Readaptation by: Admin
Sebenarnya saya merasa sedikit hairan kenapa media berbahasa melayu jarang menyentuh isu ini. Setelah sekian lama Pengeluar Tenaga Bebas (IPPs) menikmati keuntungan berlipat kali ganda, nilai cukai yang rendah serta penerima subsidi gas terbanyak. Kita seolah-olah lupa bahawa, subsidi kepada IPPs ini juga sebenarnya melibatkan wang kita sebagai rakyat Malaysia.Kenapa kerajaan begitu cepat bertindak untuk menaikkan harga petrol & diesel? Kurang 12 jam dari pengumuman penstukturan semula subsidi yang dibuat pada 4 June lalu, harga petrol/diesel sudah meningkat lebih 40% di stesyen-stesyen minyak. Tetapi kini, harga minyak dunia merudum keparas USD45 per barrel, namun Tarif Elektrik tidak diturunkan bahkan dibantah oleh CEO TNB dan Datuk Shaziman jika kerajaan hendak menurunkan Tarif Letrik.
Bertambah hairan apabila cadangan kerajaan untuk mengenakan Levi Keuntungan Luar Biasa (Windfall Profit Levy) kepada IPPs menjadi bantahan 'gila-gila' oleh tycoon IPP sehinggakan kerajaan begitu sukar untuk bertindak. Menurut Laporan Kewangan Tahunan Petronas, IPPs telah menerima subsidi gas terbesar negara dengan jumlahnya sebanyak RM8.1 Billion pada tahun lalu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang di terima oleh IPPs semenjak tahun 1997 ialah RM35.7 Billion.
Bilangan IPPs [1]
IPPs ditubuhkan untuk membantu TNB membekalkan tenaga electrik selepas berlaku beberapa siri ganguan bekalan yang besar di sekitar tahun 1990an.Menurut laporan Suruhanjaya Tenaga di dalam laman web rasmi mereka, untuk tahun 2003, Malaysia memiliki 23 buah IPPs di seluruh negara.Antara IPPs terbesar (selain dari subsidiary TNB) ialah YTL Power yang mempunyai plant di Paka dan Pasir Gudang, Genting Sanyen di Kuala Langat dan Segari Energy Ventures (subsidiary Malakoff) di Lumut. Malakoff juga mempunyai kepentingan sebanyak 90% di dalam Stesyen Janakuasa Tanjung Bin, Johor dengan kapasiti 2100 MW.
Semasa PM mengumumkan penstukturan semula subsidi itu lebih kurang jam 4pm itu. Ada 2 perkara yang menarik perhatian saya.
1. PENSTRUKTURAN SUBSIDI PETROL DAN DIESEL DI PAMBerkuatkuasa, 5 Jun 2008, harga petrol akan meningkat sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1.00 setiap liter. Harga baru petrol dan diesel di pam adalah RM2.70 seliter dan RM2.58 seliter.
2. SUMBANGAN SYARIKAT PENJANA TENAGA BEBAS (IPP)IPP dijangka menjana keuntungan lebih daripada pulangan pasaran. Selaras dengan penstrukturan semula subsidi bagi gas, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan peruntukkan di bawah Akta Levi Keuntungan Berlebihan 1998 (Windfall Profit Levy Act 1998), ke atas IPP, sebagai sumbangan mereka terhadap kenaikan kos bahan api untuk menjana tenaga elektrik. Kuantum bagi levi itu adalah 30 peratus daripada lebihan pulangan aset pada nilai threshold melebihi 9 peratus berdasarkan akaun mereka yang diaudit.
Perkara (1), tidak perlulah kita bincangkan disini, susah ada banyak laporan dan ulasan mengenainya. Walau bagaimanapun dalam blog politikpbt.blogspot.com ini, anda boleh layari banyak tajuk berkaitan Harga Minyak. Pandangan dan desakan yang konsisten oleh penulis Anakwatan Kedah supaya Harga Minyak Petrol dan Diesel diturunkan pada harga yang sepatutnya, mengikut apungan harga pasaran dunia.
Perkara(2), insyaAllah saya akan kupas semudah mungkin.
Berapa keuntungan IPPs? [3]
Sila rujuk rajah diatas.p/s : tiada pengesahan mengenai angka-angka diatas. Ia cuma dilaporkan oleh Persatuan IPPs Malaysia (Penjana Bebas) tanpa sebarang sokongan Audit Luaran.Berapa harga gas yang dijual oleh Petronas kepada IPPs?
Sila lihat rajah dibawah
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Petronas. Gas dijual kepada IPPs dengan harga yang sangat murah. Ada pihak mengatakan, harga gas yang dijual oleh petronas kepada IPPs sebagai “tidak masuk akal”.Harga pasaran bagi gas asli ialah dilingkungan RM63.17/mmbtu (juta British Thermal unit). Sedangkan Petronas menjual kepada IPPs pada harga RM6.40 MMBTU sebelum dinaikkan kepada RM14.31/mmbtu. Ini bermakna, IPP masih menikmati subsidi sebanyak RM48.86/mmbtu walaupun selepas harga distrukturkan semula. Bahkan TNB juga mendapat subsidi Petronas sekalipun dinafikan oleh CEO TNB!. Jadi, tidak hairanlah IPPs adalah penerima subsudi gas terbesar negara. Dan, tidak hairan jikalau mereka mendapat keuntungan yang berganda saban tahun.Untuk rekod, 20% gas yang dibekalkan ke semenanjung (termasuk ke IPP) adalah di import dari Indonesia.
Gas yang belum diproses itu di import dari Lapangan West Natuna, Indonesia itu disalurkan melalui platform Duyung di luar pantai Terengganu dan disalurkan ke Gas Processing Plant (GPP) Kerteh sebelum dibekalkan kepada pengguna (termasuk IPPs) di Semenanjung Malaysia melalui sistem pipeline yang dinamakan Peninsular Gas Utility System (PGU System).Ini bermakna, Petronas membeli 20% gas dari Indonesia dengan harga pasaran, tetapi terpaksa menjual sebahagiannya dengan harga yang sangat-sangat murah kepada IPPs.Jadi, di dalam urus niaga ini, mengikut perkiraan saya, Petronas mengalami kerugian. Ia juga bermaksud, Petronas, kerajaan dan rakyat terpaksa menyerap harga gas yang tinggi untuk dibekalkan kepada IPPs. Secara tidak langsung, hasil kepada Petronas, kerajaan (dan rakyat) juga akan menurun.
Apa itu windfall profit levy? [4]
Di dalam bahasa mudah, windfall itu membawa maksud perumpaan bahasa melayu iaitu durian runtuh. Berapa wang rakyat dapat diselamatkan jika levy ini berkuatkuasa?Menurut Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, sebanyak RM600 juta dapat dikumpulkan jikalau levy ini berkuatkuasa.Isu hendak menjaga kebajikan 26 juta rakyat Malaysia atau pemegang bond & IPPs?
Saya bukanlah seorang yang pakar untuk memperkatakan tentang system pasaran kewangan dan bond. Namum, tekanan telah diberikan oleh beberapa pihak dari bank, pemegang bond dan IPP sendiri kepada pihak kerajaan agar Levy Keuntungan Berlebihan ini dikaji semula. Alasan-alasan yang diberikan oleh sekumpulan kecil rakyat Malaysia ini ialah diantaranya, nilai bond IPPs itu akan menurun tarafnya (derating), gangguan kepada system kewangan dan kebolehan IPP itu sendiri di dalam membayar hutang-hutang mereka dan pelbagai lagi. Sudah pasti CIMB yang amat lantang memkritis kerana CIMB adalah pengeluar bond terbesar bagi IPPs ini.IPPs dah untung besar, dapat banyak subsidi, berapa banyak lagi mereka mahu?Seperti yang kita tahu sebelum ini, IPPs telah menikmati subsidi yang besar dari kerajaan. Perniagaan IPP boleh katakan sebagai ‘no risk existing” dan cukup mudah. Ini kerana, bekalan yang diberikan kepada TNB akan dibeli tidak kira sebanyak mana TNB pakai, harga bekalan bahan bakar yang dibeli lebih murah dari harga pasaran serta cukai yang rendah. Jika dilihat dari Laporan Kewangan YTL Power International 2007. Keuntungan sebelum cukai mereka adalah sebanyak RM1,296,757,000. Cukai yang dibayar kepada kerajaan (dalam & luar negara) sebanyak RM27,543,000 (selepas beberapa pengecualian).
[5]Menurut 1 temuramah akhbar The Star dengan bekas CEO TNB, Tan Sri Ani Arope, Semasa perjanjian pembelian tenaga (Power Purchase Aggrement – PPA) di buat. beliau hanya diberi seperti, ini harganya..., ini jumlah tenaganya... dan ini jumlah tahunnya..., kamu hanya perlu setuju sahaja.! [6]
PPA yang berat sebelah antara IPP dan TNB itu dikatakan menjadi punca Tan Sri Ani meletak jawatan sebagai CEO TNB. Dalam temuramah tersebut, Tan Sri Ani berkata – TNB dipaksa untuk menerima harga yang ditetapkan oleh IPP sebanyak 16 sen seunit (kWh). Jika TNB menerima harga tersebut, TNB terpaksa mengenakan harga kepada pengguna sebanyak 30 sen seunit selepas dicampur dengan beberapa kos penghantaran dan kos TNB yang lain. Sedangkan, pada masa itu, TNB sendiri dapat mengeluarkan tenaga elektrik dengan kos 8 sen seunit dan dapat dijual kepada pengguna dengan harga 17 sen seunit.Kini, dari 17sen seunit, Kerajaan telah menaikkan kepada 21.8sen bagi 200KWj dan 34.5sen seunit bagi KWj seterusnya. 21.8sen ini sebelum Julai 2008 dinikmati oleh semua rakyat jelata pendapatan rendah dan sederhana. Mulai Julai 2008 rakyat yang menggunakan lebih 200KWj tidak kira berpendapatan rendah, sederhana atau tinggi perlu bertarung dengan kadar yang lebih tinggi 34.5sen seunit. Ini bermakna sekalipun anda berpendapatan RM1500 dan menanggung ramai bilangan keluarga, kerajaan tidak menjamin bahawa anda akan mendapat manfaat Subsidi Tenaga Letrik. Anda masih menanggung 'beban' kehidupan di bumi Malaysia, dan TNB/kerajaan seolah TIDAK MAHU AMBIL TAHU adakah kadar 200KWj yang ditetapkan itu Releven dan Munasabah bagi sebuah keluarga yang besar?
Berapa agaknya gaji big-big boss IPP ini?Dari laporan kewangan YTL Power International, imbuhan kepada pengarah-pengarah syarikat mereka adalah seperti berikut adalah seperti berikut :
Dan, ini pula gaji bos-bos di TNB. Jadi, tidak hairan jika kita pernah terdengar ura-ura gaji CEO TNB hendak dinaikkan sebanyak 100%.
Penutup
Saya masih mencari data berkaitan dengan jumlah yang telah dibayar oleh IPP kepada kerajaan kerana saya pernah mendengar Windfall Tax ini telah dibayar sebahagiannya. Namun saya belum menemui fakta bertulis. Sila betulkan maklumat saya jika ada sebarang info yang tidak tepat agar pembaca artikel ini mendapat maklumat yang lebih tepat. Persoalan rakyat perlu dijelaskan setelus-telusnya oleh kerajaan, antaranya:
1. Rakyat menyimpulkan TNB tidak diurus dengan cekap. Ketidakcekapan ini menyebabkan rakyat yang menanggung beban.
2. Kemana windfall tax yang dikutib ini dibelanjakan?
3. Kenapa windfall tax ini tidak dikembalikan kepada rakyat secara langsung kepada penurunan tarif letrik?
4. Tidakkah Datuk Shaziman terfikir bahawa Tarif Elektrik adalah faktor utama kepada kenaikan harga barangan, iaitu sama hebat kesannya dengan turun naik harga minyak? Maka ianya memberi kesan langsung kepada taraf hidup rakyat?
5. Masalah dana kewangan TNB adalah tanggungjawab pengurusan TNB dalam menguruskan TNB. Kegagalan ini tidak logik dan tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada rakyat untuk membayar lebihan kos yang ditanggung dan dilakukan oleh TNB sendiri. Kenapa harus rakyat yang perlu menanggung kos ini?
6. TNB dan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Air perlu lebih telus dengan mendedahkan apa perkara yang akan dibuat dari segi penjimatan yang hendak dijalankan. Jimat dalam bidang apa, berapa kos penjimatannya, tempoh waktu yang diambil dan berapa cepat tindakan boleh dilaksanakan?
7. Apa yang hendak dilakukan keatas lebihan margin tenaga 47%? Margin ini lah antara punca wang TNB dibazirkan. Bagaimana pula dengan Margin tenaga dari stesen Jimmah yang juga akan membazirkan wang rakyat? Dari sumber dana manakah untuk membangun projek Bakun? Semua ini akan ujud kaitan langsung dengan Tarif Elektrik.
8. Kenapa tidak diujudkan sebuah Jawatankuasa yang mengkaji kemungkinan berkaitan Tarif Letrik terdiri pakar-pakar dalam pelbagai bidang dan tidak hanya berpandukan kepada kajian-kajian oleh TNB sahaja? Walaupun sekarang ini, TNB belum gagal, tetapi pada anggapan rakyat TNB belum cukup cekap. Ujud pakar pengkaji akan membantu Kementerian dan TNB keluar dari kemelut ini, dan berkemungkinan juga akan ada ruang yang boleh diambil untuk menurunkan Tarif Elekterik.
9. Dalam penstrukturan subsidi yang lalu, kenaikan tarif letrik tidak akan 'terkena' atau dirasai oleh 60% penduduk Malaysia. Bagaimana dengan 40% lagi yang merasai kenaikan itu? Bukankah 40% ini termasuk juga golongan pendapatan rendah dan sederhana? Golongan berpendapatan tinggi yang tinggal suami isteri sahaja, dalam sebuah banglo, mungkin juga tergolong dalam kelompok 60% kerana penggunaan letrik rendah. Mungkin juga mereka tidak sering dirumah, lampu tidak dipasang selalu kerana sudah ada pondok pengawal keselamatan atau pakaiannya digosok di kedai dobi! Bagaimana dengan orang pendapatan sederhana di rumah teres dengan keluarga yang besar dan semuanya dilakukan dalam rumah tersebut?
Justeru saya juga mengharapkan kerajaan dapat mengkaji semula kandungan PPA agar ia lebih memberi manfaat kepada pengguna dan rakyat Malaysia. Janganlah selepas pakatan rakyat merakyatkan Tarif Elektrik di Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu, barulah kerajaan tergopoh gapah untuk bertindak. Terima kasih.
IPPs Tycoon : (ikut arah pusingan jam dari atas): Ahmad Jauhari Yahya, Malakoff Bhd MD; Ahmad Zubir Murshid, Sime Darby Bhd President/CEO; Francis Yeoh of YTL Power International Bhd; T Ananda Krishnan of Tanjong plc; Syed Mokhtar Albukhary of MMC Corp Bhd; Lim Kok Thay of Genting Group.
No comments:
Post a Comment