Monday, October 20, 2008

SIAPA YANG MAKAN CILI MELAKA, DIA TERASA PEDASNYA

Di dada-dada akhbar Utusan Malaysia, The Star dan Berita Harian bermula 19.10.08 dan 20.10.08, akhbar-akhbar ini tidak putus-putus menyiarkan komen-komen pemimpin UMNO yang menyelar kenyataan Tun dalam laman blognya. TV3 dan TV9 juga tidak jemu menayangkan Kenyataan Akhbar Pak Lah yang menggelar Tun sebagai 'Pengarah' pemilihan UMNO dan menyelar Tun sebagai pemecahbelah ahli-ahli UMNI dan meminta beliau 'diam'. Apakah salah kenyataan Tun? TV3 menayangkan petikan laman blog Chedet bertajuk Pemilihan UMNO pada perenggan tertentu yang di 'zoom'kan. Kita telusuri perenggan ini...
--------------------------------------------------------
Petikan dari laman blog Chedet.
9. Ini merupakan langkah pertama yang kritikal. Sekarang ialah masa untuk Presiden dan Perdana Menteri baru. Hanya terdapat dua calon. Tetapi hingga kini hanya Dato Seri Najib Tun Razak yang menerima pencalonan untuk jawatan tersebut. Jelaslah yang beliau merupakan calon unggul. Dan seperti yang dijangka usaha untuk memburukkan imej beliau sudahpun bermula. Bagaimana dia mengurus tohmahan ini akan memperlihatkan mutu kepimpinannya.
10. Sementara itu pencalonan untuk jawatan-jawatan lain sedang berjalan. Jika Kerajaan Najib berkehendakkan kelainan daripada Abdullah maka penyokong Abdullah tidak boleh turut serta.
11. Setakat ini masih tidak jelas sama ada bahagian-bahagian UMNO akan menyokong mereka yang membangkang Abdullah ataupun penyokongnya. Pendahuluan yang diterima Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan yang pengkritik Abdullah amat disenangi. Tan Sri Rafidah Aziz, yang dikatakan begitu kuat mengkritik Abdullah nampaknya mendapat sokongan Wanita. Ini boleh mengakhiri impian Azalina Othman, antara penyokong terkuat Abdullah dan Khairi Jamaluddin, jika Rafidah mengotakan janjinya untuk melantik Shahrizat Jalil sebagai Ketua Wanita apabila dia (Rafidah) sendiri meletak jawatan tersebut.
12. Shafie Apdal, salah seorang yang bersuara lantang mendesak Abdullah meletak jawatan mempunyai harapan cerah memenangi pencalonan bagi jawatan Naib Presiden. Tetapi bahagian-bahagian nampak seolah-olah terlupa peranan yang dimainkan Rais Yatim, yang mana sebagai Menteri beliau tidak pernah gentar menyuarakan pendapatnya berkenaan salahlaku Abdullah.
------------------------------------------------------
Kenyataan ini apabila dianalisa, memberi maksud yang berbeza mengikut tanggapan pembaca dan status pembaca. Jika yang membaca adalah Dato Azalina dan Sdr Khairy dan penyokong-penyokongnya sudah tentu ianya akan meningkatkan suhu dalam hati. Jika yang membaca adalah mereka yang mendapat advantage, sudah tentu ianya tidak bermasalah.
Sudah tentu yang menyalurkan kepada Pak Lah kenyataan Tun ini adalah dari mereka - mereka yang suhu badannya sedang menggelegak naik!. Membidas dan memintas sesama ahli politik dalam UMNO adalah rencah yang biasa. Bahkan tidak salah jika kenyataan akhbar Pak Lah ini adalah sebagai satu strategi dalam Pemilihan Umno untuk mendapatkan sokongan calon tertentu dari bahagian-bahagian yang sedang berjalan.
Jika TS Muhyiddin membuat kenyataan di Singapura, Kenapa pula Pak Lah membuat kenyataan di Sabah. Bukankah di Sabah adalah lubuk UMNO untuk mendapat pencalunan yang gila-gila luar biasanya. Sabahlah tempat stategik untuk mendapat seberapa banyak undi dari setiap bahagian...Jadi tidak salah bagi Tun memberi pendapatnya dalam blognya sebagai penganalisa politik. Dalam Utusan 20.10.08 Dato Tajuddin berpendapat 'tidak patut berlaku melobi' oleh bekas PM ini. Bukankah Kenyataan Akhbar pak Lah ini juga boleh disifatkan sebagai melobi untuk Datuk Ali Rustam dan melobi grassroot supaya TS Muhyiddin diketepikan dengan menyatakan TS Muhyiddin penyebab peralihan kuasa Jun 2010 gagal?
Jika diteliti perenggan 10 kenyataan Tun, 'jika kerajaan Najib berkehendakkan kelainan daripada Abdullah maka penyokong Abdullah tidak boleh turut serta". Ini adalah pendapat bekas ahli politik berpengalaman!. Selepas PRU 2004 iaitu pada tahun2005,2006 dan 2007, PENGIKISAN PENYOKONG MAHATHIR DALAM KEPIMPINAN PAK LAH juga berlaku. Pada PRU 12 2008, calon-calon yang yang dipilih oleh Pak Lah dengan jelas Menghapuskan Pemimpin yang menyokong Legasi Mahathir! Maka tiada silapnya, Jika Dato Najib inginkan kelainan daripada Legasi Abdullah, maka penyokong Abdullah tidak boleh turut serta. Sebaliknya jika penyokong Abdullah ini, tiba-tiba menukar kapal menyokong Najib, tidak mustahil penyokong-penyokong ini diterima oleh DS Najib. Jika kerajaan Najib berkehendakkan TIDAK BERLAINAN daripada Abdullah maka penyokong Abdullah boleh turut serta!
Tidak ada silapnya pendapat Tun, cuma Kenyataan Tun ini dengan jelas mengena kepada yang terdesak. Bak kata suffer dari Langkawi, "SIAPA YANG MAKAN CILI MELAKA, MAKA DIA YANG TERASA PEDASNYA"....

1 comment:

Anonymous said...

melobi dan kempen itu hak Pak Lah. Duduk diam-diam itu hak rakyat. Sekarang hak rakyat melobi dan kempen. Pak Lah pulak duduk diam-diam nak pencen. Biar DS Najib dan TS Muhyiddin buat kerja. Rakyat dah buat keputusan.