Thursday, January 8, 2009

360...! APAKAH BENAR MBAS BANDARAYA SAMPAH


Written: Nizam66@yahooIni adalah Siaran langsung 360 dalam TV3 7.1.09 jam 9 mlm. Nampaknya tirai tahun baru 2009 Majlis Bandaraya Alor Star, berlabuh dengan berita yang paling memalukan...! Ceh...malu...malu....MALU....MALU! Tatkala seluruh penduduk Kedah sedang beristirehat menonton TV3, tak sangka tajuk beritanya Sampah di Tanjung Bendahara yang tak di kutib berbulan-bulan. Siap dengan rakaman gambar ulat-ulat sampah dok keluaq dari sampah. Pehh, ngeri tengok ulat tu. Kalau kita pi di pusat pembungan sampah di Kebun 500, Jabi pun belum tentu kita boleh jumpa ulat-ulat macam tu.
Yang seronoknya, 360 dapat menemubual Datuk Bandar. 360 bertanya isu sampah yang tidak dibuang tersebut sejak berminggu-minggu dan aduan penduduk telah dibuat berkali-kali berminggu-minggu lamanya, tetapi MBAS tidak mengambil tindakan. Yang mengejutkan, Datuk Bandar menjawab 'Saya tak terima lapuran pun'. Selain itu beliau berkata 'nanti saya chek dulu'.
Saya malu Datuk Bandar jawab macam tu. Tapi saya tak salahkan beliau sebabnya sudah tentu memang dia tak tahu. Apatah lagi kalau aduan dan lapuran tak dilapurkan kepada beliau. Jadi dimana 'Ketirisan' pengurusan?
Kenapa pegawai yang menjaga ADUAN tidak melapur atau butakah mereka? Saya yakin sudah pasti ada aduan penduduk, lebih lagi melibatkan sampah yang dah berulat!. Penduduk mendakwa, Pegawai Aduan yang juga PRO MBAS tidak melayani aduan mereka dengan sewajarnya. Sebaliknya pegawai ini bercuti pada 3 hari bermula 6.1.09.
Peehhh, orang taman dok cium bau sampah ber ulat, pegawai aduan dok bercuti makan angin!. Balik cuti, wajib akan dibuat press statement atau jawapan kepada akhbar, bahawa 'MBAS sedang giat menangani masalah sampah. Jawapan macam tu dari PRO dah basi, dah ber ulat dan boleh di bakul sampahkan. Penduduk bukan handak bersih sampah dalam taman sehingga boleh debunya dibuat tayammum, tapi cukup sekadar diambil buang dalam tempoh masa tertentu. Maka taklah berulat.
Bagi saya yang salah dalam hal ini sudah tentu ketua yang menjaga sampah ini. Dengaq habaq, Pengarahnya adalah berdarah Tengku. Dulu beliaulah juga ketua bahagian yang menjaga sampah. Sekarang telah naik taraf sebagai Pengarah. Kalau sampah inipun masih terkial-kial diselesaikan sejak 6 tahun yang lalu. Dan jawapan yang sama diberi oleh beliau iaitu "lori tak cukup', 'MBAS tak ada duit nak beli lori', 'tunggu penswastaan E-Idaman', 'MBAS dah improve banyak dengan bantuan lori dari Majlis Daerah yang lain'. Jika sampah pun boleh keluar dalam rancangan 360, sudah tentu ia boleh keluar dalam Talian Hayat NTV7.
Rasanya, Datuk Bandar perlu post mortem, Layakkah sesorang pegawai memegang jawatan pengarah jika masalah yang dihadapai berterusan selama beberapa tahun?. Contohnya, ketua-ketua bahagian yang terbukti semasa mereka menjadi ketua bahagian, tetapi menyebabkan hasil MBAS tak terkutib dan menyebabkan Tunggakan hasil, perlu dilucutkan taraf ketua bahagian atau pengarah. Kerana terbukti mereka gagal dalam prestasinya dalam mengutib hasil seperti sewaan dan sebagainya. Ini kerana merekalah yang bertanggungjawab dalam Bidang dan Tanggungjawab Kerja Hakiki mereka. Pekerja lain sekadar membantu dalam merealisasikan pengutipan hasil. Sebabnya mudah, jika hasil yang dikutib tinggi, ketua bahagian tertentu inilah yang dapat nama dan pakej Reward yang akan diberi oleh MBAS. Pekerja lain yang membantu mengutib hasil tunggakan? Tidak ada..
Berkait dengan 360 tadi, Jika ada aduan kenapa tidak diambil tindakan? Mungkinkah tiada lori atau pekerja. Ada pegawai aduan, ada Setiausaha, Ada Penolong Setiausaha, Ada Pengarah Perbandaran - takkan sampah berulat yang diadukan beberapa kali tidak boleh di 'Capture' lebih awal? Pelik...pelik....Sedihnya saya. Malulah sikit.....kalau pun muka dah mangli dengan malu.

1 comment:

Kedah Today said...

Aku nk celah lah cikit pasai sampah ni. Hari ni Syarikat dari Klumpur iaitu e-idaman dah ambil alih. Pendek kata lagi TERUK dari MBSA.Aku drg juga salah sorg ORG SAMPAH ni yg ada gelaran ' TENGKU ' ada dlm e-idaman ni. Alamat lingkup ler lagi. Aku pernah juga berurusan dgn e-idaman ni. Mana datang pekerja depa ni. Dari planet Marikh kot. Tk ada ke anak Kedah yg berkerja yg tahu bahasa hormat org. Sampai tk kenal org langsung. Depa ni yg pegang jawatan sebagai MANAGER sampai Exc kt dlm di monopoli oleh depa2 ni. Tu yg skrg sampai kontrak2 yg beribu2 malah beratus depa dok bagi dekat kawan2 depa. Kronilah...Senyap2 jer keluar kontrak. Masakan tk ada org nk tegur. Yg ada pun PEKAK. Mana lagi kalau company dari klumpur. Orang kt luar tk sedar byk perkara telah berlaku dlm pentadbiran e-idaman ni. Tengoklah pada CEO dia dah semakin 'GEMUK'. Byk ketirisan berlaku. Kita yg anak tempatan ni pandang sebelah mata pun tk nampak. Ada kkwan yg terlepas berkerja di dalam mahu pun yg mendapat kontrak.Bercerita tidak-tanduk mereka ini. RASUAH secara umum bermaharajalela. Siapa yg bertanggungjawab. Tk kan tk ambil peduli kot. Sudahlah masalah sampah tk selesai. Masalah dalaman depa pun kelam kabut. Aku tk sentuh lagi masalah SAMPAH juga peraturan kerja2 mereka. Dari mula pekerja 'punch card' sampai balik mahupun complin dari penduduk. Hari ni aku nk sentuh dalaman depa dulu. Aku cukup hairan kenapa lah dok pi ambil perkerja yg sudah BERUMUR jadi kepala. Sudahlah pekek IT. Idea yg ' BASI ' di cadangkan. Yg muda depa dok ambil dikalangan adik beradik, saudara mara mereka. Lepas tu bagi gaji tinggi2. Tk tahu buat kerja pun. Belagak shj.Ceo pun sama ambil adik-beradik dia, macamana org lain tk ikut. Semua ada kepentingan sendiri.Belamabak 'BEKAS' PBT-PBT yg depa dok ambil berkerja. Dah tu ambil dari ALAM FLORA, PLUS, PROPEL, byk lagi. Yg aku tahu.Dok ambil berkerja jadi bertambah SAMPAH. AHMAD KAMAL,KAMARIAH,MOHD REDZA,RAJA AMIR,SUNITA,TUNGKU ABAIDAH,WATIN ( Dgr kata ehemmm CEO )Halim kk,halim mat,hj jamil, bun yin,, Rozy Razak,Maheran, Farizan.Sharafi...byk lagi kita pakat2 tengok depa ni. Jgn ingat yg tk sebut nama nk terlepas. Mereka semua di perhatikan. Kalau nama org dok jaja..baik berhenti. Hampai mai negeri org patut. Hormat org ini tidak. Byk sgt org dok merungut pasal depa ni.