Sunday, December 14, 2008

ALASAN TARIF LETRIK TIDAK BOLEH DITURUNKAN..MEMUALKAN

Dalam blog ini pada bulan November yang lalu, penulis menyentuh persoalan Bila tarif Letrik hendak diturunkan. Penulis juga menyebut beberapa isu yang akan dirakyatkan dalam Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu. Kali ini penulis menjangkakan isu ketirisan TNB akan dirakyatkan di Kuala Krengganu.
Datuk Shaziman Abu Mansur menyatakan, tarif letrik TNB pada masa sekarang tidak mungkin akan dapat dikurangkan walaupun harga minyak dunia telah turun keparas terendah. Menurutnya kadar tarif letrik tiada kaitan dengan harga minyak. Ini kerana TNB menggunakan bahan bakar gas 60%, arangbatu 30% dan lain-lain 10%.Walau bagaimanapun dari segi kos, arangbatu menyumbang 60% dan gas 30%. Maka penurunan Tarif letrik tidak boleh dibuat sekarang. Benarkah begitu alasannya...?




Sedangkan Keuntungan TNB pun sejak 2006 telah dijangka akan bertambah dari setahun ke setahun. Pada Julai 2008, tarif letrik telah dinaikkan dimana , TNB menetapkan tarif kediaman sebanyak 21.8 sen untuk satu kilowatt jam (kWj) bagi penggunaan 200 kWj pertama sebulan manakala 34.5 sen bagi penggunaan unit seterusnya. Kesan dari kenaikan tarif itu, membolehkan TNB Untung Bersih RM298.8 juta dalam suku ketiga berakhir pada 31 Mei 2008 walaupun untung bersih ini turun sedikit berbanding pada tahun 2007 RM1.09 bilion . Pokok ceritanya, TNB masih untung lagi!.Pelaksanaan tarif baru itu tidak menjejaskan pengguna yang menggunakan kurang daripada 200 kWj sebulan dengan anggaran bil elektrik kurang daripada RM43.60. Bagi rakyat yang menggunakan lebih 200KWj, maka mereka perlu membayar 34.5sen lebihan tenaga letrik yang digunakan. Adakah rakyat yang menggunakan lebih 200KWj adalah golongan kaya raya? Jika difikirkan alasan lain kenapa tarif letrik tidak diturunkan kerana kesan langsungnya adalah kepada golongan rakyat kelas sederhana, yang pada PANDANGAN TNB dan/atau Datuk Shaziman golongan ini mempunyai duit!. Jika begitulah alasannya, adakah benar begitu?





Rakyat terkejut apabila Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar mengatakan bekalan tenaga letrik negara tidak mencukupi pada tahun 2011 dan 2012. Sedangkan pada waktu sekarang margin simpanan tenaga TNB adalah 47%. Margin simpanan ini dengan bahasa yang mudah difahami ialah stok tenaga letrik yang berlebihan yang tidak digunakan sekarang. Stok ini di bekalkan oleh IPP (penjana kuasa bebas) dan stok ini harus dibayar oleh TNB kepada IPP walaupun ianya tidak digunakan oleh TNB. Perlu diingat bahawa margin tenaga (stok) yang diperlukan oleh negara adalah 25% sahaja. Maka kos operasi TNB akan meningkat berbillion ringgit setiap tahun. Kos yang tinggi ini, menyebabkan pendapatan bersih TNB semakin berkurang dan jika TNB hendak mendapat untung yang lebih baik, maka sebahagian kenaikan kos untuk membayar 'stok' tenaga letrik daripada IPP, perlulah dikembalikan atau ditanggung oleh pengguna. Maka menurunkan tarif letrik akan mengurangkan pendapatan TNB dan ini tidak mungkin akan dibenarkan oleh TNB. Adakah ini juga alasan kenapa Tarif letrik tidak boleh di turunkan? Jika inilah alasannya, benarkah begitu?






Yang agak memelikkan, penurunan minyak tidak mempengaruhi harga tarif letrik. Lebih memelikkan, menurut Datuk Seri Che Khalib CEO TNB, Subsidi bahan bakar gas oleh Petronas kepada TNB juga tidak boleh dijadikan alasan untuk menurunkan tarif. Walaupun gas yang dibeli oleh TNB pada harga subsidi berbanding harga semasa RM34.00, ianya tidakmemberi kesan langsung untuk membolehkan kerajaan menurunkan tarif letrik. Ini kerana harga arangbatu meningkat AS$110 (RM391.80) setan. TNB boleh menurunkan tarif apabila harga arangbatu pada atau di bawah paras AS$75.00 setan seperti diunjurkan oleh TNB sebelum ini. Ini bermakna kos TNB dari penggunaan arangbatu adalah tinggi dan tidak didapat ditampung dengan penggunaan bahan bakar gas. Benarkah begitu alasannya..? Ini bermakna kos yang tinggi ditanggung oleh TNB adalah disebabkan: Pertama, peningkatan kos bahan bakar arangbatu dan kedua, kos untuk membayar kepada IPP. Dalam jangkamasa terdekat, amat mustahil untuk mengurangkan kos DUA faktor ini, dan tarif letrik tidak mungkin boleh diturunkan. Adakah begitu alasannya?





TNB hanya akan dapat MEMULAKAN mengurangkan kos modalnya sebanyak RM5 billion hingga RM6 billion pada tahun 2009++. Ini bermakna penurunan tarif secara relistiknya, hanya boleh difikirkan mulai tahun 2009++, bergantung kepada KEJAYAAN TNB mengurangkan kos modalnya dan penurunan bahan bakar arangbatu. Adakah begitu alasannya?






Datuk Seri Che Khalib telah berkata "Kita sebenarnya menghadapi masalah peningkatan harga bahan api. Ramai kurang faham kenapa tarif elektrik masih dikekalkan sedangkan harga minyak sudah turun. Biarpun harga minyak turun, harga gas untuk menjana elektrik adalah kekal. Harga bahan api mewakili 60 peratus daripada kos keseluruhan yang ditanggung TNB. Harga gas yang kita bayar tetap sama.
Kedua, bahan api kedua yang terbesar kita gunakan adalah arang batu dan harganya juga tinggi iaitu masih di paras melebihi AS$100 pada bulan lepas (Oktober). Sekarang, (ketika temubual), harganya jatuh ke paras AS$80 - AS$90, tetapi masih lagi tinggi. Jadi, bagaimana hendak kita turunkan tarif elektrik jika kosnya masih tinggi? Kita telah menyerap semua kos tambahan dan akibatnya suku terakhir sebelum ini, kita alami kerugian. Harga arang batu semakin turun tapi apa yang merisaukan mulai Januari tahun depan, TNB mula kena membayar bagi tenaga elektrik janaan Jimmah (stesen janakuasa Jimmah, Negeri Sembilan). Ini akan menambahkan beban TNB". Maka dengan ini, tarif letrik sudah pasti tidak akan diturunkan, kerana alasan diatas bahkan mungkin akan dinaikkan. Benarkah begitu?





Datuk Seri Che Khalib berkata lagi, "Kami (TNB) sudah memulakan kempen penjimatan atau kawalan kos sejak empat tahun lalu. Pelbagai langkah telah kita ambil. Dalam operasi, kita cuba mendapatkan harga terbaik dan tenaga kerja TNB turut memahami bahawa perbelanjaan yang tidak diperlukan atau boleh ditangguhkan, akan ditangguhkan dulu dengan memastikan aspek-aspek penyelenggaraan tidak terjejas. Alhamdulillah, sejak empat tahun lalu, kita telah berjaya mengurangkan berlakunya gangguan bekalan elektrik". Inikah alasan tarif tidak boleh diturunkan? Persoalannya, selama 4 tahun yang lalu, penjimatan yang dilakukan oleh TNB tidak menyentuh kepada penjimatan kos yang dibayar kepada IPP. Sedangkan kos kepada IPP ini yang jelas terlalu tinggi hingga margin (stok) tenaga TNB 47% dan akan bertambah melebihi 60% dengan beroperasinya stesen janakuasa Jimmah di Negeri Sembilan. Dan stok ini perlu dibayar oleh TNB dari pendapatannya yang diperolehi dari penggunaan letrik rakyat.





Dalam hal untuk meningkatkan pendapatan TNB, beliau berkata lagi, "Banyak cara lain kita boleh buat. Peningkatan tarif adalah perkara terakhir, itu pun jika tiada lagi pilihan lain. Kita mungkin perlu berbincang dengan pembekal tenaga bebas (IPP) untuk bersama-sama menangani masalah dan melihat bagaimana kerajaan boleh membantu TNB mengurangkan beban. Pada masa lampau, kerajaan telah membantu TNB dengan memberikan subsidi gas pada kadar yang tinggi.
Jadi, dengan langkah-langkah tadi, beban TNB boleh dikurangkan. Kita mahu memastikan TNB mempunyai dana mencukupi untuk menyelenggara kesemua peralatan pada waktu yang ditetapkan. Sekiranya gagal, peralatan ini akan mula bermasalah dan ia akan meruncing dan mendatangkan beban pada masa hadapan. Ini yang menyebabkan terputusnya bekalan elektrik, pembekalan tenaga tidak stabil dan sebagainya". Jelaslah menurunkan Tarif letrik untuk dimengurangkan beban rakyat, tidak ada dalam kamus TNB dan cadangan menurunkan tarif adalah 'pendekatan luar biasa' untuk diambil oleh TNB. Benarkah begitu alasannya?






Berdasarkan alasan-alasan yang diberikan oleh TNB, maka jelaslah, perancangan strategik Tenaga Elektrik Negara tidak diuruskan dengan cekap. Ketidakcekapan ini dapat dilihat dengan margin tenaga (stok) TNB yang berlebihan tidak digunakan. Umpama sebuah 'kedai hardware' disebuah kampung, menyimpan stok paku hingga 45 tan banyaknya, dan akan ditambah 20 tan lagi tahun 2009, walhal penggunaan paku oleh orang kampung sudah pun lebih daripada cukup sejak tahun 2006. Tidak salah Kedai hardware ini mengunjurkan stok perlu ada dalam kedainya 25 tan setahun. Lebih idealnya, kedai ini sepatutnya telah MENGKAJI semula stok yang sepatutnya disimpan pada setiap tahun. Maka kita boleh mengatakan AMAT BODOH DAN AMAT TIDAK CEKAP sipemilik kedai dan pengurus-pengurusnya!.





Mungkin TNB mempunyai alasan bahawa perancangan bekalan tenaga elektrik ini berkaitan dengan unjuran pembangunan negara yang dijangkakan oleh TNB sebanyak 4% setahun sejak 4 tahun lepas. Tetapi pengurusan yang cekap akan sentiasa BOLEH MENGHIDU SEGALA KEMUNGKINAN, MENELITI DAN MENGKAJI unjuran ini setiap tahun semasa? Jika TNB boleh menjangkakan pada tahun 2009 pertumbuhan permintaan tenaga berada pada paras negatif, maka sudah tentu pada setiap tahun dari tahun 2004 mereka juga sudah tahu pertumbuhan permintaan pada tahun-tahun seterusnya. Tetapi kenapa IPP yang dikeluarkan terlalu banyak? Bukankah pada tahun 2006, stok tenaga sudah melebihi 25%? Jika projek IPP mengambil masa 5 tahun pun, TNB sudah boleh menetapkan bilangan IPP yang optimum pada tahun 2001 supaya stok tenaga pada tahun 2006 tidak berlebihan?





Apapun alasan yang diberikan oleh TNB dan Datuk Shaziman, tidak boleh dimaafkan kerana Ketidakcekapan ini telah menyebabkan KETIRISAN WANG RAKYAT yang keterlaluan hingga menyebabkan rakyat terus ditekan. Kesilapan ini menyebabkan Rakyat yang menanggung beban. Layakkah Che Khalib menerajui TNB lagi atau menerajui lain-lain GLC pada masa depan? Penurunan tarif Letrik kepada isirumah yang menggunakan lebih 200KWj mestilah dilakukan secepat mungkin kerana golongan ini bukanlah golongan yang berpendapatan tinggi apatah lagi kos sara hidup sekarang yang terlalu menekan. Kerajaan haruslah memahami, bahawa sebuah keluarga besar yang tinggal dalam sebuah rumah, sudah pasti akan menggunakan tenaga letrik yang lebih. Penggunaan letrik melebihi 200KWj, boleh berlaku di rumah setinggan, rumah teres, rumah kampung, rumah berkembar hinggalah rumah sesebuah. Penggunaan ini bergantung juga kepada bilangan isi rumah dan barangan letrik yang digunakan. Adakah seseorang yang mempunyai seterika, TV, rice cooker, blender, peti ais, pam vakum dikategorikan golongan mewah?. Ditaman-taman perumahan, Kementerian perumahan dan Kerajaan Tempatan menggalakkan supaya pemilik rumah-rumah memasang lampu 'porch' depan rumah, lampu belakang luar rumah dan lampu pagar (jika perlu) sebagai langkah mencegah pecah rumah untuk merealisasikan Bandar Selamat!. Bukankah langkah menjadikan bandar selamat dengan menggalakkan rakyat mencerahkan kawasan rumah dan taman perumahan, supaya dapat mencegah jenayah pada waktu malam?. Kerajaan dilihat seperti menarik tangan kanan rakyat kearah lain dan pada waktu yang sama menarik tangan kiri rakyat kearah yang lain. Tenaga letrik pada masa sekarang bukanlah dikategorikan sebagai 'barangan' mewah tetapi adalah 'barangan asas keperluan' rakyat. Adakah hawa dingin juga dikategorikan barangan mewah oleh Datuk Shaziman, yang tidak sepatutnya Rakyat menikmatinya?

Datuk Shaziman perlu lebih peka melihat masalah rakyat golongan ini dengan menurunkan Tarif Letrik 34.5 sen kepada 21.8 sen dengan menetapkan penggunaan 300KWj dan kebawah. 34.5sen bolehlah dikenakan untuk penggunaan 200KWj seterusnya (selepas 300KWj yang pertama). Bayangkan jika rumah anda mempunyai terdiri ahli keluarga 6 orang...Untuk memasak, peti ais, menonton TV, kipas angin dan seterika baju kerja anda dan anak sekolah pun sudah menjangkau 150KWj. Bagaimana dengan lampu dan alatan lain? Tidakah anda hairan jika setiap rumah di Malaysia ada bekalan letrik tetapi tidak mampu menggunakan barangan elektrik?









Saturday December 13, 2008
Battles with IPPs and oversupply rage on for TNB
Unless the Government lets the electricity utility recover cost increases and power producers to share demand risks, the sea of red will spread

By Anita Gabriel
Tenaga Nasional Bhd will soon lose another battle in its war with the country’s independent power producers (IPPs) when a new power plant will have to be paid money to be on standby to produce power that Tenaga does not need now.
Next year, a new IPP - Jimah power plant in Port Dickson, Negri Sembilan - will fire up its coal and generate 1,400MW of power into a system that is already overloaded with capacity by some 40%.
It comes at a hefty heart-stopping price for the utility, still nursing its wounds over some RM282mil losses incurred in its last quarter.
TNB will have to fork out an extra RM500mil in FY09 to buy power from Jimah it doesn’t need and about double that in the ensuing year.
Could TNB, our national utility be one of the least profitable utilities in the world?
Not quite, but it may be edging closer to that status if little is done to stem the tide of red that most say will sweep its way in the current financial year.
With an expected anaemic electricity demand of 3.3% next year and falling, rising fuel costs and a painfully-high reserve margin of 45%, “bright red”, say analysts, will splash across TNB’s first and second quarter results for 2009.
What is ironic is that Jimah is a third generation IPP, a reference used to describe agreements that are relatively less burdensome for TNB - lower power purchase rates and more demand risk sharing. Still, it will cut deep into TNB’s bottomline.
Similar to first generation IPPs - the most lucrative of the lot - Jimah can also pass on the higher fuel cost to TNB, an arrangement the national utility is stuck with for 25 years.
Considering the lumpy nature of power supply and the industry’s direct correlation to economic cycles, do the concessions really need to be that long or shouldn’t it have enveloped some caveats to protect TNB from the vagaries of fuel prices and volatile demand?
Jimah will bear some demand risk whereby only 85% of its capacity rate will be guaranteed but how can that possibly offer comfort in an environment of waning demand and record high reserve margins?
But there is one relief for TNB - coal prices, which had skyrocketed to US$192/tonne have come off considerably to some US$80/tonne.
But even that potentially good news is marred by the weakening ringgit against the dollar as TNB procures almost all its coal in US dollars.
Against such a bleak outlook, the issue of having a tariff formula has become even more pressing. Typically, a tariff formula will include a mechanism whereby electricity rates for consumers are linked to fuel prices.
This way, TNB can recover any spikes in fuel cost by passing them back to the consumers. On the flip side, any savings as a result of fuel cost reduction will translate to lower tariffs.
We need not look too far to see where this has worked. Our neighbour Thailand has a mechanism whereby electricity tariffs are adjusted every three months, largely determined by a major variable - fuel price.
The tariff formula will accord TNB significant reprieve as its operating cost will be matched by tariffs it earns from selling its power. The formula will also guard against inefficiencies.
Understandably, there is always agitation over a hike in electricity tariffs. It drew much flak in July this year, largely because it followed a hike in fuel price. But the truth is, it most hit those whose electricity consumption is relatively higher, which means there is room to save or be more conscious of how much energy we use.
The regulators need to spend more energy getting a formula out - perhaps in July next year, when the next adjustment for gas is scheduled to take place - and an energy policy that tackles the issues facing the industry.
The flaws in the Government’s privatisation plan for the power sector which it embarked on in 1993 are loud and clear. Sixteen years down the road, there are still overwhelming protests over it.
There is no more room for experiments.
A floating tariff structure is the way to go. Prepare yourselves. It beats preparing for more darkness.
Anita Gabriel is business editor at The Star. She hates dwelling on the might-have-beens and has little tolerance for policies with poor foresight

No comments: