Sebagai anak Bandaraya Alor Star, saya perlu bangga dengan panorama dan pembangunan di bawah payung Kerajaan Negeri dan Majlis Bandaraya Alor Star. Kali ini saya ingin membawa anda melancung Jalan-Jalan Cari Pasal.
Mula-mula kita lalui Jalan Kota. Terpampang di hadapan kita sebuah komplek beli belah. Entahlah ape nama bangunan ni..Tapi kita boleh kenal tertera 'Pasaraya Billion'. Mungkin bangunan Billion. Tetapi jika kita bertanya pekerja parking kereta, mereka kata "Ini bangunan Kompleks MBAS atau di panggil juga Menara MBAS". Mungkin MBAS ada duit 'billion' maka Bangunan ini dikenali 'Menara Billion'. Biaq pi lah, mungkin Ketua Komplek, Setiausaha dan Datuk Bandar mahukan begitu.
Ini yang mata rabun. Kut-kut lah tak nampak apa yang di tulis atas bangunan.
Kita masuk parking dulu. Bayaran parking kereta agak canggih, boleh 'tekan button' dan ambil tiket atau pakai ala-ala 'touch n go'. Jangan silap tuan/puan. Di sini 'ala' touch n go tapi tak boleh guna kad 'touch n go'. Tak mengapalah ada perubahan ketara berbanding tahun lepas, kita boleh parking pakai mulut sahaja!. Saya bertanya pejabat kompleks untuk berurusan, dimana? Penjaga parking menjawab, "Tingkat 9 Bahagian pengurusan Harta atau pi tingkat 2 parking'. Saya bercadang untuk jalan-jalan cari pasal. Ok, Ini laluan naik keatas. Kita naik sekarang.....
Sampai di TINGKAT 2. Parkingnya penuh. Ternganga-nganga mencari pejabat komplek. Untuk suffer, pejabat ini ada Signboard "Pejabat Pengurusan Kompleks". Tu yang sebelah kiri di hujung..
Tapi Malang Memang Selalu Tk Berbau...Grill berkunci.
Ini tempat parking tingkat 6 (atas sekali). Dinding yang tercabut nak reban adalah letaknya 'cooling tower' hawa dingin yang baru di tukar baru 5 bulan yang lepas. 'Depa Kata' projek aircon ada kes BPR! Nizam66 mungkin boleh tolong sahkan pada admin!
Lantai nampak macam baru di turap tar!. Tekaan salah. Lantai ini baru siap di Kalis Airkan (lantai kalis air). Projek RM180,000 tanpa proper procedure. Nampak ok pemantauan projek ini, kerana air tak tembus lantai.
Kenapa, tak percaya ke?
Semakin jelas kan? Projek ini ada unsur 'caca merbanya'.
Anda teka, Yang kabur-kabur ini apa? Salah, bukan besi buruk.
Tapi 'Chiller' Hawa Dingin hasil projek RM1.8 juta. Memang betul dah semakin jadi besi buruk untuk dijual pada 'keling botol'.
Projek mengganti hawa Dingin ini sudah pun selesai dengan bayaran telah di buat kepada kontraktor. Tetapi chiller ini nampak elok. Kenapa tak dilakukan pembaikan 'full overhaul' dulu? Menurut seorang kakitangan pembekal Hawa Dingin yang menjalankan penyelenggaraan tahunan Hawa Dingin Kompleks, chiller ini jika di lakukan 'full overhaul' pun hanya sekitar RM400,000 - RM500,000 sahaja. Lebih utama chiller NO 3 ini selepas di overhaul boleh berfungsi dengan baik. Umpamanya, bukankah overhaul enjin kereta dengan sparepart baru di bahagian-bahagian yang rosak lebih murah berbanding dengan membeli enjin baru yang menyeluruh?
Yang ini, selepas projek siap. Sampah atau sparepart?
Tak pasti? Nah anda nilaikannya...
Lagi....
Dan lagi....
Apa yang sebenarnya berlaku? Siapa chargeman ini? Siapa ketua jabatannya? Jika hasil tidak boleh dikutip, anda akan menyalahkan rakyat yang tidak membayar cukai. Bila ada duit, beginikah pengurusan perbelanjaan kompleks?Renunglah sejenak. Fahamilah, apa-apa yang dibelanjakan adalah milik rakyat. Sekian, selamat menjelajah Jalan-Jalan Cari Pasal. Kepada surfer yang mengemailkan gambar, terima kasih banyak-banyak.
Tapi Malang Memang Selalu Tk Berbau...Grill berkunci.
Eeh..dah pukul 3 petang berkunci. Balik dah ka? Cuti ka? Pindah pejabat ka? Pekerja berhenti semua sebab tak di bayar gaji ka? Atau pekerjanya kena buang kerja? Pening dan memeningkan. Sempat saya bertanya dengan pemilik kereta KBH5050 yang baru turun kereta dengan membawa stok kasut yang nak dijual di komplek ini. Dia memperkenalkan dirinya tawke lot kedai ***** disitu, katanya mengikut pelet cina," Ini pejabat sudah lama tutup, tak ada orang oo. Itu 4 orang teknician sudah kena buang kerja. Haiya..gila itu bandaran, buang orang kerja suka hati. Itu 4 orang technician manyak bagus buat kerja. Selalu tolong chek aircon. Itu bos besar sudah buang itu technician". Saya tanya,"mana boleh jumpa itu ketua untuk parking?". Jawab Tawke, "Lu jumpa itu chargeman, dia jaga semua. Parking pun, lu boleh kira sama dia. Itu bos besar sini. Lu mai minta niaga ruang legar ka?". Tanpa menjawab apa-apa, saya ucap terima kasih dan berlalu pergi naik kereta cabuk saya.
Mungkin ada yang cakap, gambar kunci tu 'computer generate'. Yang berkunci tu memang pejabat kompleks. Ok ini buktinya. Anda teka, seperti pejabat atau stor atau tandas atau pejabat 'Hantu Fighter'?
Baik kita terus naik atas ke tingkat yang teratas. Mungkin chargeman sedang bertugas diatas.
Sebelum sampai atas, signboard ini yang kita nampak. Bagi saya huruf B ini amat sesuai sebagai logo Menara MBAS yang memberi makna 2 dalam 1, iaitu Pasaraya Billion dan Komplek Tak Berduit dan Berhutang.
Sebelum sampai atas, signboard ini yang kita nampak. Bagi saya huruf B ini amat sesuai sebagai logo Menara MBAS yang memberi makna 2 dalam 1, iaitu Pasaraya Billion dan Komplek Tak Berduit dan Berhutang.
Ini tempat parking tingkat 6 (atas sekali). Dinding yang tercabut nak reban adalah letaknya 'cooling tower' hawa dingin yang baru di tukar baru 5 bulan yang lepas. 'Depa Kata' projek aircon ada kes BPR! Nizam66 mungkin boleh tolong sahkan pada admin!
Lantai nampak macam baru di turap tar!. Tekaan salah. Lantai ini baru siap di Kalis Airkan (lantai kalis air). Projek RM180,000 tanpa proper procedure. Nampak ok pemantauan projek ini, kerana air tak tembus lantai.
Tapi kenapa bertakung?
Kenapa, tak percaya ke?
Macamana dengan yang ini..
Semakin jelas kan? Projek ini ada unsur 'caca merbanya'.
Anda teka, Yang kabur-kabur ini apa? Salah, bukan besi buruk.
Tapi 'Chiller' Hawa Dingin hasil projek RM1.8 juta. Memang betul dah semakin jadi besi buruk untuk dijual pada 'keling botol'.
Projek mengganti hawa Dingin ini sudah pun selesai dengan bayaran telah di buat kepada kontraktor. Tetapi chiller ini nampak elok. Kenapa tak dilakukan pembaikan 'full overhaul' dulu? Menurut seorang kakitangan pembekal Hawa Dingin yang menjalankan penyelenggaraan tahunan Hawa Dingin Kompleks, chiller ini jika di lakukan 'full overhaul' pun hanya sekitar RM400,000 - RM500,000 sahaja. Lebih utama chiller NO 3 ini selepas di overhaul boleh berfungsi dengan baik. Umpamanya, bukankah overhaul enjin kereta dengan sparepart baru di bahagian-bahagian yang rosak lebih murah berbanding dengan membeli enjin baru yang menyeluruh?
Yang ini, selepas projek siap. Sampah atau sparepart?
Tak pasti? Nah anda nilaikannya...
Lagi....
Dan lagi....
Apa yang sebenarnya berlaku? Siapa chargeman ini? Siapa ketua jabatannya? Jika hasil tidak boleh dikutip, anda akan menyalahkan rakyat yang tidak membayar cukai. Bila ada duit, beginikah pengurusan perbelanjaan kompleks?Renunglah sejenak. Fahamilah, apa-apa yang dibelanjakan adalah milik rakyat. Sekian, selamat menjelajah Jalan-Jalan Cari Pasal. Kepada surfer yang mengemailkan gambar, terima kasih banyak-banyak.
2 comments:
Salam sejahtera.
Memanglah selalu manusia ni cepat sangat lupa diri. Anta yang kerja betul kadangkala tak dihargai. Selalu juga ana dengar kawan-kawan ana yang kerja di bandar raya ni tak habis-habis mengeluh pasai MBAS. Sorang kawan ana sudah bertahun-tahun tak disahkan jawatan lagi padahal dah cukup syarat fardunya. Ada juga kawan ana sampai sekarang tak naik pangkat padahal dah pun lulus PTK. Yang naik pangkat kalangan kroni. Tiba-tiba boleh dilantik pemangku pengarah. Ada juga yang naik pangkat ketua bahagian. kawan ana cakap yang naik pangkat itu pun bukan 'bersih' sangat. Banyak kes berat yang tak habis-habis dalam siasatan BPR. tapi semua pasal hubungan persaudaraan kronism. Ana rasa bukan hanya krisis kepimpinan sahaja tapi percaturan kuasa untuk kuasa dan menguasai orang lain. Kawan ana cakap ada juga yang naik pangkat macam TONTO - Tolong Orang and Tikam Orang. Ada yang kata, projek kroni untuk kroni. Ada juga yang kata kalau nak cepat sah jawatan dan naik pangkat, kena pakai bomoh. Na'uzubillah hi minzalik.
MBAS oh MBAS apasal banyak sangat masaalah,bukan masalah kewangan dan sampah sahaja tetapi masalah dalaman pun cukup kritikal..
Dengaq habaq.. depa kata perlantikan pengarah-pengarah pun ada ikut suka hati sahaja, yang tak layak tetap lah tak layak mengapa membelakangkan prosedur yg telah ditetapkan oleh perkhidmatan dan penjawatan JPA menyebabkan berlakunya ketidak harmonian di dalam jabatan di MBAS. Kalau dah pengarah tu mesti Gred 48 maka 48 lah atau layak memangku Gred 48 la..Kalau nak lantik juga kenalah offer kepada orang luar yang layak jawatan tersebut.
Dengaq kata, banyak orang merungut bila ada sistem pengarah yang tak layak ini lagi lebih karut lagi-lagi orang dalam MBAS, depa kata ada penapisan pula bila ada surat dan permohonan untuk nak bagi tau kat semua orang dialah pengarah
yang berkuasa...ini apa makna menambah lagi kerenah birokrasi yang depa kata pantang didengar oleh KSN
Depa kata bukan sampai masa lagi nak ada pengarah-pengarah ini dalam MBAS kerana sekarang masa bekerja serta semua orang kena bagi komitmen sepenuhnya untuk memulihkan segala-galanya di MBAS.. Bila perkara-perkara yang diambil oleh pihak pengurusan yang tidak fikir panjang mungkin ada agenda tertentu menyebabkan timbul rasa ketidakpuasan hati pada sesetengah kakitangan yang sama layak dengan kakitangan yang dilantik pengarah sudah semestinya memberi kesan yang tidak baik terhadap psikologi.
Depa kata lagipun yang dilantik pengarah bukannya atas kelayakan jadi kakitangan yang juga layak dipertimbangkan apa perasaan depa.. Inilah malapetaka yang dicipta oleh pihak pengurusan atasan daripada KCS.. Pada asalnya semua pekerja P&P bekerja dalam "teamwork" mula nampak bibit-bibit perpecahan di dalam Jabatan di MBAS dengaq kata ...
Sekarang ini bukan bab nak ada pengarah ka ataupun tidak tetapi sama-sama kerja dan berganding bahu di dalam memulihkan imej MBAS dengan iltizam di hati setiap pengurusan atasan bukannya mewujudkan jurang pemisah dan menyulitkan keadaan yang parah ini ...
Depa kata peribadi kakitangan yang dilantik pengarah masing-masing telah diketahui luar dalamnya dan juga tahap kecekapannya dan jadi bolehkan kakitangan mengikut arahan dan sebagainya
Minta Datuk Bandar perbetulkan benda yang tidak betul semoga MBAS menjadi relevan dikaca mata warga Bandaraya Alor Setar
Post a Comment