Tuesday, December 16, 2008

BASIKAL JEPUN VS KERETA JEPUN..


Kalau dah nak beli, macam-macam alasan boleh bagi. Tapi alasan yang paling canggih dan rakyat tak persoal banyak ialah 'Menjimatkan Wang Rakyat'. Adakah dengan membeli kereta baru, akan menjimatkan wang rakyat? Menggunakan kereta Proton V6 akan membazirkan wang rakyat? Setiap kenderaan itu, ada usia tempoh hayatnya...Macam juga YAB Menteri Besar Perak, ada usia dan hayatnya. Tak taulah pulak saya kot-kot Datuk Ngeh Koo Ham menyangka hayatnya akan selama-lamanya! Semua jenis kereta, dengan penyelenggaraan yang baik mungkin boleh menjangkau lama usianya..7 tahun..10 tahun dan ada kereta dah berpuluh tahun. Tetapi yang paling baik, usianya 5 tahun. Mungkin Perak akan beli 'cash' dan tak ada loan mengeloan ni. Jadi mungkin itulah mereka tidak ada erti kata hayat kereta!. Kalaupun Perdana V6 tu dah berumur 5 tahun, takkan lah nak di lupus? Nak di 'trade in' tak viable sebab Camry beli 'cash' walaupun guna Local Order.



Sengaja bagi gamabar tak lengkap, sebab ramai sangat PEMIMPIN POLITIK complaint.

Adakah Perdana V6 baru akan melibatkan 'maintenance' yang tinggi jugak hingga RM1 juta? Kalau jawapan 'YA' begitu, saya bimbang ada penyelewengan dan BPR kena bertindak!. Kalau jawapan 'TIDAK' maka mana-mana kerajaan negeri kena beli Perdana V6. Tak salah nak tukar baru...Tukarlah. Tapi Tukar baru kepada Perdana. Kalau beli 'cash' pun, harga Perdana baru sekitar RM101,500 dan kalau executive RM110,000 sahaja. Murah tu....Harga Toyota Camry RM167,000. Jumlah semua RM2.7 juta. Tak masuk 'maintenance'nya 4 tahun lagi!. Setiap sebuah beza RM57K. Kalau 16 buah 912K. Kalau round up figure RM1 juta!. Sama jugak dengan nilai maintenance RM1 juta Perdana v6 yang dikatakan MB Perak. Tetapi RM1 juta ini adalah untuk 4 tahun!. Kalau dah takut 'maintenance' tinggi dan hati tu was-was, Datuk Nizar lantiklah panel bengkel sendiri, selain yang dilantik oleh kerajaan BN terdahulu. Tak pun tanya Datuk Koo Ham DAP, kot-kot ada kawannya yang bukak Bengkel Kereta kat Jelapang...Tentu murah kan? Macam orang nak kawin dua, di larang macamana sekalipun, macam-macam lah alasan dan cara yang akan dibuat orang itu...Tak payah lah nak salahkan kerajaan kerana tak bagi pelepasan cukai atau apa apa saja. Kerajaan Trengganu pun saya tak setuju beli Merz. Tapi Perak jangan samakan dengan Trengganu. Trengganu ada duit dalam simpanan RM2 billion! Perak ada bape? Hatta Kedah pun kalau nak ganti kereta baru, gantilah....Tapi kereta Perdana V6 dah cukup elok. Buat dasar setiap 4 tahun @ 5 tahun sekali tukaq baru Perdana. Atau pun buat dasar kerajaan negeri bayar setakat harga kereta perdana V6, dan jika ada exco yang nak pakai Toyota, Merz, atau traktor sekalipun, lebihan harga tu, exco tersebut yang kena bayaq...

Orang kampung masih dok pakai basikal Jepun, Exco Pakai Kereta Mewah Jepun. Tak ke teruk punya exco Perak, lawat orang kampung pakai Selipar Jepun naik basikal Jepun, Depa naik Kereta Mewah Jepun. Nasib baik tak ambik drebar Jepun...




Exco Perak Salahkan Kerajaan Pusat Harga Toyota Camry Mahal
IPOH, 14 Dis (Bernama) -- Anggota Exco Kanan Perak Datuk Ngeh Koo Ham Ahad menyalahkan kerajaan pusat sebagai penyebab kerajaan negeri Perak terpaksa membayar harga tinggi bagi pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 untuk anggota exco kerajaan negeri dan pegawai kanannya.Beliau berkata keengganan kerajaan pusat memberikan pelepasan cukai menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar harga RM167,000 untuk sebuah Toyota Camry berbanding harga sebenar hanya RM97,000 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi.Sambil menegaskan peruntukan untuk membeli kereta baru itu telah diluluskan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional yang lepas, Ngeh berkata keputusan pembelian itu adalah untuk mengelakkan wang rakyat dibazirkan bagi membayar kos penyelenggaraan tinggi kereta rasmi sedia ada."Adalah lebih menjimatkan menyenggara kereta-kereta Toyota Camry daripada kumpulan Proton Perdana V6. Kami mahu menjimatkan wang dengan membeli kereta baru oleh kerana kos senggara tidak begitu tinggi," katanya kepada pemberita selepas konvensyen DAP Perak di sini.Pada Jumaat, Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kerajaan negeri akan mengeluarkan RM2.7 juta bagi membeli kereta baru itu, dan menyatakan menyenggara Perdana melibatkan kos tinggi.Pengumuman Menteri Besar itu mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri Pangkor Datuk Dr Zambry Abd Kadir yang menyifatkan kerajaan negeri tidak menepati janji untuk berbelanja secara berhemah. Di ALOR STAR, Mohammad Nizar ketika bercakap kepada pemberita selepas membuat kunjungan hormat di Pejabat Menteri Besar Kedah, berkata keputusan membeli kenderaan tersebut dibuat selepas kerajaan negeri membuat kajian lebih empat tahun mengenai penggunaan serta kos membaiki kereta proton Perdana terdahulu.Katanya dalam tempoh itu, kos untuk membaiki kereta Perdana telah mencecah lebih RM1 juta."Jadi apa guna kita ikut balik sejarah lama, kita kena buat perubahan untuk menjimatkan wang rakyat," kata beliau.

No comments: