Monday, December 1, 2008

DESAKAN KHAS UNTUK DATUK ZAID.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, penulis perlu menegaskan dan membuat mengemukakan desakan kepada Majlis Tertinggi UMNO supaya memecat Datuk Zaid jika beliau tidak mahu meletak jawatan dan keluar daripada UMNO. Dengan penuh keyakinan, banyak pihak dari akar umbi dan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri tidak akan mempertahankan beliau jika beliau masih mahu kekal dalam UMNO. Biarlah beliau berjuang dengan rakan karibnya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh atau Anwar Ibrahim. Penulis amat yakin, beliau sudah 'tiada taring' dalam UMNO dan BN, hatta di peringkat Bahagian Kota Baharu. Untuk kesinambungan kerjaya politiknya, beliau perlu akur bahawa sifat, perangai dan tindak tanduknya 'tidak melayakkan' beliau dalam kerajaan Pak Lah. Beliau sekarang sedang mencari dahan bergantung harap untuk kesinambungan politiknya. Penulis menjangkakan beliau akan ke khemah PKR. DAP dilihat hanya layak untuk menjadi khemah tumpangan semata. DAP amat sesuai untuk beliau menyalur maklumat menghentam ketuanan melayu. PAS juga tidak menjadi pilihannya kerana liberalisasi tidak begitu menyerlah dalam perjuangannya. Lagipun akar umbi PAS di Kelantan, tempat kelahirannya, tidak menyukai tindak tanduknya yang suka menggadai maruah melayu. Selain PKR ada segelintir Pemimpin Melayu yang kecewa yang boleh ditungganginya, PKR ada tempat untuk beliau jika mahu bertanding PRU13. Maka jika Datuk Zaid seorang bermaruah, tinggalkan UMNO dan pergilah ke khemah-khemah yang beliau mahukan. Jangan rosakkan maruah anda dan jangan sehingga rakyat mengenang anda sebagai petualang UMNO dan Melayu. Jika beliau tidak mahu keluar dan meletakkan jawatan, maka penulis menyimpulkan, beliau sebenarnya hanya berhasrat menunggu Majlis Tertinggi UMNO bertindak memecat beliau. Bukankah sandiwara beliau ini sama seperti sandiwara Datuk Yong Teck Lee SAPP?. Tindakan beliau mencabar dan menyanggah ketuanan melayu, begitu jugalah pada masa ini beliau menyanggah dan mencadar kepimpinan UMNO untuk bertindak keatas beliau. Sudah tiba masanya, beliau disingkirkan kerana lagi lama beliau duduk di Putrajaya itu, semakin banyak maklumat kerajaan, UMNO dan BN yang akan di CIA kan kepada pembangkang. Beliau adalah pembangkang tegar dalam kerajaan BN.


Zaid wajar dihukum -UMNO tidak rugi apa-apa


KUALA LUMPUR 30 Nov. – Kerajaan dan UMNO tidak akan rugi jika bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim ingin menyertai parti pembangkang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Zaid bukanlah individu yang berpengaruh dan penting hingga boleh menjejaskan kerajaan serta UMNO jika beliau menyertai pihak pembangkang.
‘‘Sebenarnya, kita tidak rugi apa- apa pun kalau benar beliau (Zaid) akan menyertai pembangkang.
‘‘Bagi saya, ini perkara biasa kepada Zaid apabila tidak ada dalam kerajaan, mana lagi beliau hendak pergi melainkan ke pembangkang,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek perumahan Duta Suria di sini hari ini.
Mohamed Nazri mengulas mengenai hasrat Zaid yang tidak menolak kemungkinan akan menyertai parti pembangkang sewaktu menghadiri perasmian Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ke-5 di Stadium Melawati, semalam.
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, sewaktu Zaid dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri, kebanyakan rakyat langsung tidak mengenali beliau.
Menurutnya, itu sudah menunjukkan bahawa Zaid bukanlah individu yang berpengaruh dan akan menjejaskan kerajaan serta UMNO jika beliau menyertai PKR.
Ditanya adakah UMNO akan mengambil tindakan ke atas Zaid berhubung kehadirannya pada Kongres PKR, beliau berkata, tidak ada gunanya untuk mengambil tindakan ke atas Zaid.
‘‘Seperti saya katakan, beliau (Zaid) bukan individu penting yang kita perlu bersusah payah memikirkan apa yang perlu kita lakukan ke atas beliau,’’ katanya.

No comments: