Dalam tajuk "Pilihanraya Kecil ke2 Tahun 2008" penulis mengharapkan sumbangan sufer untuk mengemukakan pandangan mengenai Isu Semasa yang akan dirakyatkan dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Trengganu kelak. Kali ini penulis ingin memaparkan isu yang melibatkan wang rakyat yang berkemungkinan di rakyatkan oleh Pakatan Rakyat. Maka sebelum ianya menjadi isu nasional, Menteri yang bertanggungjawab perlu 'merakyatkan penyelesaian' kepada isu yang berbangkit tadi.
Kali ini melibatkan Syarikat milik kementerian Pelancungan, PEMPENA yang dilapurkan kerugian berpuluh juta ringgit. Isu ini menambahkan keyakinan penulis akan dirakyatkan dalam pilihanraya kecil itu nanti, apabila DS Azalina sendiri mengesahkan akan mengambil tindakan ke atas Pempena. Tindakan apa? Sudah tentu ianya berkaitan dengan 'beberapa kecacatan dalam mengurus pelaburan Pempena'. DS Azalina yang gagal dalam mendapatkan cukup pencalonan dalam Pemilihan Wanita UMNO yang baru lalu, perlu mengekalkan reputasi yang baik dalam menangani Pempena. Sudah pasti Profile DS Azalina yang gah dan menang tanpa bertanding di Parliman Pengerang, tahu isu Pempena ini akan menjadi topik nasional di Kuala Trengganu.
Dalam lapuran firma Pricewaterhouse coopers (PWC), menyatakan Pempena telah melabur di lima buah syarikat yang tidak berfungsi iaitu Malaysia Tourism Executive Sdn Bhd (Matex), Sri Kebaya Restaurant Sdn Bhd, Malaysi Restaurant Hyderabad Limited (Awana Hyderabad), Dalamasa dan Nathena. PWC mencadangkan supaya Pempena mengeluarkan pelaburan dari 5 syarikat tersebut yang mengakibatkan kerugian RM20 juta.
Keraguan juga berlaku dalam pembabitan Pempena yang membuat pelaburan RM18.3 juta dalam pelaburan Perkhidmatan Teksi Eksekutif (Pets) dimana rekod menunjukkan projek berkenaan gagal dan mengalami kerugian berjumlah RM7.8 juta. Projek lain yang mengalami kerugian oleh syarikat itu ialah 'my destination' berjumlah RM7.5 juta.
Dalam Akhbar The Sun Nov, 17 di petik dari rencana R. Nadeswaran menyebutkan Pempena telah membeli 1 juta saham bernilai RM1 juta dalam syarikat SD Corp Sdn Bhd dimana dijangkakan mendapat perolehan sebanyak RM8 juta dan keuntungan RM100,000 bagi tahun pertama. Walau bagaimanapun syarikat itu mengalami kerugian sebanyak RM2 juta dan Pempena telah membayar RM2.1 juta dalam nilai saham berkenaan. Namun dalam lapuran itu menyebut sehingga 31 Julai 2008, Sijil saham tersebut masih belum dikeluarkan.
Selain dari itu, akhbar itu juga melapurkan bahawa Perkara yang memeranjatkan adalah Minit Mesyuarat dalam Lembaga Pengarah itu 'diubah oleh tandatangan dibelakang' dan ini diakui oleh audit dalaman syarikat Pempena.
Apa yang memeranjatkan penulis adalah Lapuran akhbar ini menyebutkan "Syarikat milik Kementerian pelancungan, Pempena memberi pendahuluan RM300,000 kepada Ummi Hafilda untuk mengadakan konsert Amir Diad di Kuala Lumpur. Lapuran itu menyebutkan bahawa " Pempena tidak pun melihat surat perjanjian antara kedua-dua pihak sebelum mengeluarkan cek. Dan seperti yang dijangka, konsert tersebut tidak jadi diadakan. Apabila konsert tidak jadi, Ummi Hafilda mengembalikan ketiga-tiga cek tendang kerana tiada wang di dalamnya. Namun tidak ada tindakan yang dilakukan oleh syarikat itu". Biarpun itu adalah suatu lapuran dalam akhbar yang mungkin berat sebelah, tetapi fakta yang dibangkitkan perlu diperhalusi dan mendapat penjelasan daripada DS Azalina selaku menteri bertanggungjawab. Apakah pelaburan-pelaburan yang menggunakan wang rakyat ini berlaku pada zamannya atau ianya adalah rentetan daripada Menteri Pelancungan yang terdahulu, ini memerlukan Keterangan Fakta yang tepat.
Penulis semakin pening kerana 2 figure wanita ini masing-masing sedang memburu puncak politik. Ummi menawarkan diri dalam 'kepimpinan' Puteri UMNO dan DS Azalina dalam Wanita UMNO. Berdasarkan perbalahan yang semakin nyata dua wanita ini, dengan Ummi Hafilda merujuk DS Azalina dengan isu Lesbian dan DS Anwar dengan isu Homoseksual, tidak mustahil Perang di Kuala Trengganu akan semakin perit. “What is the difference between a woman who is alleged to be a lesbian and a man who is a alleged to be a homosexual, especially when the allegation came from the very same person?”...Ummi Hafilda.
No comments:
Post a Comment