Thursday, January 8, 2009

PROF DIRAJA UNGKU AZIZ -

Siapa yang tak kenal Prof DiRaja Ungku Aziz, bapa kepada Dr Zetti Gebenor Bank Negara Malaysia. Pencetus dan pelopor ANGKASA ini akhirnya mengejutkan kita semua kerana meletak jawatan sebagai presiden setelah menerajuinya hampir 30 tahun. Kalau bukan otak melayu ini, mungkin orang melayu sekarang tak merasai nikmat sebagai Melayu Kaya Raya, Melayu Agung dan Melayu Bertamadun. Kalau dalam PRU12 rakyat digembar gemburkan bahawa DSAI itu yang punya idea penubuhan Lembaga Tabung Haji - rupa-rupanya itu salah dan gimik politik. Pencetus penubuhan Lembaga Tabung Haji adalah PDR Ungku Aziz!.

Beliau juga pencetus penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka, yang memartabatkan Bahasa Melayu menjadi Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara. Kalau hendak memperbandingkan budi dan jasanya dengan ahli politik yang ada sekarang ini, mungkin ada seorang dua sahaja. Selama 30 tahun, ANGKASA memiliki aset 47 billion, lebih hebat dari pendapatan Negara bangladesh, Sri Lanka, sebahagian besar negara - negara di Afrika dan lain-lain lagi. Dengan usia ANGKASA 38 tahun (12.5.1971 - 2009), tak sampai pun taraf Jubli Emas seperti negara Malaysia, ANGKASA telah memiliki aset yang luar biasa. Tidak keterlaluan jika Prof DiRaja Ungku Aziz adalah juga setaraf Negarawan Malaysia.


Tidak banyak yang penulis ketahui 'penyelewengan' yang berlaku dalam ANGKASA sejak setahun yang lalu. Yang pasti polis dan BPR perlu bertindak sekarang dan perlu mendedahkan hasil penyiasatan kepada rakyat. Penulis amat kagum kerana bagi seorang melayu yang tidak kuat iman dan azamnya seperti PDR Ungku Aziz, sudah pasti penyelewengan dalam ANGKASA telah lama berlaku. Maka mungkin ujud segelintir pemimpin rakus golongan baru dalam ANGKASA yang cepat gelap mata. Terima kasih kepada Prof DiRaja Ungku Aziz kerana dengan otak, budi, azam dan jasanya saya adalah antara yang menerima manafaat Dasar Ekonomi Baru.


Kepada beliau Selamat Maju Jaya......

------------------------------------------------------------

Ungku Aziz letak jawatan YDP Angkasa
08/01/2009 11:30am
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Prof Diraja Ungku Aziz meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua (YDP) Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berkuatkuasa semalam setelah menerajui badan itu selama lebih 30 tahun.
Pengumuman mengenai peletakan jawatan itu dimaklumkan beliau melalui satu kenyataan ringkasnya di sini hari ini.
Dalam kenyataan itu, beliau turut menyatakan pendirian menolak pencalonan sebagai YDP pada persidangan kebangsaan tahunan Angkasa yang akan berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) Sabtu ini.
Semalam, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Datuk Yidris Abdullah meminta Ungku Aziz supaya meletak jawatannya sebagai YDP Angkasa berikutan perkembangan yang berlaku dalam badan koperasi itu sejak akhir akhir ini.
Yidris dilaporkan berkata bahawa perkembangan yang berlaku itu menyebabkan anggota-anggota Angkasa berasa telah dikhianati kerana tidak dimaklumkan mengenai pindaan yang dibuat ke atas Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang dikuatkuasakan mulai 1 Jan tahun lepas.
Angkasa ditubuhkan pada 1971, mewakili kira-kira 5,000 koperasi yang mempunyai keanggotaan berjumlah kira-kira enam juta orang dan aset bernilai kira-kira RM47 bilion. — BERNAMA

-----------------------------------------------------------------------

Siasat segera Angkasa

12/24/2008 KUALA LUMPUR - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) meminta pihak polis dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia mempercepatkan siasatan mengenai salah laku dan penyelewengan dalam badan itu yang membabitkan urusan bernilai RM20 juta.Yang Dipertua Angkasa, Profesor Diraja Ungku Aziz mendedahkan jumlah itu merupakan urusan sehari melibatkan ketidakpatuhan kewangan dan pentadbiran dalam Angkasa."Kita anggap penyelewengan ini serius kerana ia membabitkan proses kelulusan pinjaman dan pembayaran balik melalui potongan gaji oleh Angkasa," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.Tambah Ungku Aziz, pihaknya juga mahu mengetahui perkembangan siasatan laporan yang dibuatnya mengenai sikap tamak sesetengah ahli Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JKT) Angkasa yang mengumpul elaun antara RM15,000 dan RM25,000 seorang.Beliau menegaskan, isu penyelewengan dalam Angkasa bukan sesuatu yang baru kerana ia telah dilaporkan dan mula disiasat pada 25 Januari lalu.Mengulas lanjut, pihaknya bimbang dengan apa yang disifatkannya sebagai siri penyelewengan dalam Angkasa terutama dalam tempoh peralihan kuasa membabitkan dirinya dengan pihak pengurusan baru.Beliau merujuk kepada tindakan sekumpulan ahli jawatankuasa yang bertindak melucutkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Angkasa disusuli usul undi tidak percaya ke atasnya pada 24 Mac lalu.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ungku Aziz gesa segera selesai penyelewengan dalam Angkasa
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Prof Diraja Ungku Aziz menggesa pihak berkuasa supaya menyelesaikan siasatan ke atas pentadbiran dan pengurusan kewangan agensi itu segera sebelum persidangan tahunannya, 10 Januari depan.Beliau berkata, gesaan itu dibuat selepas mendapati terdapat percanggahan kepentingan dan komplot yang dikhuatiri boleh mengikis aset dan nama baik Angkasa, sekali gus tersasar jauh daripada landasan tadbir urus sebenar yang mengutamakan nilai baik.“Pemerhatian ke atas ketidakpatuhan kewangan dan pentadbiran dalam proses kelulusan pinjaman dan pembayaran balik melalui potongan gaji diutarakan dalam laporan siasatan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kerana membabitkan hampir RM20 juta sehari.“Ini menyebabkan saya mencadangkan supaya siasatan dijalankan ke atas pentadbiran dan pengurusan hal ehwal kewangan khususnya terhadap Jawatankuasa Kewangan dan Jawatankuasa Biro Perkhidmatan Angkasa ketika mesyuarat 25 Januari lalu.“Cadangan penyiasatan ini pun sudah dibentangkan kepada Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JKT) Angkasa dan dipersetujui semua ahli hadir dengan tempoh masa untuk disiapkan membabitkan tiga bulan iaitu pembentangannya sebelum awal Mei lalu.“Bagaimanapun, disebabkan gangguan dan masalah kompleks membabitkan pihak tertentu dan ahli utama, siasatan ini hanya dapat disiapkan sekali gus disampaikan kepada SKM pada 23 Oktober dan 18 Oktober lalu,” katanya pada sidang media khas di sini, semalam.Sehubungan itu, Ungku Aziz berkata, beliau bimbang kemungkinan laporan akhir siasatan itu gagal diselesaikan sebelum Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa, bulan depan, justeru menggesa pihak bertanggungjawab termasuk polis segera bertindak.

No comments: