Akhirnya Persidangan Tahunan Kebangsaan ke-25 ANGKASA telah pun bersuara dengan memilih Y. Bhg Datuk Abdul Rahim Abu Bakar sebagai Yang DiPertua ANGKASA, menggantikan Prof DiRaja Ungku Aziz yang meletak jawatan tersebut, setelah menerajui ANGKASA hampir 37 tahun. Kepada datuk Yidris Abdullah, terimalah suara perwakilan ini. Memanglah sukar untuk menghadapi semua ini apabila terlalu 'over confident' dengan diri sendiri. Mungkin Datuk luhur dalam mendesak Prof DiRaja Ungku Aziz berundur, dan jika ada tuah datuk berminat untuk mengambil tempat tersebut. Apa pun 'ketua-ketua puak' telah bersuara dan terimalah seadanya.
Kepada Datuk Rahim, teruskan kecemerlangan ANGKASA dan jangan pulak selepas duduk di kerusi Presiden, siasatan penyelewengan dalam ANGKASA seperti yang di lapor oleh Prof DiRaja Ungku Aziz terus direndam. Rakyat juga perlu tahu hal ini sekalipun bukan ahli koperasi, kerana 'Roh' koperasi ini ditubuhkan bagi memperkukuh kewangan dan pelaburan koperasi di kalangan orang Melayu khususnya.
-------------------------------------------------
Abdul Rahim terajui Angkasa
Oleh HELMI MOHD. FOAD
PUTRAJAYA 10 Jan. - Pengerusi Koperasi Shamelin Berhad, Datuk Abdul Rahim Abu Bakar hari ini diumumkan sebagai Yang Dipertua (YDP) Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) yang baru.
Pengumuman itu dibuat setelah beliau memenangi pemilihan pada Persidangan Tahunan Kebangsaan Ke-25 badan induk koperasi itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Bekas Menteri Besar Pahang itu mendapat sebanyak 1,249 undi mengalahkan lawannya, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Yidris Abdullah yang memperoleh 677 undi.
Perubahan pucuk kepimpinan Angkasa itu sekali gus menamatkan penguasaan Prof. Diraja Ungku Aziz Abdul Hamid yang juga pengasas badan koperasi itu sejak 37 tahun lalu sebagai YDP.
Pemilihan setiap tiga tahun sekali yang diselubungi krisis kepimpinan, dakwaan penyelewengan kewangan dan keputusan mengejut Ungku Aziz meletakkan jawatan serta enggan dicalonkan semula itu menyaksikan pertandingan sengit apabila kesemua jawatan tertinggi dalam Angkasa dipertandingkan.
Bagi jawatan timbalan YDP yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru, Prof. Dr. Mohd. Ali Baharum berjaya mengekalkan jawatannya apabila memperoleh sebanyak 1,209 undi.
Beliau mengalahkan Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan iaitu penyandang naib YDP yang mendapat sebanyak 749 undi manakala seorang lagi calon, Abd. Latip Ismail mendapat 128 undi.
Bagi tiga kerusi jawatan naib YDP yang menyaksikan pertandingan 21 penjuru dimenangi oleh Pengerusi Koperasi Ukhwah Berhad, Mustapa Kamal Maulut dengan mendapat 1,055 undi manakala Datuk Abdul Fattah Abdullah berjaya mengekalkan jawatan berada di tangga kedua dengan 888 undi.
Salah seorang daripada tiga calon wanita bagi jawatan tersebut, Armi Zainuddin mendapat 760 undi sekali gus mengekalkan jawatan yang disandangnya sejak 2004.
Sementara itu, Datuk Seri Abdul Rashid Abdul Rahman mengekalkan jawatan sebagai Pengerusi Persidangan Tahunan Kebangsaan Angkasa yang disandangnya sejak 2003 apabila menewaskan tiga lagi calon dengan 1,537 undi.
Sebanyak 2,151 perwakilan dari 1,340 buah koperasi ahli Angkasa menghadiri persidangan tersebut yang berakhir pada pukul 6.10 petang.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar pada sidang akhbar selepas merasmikan persidangan itu menyerahkan kepada barisan kepimpinan baru Angkasa untuk membuat siasatan dalaman terhadap dakwaan terdapat penyelewengan dalam badan koperasi itu.
Menurut beliau, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) tidak akan campurtangan kerana suruhan raya itu sebelum ini mendapati masalah dalam Angkasa bukan disebabkan oleh penyelewengan, sebaliknya krisis kepimpinan.
''Sebelum ini, laporan penyelewengan yang diterima tidak sampai kepada tahap SKM perlu campur tangan dan boleh diselesaikan di peringkat dalaman oleh kepimpinan baru Angkasa,'' tegasnya.

No comments:
Post a Comment