasai sehingga ke peringkat bawahan dan para kontraktor dapat menikmati harga lebih baik berikutan daripada perkembangan ini," katanya di dalam satu kenyataan di sini, Selasa."Pelarasan itu juga akan membantu pelanggan, termasuklah kerajaan dalam berdepan dengan tekanan inflasi dan cabaran ekonomi masa sekarang," katanya.Ng berkata harga minyak mentah dunia yang sekarang ini berada di bawah paras AS$65 se tong (AS$1=RM3.579), telah menyebabkan harga petrol tempatan diselaras ke bawah sebanyak dua kali.Bagaimana pun, produk pracampur dan kuari telah tidak disemak semula dengan sewajarnya manakala kadar penghantaran kekal sama meskipun kos bahan api yang lebih rendah, katanya.Katanya apabila harga bahan api meningkat pada Jun, ia telah mengakibatkan peningkatan harga hampir kesemua bahan binaan di antara 15 hingga 30 peratus.Harga diesel yang telah meningkat juga menyebabkan pengangkutan dan ke semua kos pengoperasian mesin akan meningkat dengan signifikan antara 30 peratus dan 40 peratus.Rantaian kejadian yang kritikal telah menyebabkan kontraktor tidak berupaya untuk menyerap tekanan harga bahan api.-- BERNAMA

Tuesday, October 28, 2008

APABILA MENTERI BERHUJAH SEPERTI MURID TADIKA

Berfikir sebelum bercakap, bercakap sambil berfikir adalah aura-aura sebagai Menteri Kabinet. Menteri Kabinet darjatnya terletak diatas dalam perlembagaan Malaysia. Menteri Cabinet pula adalah Menteri Almari yang tak berfikir bila bercakap. Seorang Menteri Kabinet / Cabinet!?# bercakap mengenai Tariff Elekterik bahawa kenaikan dan penurunan tarif itu tiada kena mengena dengan minyak. Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansur berkata, naik turunnya harga minyak, tidak ada kaitan dengan letrik.
“Stesen janakuasa elektrik negara ini menggunakan sumber gas sebanyak 60 peratus, 30 peratus arang batu dan bakinya daripada sumber tenaga lain”, katanya.

YAB Pak Lah semasa pembentangan bajet yang lalu, tarif Letrik dan gas memasak disemak kerana beban kos yang ditanggung TNB dan Petronas kerana kenaikan harga minyak. Semasa hendak menaikkan tarif elektrik sebelum ini, Utusan Malaysia pada 26 Oktober 2007 melapurkan alasan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, TNB kini menanggung kos operasi yang tinggi berikutan kenaikan harga minyak dan gas serta arang batu di pasaran.
Menurut Che Khalib lagi, TNB bergantung kepada tiga sumber bahan bakar iaitu minyak dan gas yang kini mengalami lonjakan harga yang ketara dan sumber alternatif ketiga, arang batu yang turut mengalami kenaikan harga.

Minggu lepas Dato Leo Moggie dalam sidang akhbar TNB, TNB untung berbillion ringgit! Dalam kes ini, Siapa yang harus kita percaya? Menteri budak Tadika atau CEO TNB? Menteri macam ini, tak layak untuk Jawatan MT UMNO atau PEMUDA UMNO. Cari alasan lainlah. Menteri semacam ini sepatutnya meletak jawatan…MALU SEBAGAI MENTERI MELAYU..MEMALUKAN.

NASIHAT PAKAR VS NASIHAT POLITIK

Dalam tulisan saya bertajuk "Relevenkah RM2.20 seliter", saya menyebutkan adakah penurunan harga minyak RM2.20 seliter releven (pada masa artikel itu ditulis 15.10.08) dengan Harga Minyak Dunia pada ketika itu USD82.00 setong. Suffer boleh mambaca di http://politikpbt.blogspot.com/?widgetType=BlogArchive&widgetId=BlogArchive1&action=toggle&dir=open&toggle=MONTHLY-1222790400000&toggleopen=MONTHLY-1220198400000


Setelah 3 bulan harga minyak dunia turun hinggalah mencecah USD62.91 (jam 1.00 thr 28.10.08), sekali lagi kita perlu bertanya dan mempersoalkan "Adakah releven Harga Minyak diturunkan setakat 15sen menjadi RM2.15 seliter" berdasarkan kepada kata-kata Dato Shahrir bahawa harga minyak mungkin diturunkan 15sen pada hujung bulan ini..


Persoalannya, dari pendapat dan nasihat siapa yang digunakan oleh Dato Shahrir? Seharusnya dato Shahrir perlu menjelaskan kepada rakyat sumber mana yang digunakan dalam menentukan penurunan harga minyak...Jika menggunkan khidmat nasihat pakar ekonomi, kenapa pula Pakar Ekonomi menyatakan RM1.92 lebih signifikan! Mungkinkah juak-juak politik Dato Shahrir dan Pak Lah yang takut...takut hilang sokongan rakyat dan ditempelak rakyat. Ini kerana DS Anwar pernah berkata, beliau akan menurunkan harga minyak kepada RM2.00 seliter jika menerajui kerajaan. Sekiranya harga turun keparas RM2.00 dan kebawah, juak-juak ini takut rakyat berkata "betul lah apa yang dikata oleh Anwar sebelum ini bahawa minyak boleh diturunkan RM2.00". Kesannya, YAB Pak Lah, Dato Shahrir dan menteri-menteri yang lain menanggung "MALU", kerana tidak percaya kepada Anwar.


Hakikatnya, YAB Pak Lah dan Dato Shahrir tidak seharusnya memilih sentimen ini sebaliknya berpegang kepada fakta pasaran dan harapan rakyat bahawa Harga Minyak dunia diparas rendah dan Harga Minyak Malaysia boleh diturunkan keparas RM1.90 seliter. Rakyat berpegang pada prinsip asas, JANJI DATUK ADALAH JANJI SEORANG MUSLIM, BUKAN JANJI POLITIK. Manusia dipegang pada janjinya, lembu dipegang pada talinya. Janganlah sampai Rakyat menemplak Datuk dan mengatakan Menteri Lembu pula!



RM1.92 harga terbaik petrol- Pakar ekonomi
KUALA LUMPUR 26 Okt. - Pakar- pakar ekonomi berpendapat harga petrol sebaik- baiknya diturunkan ke harga asalnya iaitu RM1.92 seliter bagi merangsangkan ekonomi negara lebih- lebih lagi ketika harga minyak mentah global turun secara mendadak sejak akhir-akhir ini.
Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd. Fauzi Mohd. Jani berkata, jangkaan harga petrol mungkin diturunkan sebanyak 15 sen seliter pada akhir bulan ini adalah terlalu sedikit.

Sepatutnya kata beliau, harga petrol boleh diturunkan lagi dan kerajaan mengekalkan harganya pada kadar harga yang lebih munasabah iaitu harga asal, RM1.92 seliter.
''Ini adalah penting untuk merangsangkan ekonomi berbanding harganya diapungkan mengikut harga minyak mentah dunia sekarang sehingga menghilangkan keyakinan pelabur.
''Ini dilakukan dengan kerajaan menampan sebarang perubahan mendadak harga minyak mentah dunia,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Shahrir Abdul Samad menjangkakan harga petrol dapat diturunkan lagi sebanyak 15 sen seliter pada hujung bulan ini ekoran perkembangan terkini harga minyak dunia yang jatuh merudum di pasaran global.

Mohd. Fauzi berkata, ketika harga minyak di pasaran dunia adalah rendah, kerajaan boleh menyimpan subsidi minyak yang dijimatkan itu.
Subsidi yang dijimatkan itu jelas beliau, boleh digunakan untuk menampan kesan kenaikan harga minyak mentah dunia kemudian hari.

Sementara itu, Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Haim Hilman Abdullah turut menyifatkan harga petrol boleh dikembalikan pada harga asalnya sebelum ini.
''Mengikut trend merudum harga minyak mentah dunia sekarang, kita boleh balik ke harga asal pada RM1.92 seliter.
''Saya sedar kerajaan mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Tetapi, saya berharap kerajaan dapat menurunkannya kepada antara RM1.80 seliter hingga RM1.90 seliter dan bukannya 15 sen seliter,'' katanya

Thursday, October 23, 2008

SOALAN UNTUK DS ANWAR : YAHUDI-AMERIKA

Yahudi-Amerika dan soalan UPSR Anwar
Written by belantan

Sebilangan rakyat Malaysia kini terpengaruh dengan agenda dan propaganda Pakatan Rakyat, percaya kepada momentum yang rakyat mahukan perubahan seberapa segera tanpa perlu menunggu 16 September disebabkan komponen BN sukar untuk belajar jika tidak pernah jatuh apabila tewas di beberapa negeri di Malaysia pada PRU-12.

Ramai yang terpengaruh percaya kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai cita-cita untuk merampas sebuah kerajaan pemerintah samaada melalui secara SAH atau "pintu belakang". Lim Guan Eng dan DAP amat fokus kepada prinsip perjuangan 'Malaysian-Malaysia' dari dulu sampai sekarang, DAP dan Lim Guan Eng membangkang kerajaan sejak era Dr Mahathir lagi. Begitu juga dengan PAS, yang fokus kepada 'Kepimpinan Ulama' dan mereka juga membangkang sejak era Tunku Abdul Rahman lagi.
Hairannya.. Amerika tidak menyokong mereka pun!!Malahan, Lim Guan Eng dan anak kepada Nik Aziz juga pernah ditahan dibawah Akta ISA, tetapi Amerika tidak pernah mengutuk dan mempersoalkan tindakan Kerajaan Malaysia. Hairannya, kenapa Amerika beria-ria membela dan mempersoalkan kewajaran Anwar Ibrahim apabila dikenakan tuduhan salahlaku oleh Kerajaan Malaysia. Tahun 1998, Anwar disokong oleh Naib Presiden AS, Al-Gore, Tahun 2008 Anwar disokong oleh Condolezza Rice. Bukan calang-calang orang yang membela dan mempersoalkan tuduhan terhadap Anwar Ibrahim.
Kenapa Amerika sahaja yang menyokong Anwar? Dimana suara bantahan dari Rusia? Dimana suara bantahan dari China? Kenapa hanya Amerika??? Padahal ekonomi Malaysia hanya berada pada tangga ke 16 sebagai rakan dagang AS.
Sebabnya, Anwar adalah orang penting dalam organisasi Foundation of the Future. Orang-orang yang pro-Anwar mestilah tahu dan sentiasa merujuk blog Anwar untuk berita-berita terkini, dan mereka sentiasa mendapat makluman terkini aktiviti Anwar dalam organisasi ini. Berikut adalah maklumat dalam Wikipedia..
"In July 2006, Anwar was elected Chair of the Washington-based Foundation for the Future [13]. In this capacity, he signed the October 1, 2006 letter to Robin Cleveland of the World Bank, requesting the transfer of the secondment of Shaha Riza from the US Department of State to the Foundation for the Future. This transaction led to Paul Wolfowitz's resignation as president of the organization.[14] He was one of the signatories of A Common Word Between Us and You in 2007, an open letter by Islamic scholars to Christian leaders, calling for peace and understanding."
Kebanyakan rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan politik dalam dan luar negara sudah sedia maklum akan peranan 'disebalik tabir' Yahudi dalam pentadbiran Amerika, malahan calon Presiden mesti mendapat sokongan dan lobi Persatuan Yahudi Amerika untuk mencerahkan lagi peluang calon-calon tersebut. Dan rakyat Malaysia pun sedar akan hal ini sudah seki
an lamanya, sejak Anwar berada dalam tampuk kerajaan lagi.
Semasa Perang Dingin Amerika-Russia, terdapat satu penerimaan pemikiran kepada 'Teori Domino' dimana kepercayaan fahaman komunisme akan berjangkit kepada negara-negara yang berdekatan dengan kuasa besar Komunis seperti Rusia. Dari Rusia-China-Vietnam-Burma-Thailand-Malaysia-Singapura-dll. (seperti alat permainan blok Domino).
Kerana itu Amerika mengambil langkah pro-aktif dengan menyekat fahaman ini dari terus tersebar dengan memperkenalkan idea 'Demokrasi' sebagai alternatif kepada idea 'Komunisme'. Bagaimanapun, setelah kejatuhan Rusia dibawah Mikhail Gorbachev.. Islam mula dilihat sebagai musuh utama kepada peradaban Amerika-Yahudi, oleh itu Amerika telah melancarkan pelbagai ideologi seperti 'Liberalisme', 'Globabalisme', 'Human Rights', 'Terrorisme' dan lain-lain untuk menyekat pengaruh Islamisasi dari terus berkembang..
Pentadbiran Amerika-Yahudi percaya, serangan melulu terhadap Islam akan menghasilkan lebih ramai pengganas baru dan bilangannya amat cepat berkembang sebelum mereka sempat membendungnya, kaedah menggunakan orang Islam sendiri sebagai 'neutralise' kepada umat Islam lebih praktikal dan berkesan walaupun memerlukan sedikit bantuan masa.

Seolah-olah anai-anai yang memakan kayu dari dalam.. akhirnya rumah tersebut akan roboh dengan sendirinya..

Dan inilah fungsi-fungsi utama Foundation For The Future, yang dibiayai oleh tabung Amerika untuk membantu NGO dan parti berhaluan kiri sesebuah kerajaan yang tidak sealiran dengan dasar Amerika yang berpusat di Washington, dan dilancarkan oleh Condolezza Rice pada 12 November 2005 di Bahrain ini boleh menglibatkan Anwar bersama-sama mereka?
Berbalik kepada politik Malaysia, semasa era pemerintahan Dr Mahathir, orang-orang Yahudi tidak gemar kepada beliau kerana dasarnya yang tidak mengiktiraf Israel sebagai negara berdaulat hasil krisis Israel-Palestin, malahan Dr Mahathir juga menuduh Yahudi memainkan peranan dalam krisis ekonomi 1997 dan mendakwa Yahudi mengawal dunia ini melalui proksi-proksinya.
Usaha Israel untuk menjalinkan hubungan dengan Malaysia sebenarnya bermula dari tahun 1956 lagi, tetapi sentiasa menemui jalan buntu. Semenjak dari zaman Tunku Abdul Rahman dan dua PM yang berikutnya, usaha Israel tidak berjaya dan ini diburukkan lagi dengan pendirian keras Dr Mahathir terhadap Yahudi sehingga dirinya digelar Anti-Yahudi.
Bagaimanapun, pada tahun 1994, Malaysia mula berlembut dengan Israel dengan memberi kelonggaran kepada rakyat Malaysia untuk berurusan dengan Israel atas hal-hal perniagaan. Pada tahun 1996, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia telah memberi kebenaran kepada bank Malaysia untuk membuat kerjasama dengan bank Israel.
Pada tahun 1997, semasa krisis mata wang, Anwar cenderung kepada pendekatan pasaran bebas, pelaburan asing dan liberalisasi perdagangan, manakala Dr Mahathir cenderung kepada pengawalan matawang dan pengawalan pelaburan asing, disamping menuduh George Soros sebagai dalang krisis tersebut. Hal ini mencetuskan pertembungan pendapat sesama mereka. Anehnya pada tahun 1998, Anwar telah dinobatkan 'Asian of the Year' oleh majalah Newsweek.
Oleh itu.. berdasarkan kepada pembacaan dan kajian tidak seberapa ini, dapatlah dirumuskan bahwa:

1. Yahudi-Amerika mula memberi perhatian kepada Anwar, atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan pada Tahun 1994, membuka lembaran baru hubungan Israel-Malaysia dengan kelonggaran dasar Malaysia membenarkan hubungan dagang dengan Israel. Ianya seolah-olah menolong usaha Israel sejak tahun 1956 lagi untuk berurusan dengan Malaysia.

2. Yahudi-Amerika semakin tertarik kepada Anwar semasa krisis mata-wang 1997 diatas kepercayaannya kepada prinsip pasaran bebas, pelaburan asing tanpa had, liberalisasi perdagangan yang lebih menepati cita-cita Yahudi-Amerika terhadap pasaran ekonomi dunia sejagat. Dan Amerika tidak suka kepada Dr-Mahathir yang dianggap ultra-Melayu, anti-semitik dan campur-tangan kerajaan dalam ekonomi.

3. Prinsip demokrasi dan liberalisasi yang didokong oleh Anwar boleh menolong matlamat Yahudi-Amerika untuk meneutralkan orang-orang Islam yang ortodoks dan radikal, seterusnya menolong matlamat global Yahudi-Amerika untuk menyekat fahaman Islam yang radikal dari terus merebak.

4. Dengan gabungan fahaman Islam yang liberal dan kepercayaan kepada pasaran bebas, Anwar dilihat sebagai seorang calon yang mempunyai pakej lengkap agenda globalisasi Yahudi-Amerika sejajar dengan penghormatan negara-negara Asia dan Arab terhadap reputasi baik Malaysia sebagai model negara membangun yang berjaya.
5. Dengan memberi sokongan padu kepada Anwar, secara tidak langsung negara-negara Asia dan Arab yang kagum akan kejayaan Malaysia sebelum ini akan lebih menghormati Anwar dan mudah menerima buah fikiran beliau. Ini akan menolong mempercepatkan agenda Yahudi-Amerika untuk meneutralkan pemimpin-pemimpin negara lain.

Samada Anwar Ibrahim sememangnya proksi Amerika atau beliau sedar tentangnya tetapi sengaja buat-buat tidak tahu, atau beliau tidak sedar bahawa dirinya dijadikan kuda tunggangan Yahudi-Amerika, begitu juga dengan penyokong dan pengikut PKR yang memberi peluang kepada agenda Yahudi-Amerika mempengaruhi politik dan rakyat Malaysia walaupun dinyatakan fakta dan bukti sekalipun terpulanglah kepada anda untuk menilainya. Hanya Allah yang Maha Tahu.
SOALAN UPSR RAKYAT KEPADA ANWAR
Sepertimana Anwar berkiblatkan kalimah: "lawan tetap lawan". Dengan menyahut cabaran sebilangan rakyat Malaysia bernaungkan panji-panji "benar tetap benar"!. dikemukakan senarai soalan UPSR berikut ditujukan kepada Anwar Ibrahim (anda) kerana rakyat kini telah menjadi penyemak kertas ujian ketika ini:

SOALAN 1: Apakah hubungan sebenar anda dengan kuasa besar Amerika Syarikat dalam konteks mencorak orde dunia baru? Adakah anda setuju dengan dasar Perang Salib moden yang dipelopori golongan neo-con AS dengan berselindung disebalik topeng demokrasi dan hak asasi?

SOALAN 2: Sehubungan dengan (a), pendirian anda berhubung kewujudan regim haram, Israel, di bumi Arab? Adakah anda mengiyakan atau menafikan sokongan kepada kewujudan Negara haram tersebut memandangkan anda adalah salah seorang yang menandatangani surat terbuka berhubung Sidang Kemuncak Annapolis.
SOALAN 3: Sejauh manakah anda boleh memberi jaminan bahawa kerjasama dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) tidak akan menjejaskan kedudukan umat Islam di negara ini. Bukankah, dalam sidang perwakilan yang lepas, DAP dengan terang-terangan menolak perlaksanaan syariat dan mempertahankan kedudukan sekular sekarang berpandukan Perlembagaan yang sedia ada?
Bukankah ini sedikit sebanyak mirip dengan perjuangan golongan tertentu seperti Kumpulan Artikel 11 dan IFC? Juga suara-suara sumbang dari pemimpin-pemimpin tertentu gerombolan-gerombolan tersebut jelas mencabar keutuhan agama Islam sebagai agama resmi Persekutuan menurut Artikel 3, Perlembagaan Persekutuan.
Adakah anda sedia memberi jaminan bahawa kesucian dan keutuhan Islam dan institusi berkaitan tidak akan dinodai sekiranya saudara mewarisi tampuk pemerintahan kelak?
SOALAN 4: Kebelakangan ini, penulis blog tertentu seperti RPK dalam portal MalaysiaTodaynya jelas mempersoalkan hukum hakam Islam serta memperlekehkan personalitas tokoh-tokoh tertentu yang berjuang menegakkan stariat Allah. Ramai sedar penulis berkenaan ada berkempen sepentas dengan isteri anda maupun secara individu untuk anda dalam Pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini apatah lagi memberi sokongan padunya kepada perjuangan anda melalui nukilannya.
Sudikah anda menjelaskan pendirian saudara berhubung penghinaan RPK terhadap agama Islam? atau dapatkah di tafsirkan bahawa diam anda berhubung perkara tersebut menandakkan persetujuan tersirat saudara akan tindak tanduknya. Juga apakah pendirian anda tentang penulis blog beraliran sekular liberal dan anti-hadith yang lain?
SOALAN 5: Adakah pendirian anda diwarnai oleh hujah-hujah saudara dalam The Asian Renaissance yang boleh dipertikaikan itu? Kendatipun, anda mendokong idealisma demokrasi, adakah ianya benar-benar dapat disuburkan dalam persekitran sosio-budaya yang serba kepincangan dan para pengundi mempunyai aksesibiliti yang terhad kepada sumber berita sahih (satu persoalan yang pernah ditonjolkan oleh Amartya Sen).
SOALAN 6: Adakah dasar ekonomi yang anda canangkan realistik dalam persekitaran 'capital inflow' yang kian menyusut serta penyusutan ekonomi Amerika Syarikat yang menjadi pasaran ekspot yang kedua terbesar buat produk tempatan? Adakah hegemoni ekonomi Amerika akan berkembang di Malaysia dibawah pemerintahan anda?
S
OALAN 7: Bagaimana pula dengan pendekatan anda bagi bagi mengurangkan jurang 'Gini Coefficient' yang kian melebar antara kaum dan intra-kaum? Apakah pegangan ekonomi oleh masyarakat Cina akan terus disuburkan atau satu paradigma baru akan dicorak bagi memastikan penyertaan samarata (equitable) semua kaum dalam aktiviti ekonomi? Adakah penggantungan kepada kuasa pasaran/market forces semata-mata bakal menentukkan kelestarian dan keboleh tahanan ekonomi pribumi?
SOALAN 8: Bagaimana pula pendirian anda akan aliran keluar modal (capital outflow) melalui pemindahan modal (capital repatriation) oleh warga asing dan golongan comprador tempatan? Adakah kadar riba akan dinaikkan bagi menangani kemelut ekonomi kini sepertimana yang berlaku pada 1997/98.
SOALAN 9: Lebih penting lagi, adakah anda berhasrat menegakkan sistem ekonomi Islam yang bebas riba? Adakah sistem matawang Malaysia akan bakal menggunakan sistem free float atau sistem fixed peg (samada hard or soft peg) atau managed float?
SOALAN 10: Adakah Asian Renaissance bakal menjadi leitmotif pentadbiran saudara (jika anda berjaya merampas takhta idaman dengan cara luar perlembagaan/extra consitutional). Bukankah ini bercanggah dengan prinsip anda utarakan dalam karya anda itu? atau adakah matlamat menghalalkan cara?
Ada banyak lagi soalan UPSR yang ramai rakyat Malaysia ingin ajukkan kepada anda memandangkan pihak anda yakin akan menerajui pemerintahan negara sebagai PM dalam waktu terdekat (satu andaian yang amat sangsi).
Waima pun begitu, diharap anda tidak kecut atau gelabah menjawab soalan-soalan UPSR rakyat diatas dan ianya bakal menyusul soalan PMR dilain waktu nanti (jika lulus), inshaallah. Semoga anda mengambil iktibar dari peristiwa-peristiwa silam yang pernah berlaku dalam bulan mulia ini dan insaf akan kekerdilan dan kefanaan diri anda serta tunduk tawadduk kepada kebesaranNya. Akhir kalam, jadikanlah AlQuran dan Al-Sunnah sebagai panduan saudara bukannya Asian Renaissance.
Suara Politik

Tuesday, October 21, 2008

PESANAN KESYUKURAN - DARI DATO MUKHRIZ



Written by Mukhriz Mahathir

Saya bersyukur kehadrat Allah SWT, terharu dan berterima kasih kepada para perwakilan Pemuda UMNO bahagian-bahagian yang telah bersidang dan mencalonkan saya untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sesungguhnya kepercayaan yang diberikan oleh Saudara-Saudara semua tidak akan saya hampakan. Tak cukup tapak tangan, nyiru saya tadahkan ucapan terima kasih saya di atas sokongan Saudara-Saudara semua.


Saya berasa sangat terharu dengan jumlah pencalonan yang telah diberikan sehingga melayakkan saya bertanding dalam jangkawaktu hanya tiga hari pertama Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dijalankan. Ini membuktikan bahawa Pemuda sudah berani dan ingin menuntut perubahan yang akan menyelamatkan parti kesayangan kita. Oleh itu, saya harap mesej yang telah Saudara-Saudara sampaikan melalui gelombang perubahan ini disahut baik dan difahami oleh semua pihak, termasuk pihak pembangkang, bahawa sayap penting dalam UMNO ini sudah bersedia untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap UMNO.



Saya juga berharap Pemuda UMNO di bahagian-bahagian yang belum bersidang akan terus mencalonkan saya supaya momentum Perubahan, Pemulihan dan Pemerkasaan ini dapat disemarakkan lagi.Saya berdoa suara akarumbi yang memberikan pencalonan kepada saya tempoh hari di Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian-bahagian dapat juga diterjemahkan sebagai undi untuk saya di bulan Mac 2009 kelak.



Saya percaya perwakilan-perwakilan ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di PWTC nanti akan melaksanakan amanah mereka dengan penuh bertanggungjawab untuk benar-benar mewakili suara pemuda dan mengundi mengikut kehendak perwakilan akarumbi sewaktu Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian-bahagian mereka.


Selamat bersidang. Berani Berubah!



Mukhriz Mahathir

MASA NAIK HARGA TIADA PERTEMUAN KHAS, MASA NAK TURUN PERLU PERTEMUAN.

Semakin parah nampaknya apabila kerajaan yang dibentuk semakin hilang kuasanya. Sebelum krisis minyak dunia, rakyat disajikan dengan berita-berita bahawa Kerajaan BN masih Berkuasa. Apabila kerajaan BN berkuasa, maka kementerian-kementerian dibawah kerajaan ini juga semestinya berkuasa. Satu ketika dulu, sering disajikan KPDNHEP dengan kuasa yang ada padanya, memerangi harga barang yang mahu dinaikkan. Bahkan sering kali mempertahankan dalam mengawal harga barang dengan mengemukan "Harga Siling Barangan".
Tetapi apabila Harga Minyak Malaysia Naik 70 sen, Peniaga Mula Menaikkan Harga. Maka berpusu-pusu peniaga, pemborong, pengeluar, orang tengah dan lain-lain menetapkan harga yang baru. KPDNHEP seperti hilang kawalan dan bersetuju dengan tuntutan peniaga dan persatuan peniaga. Maka satu demi satu harga naik sama ada menerusi perbincangan atau dengan sewenang-wenangnya naik.
Kini bila harga Minyak Turun, Untuk menurunkan harga barangan dan perkhidmatan "PERLUKAN PERBINCANGAN"!. Mungkinkah ini akibat dari 'Pembentukan Kerajaan Yang dilihat Berkuasa, Tetapi Tidak Sebenarnya...
Pertemuan khas turun harga barang

PUTRAJAYA 17 Okt. - Kerajaan akan mengadakan pertemuan khas dengan wakil pengguna dan peniaga utama pada pertengahan bulan depan bagi mengenal pasti jenis barangan serta perkhidmatan yang perlu diturunkan harga.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, pertemuan itu selaras dengan langkah kerajaan menurunkan harga minyak tiga kali bermula 23 Ogos lalu.
Menurutnya, ia juga akan digunakan oleh kerajaan untuk melihat semula keperluan pemberian subsidi ke atas beberapa jenis barangan yang diberikan sebelum ini.
''Saya sudah menghantar surat rasmi kepada beberapa persatuan pengguna supaya mereka menyenaraikan jenis barangan dan perkhidmatan yang perlu diturunkan harga berikutan penurunan harga petrol.
''Mereka ada masa dua minggu bagi menyenaraikannya sebelum menyerahkan kembali kepada kami untuk diteliti sebelum dibawa dalam pertemuan dengan wakil peniaga," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini hari ini.
Antara barangan yang diberikan subsidi ialah tepung iaitu RM2.8 bilion setahun dan RM1.1 bilion setahun untuk gula.
Selaras dengan penurunan harga minyak mentah dunia, kerajaan telah menurunkan harga petrol 40 sen seliter dalam tempoh tiga bulan lalu.
Shahrir berkata, pertemuan itu akan memberi ruang kepada wakil pengguna dan peniaga untuk menyatakan hujah masing-masing berhubung paras harga barangan dan perkhidmatan yang sewajarnya.

TREND HARGA MINYAK MULA NAIK, RAKYAT KEMPUNAN

Pada bulan Jun 2008 seluruh rakyat negara kita berbisik, bercakap, bertekak, berdebat, bertegang urat dan apa-apa perkataan yang berkaitan dengan harga minyak petrol dan diesel yang dinaikkan harga runcitnya oleh Pak Lah sehari selepas Datuk Shahrir mengumumkan bahawa kerajaan akan menaiikan harga minyak pada bulan Ogos 2008. Isu kenaikan harga minyak ketika itu, hampir sekali menenggelamkan isu kekalahan 5 negeri +1WP dalam PRU 12. Apa tidaknya, pengumuman kenaikan harga minyak ini dibuat secara mendadak tanpa disangka-sangka. Hinggakan 'berlaku kesesakan' luar biasa di stesen-stesen pam minyak.

Bahkan isu harga minyak ini berbulan-bulan di raikan hinggalah membawa kepada debat Datuk Shabery Cheek dan DS Anwar. Bukankah belum pernah dalam sejarah negara, diadakan debat terbuka secara langsung mengenai Minyak Petrol dan Diesel!

Percakapan dan perbualan mengenai Harga Minyak Petrol naik mendadak dari RM1.92 seliter kepada RM2.70 dan diesel kepada RM2.55 seliter telah merentasi batas usia dan kaum. Kanak-kanak, remaja, orang tua, orang politik, usahawan, penoreh getah, penganalisa ekonomi, ahli korporat, professor universiti hinggalah kepada orang musafir, orang miskin tegar, pengemis, pekerja buruh, pekerja sektor awam yang bergred 1 hingga gred 41 dan lain-lainnya mengeluh resah dengan kenaikan harga minyak. Mereka-mereka ini mendengar dengan penuh 'tekanan dalam hidup' mengenai harga minyak. Selang sehari harga minyak naik, Datuk Shahrir Samad memberi jaminan bahawa harga barang tidak akan naik mendadak. Tetapi seluruh rakyat nampaknya 'amat marah' kerana sebelum itu, Datuk Shahrir menyatakan bahawa Harga Minyak mungkin akan dinaikkan pada bulan Ogos 2008. Sebab itulah isu ini hangat hingga berbulan-bulan lamanya. Bahkan DS Abdullah digelar Flip Flop oleh rakyat akibat keputusan-keputusan kerajaan yang sering berubah-ubah tidak sampai 24jam. Jelas sekali pada waktu itu rakyat mula menunjukkan protes mahu perubahan.

Tidak sampai seminggu harga minyak RON97 naik RM2.70 seliter (asal RM1.92) dan Diesel RM2.58 seliter, Para usahawan yang kaya raya, Para Pengeluar yang budiman, Pemborong, Peruncit, Peniaga Pasar Malam, peniaga kecil-kecilan yang berlesen dan tidak berlesen mula berlumba membuat kenyataan akhbar untuk menaikkan harga barangan yang dijual. Menerusi platform NGO-NGO "Persatuan Peniaga itu ini" , "Persatuan Pengeluar ITU INI" dan dan bermacam persatuan entah apa-apa, bertindak menaikkan harga barang keperluan seperti harga ikan, sayur, ayam, daging, tambang bas, tambang bas sekolah, roti canai, ikan sardin, susu dalam tin, bayaran tuition anak-anak dan beribu barangan terus naik. Bukan para peniaga sahaja yang terburu-buru menaikkan harga, Kerajaan juga tumpang sekaki menaikkan harga gas memasak, tarif elekterik dan lain-lain. Pengumuman ini di buat oleh Pak Lah dalam Budget 2009. Rakyat sekali lagi Mahu Perubahan isu ini.

Tatkala harga minyak dunia mencecah USD147 setong, rakyat terus berdoa dan berharap agar harga minyak dunia ini akan turun. Penurunan harga minyak dunia ini akan membolehkan harga minyak Malaysia diturunkan. Harapan rakyat agar kepimpinan Pak Lah akan dapat mengatasi tekanan rakyat ini secepat mungkin tanpa mengorbankan rakyat dengan kos sara hidup yang tinggi akibat kenaikan harga minyak dan barangan. Itulah harapan rakyat!

Harapan rakyat ini bukan semata-mata kerana motosikal, kereta, sampan, mesin rumput, lori angkat sampah Majlis Daerah dan Bandaran boleh diisi minyak dengan harga murah sikit, tetapi harapan rakyat juga penurunan harga minyak ini akan menyebabkan Harga Barang Keperluan harian rakyat dan harga perkhidmatan dapat turun harga bersama-sama. Maka dengan ini, kos sara hidup yang tinggi oleh rakyat di kampung dan di kota dapat dikurangkan. Dengan kata lain, rakyat di bawah paras kemiskinan tidak terus tertekan dan hidup susah. Inilah harapan menggunung rakyat!

Bermula pertengahan Julai 2008, trend harga minyak dunia mula turun. Doa dan harapan rakyat mula bersinar! Setelah banyak pihak mempertikaikan tindakan kerajaan yang lambat bertindak untuk menurunkan harga minyak berbanding menaikkan harga minyak, BARULAH kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen (RON97)dan RM2.55 bagi diesel. Rakyat amat marah kerana harga minyak sepatutnya sudah boleh diturunkan pada awal Ogos lagi. Penurunan ini dianggap sebagai kempen bersempena Pilihanraya kecil Permatang pauh. Pada masa itu harga minyak telah jatuh pada paras USD115 setong.

Apalah malang nasib rakyat, kerana penurunan ini tidak memberi apa-apa kesan kepada Harga barang keperluan dan perkhidmatan yang dinaikkan oleh peniaga! Hampir TIADA harga barang turun harga.! Yang menghibakan, Kementerian Perdagangan dalam negeri Dan hal Ehwal pengguna seperti tidak tahu apa-apa keluh resah rakyat ini. Ketika ini musnah harapan rakyat..
Baru-baru ini sebelum Hari Raya Aidil Fitri harga minyak diturunkan lagi dan tatkala harga minyak dunia pada paras USD82 setong harga minyak diturunkan dari RM2.55 kepada RM2.40 (RON97)seliter, RON92 turun dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter dan diesel kepada RM2.40 seliter. Pak Lah dan Datuk Shahrir mengatakan bahawa inilah hadiah Hari Raya kepada rakyat. Malangnya, hampir TIADA LANGSUNG harga barangan dan perkhidmatan turun harga. Bahkan tiket Bas Ekpress dinaikkan harga atas alasan rugi dan bukan kenaikan harga minyak. Rasional dan bukti masalah harga tiket bas perlu dinaikkan tidak didedahkan kepada rakyat umum. Yang diumumkan naik harga tetapi kenaikan ini tiada kaitan dengan harga minyak, sebaliknya kos operasi yang tinggi ditanggung oleh operator. Bukankah kos operasi atau kos berubah yang ditanggung oleh operator disebabkan kos material, sparepart, upahan, penyelenggaraan meningkat? Dan kos ini meningkat kerana harga barang sparepart naik, harga tayar, tiub, minyak pelincir dan lain-lain juga naik disebabkan pembekal kepada operator bas menaikkan harga disebabkan Harga Minyak Naik. Maka Kenaikan harga barang ini adalah RANTAIAN GANAS HARGA BARANGAN yang menekan rakyat akhirnya. Sukar untuk difahami kata-kata Datuk Shahrir kenaikan ini bukan sebab harga minyak.
Dan terbaru pada 15 Oktober 2008, harga minyak diturunkan lagi. RON97 turun 15sen kepada RM2.30 seliter, RON92 turun 10sen kepada RM2.20 dan Diesel turun 20sen kepada RM2.20 seliter. Hingga kini harga minyak telah diturunkan sebanyak 3 kali (sejak 23 Ogos 2008) dan jumlah penurunan adalah 40sen. (Pada 7.10.2008 harga minyak USD90.00 setong dan pada 21.10.2008 harga minyak turun USD72.00 setong dengan paras terrendah pada 4 hari yang lalu USD67.00 setong)

Sungguhpun demikian harga barang tidak turun juga. Rupa-rupanya teori ekonomi yang digunakan oleh peniaga iaitu "Apabila harga Minyak Naik, Kos Operasi dan Pengeluaran Untuk Mengeluarkan sesuatu barangan dan Perkhidmatan Juga Naik" adalah tidak betul sama sekali. Dan kata-kata Datuk Shahrir Samad dan Pak Lah harga barang akan turun juga adalah sekadar pemanis mulut pemimpin. tetapi bagi rakyat dikampung, Yang Berhormat berdua dikatakan PEMBOHONG RAKYAT. Ini sepatutnya, "Apabila harga Minyak turun, Harga barangan dan Perkhidmatan oleh Peniaga juga akan turun" , selaras dengan kadar penurunan/peningkatan harga minyak negara. Utusan Malaysia 21.10.08 memetik Datuk Shahrir berkata bahawa harga nasi yang dimasak naiktetapi kerajaan tidak mengawal harga nasi sebaliknya harga beras. Jawapan ini menggambarkan KPDNHEP telah hilang kawalan kepada peniaga! Jika harga beras hancur 15% pun kerajaan tidak dapat mengawal kenaikannya, maka janganlah rakyat menaruh harapan kerajaan boleh menurunkan harga barangan yang lain. Jika begitu, harapan yang boleh disandarkan oleh rakyat adalah dengan Mencari Pengganti Ketua Pemimpin yang boleh mengawalselia harga dan pasaran barangan, tidak flip flop dalam membuat tindakan dan keputusan dan bertindak pantas mengurangkan beban hidup dan ekonomi rakyat. Terbukti bahawa Harga Minyak dipengaruhi sentimen pasaran dunia, tetapi harga barangan dan perkhidmatan dalam negara kita, KENAIKAN HARGA dipengaruhi Kenaikan harga Minyak dan PENURUNAN HARGA dipengaruhi oleh SIAPA YANG LEBIH BERKUASA. Jika kerajaan berkuasa, sudah tentu kawalan boleh dibuat dengan bermacam cara dan jika ada kerajaan tetapi TIDAK BERKUASA maka beginilah nasib hidup rakyat..

Bagi Para Peniaga, Mungkin teori ini sebagai senjata ampuh dan hanya sesuai untuk menaikkan harga tetapi tidak untuk menurunkan harga. Buktinya, Datuk Shahrir dalam Utusan Malysia 21.10.08 berkata, beliau akan melancarkan penurunan harga barang tertentu pada 25.10.08, selepas 3 bulan harga minyak diturunkan. Walhal menaikkan harga barng hanya dalam seminggu! The Star dan utusan malaysia melapurkan, Harga Barangan di Pasar Basah terutama dikampung-kampung terus Kekal di Paras Tertinggi.

Dimana peranan dan Tindakan Proaktif KPDNDHEP yang diketuai Datuk Shahrir Samad.? Difahamkan Datuk Shahrir dalam Utusan Malaysia menyebut, Kementeriannya sedang menunggu dari Persatuan-Persatuan Peniaga senarai barangan dan perkhidmatan yang boleh diturunkan harganya. Pelik tetapi benar...Semasa menaikkan harga, tidak perlu berunding dan bila hendak menurunkan harga perlu perundingan! Yang nyata kerugian dan penindasan berlaku kepada setiap rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana terutama di kampung-kampung, apatah lagi rakyat di bandar-bandar besar yang taraf hidupnya amat tinggi. Dalam Utusan Malaysia bertajuk "PM kecewa Harga Barang Tidak Turun", dipetik Pak Lah kecewa kerana Peniaga Belum menurunkan harga walaupun Harga Minyak telah turun. Cukupkah dengan gesaan sahaja......

Dari aspek kerugian dan tekanan hidup, yang "TER RUGI DAN TER TEKAN" adalah rakyat. Keduanya Pihak berkuasa Tempatan dan Ketiganya Pejabat-Pejabat Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Semua kerugian ini akhirnya berpatah balik kepada Rakyat yang marhain, berpendapatan rendah dan sederhana... Yang paling ditakuti, apabila trend harga minyak dunia mula naik, harga barang akan mula naik semula dan rakyat tidak akan merasa senangnya hidup semasa harga minyak turun. Harapan Rakyat adalah Beranilah Berubah.

Monday, October 20, 2008

SIAPA YANG MAKAN CILI MELAKA, DIA TERASA PEDASNYA

Di dada-dada akhbar Utusan Malaysia, The Star dan Berita Harian bermula 19.10.08 dan 20.10.08, akhbar-akhbar ini tidak putus-putus menyiarkan komen-komen pemimpin UMNO yang menyelar kenyataan Tun dalam laman blognya. TV3 dan TV9 juga tidak jemu menayangkan Kenyataan Akhbar Pak Lah yang menggelar Tun sebagai 'Pengarah' pemilihan UMNO dan menyelar Tun sebagai pemecahbelah ahli-ahli UMNI dan meminta beliau 'diam'. Apakah salah kenyataan Tun? TV3 menayangkan petikan laman blog Chedet bertajuk Pemilihan UMNO pada perenggan tertentu yang di 'zoom'kan. Kita telusuri perenggan ini...
--------------------------------------------------------
Petikan dari laman blog Chedet.
9. Ini merupakan langkah pertama yang kritikal. Sekarang ialah masa untuk Presiden dan Perdana Menteri baru. Hanya terdapat dua calon. Tetapi hingga kini hanya Dato Seri Najib Tun Razak yang menerima pencalonan untuk jawatan tersebut. Jelaslah yang beliau merupakan calon unggul. Dan seperti yang dijangka usaha untuk memburukkan imej beliau sudahpun bermula. Bagaimana dia mengurus tohmahan ini akan memperlihatkan mutu kepimpinannya.
10. Sementara itu pencalonan untuk jawatan-jawatan lain sedang berjalan. Jika Kerajaan Najib berkehendakkan kelainan daripada Abdullah maka penyokong Abdullah tidak boleh turut serta.
11. Setakat ini masih tidak jelas sama ada bahagian-bahagian UMNO akan menyokong mereka yang membangkang Abdullah ataupun penyokongnya. Pendahuluan yang diterima Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan yang pengkritik Abdullah amat disenangi. Tan Sri Rafidah Aziz, yang dikatakan begitu kuat mengkritik Abdullah nampaknya mendapat sokongan Wanita. Ini boleh mengakhiri impian Azalina Othman, antara penyokong terkuat Abdullah dan Khairi Jamaluddin, jika Rafidah mengotakan janjinya untuk melantik Shahrizat Jalil sebagai Ketua Wanita apabila dia (Rafidah) sendiri meletak jawatan tersebut.
12. Shafie Apdal, salah seorang yang bersuara lantang mendesak Abdullah meletak jawatan mempunyai harapan cerah memenangi pencalonan bagi jawatan Naib Presiden. Tetapi bahagian-bahagian nampak seolah-olah terlupa peranan yang dimainkan Rais Yatim, yang mana sebagai Menteri beliau tidak pernah gentar menyuarakan pendapatnya berkenaan salahlaku Abdullah.
------------------------------------------------------
Kenyataan ini apabila dianalisa, memberi maksud yang berbeza mengikut tanggapan pembaca dan status pembaca. Jika yang membaca adalah Dato Azalina dan Sdr Khairy dan penyokong-penyokongnya sudah tentu ianya akan meningkatkan suhu dalam hati. Jika yang membaca adalah mereka yang mendapat advantage, sudah tentu ianya tidak bermasalah.
Sudah tentu yang menyalurkan kepada Pak Lah kenyataan Tun ini adalah dari mereka - mereka yang suhu badannya sedang menggelegak naik!. Membidas dan memintas sesama ahli politik dalam UMNO adalah rencah yang biasa. Bahkan tidak salah jika kenyataan akhbar Pak Lah ini adalah sebagai satu strategi dalam Pemilihan Umno untuk mendapatkan sokongan calon tertentu dari bahagian-bahagian yang sedang berjalan.
Jika TS Muhyiddin membuat kenyataan di Singapura, Kenapa pula Pak Lah membuat kenyataan di Sabah. Bukankah di Sabah adalah lubuk UMNO untuk mendapat pencalunan yang gila-gila luar biasanya. Sabahlah tempat stategik untuk mendapat seberapa banyak undi dari setiap bahagian...Jadi tidak salah bagi Tun memberi pendapatnya dalam blognya sebagai penganalisa politik. Dalam Utusan 20.10.08 Dato Tajuddin berpendapat 'tidak patut berlaku melobi' oleh bekas PM ini. Bukankah Kenyataan Akhbar pak Lah ini juga boleh disifatkan sebagai melobi untuk Datuk Ali Rustam dan melobi grassroot supaya TS Muhyiddin diketepikan dengan menyatakan TS Muhyiddin penyebab peralihan kuasa Jun 2010 gagal?
Jika diteliti perenggan 10 kenyataan Tun, 'jika kerajaan Najib berkehendakkan kelainan daripada Abdullah maka penyokong Abdullah tidak boleh turut serta". Ini adalah pendapat bekas ahli politik berpengalaman!. Selepas PRU 2004 iaitu pada tahun2005,2006 dan 2007, PENGIKISAN PENYOKONG MAHATHIR DALAM KEPIMPINAN PAK LAH juga berlaku. Pada PRU 12 2008, calon-calon yang yang dipilih oleh Pak Lah dengan jelas Menghapuskan Pemimpin yang menyokong Legasi Mahathir! Maka tiada silapnya, Jika Dato Najib inginkan kelainan daripada Legasi Abdullah, maka penyokong Abdullah tidak boleh turut serta. Sebaliknya jika penyokong Abdullah ini, tiba-tiba menukar kapal menyokong Najib, tidak mustahil penyokong-penyokong ini diterima oleh DS Najib. Jika kerajaan Najib berkehendakkan TIDAK BERLAINAN daripada Abdullah maka penyokong Abdullah boleh turut serta!
Tidak ada silapnya pendapat Tun, cuma Kenyataan Tun ini dengan jelas mengena kepada yang terdesak. Bak kata suffer dari Langkawi, "SIAPA YANG MAKAN CILI MELAKA, MAKA DIA YANG TERASA PEDASNYA"....

Sunday, October 19, 2008

PM BIDAS MAHATHIR

Apabila scenario pencalonan oleh bahagian-bahagian minggu kedua ini, menggambarkan pencalonan DS Najib, DS Muhyiddin, Dato Mukhriz, Dato Dr Khir Toyo, Dato Shafie Afdal, DS Rafidah, Dato Hishamuddin mula menunjukkan gelombang reform yang sebenar-benarnya dari grassroot, maka timbullah pula kegusaran PM kita. Apa pun, oleh kerana berita ini diterbitkan dalam utusan malaysia dan dipetik dari Bernama, maka para pembaca tidak tahu hujung pangkalnya. Perlu suffer meneliti lebih dalam persoalan-persoalan yang terkandung dalam berita ini...Benarkah ini yang keluar dari mulut Pak Lah? Apakah sebenar-benarnya yang dikatakan oleh Tun Mahathir? Adakah Pak Lah telah meneliti kata-kata Tun, atau terus membuat kenyataan tanpa usul periksa? Adakah kenyataan Tun diputar belit oleh Spin Doktor yang memaklumkan kepada Pak Lah, maka kata-kata Tun menjadi amarah dan panik Pak Lah? Dalam Blog Chedet, saya tidak menemui ayat-ayat Tun menyatakan," MENGUSIR ORANG-ORANG ABDULLAH PADA PEMILIHAN MAC DEPAN". Kepada yang terasa pedasnya cili, janganlah cepat melatah. Bukankah kita selalu terbaca dan mendengar bahawa Pak Lah selalu terbabas kata bila buat kenyataan? harap-harap kenyataan kali ini tidak lagi terbabas...Belajar untuk mengenalpasti dan meneliti dahulu, barulah membuat kenyataan. Jangan ikut rentak soalan provokasi wartawan atau hanya mendengar dari orang kanan dan kiri sahaja. Orang -orang ini belum tentu membawa maklumat yang sebenarnya. Apa pun kita tunggu kenyataan Tun pula...


KOTA KINABALU 18 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) parti yang menentukan “siapa yang perlu berada dalam parti UMNO dan siapa yang perlu dikeluarkan”.
Perdana Menteri berkata, UMNO tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.
“Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang UMNO apa yang patut dilakukan?
“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu... orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” katanya pada persidangan akhbar di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini malam ini.
Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan UMNO “mengusir orang-orang Abdullah” dalam pemilihan parti itu Mac depan.
“Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik...orang yang tidak pernah membuat baik untuk UMNO dan kerajaan.
“Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli UMNO, mengajar ahli UMNO bergaduh sesama sendiri,” katanya.
Abdullah berkata, beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.
“Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.
“Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan. Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam UMNO,” kata Abdullah.
Menurut Perdana Menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.
“Inikah “reform” yang diharapkan...Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli UMNO ada kebebasan untuk bertanding.
“Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik...Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.
“Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding... tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya,” katanya.
Dalam hal ini, anggota UMNO tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.
“Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini,” katanya.
Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan.
“Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.
“Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.
Abdullah berkata, beliau telah menerangkan sebab beliau memerlukan masa yang dipersetujui antara beliau dan Najib, antaranya, terdapat perkara berkaitan dengan reform yang beliau hendak laksanakan dan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat.
“Apakah dia takut reform? Apakah dia tidak mahu reform? Apakah ini sebagai satu langkah untuk menggagalkan usaha-usaha sedangkan reform itu dikehendaki oleh rakyat.
“Saya dimarah oleh rakyat kerana tidak memenuhi janji. Sebab itu ada dalam manifesto 2004 apabila saya bertanding, apabila kita memenangi pilihan raya pada 2004 dengan sokongan yang kuat.
“Mengapa pula dia mencadangkan seperti itu? Ertinya nak menggagalkanlah.
Nak menggagalkan saya atau menghalang saya mengambil tindakan-tindakan yang saya telah usahakan.
“The point is that there is an agreement. Dah setuju. Mengapa mengungkit lagi?
Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia,” katanya.
– Bernama

CERPEN: Wahyu Buat YB K


Written by Another Brick In The Wall

Beli tidak menjadi. Pujuk rayu tidak layu. Tipu helah menjadi parah. Serba salah.Sepanjang pagi Isnin, YB Khairul atau dipanggil ramai YB K merenung patung kuda hitam di atas meja. Di dalam tangan tergenggam lama shaker garam. Hidangan kopi Hawaiiian Blue Mountain yang mahal dihidang Norin isteri tersayang masih belum dijamah-jamah lagi.Dari sejak balik malam sampai ke pagi, otaknya masih belum berhenti berfikir dan hatinya belum reda bergolak. Terperanjat, marah dan runsing. Badannya sepatut penat tetapi masih belum dapat tidor yang puas.“Honey, honey … you’ve been staring at the kuda hitam with the salt shaker in your hand for two hours. You are due at Parliament. You don’t want to be not seen appearing. Snap out of it!”Suara Norin menyedarkan YB K dari lamunan. Norin sudah lali dengan gelagat ahli politik.
Sepanjang hidupnya dia melihat ayah turun naik dalam politik“I must have dozed off. Penatlah sayang,” YB K berhelah.Mulutnya masih berat hendak berkata-kata. Sebenarnya telor goreng scramble telah ditabur-tabur banyak garam, tapi masih lagi tawar.“Mikael sudah bangun? I nak cium dia sebelum pergi Parlimen.”Sambil melangkah ke bilik dining, Norin teriak dengan agak terkawal kuatnya, “Shhh ... Dia masih tidor lah bang. Baru pukul berapa.”Kalau Mikael bangun, susah dia nak buat kerja. Maid tengah sibuk basuh dua beg baju kotor YB K di belakang.
-------------------------------------
Dalam perjalanan ke Parlimen, YB K tidak henti sedang berfikir mencari jalan untuk langkah seterusnya yang harus dilakukan. Dia duduk di belakang dalam kereta Toyota Land Cruiser KJ 10Q. Sewaktu musim-musim pemilihan parti, dia simpan Kereta Volvo X90 berlesen NBK 10. Letih hendak mengelak dipanggil penganggur terkaya.Selalunya apabila ke Parlimen dan mana-mana urusan rasmi, Qausabil terpaksa kelihatan macam pemandu.“Susah kita brader.” YB K memulakan perbualan.“Rasanya kita kena fikirkan untuk cuba nombor dua.”Diam sahaja Quasabil.“Kalau ada pencalunan Naib, kita boleh kasi orang semua meneka permainan kita. Jali is no match. Rizar Nana tu monyet budak Universiti tempatan akur cakap kita. Without me, he is finish.”“Sambil tu, biar kita teruskan pencalunan for Ketua. But I will say, I leave it to grassroot.”Quasabil bertanya, “Look that Javanese Dr Kafi Johari is closing on you. He is just 7 shy. He is grassroot. See how worked up Gelang Patah and …. what that Division when we did a number on them. Mokhlis is like a steamin Obama. Will that take our eye of the ball, Cheap?”“I’ll accept the fact Mokhlis is Manchester United leading by 10 points. It may seemed like Arsenal, Chelsea and Liverpool competiting with each other and that only strengthen Man U’s lead. But this Pemuda politics! They are not heartless pro as English footballer.”“I don’t get you, Cheap,” Quasabil bertanya.“Man U are so professional that even after clinching the EPL, they would obliterate the bottom table team at the last game of the season. Not Pemuda and not when Mokhlis secured minimum requirement. They will let up.”“Kau tahu buat muka kesian?” Quasabil bertanya.“Aku sedar kita dapat menang Bandar Tun Abdul Razak kerana buat muka kesian and merayu. Rupanya oreng Melayu boleh ubah keputusan apabila kita buat muka kesian dan nampak macam mangsa. Very irrationally emotional race!”“Glad you finally realised. I’ve been hinting to you all along.” Quasabil lega sambil kereta masuk ke perkarangan Parlimen.“Quasa … jangan lalu di pintu utama. Kita letak kereta jauh-jauh and jalan. Biar nampak saya tidak dapat layanan istimewa.”Betul dia sudah faham, bisik Quasabil dalam hati.“Mokhlis will falter next week onward. If he doesn’t we will make him falter. Next time I will sit in front with you."
----------------------------------------
“Kita perlu dapat cukup pencalunan saja untuk bertanding. Lepas ini ada lima bulan. Only I can afford to maintain the 600 delegates till March 2009. Not even Mokhlis and Dr Khafi,” YB K membuat arahan dengan angkuh sekali kepada “tentera” kempen 10 orang dalam Mesyuarat.“Jadi kolum NST to hanya decoy saja?” Man Tayla berkata.“Ya, kita kena buat muka kesian di hadapan. Belakang biar saya uruskan sendiri.” Kalimuttu menjawab.“Kamu semua kena buat cerita seolah-olah Mokhlis belanja RM10 juta untuk dapatkan pencalunan begitu banyak dan cepat macam Anwar Ibrahim,” YB K menerangkan rancangannya.“Tapi jangan sebut bahagian Mokhlis menang.”Dr Vincente Lee mencelah, “Yes definitely. We have to avoid any backfire. Bloody goody goody botak. Mention divisions Dr Khafi won.”“Betul Cheap. Kita kena teruk. Mana ada usul akarumbi dari floor, kita kalah. Kita tak cukup ruthless untuk blok." Timbalan Menteri Dato Wan Feris bersuara. Dia menyambung, "Tempat yang kita kuat macam bahagian yang ada Ketua Pemuda Negeri dan Menteri macam Kota Melaka, Pasir Gudang, Bentong, Kota Belud dan Langkawi pun kalah. Sampai Dato Abdul Rozhan Dahari di Tuaran kena mandi dan talqin.” “Baiklah. Saya tidak kira. Kita kena guna atah mertua. Saya sudah cakap dengannya. Abdillah Baduri akan turunkan wahyu. Dia sudah talipon semua ahli-ahli Majlis Tertinggi, Ketua-Ketua Bahagian dan Menteri-Menteri untuk masuk campur dalam Mesyaurat Pemuda Bahagian masing-masing.”“Will that work, Cheap?” tanya Wan Feris lagi.“Dia sudah umum hendak undur. Sekarang orang tak sampai hati hendak terus kritik tindakan –tindakan dan kenyataannya. Kalau dia merayu mintak last favour, mereka akan tolong. … Senang dalam 50 pencalunan senang-senang”“Hey hey boy … get me another cup,” YB K arah messenger pejabat untuk bancuh satu lagi mug kopi untuknya.“Kita kena ingat antara yang menyebabkan kita kalah adalah kerana Ketua Pemuda Negeri selalu belasah Tun Dr Mamat dan Dato Mokhlis. Imej kamu satu masaalah juga. Persepsi kamu korup dan jual negara terlalu kuat.” katanya Dato Norzaini Ketot.“WTF ... when did I did all these? Its all perception game by bloggers and my political opponent. Proof those allegations! Proof proof … proof it!”“Apa benda kau marah-marah ni, boss? Hadapi kenyataan. Kita belum jawab betul-betul EDN Lire. Belum lagi urusan-urusan yang melibatkan Terasik.” Norzaini cuba meredakan kemarahan YB Khairul.Dato Zakri menyelit, “Sabarlah Cheap. I will deliver for you Putrajaya. Don’t worry!""There is a lot at stake for all of us . Off course, I am not looking at the option of Osman Tong take control of Tingkat 4 yet. We are a team but we do not know his true colour. That sly sonofabitch has been telling people he is distancing from us dan lying about us modifying his proposals.”“Okay okay … I am cool.” kata YB K.“Kita kena pakai psikologi terbalik. Timbulkan salah faham antara budak-budak Dr Khafi dan Mokhlis. Buat seolah-olah Mokhlis guna wang untuk menafikan Bahagian yang Dr Khazi yakin dapat. Mungkin dengan semua menyerang pendahulu, kita dapat lakukan seperti yang berlaku apabila Tan Sri Mohideen kalah dari kedudukkan nombor satu Naib Presiden.”Dalit dari Kelantan mencelah,”Okay lah. Ambo dah ambi kiro doh. Cumo nak peringat. Jange lupo selamat ke Keluang dan Pulai. Mapuh dema. Takut sentimen dan cerita salahlaku demo di Johor Baru dan Gelang Patoh bule kena balik kak kito.”“Tempak-tempak mace Bukit Mertaje, dan kawasan yang oghe-oghe Abdillah nak bantu doh oghe tahu. Takut kena balik.”“Kalau kita buak ganah mace di Sekijang, bayar seorang perwakilan RM5 ribu. Kita menang situ dari YB Aiyubi tapi tempat lain macam mana? Takut kena baik. Takut kena balik …”
-------------------------------------------
“... Takut kena balik. Takut kena balik. Takut kena balik.” Beulang-ulang kata-kata akhir Dalit bergema dalam kepala YB K.Tiba-tiba YB K sedar dirinya sedang dalam Mesyaurat Pemuda Rembau sedang bersidang. Seorang hadhirin bangun membuat usul mencalunkan Mokhlis. Lalu YB K bangun dan menjerit menahan pencalunan itu. “Saya belum dapat satu pencalunan dari Negeri Sembilan. Jangan malukan saya. Usul itu tidak dibenarkan!”Dengan tiba-tiba seorang perwakilan berlari ke arahnya. Dia hanya kaku melihat sebilah keris datang menikamnya. Dengan badannya berlumur darah, dia mendengar seluruh dewan bersorak-sorak … Hidup Melayu! Bunuh Pengkhianat!YB K terkejut dari mimpi. Mengigil sejuk badanya. Peluh sejuk mengalir dari dahinya.Dengan keadaan panik dia gugah kejut isterinya yang tidor sebelah babycot Mikael sambil menjerit-jerit menangis, “Pindah Perth besok sayang. Mari kita pindah Perth besok sayang ...!!!”
* Hanya meniru cerpen Politik Baru YB J Utusan Malaysia

Thursday, October 16, 2008

ENJIT-ENJIT SEMUT SIAPA SAKIT NAIK ATAS...

Tidak sampai 2 hari harga minyak negara diturunkan kepada RM2.20 seliter bagi petrol dan diesel, harga minyak dunia turun merudum lagi. Tapi penurunan kali ini, akan mencabar sama ada Dato Shahrir Samad akan mengotakan janji atau bermain wayang lagi. Dalam utusan Maaysia Dato Shahrir menyatakan bahawa, harga minyak negara boleh diturunkan kepada RM1.92 sekiranya harga minyak dunia tutun ke paras USD72 setong. Adakah ini membayangkan, harga minyak akan diturunkan lagi? Atau sekadar retorik, menyedap telinga rakyat mendengar?
Apa pun perbahasan hari ketiga dan seterusnya di parlimen, seharusnya membawa isu-isu konkrit mengenai penurunan harga minyak. Yang Berhormat-Yang Berhormat yang bijank membahas, tidak kiralah Bung Mukhtar, Dr Fuad Zarkashi, Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim atau Ibrahim Ali, seharusnya membawa hujah yang profesional bagi membincang penurunan harga minyak dan barang dan perkhidmatan. Yang jelas masing-masing masih dengan tuduh menuduh hal-hal berkaitan politiking mereka.
YB Dato Shahrir juga harus bingkas dan proaktif bagi menangani isu barang dan perkhidmatan yang tidak turun-turun harganya. Rakyat masih memandang serius dengan perkembangan harga minyak dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang tidak turun lagi. Kita tidak dapat meramalkan apakah harga minyak dunia ini akan terus kekal diparas sekarang atau akan naik semula kerana sebagai rakyat jelata, kami tidak pakar dalam hal ini. Dan sebab inilah YB-YB dilantik untuk mewakili rakyat untuk berkata dan berjuang untuk rakyat. Janganlah pula rakyat akan kempunan merasa harga minyak RM1.92 waktu ini kerana kelewatan YB-YB dan Dato Shahrir bertindak menurunkannya. Saya katakan Dato Shahriri kerana pengawalan harga di Malaysia dibawah bidang kuasa kementeriannya, walaupun Jawatankuasa kabinet Mengatasi Inflasi akan membincang dan memutuskannya. Soalnya, menteri mana yang akan membawa perkara ini ke Jawatankuasa? Sudah tentu Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal pengguna.
Dalam riuh rendah negara berpesta dengan Perhimpunan Agung UMNO - GERAKAN - MCA, nampaknya masalah rakyat mengenai harga barang keperluan dan perkhidmatan yang naik dan tak turun-turun lagi, telah hilang di kepala menteri-menteri dan YB-YB. Sudah tentu menteri-menteri lain tidak akan melepasi garis 'territory' kementerian Dato Shahrir.
Rakyat dan pemimpin sedang bermain enjit-enjit semut, tetapi yang naik atas adalah Dato Shahrir dan para peniaga sedangkan yang sakit adalah rakyat tetapi masih dibawah.

HARGA MINYAK DUNIA TURUN LAGI!!

Code for Crude Oil Dashboard: "Crude Oil
$73.09
▼1.45 1.95%
23:32 PM EDT - 2008.10.15"

Wednesday, October 15, 2008

RELEVENKAH RM2.20 SELITER

Setelah diasak bertalu-talu oleh rakyat agar Harga Minyak Petrol dan Diesel diturunkan, akhirnya kerajaan mengambil pendekatan menurunkan harga minyak, walaupun bulan oktober belum berakhir. Lazimnya, pendekataan kerajaan apabila menurunkan harga minyak pada hujung bulan atau awal bulan. Harga minyak dunia telah jatuh keparas USD82 setong dan sehingga kini penurunan harga minyak (sebanyak 3 kali) berjumlah 40sen. Relevenkah 40sen ini berbanding penurunannya sebanyak USD65 (jumlah tertinggi USD147 - USD82 (sekarang))? Jika suatu ketika dahulu, harga minyak RM1.92 adalah pada harga minyak dunia USD90.00, MENGAPA pada harga minyak dunia USD82, harga minyak Malaysia RM2.20? Menurut Dato Shahrir harga minyak Malaysia boleh dikurangkan kepada RM1.92 apabila pasaran minyak dunia turun kepada USD72 setong. Apakah kita sedang diwayanggambarkan dengan fakta yang betul atau fakta agak-agak?
Minyak turun lagi
Oleh HAMDEN RAMLI

PUTRAJAYA 14 Okt. – Kerajaan menurunkan lagi harga bahan api sebanyak 15 sen bagi petrol dan 20 sen bagi diesel, iaitu penurunan kali ketiga dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.
Dengan penurunan harga minyak hari ini, bermakna dalam tempoh tidak sampai tiga bulan kerajaan telah menurunkan harga petrol sebanyak 40 sen seliter berbanding harga RM2.70 seliter pada Jun lalu.
Dalam tempoh yang sama, harga diesel pula telah mengalami penurunan 38 sen berbanding RM2.58 sen seliter ketika harga minyak dinaikkan Jun lalu.
Dalam satu langkah untuk mengurangkan beban rakyat dan menyelaraskan harga bahan api di Malaysia dengan penurunan harga minyak di pasaran dunia, kerajaan mengumumkan harga baru petrol dan diesel itu akan berkuat kuasa esok.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan berkata, mulai esok harga runcit petrol RON97 dikurangkan 15 sen iaitu daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter.
Harga diesel diturunkan sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 seliter kepada RM2.20 seliter manakala pada masa sama, harga petrol RON92 pula dikurangkan sebanyak 10 sen seliter daripada RM2.30 seliter kepada RM2.20 seliter.
Abdullah berkata, kerajaan membuat keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit bahan api berikutan harga minyak dunia telah menurun dengan ketara akhir-akhir ini.
“Penurunan itu juga bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera,'' kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Harga minyak di pasaran dunia kini berlegar sekitar AS$77 dan AS$80 setong berbanding hampir AS$140 setong pada Mei lalu.
Perdana Menteri berkata, harga baru petrol dan diesel itu merupakan pelarasan harga ketiga dilakukan sejak kerajaan menaikkan harga minyak buat pertama kalinya pada pertengahan tahun ini.
Ketika itu harga petrol ditetapkan pada RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.
Selari dengan penurunan harga minyak mentah dunia, kerajaan membuat pelarasan pertama pada 23 Ogos lalu menyaksikan pengurangan harga sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55.
Bulan lalu, kerajaan menurunkan lagi harga petrol sebanyak 10 sen menjadikan harga runcit petrol RM2.45.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad baru- baru ini berkata, kerajaan mungkin dapat menurunkan harga petrol ke paras RM1.92 seliter jika harga minyak di pasaran dunia jatuh di bawah paras AS$72 setong.

Sunday, October 12, 2008

HARGA MINYAK : usd77/setong...!!


oleh SuKJ
Kebijaksanaan dan kesabaran adalah 2 elemen penting untuk menjadikan seseorang itu sebagai Pemimpin yang berwibawa untuk memimpin sesebuah negara.Pemimpin yang bijaksana bukan memikirkan apa akan berlaku pada hari ini, tetapi beliau berfikir dan nampak apa yang akan berlaku untuk tempoh 3 ke 5 bulan yang akan datang?Disitulah terletaknya perbezaan yang amat ketara diantara pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan Pakatan Rakyat(PR).
Dimana pemimpin-pemimpin UMNO hanya memikir apa yang akan berlaku hari ini. Sedangkan Pemimpin PR yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berfikir dan nampak apa akan berlaku pada hari esok, bulan depan dan tahun depan.Sebenarnya kita tidak boleh menafikan apa yang telah dinyatakan oleh DSAI dalam debat 'isu minyak' bulan Julai lepas memang 'benar'. Beliau telah menyatakan bahawa jika PR dapat menubuhkan kerajaan, maka harga minyak akan diturunkan 0.70sen/ltr. Jadi sekarang adakah kenyataan DSAI itu hanya 'gimik', gula-gula atau 'benar'?Pada masa debat tersebut dijalankan harga minyak dunia ketika itu mencecah tertinggi USD152/setong. Maka kerajaan BN yang dipimpin oleh 'Parti Reput'(UMNO) telah mempertahankan kenaikan 0.78sen/ltr yang menjadikan harga petrol RM2.70 adalah wajar.Akibatnya harga barang-barang terus melambung dengan mendadak, semuanya menggunakan alasan harga minyak naik. Malah tukang gunting rambut yang tidak melibatkan petrol pun turut tumpang sekaki menaikan upah gunting rambut menjadikan RM6 ke RM7 satu kepala.Persoalannya kenapa kerajaan BN/UMNO tidak sabar?Bukankah selepas beberapa minggu sahaja selepas debat tersebut, harga minyak ternyata benar telah mula turun beransur-ansur seperti mana yang dijelaskan oleh DSAI. Malah pada hari ini 11.10.08 harganya tinggal USD77/setong.Ketika harga minyak dunia USD140 ke USD152/setong, harga petrol yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia RM2.70/ltr.
Jadi adakah munasabah untuk rakyat Malaysia membayar RM2.45/ltr seperti hari ini ketika harga minyak dunia kini cuma USD77/setong?Adakah kita ibarat monyet atau kera yang menunggu buah kelapa jatuh, barulah harga minyak akan diturunkan RM1.92/ltr. Kenapa tidak turunkan kepada RM2.00/ltr terlebih dahulu supaya seiring dengan pergerakan turun harga minyak dunia.Apa pun tindakan kerajaan BN yang diterajui oleh Pemimpin-pemimpin UMNO yang 'tidak sabar' telah benar-benar menzalimi rakyat Malaysia kerana kenaikan harga barang yang amat membebankan semua lapisan rakyat.Malah kerana faktor 'tidak sabar' juga, akhirnya Pak Lah telah ditekan supaya mempercepatkan peralihan kuasa kepada Datuk Najib. Walhal ia sepatutnya dilakukan pada 2010.Persoalan saya yang terakhir kepada Pemimpin-pemimpin UMNO yang sedang bergelut siapa menang dan siapa kalah.."Adakah harga barang-barang akan turut turun, jika kerajaan perturunkan harga minyak kepada RM1.92/ltr"
http://kedahlanie.blogspot.com/

Wednesday, October 8, 2008

PERLUKAH DIDESAK?

Berani Berubah?

Harga minyak dunia (sehingga 6.10.08) telah semakin turun hingga mencecah USD89.00 setong. penurunan harga minyak dunia ini, banyak yang tidak difahami oleh Rakyat Jelata terutama dikalangan rakyat di kampung-kampung. Di bandar dan pekan besar, mungkin ada yang memahaminya apabila di sebut harga minyak dunia telah turun kepada USD89 setong dan kaitannya dengan harga petrol dan diesal di pam-pam minyak di negara kita. Ketidakfahaman rakyat di kampung-kampung ini, amat menguntungkan kerajaan kerana tidak perlu bertungkus lumus untuk memberi penerangan. Jika diberi penerangan sampai orang kampung faham bimbang pulak nanti semua rakyat membuat tekanan kepada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Shahrir Samad, supaya minyak diturunkan sebelum 9 Oktober pula.

Rata-rata isu harga minyak dah ditenggelamkan dengan isu Perhimpunan Agung UMNO, Peralihan Kuasa dan perlumbaan menawar diri bertanding jawatan tertinggi UMNO dan entah apa - apa lagi. Politikus tetap dengan kehidupan politiknya dan tanpa kesudahan. Rakyat marhain dikempung pula tetap dengan kehidupan deritanya tanpa kesudahan. Mungkin derita orang kampung, berkesudahan apabila drama politik pemimpin dah dapat jawatan yang dikejar-kejar.

StarOnline pada 4,5 dan 6hb Oktober 2008, memaparkan kisah Harga Barang di Pasar Basah diluar bandar dan harga barang keperluan seperti ikan, sayur dan daging telah meningkat naik. Tapi bukankah harga minyak dunia dah turun? Bila ditanya kepada para peniaga, peruncit, peraih, pemborong dan pengeluar jawapan yang diberi adalah "harga minyak turun 10 sen sebelum Hari Raya tak memberi apa - apa kesan. Macamana mau kira transpot kurang 10 sen?". Berbanding dengan kenaikan minyak 3 bulan yang lalu, julatnya amat besar..75sen maka senang untuk mengira kenaikan harga barang.

Siapa perlu disalahkan? Tiada siapa-siapa...dan sudah tentu tidak ada seorangpun dari pemimpin Malaysia akan mengaku bertanggungjawab kenaikan harga minyak. Maka jika tiada mana-mana orang yang mengaku bertanggungjawab, kita kena berpegang kepada ASAS KEPIMPINAN. Ketua pemimpin perlu bertanggungjawab. Pak Lah dan dato Shahrir Samad perlu bertanggungjawab. Jangan lah pulak Pak Lah memberi alasan, keputusan harga minyak naik adalah dibuat secara kolektif oleh kabinet. Alasan ini dah biasa orang faham. Soalnya kenapa nak turunkan harga minyak tidak dibincangkan dengan segera oleh kabinet atau apa-apa aje. Jika menaikkan harga minyak 3 bulan yang lalu begitu pantas, seolah-oleh begitu effisiennya jentera pembuat dasar, mengapa tidak kali ini untuk menurunkan harga minyak.

Jika minyak diturunkan, adakah nilainya akan diturunkan sikit-sikit? mengikut amalan biasa kerajaan, sesuatu yang nak diturunkan harga akan dibuat sikit-sikit. Maka kesannya juga akan sikit terutama kesan menurunkan harga barang-barang keperluan yang lain, akan turun sikit atau mungkin tidak turun langsung atau mungkin lambat untuk diturunkan harga. Sejarah menunjukkan, harga minyak turun 15 sen dan 10 sen, tidak memberi kesan relatif kepada penurunan harga barang keperluan yang lain. Dato Shahrir perlu bingkas bangun untuk tengok dan bertindak kepada isu harga barang dan minyak yang memeritkan rakyat ini. Pak Lah juga perlu bingkas bertindak untuk menangani isu ini, lebih daripada hal-hal survival politik.