Sunday, January 4, 2009

SERUAN KEPADA MUSLIM PAS DAN PKR

Model Calvary Convention Centre (CCC) yang boleh memuatkan 5000
penganut Agama Kristian di Bukit jalil.

Di tapak pembinaan yang sedang berjalan

Slogan Adanya Harapan di tapak pembinaan. Apakah bermaksud Adanya Harapan
Kristian apabila DSAI menjadi Perdana Menteri?


Kementerian Dalam negeri telah menghalang penerbitan The Herald Kristian versi Bahasa Malaysia dan menggunakan perkataan 'Allah' bagi menggantikan maksud 'God' sehingga keputusan mahkamah diperolehi. Tindakan ini telah menyebabkan ramai kalangan ahli parlimen dikalangan Pakatan Rakyat mensensasikan isu agama ini dan mempolitikkan untuk menekan kerajaan. Antaranya adalah MP Siputeh Teresa Kok. Jika sebelum ini beliau adalah MP yang menentang penggunaan Tulisan Jawi dan bantahan Laungan Azan di Kinrara Puchung, kini isu Ketuhanan Kristian pula di sensasikan oleh beliau.



Beliau berkata, "I am shocked the Home Ministry has ordered the Herald, a Catholic weekly, to cease publication of its Bahasa Malaysia version until the court decides its move to seek a declaratory relief that it is entitled to use the word “Allah”.
The Home Ministry is greatly unjust, unfair and unreasonable, particularly to the many Christians who only read Bahasa Malaysia. Many of these Christians understand their faith through Bahasa Malaysia and they have been worshipping God in the national language.
To many of these Christians in Malaysia, Bahasa Malaysia has been their mother tongue and they have been calling God the Creator as “Allah” for centuries".
PKR tidak langsung menyokong tindakan KDN ini. PAS pun belum lagi kedengaran menyatakan pendirian mereka. Isu agama ini sudah pasti akan 'diRakyatkan' oleh Pakatan Rakyat untuk Pilihanraya di Sarawak kerana ramai pengundi disana adalah beragama Kristian.Slogan DSAI 'Harapan Baru' akan diperhebatkan bukan hanya untuk 'Harapan membentuk kerajaan' tetapi melangkaui kepada 'Harapan Penganut Kristian'. Mungkinkah jika Pakatan Rakyat memerintah negara, Perkataan 'Allah' boleh digunakan dalam penerbitan-penerbitan ajaran agama Kristian?

Mengapa Teresa Kok begitu beriya-iya membantah tindakan KDN ini sedangkan beliau tidak mahu tulisan arab digunakan di papan tanda jalan sedangkan beliau sendiri mengakui perkataan Allah itu sendiri berasal dari bahasa arab bertulisan jawi? Laungan azan bermula 'Allah huaakbar, Allah huakbar', jelas menyebut perkataan 'Allah', itupun beliau tentang. Tetapi mengapa dalam hal Penerbitan The Herald berkaitan ajaran Kristian, beliau mahukan penggunakan huruf 'A.L.L.A.H' digunakan dengan bebas bagi menggantikan perkataan 'Tuhan'?

Penulis berpendapat, Teresa adalah orang yang bercelaru Pendiriannya kerana dalam hal diatas, beliau mempertahankan penggunaan perkataan 'Allah' menggantikan perkataan 'tuhan' dalam penerbitan Ajaran Kristian kerana perkataan Allah itu adalah Bahasa Kebangsaan! Dan dalam hal penggunaan bahasa kebangsaan ini, beliau banyak bermuka-muka. Beliau bukan pejuang Bahasa kebangsaan itu sendiri kerana dalam dasar PPSMI, beliau menentang Matematik dan sains diajar dalam bahasa inggeris tetapi tidak menyokong PPSMI diajar dalam Bahasa malaysia. Sebaliknya beliau mahu supaya pengajaran Matematik dan Sains diajar dalam Bahasa Ibunda kaum masing-masing iaitu mandarin dan tamil. Sekali lagi penulis tekankan, beliau menyokong PPSMI diajar dalam Bahasa Mandarin dan tidak menyokong PPSMI diajar dalam Bahasa Malaysia. Yang menyokong PPSMI di ajar menggunakan bahasa pengantar Bahasa Malaysia adalah orang Melayu dan bukan orang seperti Teresa Kok. Itulah pendirian bercelaru Teresa. Pendirian ini menggambarkan pendirian DAP dan DAP adalah rakan kelasi PKR dan PAS dalam kapal Pakatan Rakyat. Muslim dalam UMNO, Muslim dalam PKR dan muslim dalam PAS khususnya haruslah sedar sekarang. Apakah pendirian Muslim PKR, PAS dan UMNO itu sama dalam hal mempertahankan maruah agama?

No comments: