Semakin parah nampaknya apabila kerajaan yang dibentuk semakin hilang kuasanya. Sebelum krisis minyak dunia, rakyat disajikan dengan berita-berita bahawa Kerajaan BN masih Berkuasa. Apabila kerajaan BN berkuasa, maka kementerian-kementerian dibawah kerajaan ini juga semestinya berkuasa. Satu ketika dulu, sering disajikan KPDNHEP dengan kuasa yang ada padanya, memerangi harga barang yang mahu dinaikkan. Bahkan sering kali mempertahankan dalam mengawal harga barang dengan mengemukan "Harga Siling Barangan".
Tetapi apabila Harga Minyak Malaysia Naik 70 sen, Peniaga Mula Menaikkan Harga. Maka berpusu-pusu peniaga, pemborong, pengeluar, orang tengah dan lain-lain menetapkan harga yang baru. KPDNHEP seperti hilang kawalan dan bersetuju dengan tuntutan peniaga dan persatuan peniaga. Maka satu demi satu harga naik sama ada menerusi perbincangan atau dengan sewenang-wenangnya naik.
Kini bila harga Minyak Turun, Untuk menurunkan harga barangan dan perkhidmatan "PERLUKAN PERBINCANGAN"!. Mungkinkah ini akibat dari 'Pembentukan Kerajaan Yang dilihat Berkuasa, Tetapi Tidak Sebenarnya...
Pertemuan khas turun harga barang
PUTRAJAYA 17 Okt. - Kerajaan akan mengadakan pertemuan khas dengan wakil pengguna dan peniaga utama pada pertengahan bulan depan bagi mengenal pasti jenis barangan serta perkhidmatan yang perlu diturunkan harga.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, pertemuan itu selaras dengan langkah kerajaan menurunkan harga minyak tiga kali bermula 23 Ogos lalu.
Menurutnya, ia juga akan digunakan oleh kerajaan untuk melihat semula keperluan pemberian subsidi ke atas beberapa jenis barangan yang diberikan sebelum ini.
''Saya sudah menghantar surat rasmi kepada beberapa persatuan pengguna supaya mereka menyenaraikan jenis barangan dan perkhidmatan yang perlu diturunkan harga berikutan penurunan harga petrol.
''Mereka ada masa dua minggu bagi menyenaraikannya sebelum menyerahkan kembali kepada kami untuk diteliti sebelum dibawa dalam pertemuan dengan wakil peniaga," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini hari ini.
Antara barangan yang diberikan subsidi ialah tepung iaitu RM2.8 bilion setahun dan RM1.1 bilion setahun untuk gula.
Selaras dengan penurunan harga minyak mentah dunia, kerajaan telah menurunkan harga petrol 40 sen seliter dalam tempoh tiga bulan lalu.
Shahrir berkata, pertemuan itu akan memberi ruang kepada wakil pengguna dan peniaga untuk menyatakan hujah masing-masing berhubung paras harga barangan dan perkhidmatan yang sewajarnya.
No comments:
Post a Comment