Semasa menggulung perbahasan, Lim Guan Eng telah mengucapkan "kerajaan negeri Pulau Pinang akan terus bertindak telus dengan melakukan tender terbuka. Ini kerana ianya menurut kehendak 'Amal maaruf Nahi Mungkar".
Wah, kalau sekali dengar memang amat Sedap kata-katanya. tapi tahukah Guan Eng makna Amal Maaruf Nahi Mungkar tu. Kita bimbang 'Nahi Mungkar' memberi maksud yang berbeza kepada Guan Eng. Takut beliau mentafsir 'nahi' tu perkataan hisdustan. dalam bahasa hindustani nahi itu tidak. Dalam bahasa arab nahi itu bermakna mencegah, YB Dato Husam Musa kena terangkan supaya beliau pandai mengucapkannya dan paham maknanya.
Kita tak nak beliau menggunakan Amar Maaruf Nahi Mungkar sewenang-wenangnya. Kes pertikaman lidah landasan Keretapi dengan Gamuda, menambah bilangan permit pasar jual babi di pasar Chawrestar kepada orang cina, pemberian lesen magnum kepada masyarakat tionghua, membenarkan arak di jual di restoran - semuanya bertujuan Amar Maaruf nahi Mungkar. Perlulah dinasihatkan oleh YB Mahfuz Omar sebagai Ketua penerangan PAS Pusat kepada Guan Eng, sebelum belajar menyebut Amar Maaruf Nahi Mungkar, belajarlah dulu apa itu makna 'Sunat'. Sunat yang memberi pahala bukan 'sunat potong'. Terlupa saya, YB Mahfuz kena terangkan juga apa itu pahala sebab Amar maaruf Nahi Mungkar berkait rapat dengan dosa dan pahala.
No comments:
Post a Comment