Penentuan pasaran harga komoditi ini boleh dikaji, diunjur dan dianalisa. Seseorang yang mahir dalam pasaran komoditi mampu meramalkan keadaan lepas, semasa dan akan datang keatas sesuatu komoditi yang bergerak dalam Pasaran spekulatif. Maka tidak hairan harga pasaran minyak mentah dunia boleh dispekulatifkan dan diunjurkan harga pasarannya pada masa depan dengan mengambilkira faktor permintaan, ekonomi makro dan lain-lainnya. Penawaran bukan lagi menjadi faktor tetap dalam kegawatan ekonomi dalam menentukan harga pasaran minyak disebabkan ianya adalah perkara yang boleh dikawal pengeluarannya.
Negara kita masih lagi belum mengemukakan secara terperinci kepada rakyat, makanisma dalam menentukan harga minyak di pasaran. Sungguh pun pada Jun 2008, kerajaan mengumumkan bahawa harga minyak runcit akan ditentukan menerusi apungan harga dunia, tetapi ianya tidak seperti apa yang dikata. Datuk shahrir telah mengatakan pada November lalu, kerajaan sedang mengkaji sama ada harga minyak pasaran negara akan kekal seperti sediaada atau memperkenalkan harga lantai yang sepatutnya diumumkan pada 8.12.2008 yang lalu. Baru-baru ini beliau menyatakan, kajian yang dijalankan, mungkin akan menetapkan harga siling minyak pada kadar RM2.70 seliter. Apakah pada ketika ini, kerajaan masih tidak mampu untuk mencari Makanisma Pengawalan Harga atau tidak dapat menjangka keadaan pasaran dunia?
Penulis tidak terkejut jika minyak akan diturunkan lagi dalam tempoh sebelum 17 Januari 2008 bersempena PRK P36 Kuala Trengganu. Tetapi jika penurunan itu hanya sekadar 10sen atau 15 sen, eloklah Dato Seri Najib jangan umumkan pada ketika itu tetapi perlu diumumkan dalam waktu terdekat. Jika diumumkan pada ketika PRK itu, ia hanya akan menjadikan isu harga minyak negara menjadi bahan ketawa dikalangan rakyat yang akan mengatakan penurunan itu bukan sesuatu yang mengejutkan sebaliknya, memang harga minyak sepatutnya diturunkan sejak dahulu lagi. Harga minyak akan tetap menjadi isu kolektif yang akan dirakyatkan oleh pembangkang dan BN perlu menangkis dengan langkah yang 'mengejutkan rakyat' dalam waktu terdekat.
Dalam blog ini, penulis telah menegaskan kerajaan tidak lagi boleh menggunakan pendekatan 'try and error' dalam menentukan harga minyak negara. Pendekatan try and error ini samalah juga seperti tindakan 'flip and flop'. Datuk Shahrir sendiri hendaklah konsisten dan kabinet pula hendaklah 'berperindian tetap' dalam hal ini. Jika keputusan kabinet menetapkan minyak ditentukan secara apungan harga dunia, maka tetapkan begitu dan ambil langkah untuk menurunkan harga semasa yang relevan. Jika menggunakan makanisma lantai-siling, maka tetaplah pendirian dengan keputusan tersebut dan bertindak. Rakyat semakin bijak dalam menilai prestasi kerajaan dan tidak mudah untuk mempercayai dengan tindakan kerajaan. PRU12 telah membuktikan bahawa rakyat berfikir dengan tindakan-tindakan kerajaan dalam menangani isu semasa dan ekonomi negara. Datuk Shahrir jangan terperanjat jika DSAI boleh mengumumkan satu kadar harga yang baru minyak negara dalam PRK Kuala Trengganu. Sama ada rakyat akan mempercayai atau tidak dengan harga yang akan diumumkan oleh Pakatan Rakyat, itu soal yang lain, tetapi rakyat sudah tentu menaruh harapan dengan undi yang mereka beri kepada PAS berkaitan isu minyak.
---------------------------------------------------------
Minyak serendah AS$25 setong
Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
KUALA LUMPUR 21 Dis. - Harga minyak dunia dijangka terus merudum dan diramal boleh mencecah serendah AS$25 (RM86.50) setong pada tahun depan berikutan permintaan yang sangat lemah, terutama di kalangan negara-negara industri dunia.
Kejatuhan permintaan minyak dari negara-negara itu dipercayai pertama kali berlaku selepas tahun 1980an.
Ketua Penyelidik Jupiter Securities Sdn. Bhd., Pong Teng Siew yakin kejatuhan permintaan bagi komoditi itu akan berterusan memandangkan tiada tanda-tanda krisis ekonomi akan pulih.
''Berdasarkan situasi semasa, kedudukan harga minyak sekarang merupakan tindak balas kepada kemelesetan ekonomi global.
''Saya berpendapat harga minyak memang tidak boleh meningkat dalam tempoh singkat memandangkan pasaran menjangkakan OPEC akan terus mengurangkan jumlah pengeluaran sehingga harga minyak kembali stabil,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini.
Rabu lalu, OPEC sebulat suara bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyaknya sebanyak 2.2 juta tong sehari atau kira-kira tujuh peratus daripada kuota kartel mulai Januari untuk mengelakkan harga komoditi itu terus susut.
Pengurangan itu dipercayai yang terbesar pernah dilakukan oleh OPEC, yang mengeluarkan 40 peratus keperluan minyak mentah dunia.
Malah, harga minyak mentah bagi penghantaran Januari dan Februari masih kekal rendah di bawah AS$40 (RM138.40) setong.
Harga emas hitam itu pernah mencatatkan rekod tertinggi iaitu AS$147 (RM508.62) setong pada Julai lalu.
OPEC dijadual mengadakan satu lagi perjumpaan pada 19 Januari ini untuk membincangkan pengurangan pengeluaran sekiranya harga minyak terus jatuh.
Mengulas lanjut, Teng Siew berkata, kejatuhan minyak dunia sekarang memang sesuatu yang di luar jangkaan dan sukar untuk meramalkan bila ia akan naik semula.
''Kejatuhan minyak tahun ini memang dianggap 'gila' kerana tidak sesiapa pun yang menyangka ia boleh jatuh ke tahap sekarang. Ini adalah kejatuhan dalam sejarah industri minyak,'' ujarnya.
Beliau tidak menafikan spekulasi hebat terhadap harga komoditi itu merupakan penyumbang terbesar terhadap kejatuhan harga komoditi tersebut.
Bagaimanapun, beliau percaya, harga minyak dijangka meningkat sedikit menjelang akhir tahun depan.
Dalam pada itu, Teng Siew berkata, meskipun harga minyak dunia jatuh namun adalah tidak praktikal sekiranya harga minyak di negara ini terus diturunkan.
''Kejatuhan harga minyak dunia tidak boleh dibandingkan dengan harga minyak di pasaran tempatan,'' ujarnya.
Beliau menyifatkan, harga baru bagi minyak sekarang adalah 'cukup bersesuaian' dan tidak perlu diturunkan lagi walaupun sekiranya harga minyak mentah dunia terus menjunam.
Jelas beliau, tindakan kerap menurunkan harga minyak tidak akan memberi kebaikan kepada pengguna pada masa depan.
''Kita perlu ingat Petronas akan menjadi pengeksport minyak mentah dalam tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan rakyat Malaysia tidak selama-lamanya bergantung pada subsidi.
''Selain itu, kerajaan juga perlu mendidik rakyat agar tidak menggunakan banyak minyak,'' katanya

No comments:
Post a Comment