16 Disember 2008, saya telah menyatakan isu ladang ternak babi dan pusat penyembelihan babi Kampung Berjaya. Pada 17 Disember 2008, terkejut dengan cerita Kepala babi di gantung di pagar sekolah di Negeri Melaka.
Kejadian ini diberitakan bukan kali pertama. Sudah tiga kali tapi masih belum selesai. Melaka bukanlah negeri yang besar, ketiga kecil selepas perlis dan Pulau Pinang. Keluasan Melaka adalah 1650 kilometer persegi dan ianya dibahagikan kepada tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin (rujuk http://www.melaka.gov.my/). Tapi kenapa kes seperti ini masih tidak boleh selesai? Datuk Seri Ali Rustam selalu sahaja mengagung-agungkan kejayaan pentadbiran dan kemajuan negeri dibawah pentadbirannya. Beliau dikatakan pembawa perubahan dan pembangunan Melaka sehingga Melaka dinobatkan sebagai bandaraya Melaka. Baru-baru ini beliau menarik balik pengharaman orang Melaka Melawat Kelantan. Saya bukan hendak menyentuh soal ini kerana saya melihat tindakannya 'Melarang Orang Melaka' melawat Kelantan sebenarnya kerja gila. Saya kata 'kerja gila' kerana Tanah Melayu ini sebenarnya Tanah Untuk semua orang, bukan tanah milik Datuk Seri Ali Rustam atau milik Parameswara! Maka semua orang boleh melihat tanah mereka..Atau kalau nak effisienkan cadangan beliau, Datuk Seri Ali perlu memagar seluruh Tanah Melaka, jangan bagi orang Melaka keluar dari pagar tersebut....!. 'Kerja gila' selalu disuaipadan dengan 'idea gila'. Bukan begitu.
Selaku calon Timbalan Presiden Perhimpunan Agung UMNO, adakah beliau memenuhi syarat ini Rakyat Malaysia untuk di pilih Timbalan Presiden? Isu babi Melaka yang sekecil itu pun sudah masuk 3 bulan tidak dapat diatasi, bagaimana pula jika tuntutan ternak babi di peringkat Negara?. Adakah beliau begitu sibuk berkempen dan melobi sebagai calon PAU sehingga terlupa banyak Kepala babi di pamerkan kepada orang ramai secara percuma?. Menyerahkan kes untuk tindakan dan siasatan polis, adalah langkah yang biasa dilakukan. Tetapi dalam kes babi Melaka, ianya amat unik dan memerlukan iltizam dan komitmen Datuk Seri Ali Rustam. Eloklah Datuk Seri tumpukan masalah dalam negeri dahulu, sebelum cuba-cuba menerjah masalah negara. Takut tak tertanggung pulak! Betapa marahnya rakyat, sehingga ada yang menggambarkan Datuk Seri Ali seperti gambar diatas!
1 comment:
Majlis Bandaraya Alor Setar adalah tanah tumpah darah saya. Saya mempunyai hubungan rapat dalam masyarakat peniaga dan pekerja awam terutama di pejabat-pejabat kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan Perbadanan-Perbadanan yang lokasinya dalam Bandaraya Alor Setar. Bukan untuk menabur fitnah atau memporak perandakan orang lain tetapi hati saya seperti mendapat seru supaya tampil dengan ilmu dan maklumat yang di dengari. Rasa cinta kepada Bandaraya Alor Setar, memaksa saya untuk memanjangkan isi hati saya dalam pentas maya. Mungkin pentas maya adalah pilihan tidak tepat bagi sesetengah orang, tetapi bagi saya pentas maya ini membolehkan saya untuk 'berkata-kata' tanpa disekat dimana-mana ayat. Pentas BPR? Biarlah orang lain pula...
Bandaraya Alor Setar telah banyak mengalami perubahan. Pada tahun 1975 saya hanya boleh melihat pokok-pokok hutan dan belukar sepanjang Jalan Stadium. Pada waktu itu Limbung Kapal dan stesen keretapi tempat binatang buas berkeliaran selain sundal dan jalang yang macam binatang. Kawasan Wisma Darul Aman dan Taman Jubli Perak tempat Jin Bertendang!. Jalanraya dari Kanchut ke Istana Anak Bukit-Titi Gajah-Kepala batas pun hanya 2 lorong yang sempit. Sekitar Bangunan Pejabat MBAS sekarang di Jalan Kolam Air, dahulunya penuh dengan belukar kecil terutama di tapak lama Dewan Syed Omar yang sekarang ini tapak Komplek City Point (Komplek MBAS) dan City Plaza. Saya masih ingat pekerja bandaran pada masa itu (arwah Ismail) kawan bapa saya, yang kerjanya mengangkat najis, sentiasa berkata "harap-harap anak aku yang sorang tu dapat kerja kat bandaran ni". Begitu agung dan murninya sebagai pekerja bandaran pada masa itu. Saya yang berusia 8 tahun selalu juga dibawa berjumpa dengan tuan Azmi Yeop di Pejabat bandaran Anak Bukit. Bapa saya kata Pakcik Azmi ni berjawatan Setiausaha pejabat bandaran Anak Bukit ketika itu. Sekarang saya dengar beliau tinggal di Taman Mas Merah tetapi sudah tak pernah berjumpa. Sekarang pejabat itu, kosong dan rosak teruk dan hanya digunakan untuk tempat pemindahan mangsa banjir yang lalu selain dijadikan Surau sementara, semasa Masjid Anak Bukit (sekarang Masjid Tunku Intan Shafinaz). Dewan itu mempunyai nilai sejarah tersndiri tetapi kini ditinggalkan tanpa penjagaan oleh majlis.
Peredaran zaman telah menjadikan Alor Setar berkembang dengan pembangunan fizikalnya. Ramailah juga pekerja-pekerja Majlis yang di rekrut dari kumpulan sokongan. Mulai tahun 1994 Majlis Perbandaran Kota Setar mula mengambil kakitangan yang berdiploma dan berijazah untuk memantapkan proses perbandaran yang semakin berkembang. Sungguhpun ramai kakitangannya pada masa tersebut, jarang saya mendengar berita angin tentang adanya berlaku penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang kronik. Mercu tanda pertama Majlis Perbandaran dalam pembangunan Alor Setar adalah dengan pembinaan sebuah komplek MPKS menggantikan Dewan Dato Syed Omar di Jalan Kolam Air. Inilah titik mulanya program penswastaan Majlis Perbandaran Kota Setar. Pembangunan secara penswastaan ini, dikatakan akan meningkatkan pendapatan MPKS selain daripada Cukai Pintu. Komplek MPKS ini disewakan kepada Pasaraya City Point dan lebih dikenali Komplek City Point. Dengan adanya pusat perniagaan baru itu, banyaklah peluang perniagaan kecil-kecilan yang dapat ditumpangi oleh penduduk Alor Setar. Antara yang bertuah dapat mencari rezeki dengan berniaga ruang legar City Point adalah mak saudara saya.
Berniaga dan permohonan untuk berniaga di ruang legar di situ amat tidak bermasalah sejak beroperasi hinggalah tahun 2000 kerana mungkin kurang permintaan dan tidak maju lagi walaupun hawa dinginnya tidak sesejuk mana. Tetapi sekarang komplek itu seperti sudah jadi Komplek Haru Biru.Menurut rakan saya yang pernah Mengaudit Akaun Komplek dari tahun 1999 hingga tahun 2002, Akuan Komplek MPKS mempunyai dana yang banyak. Pada tahun 2000 sahaja Fixed Deposit di bank rakyat, bank bumiputra, bank pertanian dan Affin Bank yang berjumlah RM2 juta. Bahkan menurut akauntan bertauliah ini jika saya tidak percaya, saya boleh mendapatkan maklumat dari bekas akauntan MPKS ketika itu yang sekarang bertugas sebagai di Majlis Agama Islam Kedah. Saya bertambah terkejut kerana menurut kawan saya ini wang komplek MPKS pada tahun 2007 hanya tinggal kira-kira beberapa ratus ribu, dan pernah mengalami hampir tidak mampu untuk membayar gaji kakitangannya.
Dari perbualan mulut ke mulut dikalangan pekerja MBAS sendiri dan peniaga ruang legar komplek itu, antara punca kejatuhan komplek adalah masalah pengurusannya. Salah laku pengurusan komplek dalam tempoh 5 tahun yang lalu, telah menggunakan wang komplek untuk membiayai projek-projek atau penyelenggaraan yang bukan berkaitan dengan komplek MPKS itu sendiri sebaliknya wang komplek digunakan untuk membuat pembaikan kolam renang, pembaikan kaunter tiket stesen Shahab Perdana dan tempat letak kereta yang sepatutnya tidak boleh menggunakan wang komplek. Kos penyelenggaraan komplek pula dimonopoli oleh syarikat tertentu yang ada hubungan baik dengan ketua unitnya. Menurut bekas akauntan MPKS pada tahun 2000 anggaran pembaikan hawa dingin yang dicadangkan oleh bekas ketua bahagian ketika itu hanyalah sekitar RM200,000 tetapi telah di tender dengan anggaran lebih RM500,000 oleh ketua bahagian yang baru dilantik.
Dalam tempoh 5 tahun yang lalu penyelenggaraan dan pembaikan Komplek banyak yang di outsouce kan seperti kawalan keselamatan, penyelenggaraan lif, hawa dingin, pembaikan-pembaikan kecil, kebersihan komplek dan sebagainya. Sungguh pun ianya dilakukan secara sebutharga atau tender, penilaian dan anggaran kos kepada harga tidak dikawal oleh kakitangan yang relevan bertaraf jurutera. Percaya atau tidak komplek MPKS diuruskan sepenuhnya oleh seorang berstatus Chargeman samada penyelenggaran kerja awam, sivil, makanikel dan elektrikal!.Kuasa chargeman ini lebih tinggi daripada kuasa ketua bahagian komplek kerana proposal dan penilaian bermula daripada beliau! Menurut kakitangan MBAS sendiri chargeman ini sudah beberapa kali menerima surat pertukaran tetapi enggan ditukarkan dan tidak bertukar. Apakah sebabnya seseorang yang tidak mahu ditukarkan ke bahagian lain? Berdasarkan risalah BPR seseorang yang tidak mahu ditukar kerjanya adalah tanda-tanda punca rasuah berlaku..
Hubungan baik saya dengan kakitangan MBAS membolehkan saya mendapat maklumat tentang projek terbaru kos pembaikan hawa dingin dan pembaikan lantai kalis air komplek. Chiller Hawa dingin berpusat komplek telah ditenderkan secara terpilih sebanyak RM1.8 juta. Walau bagaimana pun hanya pembaikan berjumlah sebanyak RM900,000 sahaja yang dibuat dan bakinya tidak dijalankan kerana kekurangan wang peruntukan. Sungguh pun tender ini mengikut prosedur tetapi yang menghairankan kenapa perlu di tenderkan berjumlah RM1.8 juta dalam 1 dokumen tender. Perkara yang tidak masuk akal ialah jika majlis mempunyai peruntukan tambahan kelak, maka baki pembaikan RM900,000 itu tetap akan diberikan kepada syarikat tersebut (syarikat yang sama) tanpa mengadakan tender yang lain. Perkara yang menjadi tanda tanya ialah jika Hawa Dingin itu boleh di selenggara dan boleh berfungsi dengan baik pada kos pembaikan RM900,000, mengapa perlu ditender dengan kos RM1.8 juta? Mengapa tidak dilakukan 2 dokumen tender yang berasingan jika pembaikan itu boleh dibuat dalam 2 fasa?. Menurut kakitangan tersebut lagi, konsultan yang dilantik untuk tujuan tender tersebut pun, diselaraskan oleh chargeman tersebut dan bukan kakitangan bertaraf jurutera Makanikal dan Elektrikal. Seharusnya penyelarasan dan pengawalan projek jutaan ringgit ini diletakkan dibawah seorang jurutera Jabatan Kejuruteraan. Pengawalan yang baik bermula dengan seawal dari perlantikan konsultan sendiri hinggalah pengawasan projek siap. Layakkah projek ini dikawal oleh seorang Chargeman dan seorang Penolong Akauntan? Tidakkah MBAS melihat ini sebagai satu kesilapan dan tindakan bodoh serta penyalahgunaan penurunan kuasa?
Pembaikan lantai kalis air di tingkat 6 Komplek juga mempunyai cerita ketirisan tersendiri. Dari maklumat peniaga komplek, projek itu berjumlah RM180,000 dan dikategorikan sebagai kerja-kerja awam. Walau bagaimana pun penyediaan kos dan penilaian harga dilakukan oleh chargeman. Mungkin chargeman terlalu genius melebihi seorang jurutera yang berijazah, maka beliau boleh melakukannya walaupun hakikatnya ianya tidak masuk akal. Menurut cerita mulut ke mulut, urusan sebutharga dan penjualan dokumen sebutharga ini tidak mengikut amalan rasmi majlis. Menurut amalan rasmi sebarang sebutharga akan diuruskan oleh bahagian ukur bahan dan penjualan dokumen dilakukan oleh Jabatan Kewangan. Tetapi projek RM180,000 ini dilakukan secara bersendirian oleh komplek MBAS bermula dari penyediaan dokumen, anggaran kos, penilaian, pengawasan hinggalah pembayaran. Keadaan ini menyebabkan banyak berlaku kecacatan selepas projek siap seperti air hujan yang bertakung kerana tidak dapat dialir keluar. Akibatnya lantai tersebut terpaksa di ketuk semula untuk membuat parit alir keluar di atas lantai. Ianya berpunca apabila design dan tatacara kerja 'waterproofing' dibuat secara 'flat'/sama paras dengan lantai bumbung tanpa darjah kecerunan yang boleh air mengalir. Sungguh pun ia tidak melibatkan kos tambahan, tetapi ia menunjukkan bahawa ciri 'expetise'/kepakaran jurutera awam tidak digunakan dan dibuat secara berkepentingan. Ini juga menunjukkan projek ini bergantung sepenuhnya kepada kontraktor dengan pengawasan yang minimum, seterusnya menimbulkan tandatanya dikalangan kakitangan. Mungkinkah juga kos harga disediakan chargeman yang diciplak dan ditentukan oleh kontraktor? Jelas peniaga itu lagi selain daripada hutang tertunggak penyewa yang tidak terkutip dan hutang sebenar Pasaraya City Point yang berjumlah hampir RM2 juta tetapi hanya dibayar sekitar RM300,000, ketirisan pengurusan penyelenggaraan komplek adalah penyebab dana komplek menyusut dengan teruk.
Kakitangan yang bekerja terlalu lama di bahagian tertentu seperti di Komplek, akan menimbulkan Kuasa Autokratik kakitangan tersebut dan menyebabkan berlaku penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Saya hanya menyeru kepada MBAS supaya segera sedar bahawa kakitangan majlis yang seperti ini akan menyebabkan majlis lemah dan semakin menghimpit kawangan majlis yang meruncing. Jika ianya tidak dibenteras segera ianya akan menyebabkan majlis hilang kakitangan yang luhur dan jujur kerana mereka semakin hilang kepercayaan kepada pengurusan. Baru-baru ini juga timbul isu komplek berkaitan dengan sebutharga kebersihan dan kawalan keselamatan. Menurut pekerja komplek sebutharga itu akan diberikan kepada sebuah syarikat yang sekarang menyelenggara dan membekal klorin di Kolam Renang MBAS dikenali Gulam Rasul. Kontraktor ini adalah rakan karib kepada chargeman komplek. Jika ini adalah benar maka menurut pekerja tersebut amatlah membahayakan majlis kerana kontraktor tersebut masih lagi mempunyai kes BPR di Kuala Lumpur. Menurutnya lagi semasa komplek menawarkan penyelenggaraan Kolam Renang kepada Gulam Rasul, beliau diketahui mempunyai kes BPR dan rakan rapat kepada Chargeman dan Penolong Akauntan.
Biarpun ini belum terbukti benar tetapi atas dasar sayang kepada tanah tumpah darahku Alor Setar, saya berharap Majlis Bandaraya Alor Star bertindak dengan wajar dan jujur demi kesejahteraan rakyat. Pokok tidak akan sentiasa bergoyang jika tidak ada sebabnya.
Post a Comment