


Bertukar kepada YB Dato Seri Mahdir Khalid, diperkenalkan Kedah Gemilang. Maka berlumba-lumbalah Setiausaha Kerajaan, UPEN, GLC-GLC, PSUK, SU Politik, SU Sulit dan Tak Sulit, kroni-kroni ampu dan lain-lainnya menukar kepada KEDAH GEMILANG. Warna pilihan biru. Warna kegemaran Mahdir adalah biru. Penukaran ini ada alasan kukuh dimana penerapan selama 2 tahun Kedah Maju 2010 nampaknya tak tercapai . Hanya seperti angan-angan Mat Jenin. Untuk selamat Mahdir Khalid memperkenal Kedah Gemilang, selain untuk ‘ampu’ Pak Lah yang memperkenal Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Maka ranaplah kata-kata Kedah Maju 2010 dan wawasan 2020 di signboard dan billboard. Beratus ribu jugaklah duit rakyat Kedah dibazir-bazirkan menukar signboard, letterhead, kulit fail, rubber stamp dan sebagainya. YANG INI 5x2…Maka PBT-PBT Kedah kena ambil tanggungjawab untuk menukar slogan ini.

Baru setahun jagung umur signboard Kedah Gemilang, MULAI APRIL tahun 2008 ditukar pulak Kedah Sejahtera. Berlumba-lumba lagi puak-puak yang sama itu.Tapi kali ini yang berlumba-lumba bukan dari kroni Syed Razak atau Mahdir Khalid. Kali ini penukaran kena ‘mandatori dan on the spot’. Mana mungkin letterhead Kedah Gemilang nak tampal tiap kali cetak surat. Kalau ditampal pun, masih nampak bayang-bayang Kedah Gemilang. Stok letterhead, fail, nota, diari dan apa sahaja yang tertulis Kedah Gemilang perlu dilupuskan. Stok yang beratus ribu helai di bakul sampahkan oleh seluruh agensi kerajaan. Bazir lagi duit rakyat. YANG INI PATAH BALIK 5x2..Maka PBT-PBT Kedah kena ambil tanggungjawab menukar dan memasang slogan ini.
No comments:
Post a Comment