Isu-isu ini dipercayai ada hubungkait dengan masalah kewangan MBAS yang sangat kritikal. Bukan MBAS tidak mempunyai wang! MBAS mempunyai wang yang banyak tetapi wang MBAS itu ada pada penghutang-penghutangnya yang belum menjelaskan cukai, sewa, kompaun dan lain lagi. Pada 2009 MBAS sepatutnya mempunyai wang sebanyak RM78 juta iaitu RM43juta hasil 2009 dan RM35 juta dari Tunggakan Hutang terkumpul sehingga tahun 2008 yang belum dikutip!. Sudah tentu pada 2010 nanti, hasil 2009 yang tak terkutip akan menjadi tunggakan hutang pula...Hutang terkumpul MBAS sehingga 2008 kepada orang pula berjumlah sekitar RM22juta.

Jika semua duit MBAS di kutib dan di tolak hutang tertunggak, MBAS masih ada baki duit!. Pun kalau di tolak hutang-hutang semasa 2009, takkan mungkin MBAS akan bangkrap lagi, apatah lagi hutang semasa 2009 atau perolehan-perolehan 2009 boleh dikawal seketat-ketatnya. Inilah krisis kewangan yang berlaku. Tetapi itu semua atas kertas dan retorik sejak 5/6 tahun yang lalu. Krisis ini amat berkait dengan soal kepimpinan, pentadbiran, taat setia, kebajikan, keadilan dan lain-lain kepada ketua dan kakitangannya. Bukan hanya Budget Berimbang akan membawa MBAS ada duit, tetapi Kepimpinan berimbang, Kebajikan kakitangan Berimbang, Integriti Berimbang, Pengurusan Berimbang, Penurunan Kuasa Berimbang dan semua yang berimbang adalah penentu segalanya.
Bagi saya isu penjaja bukankah suatu yang perlu dipolitikkan. Saya tidak menyalahkan ahli politik PAS atau orang-orang politik BN yang sedang berpolitik dengan mengkambinghitamkan MBAS.YB Dato Taulan Rasul sendiri pernah bertugas sebagai Pegawai Undang-Undang Majlis Perbandaran Kota Star sudah pasti tahu 'Tugas dan Tanggungjawab Penguatkuasa dan bidang-bidang penguatkuasaan'. Saya tidak mahu mengulas penjaja, sampah, longkang dan sebagainya, kerana telah banyak orang berkata dan berfikir mengenainya tetapi krisis itu masih belum berakhir. Maka kita perlu mengulas apa punca krisis ini.
Pentadbiran berbeza dengan politik. Perkataan Pentadbiran dan politik tidak boleh disatukan. Jika disatukan ia akan menjadi "Pentadbiran Politik" dan jika diubah perkataan menjadi "Politik Pentadbiran" ia memberi maksud yang sama iaitu Pentadbiran MBAS pincang kerana ada hubungkait campur tangan politik.
Dengan lebih mudah untuk difahami 'Pentadbiran Politik' bermaksud Orang yang mentadbir berpolitik. Politik Pentadbiran pula 'berpolitik dalam pentadbiran'. Campur tangan politik pula orang-orang berpolitik mencampuri urusan pentadbiran. Maka kesannya pentadbiran sesebuah organisasi itu akan pincang seluruhnya apabila 'Orang Dalam (kakitangan)' dan 'orang luar (bukan kakitangan)' sesebuah organisasi berpolitik dalam mentadbir organisasi.

Jika keadaan ini berlaku, MBAS tidak akan bergerak kemana-mana. Percayalah..MBAS akan menjadi medan pertempuran politik pbt. Untuk mengatasinya, kakitangan MBAS haruslah kembali kepada asas kepimpinan. Ikutlah Datuk Bandar sebagai ketua nombor satu. Jika ketua nombor satu itu juga pincang, maka perbetulkannya. Kepada nombor satu, dua dan tiga dan keseribu- bekerjasamalah. Nombor dua perlu mengikut kepimpinan nombor satu kerana itu asas kepimpinan. Lihat sahaja semasa angkat sumpah, nombor dua pengikut dibelakang nombor satu!. Berdiri dibelakang nombor satu dan tak boleh berdiri melebihi nombor satu atau sebaris dengannya. Itulah asas kepimpinan. Ikutlah dahulu no satu kerana nombor satu belum dibuktikan atau terbukti 'Betul atau Salah'nya dalam pentadbiran MBAS.

-------------------------------------------------------
Imbas kembali sebulan selepas perlantikan Datuk Bandar MBAS
ALOR STAR, 30 November: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedahm hari ini telah mempekenan perlantikan Pegawai Daerah Kuala Muda Dato' Haji Khazali Haji Din, menjadi Datuk Bandar Bandaraya Alor Star mulai 1hb Disember 2008, bersamaan 3 Zulhijjah 1429. Istiadat pelantikan yang berlangsung di Istana Anak Bukit dengan penuh adat istiadat.Majlis dimulai oleh Ketua Istiadat YB Dato' Wira Haji Syed Unan Mashri masuk menghadap KDYMM Tuanku Sultan mempersembah maklum memohon izin memulakan istiadat. Setelah Dipekenan, majlis bermula dengan perarakan masuk pemegang Al-Quran dan cokma Majlis Bandaraya Alor Star.Majlis diteruskan dengan upacara mengangkat sumpah oleh Dato' Haji Khazali Haji Din, disusuli dengan menandatangani penerimaan pelantikannya sebagai Datuk Bandar Bandaraya Alor Setar. Seterusnya KDYMM Tuanku Sultan Kedah perkenan menyampaikaan Watikah Pelantikan Datuk Bandar. Majlis di sudahi dengan bacaan doa.
Dato' Haji Khazali dilahirkan di Kampung Nongka, Mukim Hosba Jitra pada 7 Februari 1955 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Hosba kemudian Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim JItra.
Beliau yang merupakan lulusan Ijabzah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1979 dan memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Bahagian Pemprosesan Data di Ibu Pejabat FELDA di Kuala Lumpur sehingga Disember 1979.Seterusnya beliau menyertai skim Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah pada 1 Januari 1980 dan bertugas di Pejabat Daerah Bandar Baharu Kedah sebagai Penolong Pegawai Daerah 11 sehingga Oktober 1983 sebelum ditukarkan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan (Cawangan Am).Pada 1 Ogos 1987 beliau sekali lagi ditukarkan ke Pejabat Daerah Kota Star sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dan terpilih menghadiri Kursus Plainning dan Management of Rural Development di bawah rancangan hadiah Latihan Jabatan Perkhidmatan Awam yang diadakan di United Kingdom selama tiga bulan pada tahun 1990.Pada 2 November 1991 beliau dipindahkan pula ke Unit Perancang Ekonomi (UPEN) sebagai Ketua Penolong Pengarah dan mendapat peluang sekali lagi mengkuti kursus jangka pendek selama empat bulan di Institute of Social Studies, The Denhague di Netherland dibawah biaya United Nation Development Programme (UNDP) pada tahun 1994.Seterusnya pada 1 Disember 1996, Dato' Haji Khazali Haji Dindi lantik sebagai Bendahari Negeri Kedah kemudian dipinjamkan sebagai Pengurus Besar Samak Aquaculture Sdn Bhd mulai 15 Mei 1997 sehingga Mei 2000. Selepas tamat tempoh kontrak, beliau dipindahkan pula ke Yayasan Islam Negeri Kedah sebagai Pengurus Besar YIK pada 2001 .Di sini beliau sempat mengikuti kursus Pentadbiran Perniagaan Universiti Utara Malaysia selama dua tahun dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada 2003. Pada 1 Mei 2004 beliau kembali sekali lagi ke Samak Aquaculture Sdn Bhd sebagai Ketua Pegawai Operasi sehingga Ogos 2007.Jawatan terakhir Dato' Haji Khazali Haji Din sebelum dilantik sebagai Datuk Bandar Bandaraya Alor Setar ialah sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda.Sepanjang Perkhidmatan ini beliau mendapat anugerah Bintang Cemerlang Kedah (BCK) 1991, Ahli Mahkota Kedah (AMK) 1995 dan Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) pada 2008 oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah

1 comment:
Kami sebagai penduduk Alor Star rasai masalah dalaman seperti kekalahan pasukan hijau kuning kerana masalah dalaman tidak betul.Masalah ini kerana depa ni dok cari cara nak jatuhkan kerajaan PR.Depa bukan niat nak tolong tapi menyusahkan rakyat dan akan nampak kerajaan tak betul..
Post a Comment