Sime Darby, ditubuhkan pada 1910. Pada masa itu ia mempunyai 500 ekar tanah ladang di Melaka. Nama Sime Darby ini diambil dari 2 orang manusia yang membentuk Sime Darby iaitu, William Middleton Sime seorang Scotland dan Henry Darby (English banker). Semasa menubuhkan Sime Darby beliau berusia 37 tahun. William Middleton Sime pernah gagal dalam perniagaan iaitu perniagaan impot-expot dan ladang kopi. H. Darby pula seorang banker yang mempunyai harta di Utara Persekutuan tanah Melayu.Persekutuan tanah Melayu yang dibentuk oleh British adalah Singapura, Melaka dan Penang.
Memang dari zaman British, zaman Jepun dan kembali ke zaman British, Sime darby ini adalah hak rakyat orang putih. Orang melayu dan india hanya setakat jadi 'babu' dan macai penoreh getah estet Sime Darby. Yang bekerja di pejabat-pejabat dan mandor-mandor kebanyakannya orang putih sebenar (mat saleh)dan orang putih ciplak (kaum cina). Sehingga lewat tahun 70an, separuh ekuiti Sime dimiliki orang Malaysia menerusi syarikat Tradewinds Sdn Bhd. Sekarang Tradewinds berada dalam entiti MMC yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar -seorang melayu, tetapi minoriti dalam Sime Darby. Kini Tradewinds di terajui Dato Wira Syed Abdul Jabbar bin Syed Hassan -seorang melayu yang juga pengerusi dalam MMC. Kita boleh memahami sejarah Sime Darby disini. Sehingga awal tahun 1980an, Sime Darby pemilikan equiti masih dimiliki oleh warga orang kulit putih secara majoritinya menerusi syarikat berpengkalan di London. Tun Dr Mahathir (mantan PM) -seorang melayu, telah membentuk Dasar Syarikat Pemilikan Rakyat Malaysia (Malaysianisation-owned company). Pada tahun 1981, atas kebijaksanaan Tun Mahathir telah mengarahkan supaya Permodalan Nasional berhad membeli Kumpulan Syarikat-Syarikat Terbesar yang disenarai di Bursa Saham London antaranya Guthrie dan Golden Hope. Menerusi dasar inilah, Kumpulan Guthrie telah di beli PNB dan menjadi public Company pada 1987 dan di senaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur sebagai terbitan awam terbesar negara pada tahun 1987. Ini di ikuti pengambilalihan majoriti Kumpulan Golden Hope Plantation Berhad oleh PNB pada tahun 1990 pada harga 146 juta sterling!. Sejak pengambilalihan ini di bawah PNB, 2 konglomerat ini terus bergerak maju sehingga Golden Hope dinamakan salah satu syarikat “Best Under A Billion” di Asia-Pacific oleh Forbes Asia. Semua itu bukanlah kerja 1 atau 2 tahun sebaliknya mengambil masa yang panjang lebih 1 dekad.
Dilihat dari sudut jasa, idea dan Dasar Tun mahathir lah (1981-2003), maka konglomerat gergasi ini, telah menjadi milik rakyat Malaysia dan antara GLC yang amat kaya. Sebgai entiti GLC sudah pastilah hala tujunya adalah untuk rakyat melebihi dasar keuntungan mutlak. Nama - nama besar seperti Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Mohd Nor Yusof adalah antara pemimpin korporat yang berjasa kepada syarikat dan rakyat. Hakikatnya, penggabungan ini dilihat akan menjadikan ahli korporat Melayu yang disegani di dunia, sebaliknya penggabungan ini menjadi beban 'biawak hidup' kepada kerajaan. Keadaan ini ujud apabila Pak Lah melantik Tun Musa Hitam sebagai pengerusi Sime Synergy.
Tahun 2004 bermula lah era DS Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan DS Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Tahun 2006 bermulalah era CACA MERBA Sime Darby apabila tercetus idea penggabungan terbesar 3 syarikat konglomerat yang membentuk Synergy Drive. Penggabungan ini adalah sebahagian dari cadangan CIMB Investment yang di terajui Dato' Nazir Tun Abdul Razak -seorang melayu, adik kepada DS Najib. Penggabungan Guthrie, Golden Hope dan Sime Darby di idealiskan membentuk sebuah Mega Konglomerat dengan aset berjumlah RM31 billion yang dinamakan Sime Synergy. Penggabungan ini menjadikan Sime Synergy salah sebuah entiti GLC terkaya selain TNB dan TM.
Usaha awal penggabungan ini banyak dilakukan oleh Tan Sri Md Nor Yusof, Pengerusi Sime Synergy. Apabila Sime Synergy berjaya direalisasikan, Tan Sri Mohd Nor Yusof di lantik semula secara rasmi sebagai pengerusi pada 14.9.2007. Beliau adalah 'pemain utama' dalam merealisasikan penggabungan Sime Synergy. Pada 30.9.2007 (tidak sampai sebulan), Tun Musa Hitam -seorang melayu, pula di lantik sebagai Pengerusi Sime Synergy dan pada hari yang sama juga Tan Sri Md Nor Yusof yang berjasa meletak jawatan. Pelik dan ganjil!. Pengguguran Tan Sri Md Nor, dilabel oleh rakyat sebagai penglibatan kroni Pak Lah secara langsung dalam GLC, demi menjaga survival politik kroni Pak Lah, sahabat handai dan saudara mara.
Sejurus Tun Musa memegang sebagai pengerusi, Sime Synergy telah dinamakan semula sebagai Sime Darby pada 27.12.2007. Tidak keterlaluan jika saya sebutkan, bermula dari titik tolak perlantikan Tun Musa Hitam inilah, Sime Darby mula bertukar Sime Babi.
Izinkan saya memanggil Sime Darby sebagai (S.Babi) untuk tulisan selanjutnya. Dasar GLC untuk rakyat seperti yang dicetuskan oleh Tun Mahathir telah berubah kepada dasar Keuntungan Mutlak. Kerakusan S.Babi (mungkin juga pengerusinya dan/atau sebilangan lembaga pengarahnya?) bermula dengan cubaan Pengambilalihan IJN. Walaupun IJN hanya dapat kelulusan dasar pada hujung tahun 2008, tetapi harus diingat bahawa cadangan itu dibawa kepada kerajaan pada seawal tahun 2008, sejurus beberapa bulan Tun Musa Hitam dilantik pengerusi!
Tatkala inilah juga isu IJN menjadi isu nasional dan menjadi modal pakatan rakyat dan melebelkan pemimpin UMNO adalah rakus, tamak, rasuah dan penghisap kekayaan negara milik rakyat. Bukankah Tun Musa itu bekas ahli UMNO tegar yang kemudiaannya membentuk Semangat 46, dan akhirnya kembali sebagai ahli UMNO tegar?. Sime babi semakin hari di bawah Tun Musa mula mengorak langkah dengan pelbagai kemelut, yang menimbulkan 'tikaman di belakang UMNO'. tidak syak lagi kekalahan BN dalam PRU12, PRK Permatang Pauh, PRK Kuala terengganu adalah berpunca 'salah satu sebabnya adalah Tindak Tanduk Sime babi'. Kita selidik puncanya;
1. Semasa PRU 12 yang diketahui akan diadakan pada 2008 (tarikh sahaja yang tak tahu), penggabungan (Golden Hope, Guthrie dan Sime Babi) dilakukan pada tahun 2007. Dari aspek nilai aset Golden Hope dan Guthrie (milik kerajaan) adalah lebih besar berbanding Sime Babi!. Penggabungan ini umpama ikan temenung boleh makan ikan jerung? Penggabungan ini membentuk Sime Synergy yang sebelum ini, Pengerusi yang di lantik adalah Tan Sri Md Nor Yusof. Selepas Sime Synergy berjaya di bentuk, dalam tempoh 15 hari, Tun Musa Hitam pula dilantik menjadi pengerusi. Di beritakan Tan Sri Md Nor meletak jawatan, walaupun pada hakikat sebenarnya, Tan Sri Md Nor dinasihat meletak jawatan atau akan di pecat! Penggabungan ini menyebabkan, Rakyat jijik kerana keuntungan penggabungan ini hanya di lihat sebagai pemimpin UMNO rakus membolot kekayaan negara untuk pemimpin UMNO dan kroninya. Dan peliknya dalam beberapa bulan 27.12.2997, Tun Musa Hitam telah menukar semula Sime Synergy kepada Sime babi!. Anda layari http://www.simedarbywatch.blogspot.com/. Isu ini telah dipergunakan dengan Fakta yang tepat oleh pakatan rakyat dalam PRU12, 5 bulan selepas berlaku penggabungan.
2. Pada PRK Permatang Pauh, skandal Sime Babi berlaku lagi. Kali ini berkaitan pengambilalihan IJN. Sebuah konglomerat bernilai RM31 billion, hendak memamah IJN atas dasar 'untuk menjadikan IJN lebih cemerlang, gemilang dan terbilang!'. Dengan Tun Musa Hitam menegaskan, isu 'tanggungjawab sosial' kepada rakyat yang miskin akan tidak di persisihkan jikapun IJN diambilalih oleh Sime Babi. Dan akibatnya, isu ini menjadi nanah dalam PRK Permatang Pauh!. Sekali lagi pemimpin UMNO tertinggi di label sebagai pemimpin tamak mengaut keuntungan tengkolok sendiri. Setelah tamat PRK Permatang Pauh, akhirnya cadangan ini dibatalkan, sesudah nasi menjadi bubur di Permatang Pauh!
3. PRK Kuala Terengganu menjadi satu lagi badi akibat kerakusan dan kebodohan pemimpin UMNO dan Sime Babi! Kali ini salah satu punca kekalahan adalah cadangan untuk memajukan LCCT KLIA-EAST @ Labu untuk Air Asia Si Tony Budak Gemuk. Nama-nama pemimpin UMNO seperti Khairy dan Pak Lah melonjak naik. Nama Tun Musa pun melonjak naik. Akhirnya isu ini di rakyatkan dengan fakta yang tepat oleh pakatan rakyat. PRK Kuala Terengganu kecundang. Dan sekarang Sime Babi mula menangkis penglibatannya berkaitan LCCT_KLIA-East @ Labu, setelah nasi menjadi bubur di Kuala Terengganu! Semua kes sime babi dibawah teraju Tun Musa Hitam adalah nanah dan duri kepada UMNO. Mengapa orang yang sebegitu di sayangi Pak Lah? Jawapannya ada pada rakyat. Dan itulah sebabnya rakyat mula mencemuh UMNO dan menolak UMNO!. Menolak UMNO bermakna menolak nama besar pemimpin UMNO, Pak Lah, Khairy dan kroni-kroni talibarutnya yang menyokong LCCT KLIA-east ini. MAHB sebuah syarikat GLC kerajaan, akan menerima kesan langsung yang teruk dengan projek LCCT di Labu ini. Logik kah Sime Babi sebuah syarikat GLC akan menganiayai sebuah lagi syarikat GLC MAHB? Bukankah itu tindakan perangai sekumpulan manusia yang betul-betul setaraf babi?
4. Dalam PRU 13 pula mungkin akan lebih banyak senjata yang dicipta oleh Sime babi untuk menikam UMNO dan BN. Isu projek NCER yang lembab, lambat dan tak menyerlah, yang di pertanggungjawabkan kepada Sime Babi, akan menjadi punca kemarahan rakyat lagi. Saya berpendapat, selagi ada nama Tun Musa Hitam dalam senarai kroni UMNO dan jika berterusan kekal dalam legasi DS Najib, nescaya PRU13 BN akan telungkup!. Itulah kemusnahan yang di buat Tun Musa Hitam menerusi Sime babi dan akan lebih cepat kemusnahannya dengan cepatnya Iskandar Malaysia. Ini kerana Iskandar Malaysia telah di kenali sebagai Tanah jajahan kecil Singapura! Tun Musa Hitam jugalah CEO Iskandar Malaysia.
Maka apa lagi yang akan di tikam oleh Sime babi selepas ini? Hanya Tun Musa Hitam dan kroni-kroni Pak Lah yang mengetahuinya......
-------------------------------------------------------------------------------------------------
KANGAR 26 Dis. - Datuk Seri Shahidan Kassim akan mengadakan pertemuan dengan Sime Darby Berhad (Sime Darby) bagi membincangkan pelaksanaan projek di bawah konglomerat itu di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang didakwa terlalu perlahan.
Penasihat Khas kepada Perdana Menteri berkaitan NCER itu berkata, pertemuan yang dijangka diadakan minggu hadapan itu akan melihat kemungkinan wujud salah faham atau perbezaan pendapat sehinggakan projek yang dirancang syarikat terbabit tidak dapat berjalan seperti dirancang.
''Saya melihat penglibatan Sime Darby yang membabitkan NCER tidak begitu menyerlah berbanding syarikat-syarikat besar dalam koridor lain seperti Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Petronas yang giat melaksanakan projek yang dirancang.
''Pada peringkat perancangan mereka muncul tetapi apabila tiba peringkat pelaksanaan membabitkan projek yang dibincangkan tersebut, mereka seperti 'senyap' sekejap," katanya di sini hari ini.
Shahidan berkata, pertemuan bersama konglomerat itu penting bagi meleraikan kemungkinan wujud sebab tertentu kerana sekiranya wujud masalah berbangkit, ia perlu diselesaikan dengan cara terbaik.
''NCER merupakan projek kerajaan yang lebih kepada membina rakyat. Kita tidak mahu ada sebarang unsur politik dalam projek ini kerana ia hanya akan merugikan rakyat.
''Berhubung perkara ini saya sebagai perantara kepada Perdana Menteri, akan berjumpa dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri yang terlibat dalam NCER bagi mencari kata sepakat," ujarnya.
Dalam pada itu, Shahidan menolak dakwaan kononnya projek Pusat Benih Negara di Perlis akan dipindahkan ke Bukit Tangga, Kedah.
''Kawasan di Bukit Tangga memang strategik kerana mempunyai tapak yang luas untuk percubaan tanaman dan kedudukannya berdekatan dengan Institut Penyelidikan dan Pertanian Malaysia (MARDI).
''Bagaimanapun Unit Perancangan Ekonomi (EPU) menerima rayuan saya agar ia dikekalkan di Perlis tetapi perbincangan lebih lanjut perlu dilakukan dengan pemaju projek iaitu Sime Darby," jelasnya.
Tambahnya, mengikut perbincangan awal bersama Sime Darby, mereka tidak memerlukan tanah yang terlalu luas iaitu kira-kira 16 hektar.
''Percubaan tanaman pula dibuat dengan kerjasama penduduk setempat yang terpilih dan mereka ini mempunyai tanah untuk diusahakan.
''Cara ini bukan sahaja menguntungkan Sime Darby tetapi memberi kebaikan kepada petani kerana benih yang dikeluarkan berkualiti tinggi dan selepas percubaan berjaya, mereka boleh membeli benih itu untuk dikomersialkan," ujarnya.
Kenapa la sejak akhir-akhir ini Sime Darby ada pula macam-macam perancangan yang nak dibuat.Sedangkan projek NCER yang mereka kena uruskan di sebelah utara macam takde apa pun.Nampak segala perancangan macam tergesa-gesa je.Hari tu soal penswastaan IJN.Bila cadangan tersebut mendapat bantahan keras dari rakyat rancangan tersebut telah dibatalkan.Kini timbul pula idea baru dengan kerjasama Tony aka Air Asia untuk membina lcct baru di Labu.Pada hal tempat yang dicadang bukannya jauh pun dengan KLIA.Guna la tempat yang telah di sediakan.Lcct dekat KLIA pun telah siap dibesarkan.Apa yang aku nampak ini adalah satu percubaan untuk "membunuh" KLIA di Sepang yang dibina oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.Tun Musa Hitam sebagai pengerusi Sime Darby ingin menggagalkan semua legasi Tun Dr Mahathir.Seperti juga soal IJN tempoh hari.Semua orang tahu idea penubuhan IJN adalah dari Tun Dr Mahathir.Itu pun mereka nak ambil alih.Aku rasa la mereka ni ada perancangan tersembunyi.Maklum la,Tun Musa kan ibarat Penasihat Pak Lah n beliau pun banyak dendam kesumat yang ingin dibalas terhadap Tun Dr Mahathir.Yang aku bertambah sakit hati lagi terhadap Sime Darby ni kenapa la yang dia nak tolong si Tony tu.Sime darby ni GLC la.Ramai lagi usahawan-usahawan Melayu yang sepatutnya di tolong.Tony tu dah jadi jutawan dengan sekelip mata.Tak kan la dia tak mampu nak bayar kos pada MAHB.Dah la sebelum ni macam-macam kelebihan yang kerajaan pimpinan Pak Lah bagi pada Air Asia.Sehinggakan MAS yang dah tentu syarikat kerajaan di anak tirikan dalam pelbagai perkara.Ada tiga bulan lagi kepimpinan negara akan bertukar tangan.Kita tengok je la apa yang akan berlaku lagi selepas ini.Mungkin ada kejutan yang lebih besar.Hanya Pak Lah serta penasihat-penasihatnya yang tahu apa yang beliau ingin lakukan.