Bahkan isu harga minyak ini berbulan-bulan di raikan hinggalah membawa kepada debat Datuk Shabery Cheek dan DS Anwar. Bukankah belum pernah dalam sejarah negara, diadakan debat terbuka secara langsung mengenai Minyak Petrol dan Diesel!
Tidak sampai seminggu harga minyak RON97 naik RM2.70 seliter (asal RM1.92) dan Diesel RM2.58 seliter, Para usahawan yang kaya raya, Para Pengeluar yang budiman, Pemborong, Peruncit, Peniaga Pasar Malam, peniaga kecil-kecilan yang berlesen dan tidak berlesen mula berlumba membuat kenyataan akhbar untuk menaikkan harga barangan yang dijual. Menerusi platform NGO-NGO "Persatuan Peniaga itu ini" , "Persatuan Pengeluar ITU INI" dan dan bermacam persatuan entah apa-apa, bertindak menaikkan harga barang keperluan seperti harga ikan, sayur, ayam, daging, tambang bas, tambang bas sekolah, roti canai, ikan sardin, susu dalam tin, bayaran tuition anak-anak dan beribu barangan terus naik. Bukan para peniaga sahaja yang terburu-buru menaikkan harga, Kerajaan juga tumpang sekaki menaikkan harga gas memasak, tarif elekterik dan lain-lain. Pengumuman ini di buat oleh Pak Lah dalam Budget 2009. Rakyat sekali lagi Mahu Perubahan isu ini.
Tatkala harga minyak dunia mencecah USD147 setong, rakyat terus berdoa dan berharap agar harga minyak dunia ini akan turun. Penurunan harga minyak dunia ini akan membolehkan harga minyak Malaysia diturunkan. Harapan rakyat agar kepimpinan Pak Lah akan dapat mengatasi tekanan rakyat ini secepat mungkin tanpa mengorbankan rakyat dengan kos sara hidup yang tinggi akibat kenaikan harga minyak dan barangan. Itulah harapan rakyat!
Harapan rakyat ini bukan semata-mata kerana motosikal, kereta, sampan, mesin rumput, lori angkat sampah Majlis Daerah dan Bandaran boleh diisi minyak dengan harga murah sikit, tetapi harapan rakyat juga penurunan harga minyak ini akan menyebabkan Harga Barang Keperluan harian rakyat dan harga perkhidmatan dapat turun harga bersama-sama. Maka dengan ini, kos sara hidup yang tinggi oleh rakyat di kampung dan di kota dapat dikurangkan. Dengan kata lain, rakyat di bawah paras kemiskinan tidak terus tertekan dan hidup susah. Inilah harapan menggunung rakyat!
Bermula pertengahan Julai 2008, trend harga minyak dunia mula turun. Doa dan harapan rakyat mula bersinar! Setelah banyak pihak mempertikaikan tindakan kerajaan yang lambat bertindak untuk menurunkan harga minyak berbanding menaikkan harga minyak, BARULAH kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen (RON97)dan RM2.55 bagi diesel. Rakyat amat marah kerana harga minyak sepatutnya sudah boleh diturunkan pada awal Ogos lagi. Penurunan ini dianggap sebagai kempen bersempena Pilihanraya kecil Permatang pauh. Pada masa itu harga minyak telah jatuh pada paras USD115 setong.
Sungguhpun demikian harga barang tidak turun juga. Rupa-rupanya teori ekonomi yang digunakan oleh peniaga iaitu "Apabila harga Minyak Naik, Kos Operasi dan Pengeluaran Untuk Mengeluarkan sesuatu barangan dan Perkhidmatan Juga Naik" adalah tidak betul sama sekali. Dan kata-kata Datuk Shahrir Samad dan Pak Lah harga barang akan turun juga adalah sekadar pemanis mulut pemimpin. tetapi bagi rakyat dikampung, Yang Berhormat berdua dikatakan PEMBOHONG RAKYAT. Ini sepatutnya, "Apabila harga Minyak turun, Harga barangan dan Perkhidmatan oleh Peniaga juga akan turun" , selaras dengan kadar penurunan/peningkatan harga minyak negara. Utusan Malaysia 21.10.08 memetik Datuk Shahrir berkata bahawa harga nasi yang dimasak naiktetapi kerajaan tidak mengawal harga nasi sebaliknya harga beras. Jawapan ini menggambarkan KPDNHEP telah hilang kawalan kepada peniaga! Jika harga beras hancur 15% pun kerajaan tidak dapat mengawal kenaikannya, maka janganlah rakyat menaruh harapan kerajaan boleh menurunkan harga barangan yang lain. Jika begitu, harapan yang boleh disandarkan oleh rakyat adalah dengan Mencari Pengganti Ketua Pemimpin yang boleh mengawalselia harga dan pasaran barangan, tidak flip flop dalam membuat tindakan dan keputusan dan bertindak pantas mengurangkan beban hidup dan ekonomi rakyat. Terbukti bahawa Harga Minyak dipengaruhi sentimen pasaran dunia, tetapi harga barangan dan perkhidmatan dalam negara kita, KENAIKAN HARGA dipengaruhi Kenaikan harga Minyak dan PENURUNAN HARGA dipengaruhi oleh SIAPA YANG LEBIH BERKUASA. Jika kerajaan berkuasa, sudah tentu kawalan boleh dibuat dengan bermacam cara dan jika ada kerajaan tetapi TIDAK BERKUASA maka beginilah nasib hidup rakyat..
Bagi Para Peniaga, Mungkin teori ini sebagai senjata ampuh dan hanya sesuai untuk menaikkan harga tetapi tidak untuk menurunkan harga. Buktinya, Datuk Shahrir dalam Utusan Malysia 21.10.08 berkata, beliau akan melancarkan penurunan harga barang tertentu pada 25.10.08, selepas 3 bulan harga minyak diturunkan. Walhal menaikkan harga barng hanya dalam seminggu! The Star dan utusan malaysia melapurkan, Harga Barangan di Pasar Basah terutama dikampung-kampung terus Kekal di Paras Tertinggi.
Dimana peranan dan Tindakan Proaktif KPDNDHEP yang diketuai Datuk Shahrir Samad.? Difahamkan Datuk Shahrir dalam Utusan Malaysia menyebut, Kementeriannya sedang menunggu dari Persatuan-Persatuan Peniaga senarai barangan dan perkhidmatan yang boleh diturunkan harganya. Pelik tetapi benar...Semasa menaikkan harga, tidak perlu berunding dan bila hendak menurunkan harga perlu perundingan! Yang nyata kerugian dan penindasan berlaku kepada setiap rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana terutama di kampung-kampung, apatah lagi rakyat di bandar-bandar besar yang taraf hidupnya amat tinggi. Dalam Utusan Malaysia bertajuk "PM kecewa Harga Barang Tidak Turun", dipetik Pak Lah kecewa kerana Peniaga Belum menurunkan harga walaupun Harga Minyak telah turun. Cukupkah dengan gesaan sahaja......
Dari aspek kerugian dan tekanan hidup, yang "TER RUGI DAN TER TEKAN" adalah rakyat. Keduanya Pihak berkuasa Tempatan dan Ketiganya Pejabat-Pejabat Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Semua kerugian ini akhirnya berpatah balik kepada Rakyat yang marhain, berpendapatan rendah dan sederhana... Yang paling ditakuti, apabila trend harga minyak dunia mula naik, harga barang akan mula naik semula dan rakyat tidak akan merasa senangnya hidup semasa harga minyak turun. Harapan Rakyat adalah Beranilah Berubah.
1 comment:
Tolonglah Pak Lah bagi laluan cepat sikit pada DS Najib. Kami dah tak tahan lagi nak menanggung seksa. Datuk Shahrir aaa, lu tarak understand ka itu ekonomi. Lu mana punya sekolah? Berapa jenis minyak aaa, lu tau? Lu jangan buat taik minyak saja...waa sudah tention ooo.
Post a Comment