Sejak kebelakangan ini semakin ramai pemimpin bukan melayu yang tampil untuk menjadi hero. Ada yang hendak menjadi Hero Hindustani dan Hero Cina. Kebanyakan isu yang di bangkitkan adalah Ketuanan Melayu, Agama Islam, ISA, Malaysian Malaysia yang menyamaratakan hak bumiputra dengan kaum lain, DEB dan sebagainya. Semua isu ini bila diteliti, perkara asasnya ialah melibatkan orang melayu dan bumiputra. Jika DAP dan PKR yang ditunjangi dengan kaum cina mengharubirukan perkara yang berkaitan Melayu, orang india pula dah mula bermain api dengan menyentuh isu-isu melayu.
Parti yang ditunjangi oleh kaum india, banyak yang menentang tetapi dalam senyap. Menentang dalam kelambu. Cara pendekatan yang digunakan lebih 'bersifat selamat'. Mereka menggunakan HINDRAF, NGO-NGO dan Majlis Peguam. Apabila isu yang berkaitan Hak Orang Melayu yang didokong oleh pemimpin-pemimpin HINDRAF dan NGO-NGO ini menampakkan sokongan kaum muda india, pemimpin parti seperti PPP mula terikut-ikut rentak semasa dengan hasrat mereka juga akan mendapat sokongan dari kaum india tadi. MIC pun dengan lantang meminta supaya pemimpin HINDRAF dibebaskan dari ISA. pendekatan MIC ini telah mendapat sokongan beberapa penyokong HINDRAF dan memungkinkan 'survival' politik pemimpin MIC dalam Pemilihan MIC selamat. Kini Pemimpin PPP pula menggunakan tajuk dan platfom yang sama. Tajuk ISA dan platfom Pemilihan PPP. Mengapakan kaum india lebih gemarkan isu ISA dari isu ekonomi kaum mereka dan ekonomi negara? Sebelum ujudnya HINDRAF, ada juga orang india yang ditahan ISA, tetapi mereka tidak begitu hirau berkenaannya.
Parti politik mempunyai agenda tertentu dalam memperjuangkan ISA. Sejarah membuktikan PKR meminta ISA di mansuhkan apabila ada pemimpinnya yang di tahan ISA. DAP tidak perlu dijelaskan, mereka menentang kerana pemimpin mereka juga ada ditahan ISA. PAS juga sama. BN juga ada yang ditahan ISA terdiri orang melayu! Tetapi kaum cina dan india hendakkan ISA dimansuhkan dalam waktu yang sama Mengugut dan meanancam Melayu menerusi perkara hak orang melayu yang telah termaktub dalam perlembagaan. Dan orang melayu janganlah terkejut apabila pada suatu hari nanti, kaum lain mencabar pula orang melayu, bahawa Raja dan Sultan bukan hanya milik orang melayu!. Keadaan ini akan berlaku apabila kuasa politik orang melayu tidak kuat kerana pecah belah.
PKR mula menambah propaganda mengembalikan kekebalan Raja. Walhal pada waktu yang sama, memperjuangkan Hak Sama Rata semua kaum. Bolehkan pemilikan ekonomi disama ratakan antara melayu, cina dan india? Sedangkan selepas 51 tahun, melayu masih tertinggal dalam pemilikan ekonomi kepada kaum cina? Lihatlah melayu di Perak dan Pulau Pinang, apabila kuasa politik berada dibawah orang cina!. Mereka tidak langsung melepaskan peluang apabila berkuasa dengan mengambil peluang sebanyak-banyaknya. Selama 51 tahun tolak ansur dan kompromi kepada kaum cina, adakah mereka menyanjung kompromi orang melayu? Rakyat sebenarnya tidak mahu perbalahan antara kaum berlaku. Tetapi pemimpin yang mengapi-apikan perkauman inilah PUNCA kepada perbalahan sesama kaum. Maka pemimpin cina, india dan melayu yang mengapi-apikan perkauman perlu disumbat dalam ISA. Rakyat sebenarnya harmoni dengan berbilang kaum dengan setiap kaum menerima hak-haknya. Tetapi dengan 'mengapi-apikan' hak kaum lain yang digembar gemburkan dalam kempen-kempen politik, risalah-risalah politik, ceramah-ceramah politik, perhimpunan politik, rusuhan politik dan lain-lainnya, maka ia telah menyemarakkan 'api perkauman' dalam hati rakyat.
Siapa yang silap? Sudah tentu pemimpin cina, india dan melayu yang membawa wadah perjuangan 'mencabar hak kaum lain' yang bertanggungjawab. Pemimpin inilah nanah kepada perpaduan kaum. Memanglah ISA perlu dipinda pada perkara-perkara tertentu tetapi bukan dimansuhkan. Terbukti selama 51 tahun ISA diujudkan, Malaysia berjaya membendung kegiatan subversif, pengganas kepada negara sendiri dan bukan hanya kepada komunis.
Bahkan jika dipinda, penulis menyarankan supaya pindaan ini lebih memperkuatkan ISA tersebut. Bukankah komunism di abad ini bukan setakat mengangkat senjata dan berperang tetapi merangkumi meracuni minda rakyat? Bahkan negara yang mengamalkan demokrasi ( Raja Berpelembagaan dan Republik) pun berlaku kegiatan subversif seperti yang berlaku di Iraq, Negara Balkan, Kesatuan Soviet dan Eropah?. Definasi Pengganas juga perlu diperluaskan bukan hanya yang bersifat kepada perang bersenjata, tetapi merangkumi pengganas ekonomi, pengganas sosial, pengganas budaya, pengganas perpaduan kaum dan pengganas politik. Tidak perlulah mana-mana parti politik menggunakan pendekataan ugutan dan ancaman kepada kaum lain, untuk mendapat sokongan.
‘PPP bebas keluar BN’
KUALA LUMPUR 9 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Parti Progresif Rakyat (PPP) bebas untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika pemimpinnya mahu berbuat demikian.
Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang disyaratkan oleh PPP untuk ia kekal sebagai parti komponen BN.
“Kalau itu pilihan mereka (untuk keluar BN), apa yang boleh kita buat,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Abdullah mengulas gesaan Presiden PPP, Datuk M. Kayveas bahawa partinya akan meninggalkan BN jika kerajaan tidak membuat sebarang pindaan yang bersesuaian terhadap ISA sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
Gesaan itu dibuat ketika Kayveas merasmikan persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita PPP akhir bulan lalu.
Abdullah berkata, dalam mesyuarat BN hari ini, tidak ada mana-mana pihak termasuk PPP yang mengutarakan sebarang keinginan untuk meninggalkan BN.
“Tidak ada sesiapa buat kenyataan untuk keluar BN,” katanya.
Pada mesyuarat hari ini PPP diwakili oleh Naib Presidennya, Datuk Maglin D’ Cruz kerana Kayveas sedang bercuti di Los Angeles, Amerika Syarikat.

No comments:
Post a Comment