Tuesday, October 28, 2008

APABILA MENTERI BERHUJAH SEPERTI MURID TADIKA

Berfikir sebelum bercakap, bercakap sambil berfikir adalah aura-aura sebagai Menteri Kabinet. Menteri Kabinet darjatnya terletak diatas dalam perlembagaan Malaysia. Menteri Cabinet pula adalah Menteri Almari yang tak berfikir bila bercakap. Seorang Menteri Kabinet / Cabinet!?# bercakap mengenai Tariff Elekterik bahawa kenaikan dan penurunan tarif itu tiada kena mengena dengan minyak. Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansur berkata, naik turunnya harga minyak, tidak ada kaitan dengan letrik.
“Stesen janakuasa elektrik negara ini menggunakan sumber gas sebanyak 60 peratus, 30 peratus arang batu dan bakinya daripada sumber tenaga lain”, katanya.

YAB Pak Lah semasa pembentangan bajet yang lalu, tarif Letrik dan gas memasak disemak kerana beban kos yang ditanggung TNB dan Petronas kerana kenaikan harga minyak. Semasa hendak menaikkan tarif elektrik sebelum ini, Utusan Malaysia pada 26 Oktober 2007 melapurkan alasan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, TNB kini menanggung kos operasi yang tinggi berikutan kenaikan harga minyak dan gas serta arang batu di pasaran.
Menurut Che Khalib lagi, TNB bergantung kepada tiga sumber bahan bakar iaitu minyak dan gas yang kini mengalami lonjakan harga yang ketara dan sumber alternatif ketiga, arang batu yang turut mengalami kenaikan harga.

Minggu lepas Dato Leo Moggie dalam sidang akhbar TNB, TNB untung berbillion ringgit! Dalam kes ini, Siapa yang harus kita percaya? Menteri budak Tadika atau CEO TNB? Menteri macam ini, tak layak untuk Jawatan MT UMNO atau PEMUDA UMNO. Cari alasan lainlah. Menteri semacam ini sepatutnya meletak jawatan…MALU SEBAGAI MENTERI MELAYU..MEMALUKAN.

No comments: