Monday, December 15, 2008

LEGOLAND ATAU LET GO LAND OF JOHOR

Sejuk telinga mendengar bila tanah Iskandar Malaysia akan berubah wajah pada 2013. Memang kita mengimpikan sesuatu yang Dramatic dan Fantastic. Kerajaan impikan Iskandar Malaysia seperti Disneyland di Hong Kong atau Dreamland di Australia. Mungkin Legoland ini pada 2013, rakyat Johor kena sebut 'Let Go Land'!..Banyak lagikah tanah reserve melayu di ditengah bandar Johor tu? Kalau ada lagi baguslah.. Jangan pulak reserve melayu ada lagi tapi di hutan ledang saja. Johor memang banyak tanah, tapi yang dah maju dan tanah bernilai di Bandar Utama Johor bukan milik melayu!. Tanah milik melayu ada di kawasan Felda. Tapi tanah Felda milik Felda dan tanah rancangan yang dah diberi milik kepada peneroka pun tak banyak. Kebanyakan kategori luar bandar. Bukankah tanah Felda memang terletak jauh di pedalaman? Jadi orang Johor, tahniah dan bila umur panjang tahun 2013 diucapkan sayonara. Tanah Kubur orang cina di Kulai pun lebih mahal dari tanah milik orang melayu...Melayu memang banyak tanah tapi di ceruk hutan dan jauh pedalaman macam di Teluk Ramunia! Tanah Antarabangsa dan Freehold tengah bandar, rasanya dah kurang sangat milik melayu. Banyak yang dah Let Go Land untuk Rakyat Antarabangsa - US, Singapore, Aussie, Jepun. Kalangan rakyat lain yang jutawan seperti dari Hong Kong, Jepun, China, Israel pun boleh gak beli tanah. Caranya gunalah proksi...rakyat atau syarikat Malaysia atau Singapore. Pejuang Melayu banyak dari Johor. Tapi yang akan terjual awal mungkin jugak Johor!. Selisih 44 malaikat, jangan ada lagi yang tergadai tanah segenggam ini...

LEGOLAND Theme Park - Iskandar Malaysia 2013
Sunday, December 14, 2008
Perjanjian telah ditandatangani untuk membina Taman Tema Legoland yang pertama di Asia dan ke-5 di dunia - di antara Pengarah Urusan Iskandar Investment Berhad (IIB) Arlida Ariff dan Pengarah Urusan Legoland Parks John Jakobsen melibatkan pelaburan RM750 juta. Taman Tema Legoland itu akan dibina di atas tanah seluas 145 hektar di Medini Iskandar, yang sebelum ini dikenali sebagai Node 1, dan dijangka akan mula dibuka kepada pengunjung pada 2013.
Selain Malaysia, Taman Tema Legoland turut terdapat di Denmark, United Kingdom, Jerman dan California, Amerika Syarikat. Semua masih ingat permainan LEGO kegemaran kanak-kanak?
Merlin Entertainments akan mereka bentuk dan menguruskan taman tema tersebut serta muncul sebagai pemegang saham sebanyak 20%, manakala pegangan ekuiti selebihnya dipegang oleh konsortium yang diketuai oleh IIB.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyaksikan majlis perjanjian tersebut berkata, walaupun keadaan ekonomi dunia tidak menentu pada ketika ini, momentum pembangunan serta pelaburan di Iskandar Malaysia tidak terjejas. Sehingga kini Iskandar Malaysia telah menerima RM40.25 bilion pelaburan dalam dan luar negara, yang merupakan 86 peratus daripada RM47 bilion pelaburan yang disasarkannya bagi fasa pertama sehingga 2010.
(Bernama)

No comments: