Monday, December 1, 2008

SIPOLITIK WANG, BERSIAP SEDIALAH ANDA!

Ini baru peringkat siasatan dan belum ke peringkat pendakwaan. Belum ada prima facie lagi. Tetapi Syukurlah kita kerana akhirnya ada 'bunga-bunga' pemimpin yang terlibat politik wang akan menerima pembalasannya. Di Kedah banyak yang kita dengar kes politik wang, tetapi sukar untuk dibuktikan. Saksi dan bukti ada pada 'orang' yang memberi' dan 'orang yang menerima'. Saksi yang melihat, belum tentu akan dapat membuktikan berlakunya rasuah. Bertambah peninglah orang melayu..Jika ada prima facie tetapi akhirnya seseorang yang disabitkan dibebaskan kerana tiada bukti kukuh, maka akan menjadi 'kes rujukan' kepada orang lain untuk melakukan politik wang pada masa depan. Akhirnya sukar juga untuk membenterasnya. Penulis mencadangkan, jika ada kes seumpama ini, tindakan yang boleh diambil oleh Majlis Tertinggi adalah 'pemecatan automatik' atas sebab Moral Pemimpin yang telah 'diketahui umum' bahawa mereka melakukan politik wang!.
Di Kedah 9 yang berprofil tinggi mungkinkah melibatkan bahagian-bahagian utama di Kedah? Penulis amat berminat untuk menanti pengumuman bahagian-bahagian yang terlibat. Mungkinkah bahagian Kota Star, Kuala Kedah, Baling, Kuala Nerang, Sungai Petani, Kubang Pasu, Kulim dan lain lagi.


BPR selesai siasat sembilan aduan
Oleh Johari Ibrahim



ALOR STAR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) Kedah setakat ini sudah menyelesaikan siasatan sembilan aduan berhubung dakwaan rasuah politik pada pemilihan Umno di negeri ini yang dimulakan sejak bulan lalu.
Pengarah BPR Kedah, Nooraziah Abdul Manaf, berkata hasil siasatan itu sudah diserahkan kepada ibu pejabatnya di Putrajaya untuk penelitian Bahagian Pendakwaan. Beliau berkata, semua aduan itu didapati ada asas untuk siasatan walaupun pihaknya menghadapi sedikit masalah untuk mendapatkan saksi. Bagaimanapun, tidak ada tangkapan dilakukan sehingga sekarang. “Bahagian Pendakwaan BPR akan mengambil tindakan lanjut selepas meneliti hasil siasatan itu,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Difahamkan, sebahagian besar aduan itu membabitkan urusan pemilihan jawatan ketua bahagian. Bagaimanapun, Nooraziah enggan mengulas sama ada akan ada individu tertentu yang mungkin didakwa berhubung kes itu kerana ia dalam bidang kuasa Bahagian Pendakwaan BPR. “Siasatan mendapati pengadu yang juga perwakilan parti menerima antara RM50 hingga RM300 seorang,” katanya. Pada 4 November lalu, beliau dilaporkan berkata pihaknya membuka sembilan kertas siasatan membabitkan kes berprofil tinggi berkaitan perjalanan mesyuarat perwakilan Umno di negeri ini sejak bulan lalu. Semalam, Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdul, dilaporkan berkata agensi itu sudah menyiasat sebahagian besar daripada 82 kes rasuah, politik wang dan salah guna kuasa membabitkan semua parti politik

No comments: