Monday, December 22, 2008

DATUK AHMAD LEBAI SUDIN DIGANTUNG


Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena digantung keahlian
22/12/2008 1:39pm
Oleh Arshad Khan


KUALA LUMPUR 22 Dis. – Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena di Kedah, Datuk Ahmad Lebai Sudin digantung keahlian selama dua tahun bermula 17 Disember lalu oleh Lembaga Disiplin UMNO setelah didapati bersalah melakukan sabotaj terhadap parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.
Bekas Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahmad Kuris Mohd. Nor pula diberikan amaran setelah didapati bersalah berkempen untuk jawatan parti menggunakan blog.
Selain kedua-dua mereka, seorang ahli Pergerakan Wanita UMNO Pokok Sena, Halimah Hanafi turut digantung keahlian selama tiga tahun kerana membuat aduan palsu diikuti dua Ahli Jawatankuasa Cawangan UMNO dalam Bahagian Batu, Abdul Kadir Abdul Karim dan Remlah Abd. Rahman pula diberikan amaran.

1 comment:

Anonymous said...

dia dapat balik jawatan ketua bahagian dia diterima..rayuan dia diterima..dia tak bersalah.MAhadzir khalid dan konconya takut dgn dia..