Tuesday, December 16, 2008

BABI KAMPUNG BERJAYA, ALOR STAR

2009 Kongres Akan Diadakan Di Perak Untuk Menuntut Kandang Berhawa Dingin Untuk Kediaman BABI. Cari kawasan yang sesuai jangan di tepi lereng bukit ya...Masterdedah.

Semasa isu hangat berkenaan Kerajaan Kedah hendak ternak Babi, saya sengaja tidak mahu menyentuh mengenainya. Bagi saya impian, cadangan, komitmen dan cadangan yang diutarakan oleh Kerajaan Kedah sekarang adalah Retorik semata-mata. Sama lah hebatnya retorik di zaman Kerajaan BN Kedah terdahulu. Isu yang sensitif ini, samalah juga seperti isu ternak babi di Selangor. Alasan yang diberikan oleh Kerajaan Kedah PAS dan Kerajaan Selangor PKR, mirip sama cuma dioleh dalam skrip yang berbeza.


Alasan yang di beri pertama, Ladang Ternak Babi ini adalah diluluskan oleh kerajaan BN terdahulu. Kerajaan Negeri sekarang cuma 'endose'kan sebagai menghormati Keputusan yang di buat Kerajaan BN terdahulu. Kedua, sistem ladang yang akan dimajukan adalah yang paling selamat dan berteknologi tinggi dengan konsep 'under one roof'.Maknanya babi diternak, diberi makan, di sembelih, di lapah, di bungkus di tempat yang sama dalam bangunan ladang tersebut. Yang keluar dari ladang itu adalah daging babi yang telah di bungkus. Hebatkan....Ini bererti kawasan tanah yang di perlukan mestilah maha luas dan projek ini boleh dikategorikan Projek Mega yang melibatkan ratusan juta ringgit. Tapi syukurlah, cadangan membina Ladang Babi di Bukit Selambau tidak jadi kerana Jabatan Haiwan kata tidak sesuai lagi. Soalnya kenapa tidak dibatalkan terus cadangan tersebut? Kenapa perlu hendak dicari ganti tempat yang lain? Rakyat meluat sebab kerajaan BN terdahulu meluluskan perkara tersebut, tetapi rakyat bertambah Meluat dengan Kerajaan PAS sekarang kerana tidak membatalkan projek tersebut. Susahkah untuk membatalkannya?



Sekarang ini pun, ramai penduduk melayu yang tinggal di ALor Star, malu hendak mengaku duduk di ALor Star. Tahukah anda Alor Star selain terkenal dengan Pekan Rabu, terkenal juga dengan Pusat Penyembelihan Babi di Kampung Berjaya, Jalan Putra?. Sungguhpun Kedah bermajoritikan orang Melayu, Kedah ada pusat penyembelihan babi. Di Penang yang bermajoritikan cina, tak pulak terdengar menjadi Pusat Penyembelihan Babi!.Di Perak ada ladang babi, tetapi tidaklah sebesar Projek Mega Kedah dan Selangor.



Jika Kerajaan Kedah sukar untuk membatalkan Projek Mega Babi ini, maka rakyat melihat Pusat penyembelihan Babi di Kampung Berjaya takkan juga boleh di tutup. Bukankah Pusat Penyembelihan Babi itu terletak hampir dengan Kampung Teluk Yan, yang bermajoritikan orang Melayu?. Dato Seri Uztaz Azizan perlu bertindak menutup pusat ini sebab sebelum PAS membentuk kerajaan negeri tahun ini, PAS lah juga yang menghentam Kerajaan terdahulu kerana gagal untuk menutup pusat tersebut dan merakyatkan Ladang Ternak Bukit Selambau dalam PRU12.




Parti apa pun yang membentuk kerajaan negeri Kedah pada masa lalu, kini dan akan datang, penduduk sekitar Kampung Berjaya dan orang melayu seluruhnya, HENDAKKAN kerajaan menutup pusat tersebut. Kerajaan BN terdahulu telah gagal dan beretorik, dan kini Kerajaan PAS pula beretorik dan berpolitik. Malu rasanya bila suatu hari nanti Kedah dikenali Pusat Pengexpotan Daging Babi Terbesar di Malaysia.

1 comment:

Anonymous said...

Isu ni perlulah diselesaikan segera. Jgn takut kurang undi.Jika masalah ni selesai lagi besar kejayaan diakhirat nanti.