Jika kita bertanya kepada ahli sejarah seperti Datuk Wan Shamsuddin, sudah pasti beliau setuju diubah semula kepada ejaan asal. Jika di tanya kepada ahli perniagaan, mereka tidak begitu mementingkannya. Perkara yang mungkin mereka bimbangkan adalah, 'adakah saya kena tukar signboard? Adakah saya boleh guna semua resit alamat yang bertulis Star?'. Itu yang lebih membimbangkan mereka...
Saya amat tertarik dengan pertukaran ejaan ini, kerana berlaku konflik 'nilai sejarah' dan 'nilai kos kerugian' yang ditanggung rakyat Kedah khususnya. Sudah pasti jika di zaman mantan Menteri Besar Kedah Dato Seri Syed Razak tidak memandai-mandai menukar ejaan Setar ke Star, sudah pasti tidak berlaku kerugian oleh rakyat jelata. Sudah pasti juga jika ketika itu semua pihak termasuk PAS dan pembangkang memprotes sehebat-hebatnya, mungkin juga ia tidak ditukar ejaannya. Tapi itu semua telah menjadi bubur caca...
Soalnya adakah Kerajaan Kedah sekarang dianggap maju kehadapan dengan menukarkan ejaan ini? DS Uztaz Azizan memberi alasan, pengubahan ini tidak melibatkan kos yang besar. Bagi saya ini jawapan yang cukup dangkal kerana sudahkah dikaji kos kerugian kesan penukaran ini? Jika sudah berapakah implikasi kewangan akibat perubahan ini? Perlulah didedahkan hasil kajian tersebut untuk diteliti rakyat jelata. Apakah makanisma untuk melaksanakan penukaran nama ini tidak melibatkan kos yang tinggi terutama kepada stakeholder? Jika direnungkan kerajaan negeri sedang malakukan pembaziran wang, sama seperti kerajaan BN Kedah terdahulu?
Yang jelas surat pekeliling dari Kerajaan Negeri Kedah dinanti-nanti semua agensi kerajaan dan swasta. Tidak keterlaluan jika di katakan ‘jika ada pun’ pekeliling ini, ianya masih belum diterima oleh banyak agensi kerajaan dan swasta. Pertukaran tergesa-gesa ini akan melibatkan kos yang besar terutamanya agensi Majlis Bandaraya Alor Setar, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Kerajaan Negeri dan lain-lain. Penyelenggaraan pembetulan ejaan Star ke Setar akan melibatkan kos yang cukup tinggi. Saya buktikan seperti berikut;
kos Singboard nama jalan dan tunjuk arah ke/dari Alor Setar khususnya dan seluruh negeri amnya.
Kos Singboard nama-nama taman perumahan dan permainan seluruh Alor Setar.
Kos Billboard pembetulan ejaan pengiklanan seluruh kedah
Kos signboard oleh sekolah-sekolah, tadika dan tabika.
Kos Singboard papan iklan syarikat, kedai runcit dan pasar.
Kos Letterhead seluruh agensi kerajaan dan swasta terletak di Alor Setar
Kos Buku-buku dan nota-nota pelajaran yang dikeluarkan oleh JPN Kedah
Kos Segala jenis Rubber stamp yang ada tertulis Alor Star
Kos Bill cukai pintu, kompaun-kompaun, saman-saman dan semua mak nenek yang seangkatan dengannya yang bertulis Majlis Bandaraya Alor Star, milik MBAS.
Kos Penyelenggaraan perisian sistem komputer, laman web, portal yang berpengkalan di Alor Star (lihat saja portal Kedah, semua PBT Kedah dan berpuluh agensi kerajaan lain -semuanya masih banyak belum di betulkan ejaan pada alamat).
Memang tidak dinafikan, ianya boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan menggunakan cara ‘menampal’ perkataan Star. Bagaimana pula dengan signboard jalan, pengiklanan billboard, banner, streamer, nama taman, signboard nama sekolah dipintu masuk dan lain-lain? Elok kah dengan menampal?.
Bagaimana pula dengan My Kad dan surat beranak yang menggunakan Alor Star? Tidak adakah kos yang terlibat?
Sudah tentu kerajaan negeri tidak mahu pelancung yang melawat kedah dan Alor Setar, ‘mentertawakan’ kerajaan negeri kerana penukaran nama Star ke Setar ini tidak berjalan selancarnya kerana kurang peruntukan kewangan. Saya menjangkakan pendekataan yang akan dilakukan oleh agensi seperti Majlis bandaraya Alor Setar, JKR, Pejabat Tanah, Pejabat Daerah dan lain-lain adalah ‘menghabiskan stok yang sediada' terlebih dahulu’ dan penggunaan Setar hanya akan bermula bila ujud keperluan cetakan baru. Perubahan Star kepada Setar ini juga akan banyak memberi keuntungan kepada kedai 'rubber stamp', kedai papan iklan, kedai sticker, kedai percetakan dan banyak lagi.
---------------------------------------------------------------------
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata mesyuarat Exco yang berlangsung di Wisma Darul Aman di sini hari ini meluluskan perubahan ejaan itu atas permintaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Ejaan asal Alor Setar diubah kepada 'Alor Star' semasa Datuk Seri Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar Kedah pada lewat 1990an dan ia dikekalkan sehingga Barisan Nasional (BN) Kedah kalah pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan, Azizan berkata mesyuarat Exco bersetuju mengubah semula ejaan itu mengambil sempena nama pokok 'setar' dan perubahan ejaan itu tidak membabitkan kos besar bagi menukar papan tanda atau perkara yang berkaitan.Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah akan mengeluarkan arahan rasmi kepada semua PBT dan jabatan kerajaan untuk mengubah ejaan itu dalam urusan rasmi dalam tempoh terdekat, katanya.Azizan berkata Jabatan Kerja Raya akan diarah menukar papan tanda dengan menggunakan ejaan itu dalam masa terdekat.Tahun lepas, kerajaan Kedah pimpinan PAS turut menukar nama Langkawi kepada 'Langkawi Permata Kedah'. -Sumber : BERNAMA
No comments:
Post a Comment