Wednesday, December 31, 2008

DATO SERI UZTAZ AZIZAN DAH SEDAR

Isu membeli kereta baru bagi menggantikan Proton Perdana sebagai kereta rasmi Kerajaan Negeri Kedah akhirnya mula kearah yang positif. Walau pun di peringkat awal, kerajaan Perak, Kerajaan selangor dan Kerajaan Trengganu dah mengumumkan akan dan telah membeli kereta baru bukan Proton Perdana, tapi nampaknya Uztaz Azizan telah mula mencium kesilapan yang akan dilakukannya, jika membeli kereta baru. Sebelum ini beliau di lihat terikut-ikut dengan rentak Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Pertimbangan waras oleh Menteri Besar dalam membuat keputusan yang remeh temeh seperti ini adalah besar maknanya kepada rakyat dan memberi kesan langsung semangat nasionalisma rakyat Malaysia. Dengan taraf kemampuan kewangan Kerajaan Negeri Kedah yang umpama 'tarik selimut keatas nampak kaki, tarik selimut kebawah nampak dada', adalah lebih baik Kerajaan Kedah menggunakan wang rakyat untuk kesejahteraan yang lain. Rata-rata exco Kedah dan ketua Jabatan agensi kerajaan negeri Kedah, telah pun mempunyai kereta mewah yang lain. Biarlah mereka menaiki kereta impot yang lain milik peribadi. Tak salah kerana hak mereka dan mereka mampu memilikinya. Tetapi kereta rasmi kerajaan, rakyat tak mampu nak beli kereta baru atau kereta impot yang lain. Penulis katakan 'rakyat tak mampu' kerana kereta baru itu jika dibeli menggunakan wang rakyat!. Pasti rakyat tak setuju kerana daripada beli kereta baru lebih baik beli lori sampah..

Seharusnya sebelum Menteri Besar membuat pengumuman membeli kereta baru, siasatan terperinci dilakukan dalam mengenalpasti punca kos penyelenggaraan yang terlalu terlampau tinggi. Dan hasil siasatan itu perlu didedahkan kepada rakyat. Selepas itu biarlah rakyat tolong pikiaq, macam mana nak mengatasi masalah penyelenggaraan Proton Perdana itu, jika Kerajaan Negeri tidak mahu untuk memikirkan penyelesaiannya. Janganlah meniru Kerajaan Negeri Perak, kerana rakyat Kedah mempunyai pendirian yang berbeza. Tidak logik juga jika mengambil contoh Kerajaan Trengganu sebagai 'benchmark' kerana mereka mempunyai wang RM2 billion. Selain itu, jika contoh yang diambil itu tidak baik dan di tentang oleh pakatan Rakyat sendiri, mengapa perlu Kerajaan Kedah harus menirunya?...Proton Edar pun dah bagi jaminan tentang kualiti servisnya, maka tidak timbul soal kos penyelenggaraan yang cacamerba. Hantar saja ke bengkel Proton Edar dan jika kosnya tinggi barulah tukar kereta Jepun atau orhang putih. Takkan Uztaz Azizan tak percaya kat kepakaran orang Melayu di Proton Edar...
-------------------------------------------------------------------------
Kedah timbang guna Perdana V6
ALOR STAR 30 Dis. - Setelah dikecam oleh pelbagai pihak sebagai tidak patriotik, akhirnya kerajaan negeri Kedah bersedia untuk menimbang semula penggunaan kereta Proton Perdana V6 Executive sebagai kereta rasmi Exco dan pegawai kanannya.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, keputusan itu dibuat setelah beliau berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Mohamed Shukor Ibrahim di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
"Saya berpuas hati dengan penerangan yang telah diberikan oleh pihak Proton tentang masalah dan cara penyelenggaraan kereta tersebut.
"Perbincangan lanjut akan diadakan dengan pegawai kewangan dan pentadbiran negeri sama ada untuk meneruskan penggunaan kereta Proton atau menukarnya dengan kereta jenis lain," katanya ketika ditemui di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Pertengahan bulan ini, kerajaan negeri Kedah dilapor akan mengikut langkah kerajaan campuran Perak menggantikan kereta Proton Perdana V6 Executive dengan jenama lain sekiranya keadaan kewangan mengizinkan.
Menurut Azizan, sehingga kini kerajaan negeri menggunakan 16 Proton Perdana V6 Executive dan 10 Proton Perdana yang dipakai sejak 2003 sebagai kenderaan rasmi.
"Kita sudah pakai kereta ini enam tahun dan pihak Proton juga mengakui ada beberapa masalah yang dihadapi pengguna-pengguna kereta yang dikeluarkan pada 2003.
"Mereka juga ada membuat tawaran daripada segi penyelenggaraan dan servis kereta tetapi semua ini masih dalam peringkat perbincangan," ujarnya.
Azizan menambah, walau apa pun keputusan yang diambil, beliau akan memastikan keputusan itu adalah yang terbaik untuk semua pihak iaitu pihak Proton dan kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Mohamed Shukor berkata, pihaknya mendapati para Exco dan pegawai kanan negeri menggunakan kereta tersebut secara maksimum.
"Dalam setahun kita mendapati jumlah perjalanan para Exco melebihi 80,000 kilometer berbanding pengguna biasa yang hanya bergerak kurang daripada 70,000 kilometer setahun.
"Pihak kami berbincang untuk menukar cara servis kenderaan tersebut untuk memastikan tahap kenderaan tersebut sesuai digunakan bagi perjalanan jauh," katanya.

Monday, December 29, 2008

HARAKAH - CETEKNYA MINDA ZULKIFLI YAHYA - NOTA UTARA


Saya memang gemar membaca akhbar yang diterbitkan secara harian, mingguan atau bulanan. Saya tidak memilih-milih akhbar mana yang patut dibaca atau akhbar mana yang patut di boikot. Utusan, Berita, NST, Metro, Sinar, Harakah, wasilah, Siasah, Fikrah, Agendadaily, The Sun, The Star, Keadilan dan lainnya semua saya baca. Cumanya otak kita perlulah menjadi 'jaring' ilmu yang cekap dalam menapis maklumat. Bukankah membaca itu menambahkan gedung ilmu otak kita...

Baru ini saya membaca Kisah 'Sepak Bakul' Peniaga berulang di Alor Star tulisan Zulkifli Yahaya dalam ruangan Kolumnis Nota Utara, mukasurat F4, keluaran 22-25 Disember 2008. Yang menarik perhatian saya, 99% tulisan beliau menyentuh dan mengkritik Majlis Bandaraya Alor Star dalam menjalankan tugas-tugasnya. Mengkritik bukanlah suatu yang dilarang, tetapi mengkritik dengan tanpa usul periksa, berprejudis dan tidak mempunyai fakta adalah seperti 'membogelkan diri beliau sendiri' sebagai penulis Harakah. Bagi memudahkan suffer, saya taip semula sebahagian rencana beliau seperti dibawah. Saya perlu membogelkan rencana beliau ini, kerana ianya penuh dengan penyalahtafsiran beliau dan mewujudkan sangka buruk kepada MBAS dan warga kerjanya. Antara kenyataan dalam tulisan beliau seperti berikut:


1. " Warga Bandaraya Alor Star akhir-akhir ini dikejutkan dengan pelbagai tindakan oleh pihak Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) yang memberi imej bahawa kerajaan baru Kedah terlalu tegas dalam tindakan dan tidak bertimbang rasa terhadap rakyat."



Pada masa kerajaan BN memerintah Kedah, MBAS juga bertindak tegas dalam hal ehwal berkaitan penguatkuasakan peraturan undang-undang. Tidakkah Sdr Zulkifli ingat, MBAS ketika itu dilabel Kejam seperti Israel oleh ADUN PAS semasa Sidang Dewan Undangan Negeri 2006 kerana tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh MBAS? Jika diimbau pada tahun 2006 itu, adakah MBAS juga cuba menjatuhkan imej Kerajaan BN? Tidak timbul sekarang ini soal menjatuhkan imej kerajaan baru Kedah, sebaliknya tindakan MBAS ini konsisten dan dilihat untuk 'mentertibkan' para peniaga supaya bandaraya ini bukan lagi seperti bandar koboi yang boleh dibina gerai sesuka hati ditepi-tepi jalan dan sebagainya. Mentertibkan peniaga bukan bermakna MBAS tidak memelihara keprihatinan peniaga tersebut, tetapi langkah penguatkuasaan MBAS itu telah memelihara kesejahteraan peniaga yang patuh kepada peradaban berniaga, pengguna jalanraya dan rakyat jelata. Peniaga yang tidak bersalah, tidak perlu takut pada penguatkuasaan undang-undang MBAS!


2. Ia memerlukan kebijaksanaan bertindak serta memilih keutamaan. Jadi timbul persoalan, dalam masyarakat yang begitu rupa apakah tindakan penguatkuasaan 'ala bush' perlu dilaksanakan?



Jika pada tahun 2006 pemimpin-pemimpin PAS sendiri menggelarkan MBAS adalah seperti Israel, kali ini pula kata-kata 'penguatkuasaan ala bush', menggambarkan Tuduhan Kotor kepada MBAS sentiasa dalam lingkaran otak kalangan PAS sendiri. Sebagai contoh, Apakah membina gerai tanpa lesen di tepi Jalan gangsa tidak seberat kesalahan membina gerai tanpa lesen di Jalan Langgar? Apakah Zulkifli beranggapan, keutamaan tindakan adalah gerai Jalan langgar daripada Gerai Jalan Gangsa kerana jalan langgar itu jalan yang sibuk lalulintasnya? Apakah justifikasi 'yang lebih utama' atau 'yang lebih salah' supaya tindakan penguatkuasaan hanya boleh dilakukan berpilih-pilih? Apakah pula prasangka peniaga kepada MBAS dan kerajaan Kedah apabila tindakan diambil pada sesetengah tempat atau sesetengah peniaga, walhal darjah kesalahan yang dilakukan adalah serupa? Apakah mungkin keutamaan Sdr Zulkifli, membiarkan sahaja peniaga tersebut? Cuba beliau renung sejenak....



3. Penghuni bandar raya merungut isu sampah yang tidak selesai sejak bertahun. Sewaktu kerajaan BN, Hj Mahfuz Omar mengetui rombongan membawa bungkusan sampah ke pejabat MBAS. Sekarang giliran Pemuda MCA pula berbuat demikian, namun isu sampah tidak juga dapat diatasi.
Apabila rombongan Hj Mahfuz omar membawa bungkusan sampah ke bilik Datuk Bandar pada tahun 2007, isu sampah bukanlah bertitik mula dari rombongan Mahfuz. Saya berpendapat, tindakan Hj Mahfuz pada tahun 2007, adalah untuk Menyerang BN dengan memperalatkan MBAS kerana menerusi platfom ini, Hj Mahfuz boleh meraih publisiti setelah publisiti beliau 'hilang' di kawasan Pokok Sena, selepas tewas dalam PRU 11. Dalam blog ini Sepak terajang PAS, MBAS dapat Taik jelas menunjukkan bahawa PAS yang diwakili Hj Mahfuz hanya bijak bercakap tetapi tidak menyumbang kepada penduduk yang diwakilinya. Jika tahun 2007 PAS melihat isu sampah adalah kelemahan kerajaan BN Kedah, 2008 adalah kelemahan siapa? Sdr Zulkifli tidak boleh hanya menunjuk telunjuk kesalahan kepada MBAS, kerana MBAS hanyalah organisasi pelaksana yang sentiasa tertakluk kepada Kerajaan Negeri. Sdr Zulkifli juga harus tahu bahawa isu sampah ini ada hubungkait dengan kekangan kewangan MBAS dan berkait rapat dengan Pengambilalihan Pengurusan Kutipan Sampah seluruh negara oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal. Apakah MBAS perlu dirugikan dengan membeli lori-lori dan peralatan baru dan kemudiannya di serahkan kepada syarikat E-Idaman? Isu sampah bukan hanya berlaku di Alor Star bahkan diseluruh PBT Negeri Kedah dan menjangkau di PBT-PBT seluruh negara termasuk Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Selangor. Bahkan dalam hal kewangan, kerajaan negeri Kedah sendiri pasti tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membantu PBT Kedah dalam menguruskan kutipan sampah. Jalan pintas yang boleh menyelesaikan masalah rakyat kedah oleh Kerajaan Negeri Kedah dan PBT Kedah adalah menyegerakan pengambilalihan pengurusan kutipan sampah kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal. Mengkritik isu sampah MBAS, sebenarnya seperti Sdr Zulkifli meludah Kerajaan negeri Kedah tika ini. Mengkritik tanpa meneliti fakta punca, sebab dan akibat hanya menggambarkan lemahnya beliau dalam membuat analisa fakta.


4. Ramai ibubapa yang merungut kerana terdapat cyber cafe yang beroperasi hingga ke subuh. Anak-anak muda bukan menghabiskan masa untuk mentelaah atau membuat carian ilmu di internet yang terdapat di cyber cafe, sebaliknya mereka leka bermain 'game'.


Apakah bermain itu salah atau membuka cyber cafe itu yang salah? Sudah tentu jika penguatkuasaan dijalankan keatas cyber cafe yang beroperasi melebihi had waktu, saya pasti Sdr Zulkifli akan mengatakan MBAS 'ala bush' sekali lagi!. Tahukah beliau jangka waktu cyber cafe boleh dibuka? Bukankah Permit Cyber Cafe dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan PBT hanya mengeluarkan lesen premis? Sdr Zulkifli harus mengkaji dahulu, apakah agensi kerajaan yang bertanggungjawab keatas permit, MBAS atau Pejabat Daerah? Saya pernah melihat cyber cafe di Jalan Sultanah bertulis Pusat Perkhidmatan Komputer MNY dibuka hingga 3 pagi. Adakah ianya salah atau perniagaan itu sama seperti perniagaan 7 Eleven 24 jam? Adakah Pusat Perkhidmatan Komputer MNY juga harus menerima hukuman bila kedainya dibuka hingga subuh? Adakah jika cyber cafe MNY itu ditutup pada 12 mlm, maka Sdr Zul pasti anak-anak muda akan mentelaah di rumah? Saya beranggapan, pusat itu tidak salah, anak muda yang bermain game itu juga tidak harus dipersalahkan, dan bagi saya itu lebih baik daripada anak muda meRempit dan melepak di tengah malam hingga ke subuh! Setidaknya masyarakat, ibubapa dan pihak berkuasa dapat 'mengenalpasti' dan 'memerhatikan' tindak tanduk anak-anak muda ini dengan mudah, memadai dengan memantau kawasan tempat cyber cafe. Adakah bermain game itu boleh membawa maut berbanding jika mereka terlibat dengan rempit, mencuri atau jenayah yang lain? Apabila kelonggaran MBAS dan Pejabat Daerah dalam melakukan penguatkuasaan ini juga menunjukkan bahawa agensi ini telah mengambilkira ' keutamaan' seperti yang dikatakan oleh beliau.
5. "Tapi yang diberi perhatian oleh MBAS bukannya sampah dan pusat hiburan yang dibuka hingga dinihari, sebaliknya mereka sibuk buat operasi mengangkut motorsikal yang tersalah parking, menyita kereta dan merobohkan gerai ditepi jalan yang dikatakan melanggar peraturan" ujar seorang penjaja yang marah gerainya dirobohkan penguatkuasa MBAS.

Di China bakisal pun di 'parking' dengan tertib. Hadapan Pekan Rabu...Masih ada pengguna cacamerba.

Persepsi orang yang meniaga gerai-gerai ditepi jalan berbeza dengan persepsi kelompok masyarakat yang lain. Saya sebagai rakyat biasa, akan mengatakan MBAS 'lembab' dan 'korup' jika MBAS tidak mengambil tindakan keatas peniaga di tepi jalan yang tidak berlesen hingga mengganggu kesejahteraan pengguna jalanraya yang lain. Rakyat yang tidak berniaga akan 'marah' dengan tindakan berpilih-pilih MBAS. Bahkan persepsi penguatkuasa MBAS juga berbeza terhadap peniaga yang tidak berlesen atau secara haram. Kerajaan negeri juga mempunyai persepsi yang berbeza kepada MBAS dan peniaga. Maka apakah patut MBAS berpilih kasih kepada peniaga dan mengabaikan kehendak rakyat yang lain? Sampah dan pusat hiburan bukanlah perkara yang tidak diutamakan. Saya telah mengulas mengenai sampah. Mengenai pusat hiburan, saya rasa Sdr Zulkifli agak jumud ilmunya...Permit lesen hiburan adalah tanggungjawab Pejabat Daerah Kota Star. MBAS mengeluarkan lesen premis selepas Permit dikeluarkan oleh Pejabat Daerah. Penguatkuasaan operasi pusat hiburan adalah lebih dipertanggungjawabkan kepada Pejabat Daerah. Mungkin, MBAS boleh membantu secara bersama dalam melakukan operasi penguatkuasaan. Pada kebiasaanya penguatkuasaan undang-undang keatas pusat hiburan melibatkan agensi penguatkuasa yang lain, dimana undang-undang dibawah kawalan agensi tersebut. Sebab itulah kita selalu melihat Pusat Hiburan selalu mengalami operasi penguatkuasa sama ada dari MAIK, Jabatan Immigresen, Jabatan Kastam, Polis, Pejabat Daerah, AADK dan sebagainya. MBAS bukanlah agensi MUTLAK menguatkuasakan peraturan Pusat Hiburan kerana undang-undang Pusat Hiburan tidak ada dalam 'By Law' MBAS.


Apakah kehendak Sdr Zulkifli untuk melihat Bandar raya Alor Star menjadi haru biru dengan membiarkan peniaga sesuka hati dengan membina gerai makan di tepi jalan utama? Membiar orang ramai parking sesuka hati? Membiar peniaga membina gerai tepi jalan hingga membahayakan pelanggan gerai dan pengguna jalan raya yang lain?Apakah tidak cacat Bandaraya Alor Star dimata pelancung, seolah MBAS dan kerajaan negeri Kedah tidak mengawal dan menyusun peniaga-peniaga ini. Bukankah MBAS telah membuka 'pintunya' untuk menggalak dan memudah semudah-mudahnya kepada rakyat yang ingin berniaga dengan menyewa di gerai-gerai majlis yang kosong. Menurut ahli majlis yang saya temui berkata "sekarang ini sesiapa yang hendak berniaga dengan menyewa gerai/kedai milik majlis, boleh memohonnya dan kelulusan boleh dibuat dalam tempoh 2 minggu. Jika tempat tersebut kosong, maka pemohon itu mungkin boleh diberi tawaran secepat seminggu. Jika ramai yang memohon, temuduga akan dibuat dan temuduga ini dilakukan oleh majlis tiap-tiap hari, tiap-tiap minggu, tidak seperti dahulu sebulan sekali".



Umum telah tahu bahawa parking di Alor Star semakin mendesak. Dan jika dibiarkan oleh penguatkuasa MBAS, sudah pasti ada kalangan pengguna yang akan meletak kenderaan sesuka hati, dan mereka mahu parking tersebut 'free'. Apakah perasaan Sdr Zulkifli jika ada orang yang parking di tepi jalan yang menghalang lalulintas yang lain? Sebagai contoh, hadapan Maybank Jalan Sultan Badlisah sebelah Bulatan Maaf Hijrah. Jelas disitu tidak boleh parking, tapi saya lihat sentiasa kawasan itu penuh dengan pengguna yang parking, tidak mengira sama ada perbuatan mereka telah mengganggu laluan orang lain!. Bahkan saya lihat, ada pengguna yang berani parking di hadapan pagar pejabat MBAS Jalan Kolam Air, seolah-olah mencabar kesabaran MBAS!. Apakah ini juga harus dibiarkan? Bagi saya pengguna yang tidak reti bahasa dan adab berperaturan manusia yang bertamadun, bukan hanya perlu di sita keretanya tetapi pemandu itu sendiri kalau boleh disita supaya mereka boleh menghargai 'jasa pekerja MBAS' yang berpanas berhujan untuk menjaga kesejahteraan mereka juga. Hairan, sdr Zul lebih menjiwai peniaga dan kelompok rakyat tertentu tetapi tidak melihat dalam skop yang lebih besar. Tahukah sdr Zulkifli bahawa terdapat juga rakyat Kedah yang tidak mahu melihat bandaraya Alor Star jadi cacamerba penuh dengan peniaga yang lebih mementingkan tengkolok mereka dan mendesak supaya MBAS memperhebatkan penguatkuasaannya?


6.Seorang peniaga di Pasar Besar Alor Star terkejut melihat sangkar ikannya dipotong diwaktu malam (oleh penguatkuasa MBAS) kerana pembinaannya dikatakan melanggar peraturan. Sebelum itu tindakan merampas ikan dibuat oleh penguatkuasa terhadap peniaga yang tidak mematuhi peraturan. Malangnya lelongan dibuat MBAS juga dikatakan tidak mematuhi peraturan.



Perkara penguatkuasaan oleh MBAS sepatutnya tidak timbul langsung, jika peniaga Pasar besar peremba mengikut setiap peraturan yang ditetapkan. Mereka harus berasa bertuah kerana telah dapat menyewa di situ dan menambah rezeki, sungguhpun mereka jarang sekali untuk mengucapkan 'terima kasih' kepada MBAS. Saya berpendapat, tidak akan berlaku sebarang aduan dan rasa tidak puashati dikalangn peniaga disitu jika, mereka sepakat dan menjaga kebersihan Pasar Peremba dengan hati yang murni. Saya cadangkan Sdr Zulkifli melawat Pasar ini pada pagi Hari Jumaat? Motosikal diletakkan hingga ke pejalan kaki, kereta di parking dengan sesuka hati, antara peniaga sendiri berlawan-lawan untuk menjual ikan dan sayur mereka keluar dari meja pasar untuk menarik pembeli tanpa menghiraukan nasib peniaga yang lain. Bahkan mereka tidak saling bersama menjaga kebersihan pasar. Apakah itu harus di biarkan? Lihat sahaja tandas Pasar Besar Peremba...kotor. Apakah itu tugas MBAS atau seharusnya para peniaga disitu yang 'pakat-pakat' menjaga tandas tersebut.

7. Terdapat 13 orang ahli MBAS yang mewakili parti Pakatan Rakyat. takkan mereka tidak berbuat apa-apa? "kami sudah desak dalam mesyuarat supaya setiap operasi penguatkuasaan yang hendak dibuat perlulah dimaklumkan dan utamakan budi bicara tapi nampaknya mereka bertindak juga", ujar seorang ahli MBAS. Ahli majlis itu menyatakan sokongan terhdap tindakan penguatkuasaan dilakukan kepada peniaga-peniaga degil, misalnya yang tidak belesen dan enggan pula memohon lesen untuk berniaga walaupun diberi peringatan berkali-kali. "Tapi dalam kebanyakan kes yang berlaku akhir-akhir ini, MBAS nampaknya tidak melihat keutamaan dalam bertindak dan mengenepikan budi bicara sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai" ujurnya.



Saya ingin bertanya, berapa lama peniaga yang ditepi-tepi jalan ini dibiarkan berniaga dengan tanpa lesen? Adakah peniaga yang mendirikan gerai tanpa lesen ini adalah berpunca dari kurangnya tindakan penguatkuasaan MBAS? Atau ia berpunca dari terlalu banyaknya tolak ansur MBAS dalam menguatkuasakan undang-undang sehingga peniaga-peniaga ini begitu berani membina binaan baru gerai tanpa lesen atau berpunca disebabkan 'memang' perangai rakyat Alor Star suka berniaga di bawah pokok dan tepi jalan?. Jika ia berpunca dari MBAS, maka ahli majlis dan Sdr Zulkifli jangan lagi menuduh bahawa MBAS tidak menggunakan budi bicaranya. Jika ianya berpunca dari perangai peniaga sendiri, maka biarlah MBAS melaksanakan tugasnya untuk mentertibkan mereka. Mereka perlu ditertibkan dengan undang-undang setelah nasihat tidak diterima oleh mereka. Bukankah keadaan sekarang ini boleh dikatakan MBAS terlalu banyak berbudi bicara, hingga peniaga sudah tidak boleh dikawal? Pada hemat saya MBAS dan Kerajaan Negeri Kedah harus membuang budaya terlalu banyak budi bicara ini. Peniaga yang tidak berlesen akan tetap tidak berpuashati. Rakyat jelata yang lain pula berkehendakkan Alor Star menjadi tempat tinggal mereka yang Sejahtera. Kita perlu melihat majoriti rakyat dan bukan segelintir peniaga. Lagipun peniaga yang 'tertib' dan berlesen, tidak pernah lagi saya dengar dirobohkan gerainya!.



8. Terdapat cadangan supaya diadakan dialog antara MBAS dengan semua peniaga atau penjaja yang tidak mengikut peraturan ini. Biarkan ahli-ahli majlis dari parti politik menjadi moderatornya. Cari alternatif terbaik supaya mereka dapat terus cari makan dalam situasi peraturan tidak dicabuli.



Ahli majlis adalah mereka yang dilantik oleh kerajaan negeri Kedah bagi membantu MBAS dalam pembentukan dasar dan menjadi orang tengah kepada wakil penduduk. Bukankah sekarang MBAS telah melantik ahli majlis sebagai Pegwai Kawasan/ 'Area Officer' bagi setiap inci kawasan perkhidmatan MBAS. Pegawai kawasan bukan hanya berperanan sebagai moderator kepada sampah sahaja tetapi melibatkan keseluruhan dalam ruang lingkup perkhidmatan majlis seperti gerai, lesen, sampah, keselamatan, rumput, cukai dan lain-lain lagi. Mereka boleh mengusulkan dasar dan mengadakan perbincangan dengan pengurusan majlis. Saya amat bimbang, kata-kata ahli majlis tersebut adalah rekaan semata-mata Sdr Zulkifli kerana dari apa yang diterima maklumbalas dari ahli majlis yang lain, mereka sepakat bahawa banyak keputusan yang dibuat oleh MBAS dilakukan secara kolektif/bersama. Perbincangan dengan peniaga bagi menghalalkan kepada perkara yang tidak dihalalkan dalam peruntukan undang-undang, adalah menggambarkan Ahli Majlis bersikap talam dua muka. Apakah tulisan beliau ini mempunyai agenda tersembunyi, bertujuan menggambarkan bahawa ahli majlis MBAS yang dilantik oleh Kerajaan Negeri lemah dan tidak buat kerja? Atau beliau ada agenda peribadi tersembunyi? Tidak timbul isu MBAS menyekat dari orang 'cari makan'. Bagaimana jika penguatkuasa MBAS tidak mengambil tindakan penguatkuasaan? Apakah tidak nanti rakyat akan menuduh perkerja MBAS 'curi makan' atau makan wang haram? Saya bersetuju jika ahli majlis bergerak sebagai moderatornya, tetapi mereka haruslah profesional dan tidak berpilih kasih mengikut fahaman politik. Selama ini saya melihat MBAS bertindak tanpa memilih fahaman politik. Jika sangkaan saya silap, silalah suffer atau Sdr Zulkifli buktikan kerana saya mahu MBAS bertindak secara adil.

9. Dalam isu yang lain, terdapat projek besar yang dibuat dalam kawasan MBAS tetapi tidak diketahui oleh ahli MBAS sendiri. "Misalnya pengubahsuaian bulatan Jalan Kota yang melibatkan kos yang bukan sedikit. Kami difahamkan itu peruntukan pusat, bukan bidang kuasa ahli majlis. Kita berterima kasih kepada pusat jika benar projek itu ehsan mereka tapi apa salahnya ahli majlis diberitahu, sekurang kurangnya kita dapat beri penjelasan kepada pihak parti yang kita wakili dan kepada rakyat. Walaupun duit mereka (pusat) tapi projek dibuat atas tanah kita (MBAS) maka ahli majlis berhak untuk ambil tahu. Ramai bertanya mengenai projek tersebut tetapi saya sebagai ahli majlis sendiri tidak dapat beri penjelasan", ujar beliau kecewa.



Sukar untuk dijelaskan mengenai perkara ini...Apakah mungkin seorang pun ahli majlis tidak tahu projek di depan mata itu? Atau apakah mereka sengaja tidak ambil tahu? Atau adakah sememangnya Sdr Zulkifli sengaja untuk memburuk-burukkan ahli majlis MBAS dengan menggambarkan bahawa mereka yang dilantik 'seperti batang pisang' kerana semua tidak tahu? Mana mungkin Projek Majlis tidak didedahkan atau dibentangkan dalam menyuarat Majlis / Mesyuarat Jawatankuasa / Majlis Penuh yang dihadiri ahli Majlis? Sudah tentu ianya pernah dibentangkan dalam mana-mana mesyuarat teknikal atau penyelerasan projek atau setidak-tidaknya di bentangkan dalam pemantauan projek Jawatankausa Kemudahna Awam/Infrastruktur. Sungguhpun ianya peruntukan pusat, tetapi bukan menjadi dasar/prosedur PBT untuk menyembunyikan projek majlis daripada ahli majlis. Seseorang ahli majlis yang tidak mengetahui adanya sesuatu projek yang dijalankan oleh majlis, bukan bererti majlis tidak memberitahu atau mendedahkan kepada mereka, sebaliknya ia berlaku kerana mungkin ada ahli majlis yang first time dilantik 'kurang faham' terhadap perjalanan majlis sendiri.



Tidak adil untuk mengatakan bahawa majlis bertindak tidak memberitahu mereka dan menuduh warga MBAS mempunyai agenda politik tertentu, sedangkan ianya berlaku disebabkan kurang pemahaman prosedur tertentu. Lagi pun projek yang menggunakan peruntukan pusat, diatur seliakan oleh Bahagian Kerajaan Tempatan atau UPEN wisma Darul Aman. Mustahil jika kerajaan negeri Kedah hatta Uztaz Azizan sendiri tidak mengetahui projek itu. Sekali lagi saya menyeru supaya fakta Sdr Zulkifli cepat-cepat diperbetulkan. Kita malu jika MBAS yang merupakan kerajaan ketiga disalah tafsir sedangkan ianya dibawah bidang kuasa negeri. Tembakan beliau ini sebenarnya Tembakan kepada Kerajaan Negeri Kedah... Kandungan penulisan beliau itulah sebenarnya mengandungi unsur-unsur prejudis kepada Kerajaan Negeri Kedah.

-------------------------------------------------------



Kisah 'Sepak bakul' peniaga berulang di Alor Star

Zulkifli Yahaya, F4 22-25 Disember 2008


Sewaktu awal pemerintahan kerajaan PAS Kelantan iaitu sekitar 90-an dahulu, tersebar satu kisah yang amat masyhur iaitu berkenaaan tindakan tegas segelintir penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu terhadap Peniaga Pasar Besar Siti Khadijah.


Mereka dikatakan bertindak kasar, termasuk menyepak bakul sayur peniaga yang tidak mematuhi peraturan. Tindakan ini dikatakan langkah 'beragenda' untuk memberi imej buruk terhadap kerajaan PAS. namun atas kebijaksanaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, perkara tersebut dapat diperbetulkan. (Selanjutnya sila rujuk dalam Akhbar Harakah).

Monday, December 22, 2008

DATUK AHMAD LEBAI SUDIN DIGANTUNG


Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena digantung keahlian
22/12/2008 1:39pm
Oleh Arshad Khan


KUALA LUMPUR 22 Dis. – Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena di Kedah, Datuk Ahmad Lebai Sudin digantung keahlian selama dua tahun bermula 17 Disember lalu oleh Lembaga Disiplin UMNO setelah didapati bersalah melakukan sabotaj terhadap parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.
Bekas Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahmad Kuris Mohd. Nor pula diberikan amaran setelah didapati bersalah berkempen untuk jawatan parti menggunakan blog.
Selain kedua-dua mereka, seorang ahli Pergerakan Wanita UMNO Pokok Sena, Halimah Hanafi turut digantung keahlian selama tiga tahun kerana membuat aduan palsu diikuti dua Ahli Jawatankuasa Cawangan UMNO dalam Bahagian Batu, Abdul Kadir Abdul Karim dan Remlah Abd. Rahman pula diberikan amaran.

KPDNHEP MASIH TERKIAL-KIAL MENCARI MAKANISMA HARGA MINYAK

Harga minyak dunia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk diamalkan. Komoditi ini adalah sama dengan komoditi-komoditi kelapa sawit, getah, kacang soya, jagung, daging dan ikan. Komoditi-komoditi ini didagangkan dalam bursa-bursa saham seluruh dunia dan tidak terlepas dari spekulatif pasaran.

Penentuan pasaran harga komoditi ini boleh dikaji, diunjur dan dianalisa. Seseorang yang mahir dalam pasaran komoditi mampu meramalkan keadaan lepas, semasa dan akan datang keatas sesuatu komoditi yang bergerak dalam Pasaran spekulatif. Maka tidak hairan harga pasaran minyak mentah dunia boleh dispekulatifkan dan diunjurkan harga pasarannya pada masa depan dengan mengambilkira faktor permintaan, ekonomi makro dan lain-lainnya. Penawaran bukan lagi menjadi faktor tetap dalam kegawatan ekonomi dalam menentukan harga pasaran minyak disebabkan ianya adalah perkara yang boleh dikawal pengeluarannya.


Negara kita masih lagi belum mengemukakan secara terperinci kepada rakyat, makanisma dalam menentukan harga minyak di pasaran. Sungguh pun pada Jun 2008, kerajaan mengumumkan bahawa harga minyak runcit akan ditentukan menerusi apungan harga dunia, tetapi ianya tidak seperti apa yang dikata. Datuk shahrir telah mengatakan pada November lalu, kerajaan sedang mengkaji sama ada harga minyak pasaran negara akan kekal seperti sediaada atau memperkenalkan harga lantai yang sepatutnya diumumkan pada 8.12.2008 yang lalu. Baru-baru ini beliau menyatakan, kajian yang dijalankan, mungkin akan menetapkan harga siling minyak pada kadar RM2.70 seliter. Apakah pada ketika ini, kerajaan masih tidak mampu untuk mencari Makanisma Pengawalan Harga atau tidak dapat menjangka keadaan pasaran dunia?
Penulis tidak terkejut jika minyak akan diturunkan lagi dalam tempoh sebelum 17 Januari 2008 bersempena PRK P36 Kuala Trengganu. Tetapi jika penurunan itu hanya sekadar 10sen atau 15 sen, eloklah Dato Seri Najib jangan umumkan pada ketika itu tetapi perlu diumumkan dalam waktu terdekat. Jika diumumkan pada ketika PRK itu, ia hanya akan menjadikan isu harga minyak negara menjadi bahan ketawa dikalangan rakyat yang akan mengatakan penurunan itu bukan sesuatu yang mengejutkan sebaliknya, memang harga minyak sepatutnya diturunkan sejak dahulu lagi. Harga minyak akan tetap menjadi isu kolektif yang akan dirakyatkan oleh pembangkang dan BN perlu menangkis dengan langkah yang 'mengejutkan rakyat' dalam waktu terdekat.

Dalam blog ini, penulis telah menegaskan kerajaan tidak lagi boleh menggunakan pendekatan 'try and error' dalam menentukan harga minyak negara. Pendekatan try and error ini samalah juga seperti tindakan 'flip and flop'. Datuk Shahrir sendiri hendaklah konsisten dan kabinet pula hendaklah 'berperindian tetap' dalam hal ini. Jika keputusan kabinet menetapkan minyak ditentukan secara apungan harga dunia, maka tetapkan begitu dan ambil langkah untuk menurunkan harga semasa yang relevan. Jika menggunakan makanisma lantai-siling, maka tetaplah pendirian dengan keputusan tersebut dan bertindak. Rakyat semakin bijak dalam menilai prestasi kerajaan dan tidak mudah untuk mempercayai dengan tindakan kerajaan. PRU12 telah membuktikan bahawa rakyat berfikir dengan tindakan-tindakan kerajaan dalam menangani isu semasa dan ekonomi negara. Datuk Shahrir jangan terperanjat jika DSAI boleh mengumumkan satu kadar harga yang baru minyak negara dalam PRK Kuala Trengganu. Sama ada rakyat akan mempercayai atau tidak dengan harga yang akan diumumkan oleh Pakatan Rakyat, itu soal yang lain, tetapi rakyat sudah tentu menaruh harapan dengan undi yang mereka beri kepada PAS berkaitan isu minyak.

---------------------------------------------------------
Minyak serendah AS$25 setong
Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
KUALA LUMPUR 21 Dis. - Harga minyak dunia dijangka terus merudum dan diramal boleh mencecah serendah AS$25 (RM86.50) setong pada tahun depan berikutan permintaan yang sangat lemah, terutama di kalangan negara-negara industri dunia.
Kejatuhan permintaan minyak dari negara-negara itu dipercayai pertama kali berlaku selepas tahun 1980an.
Ketua Penyelidik Jupiter Securities Sdn. Bhd., Pong Teng Siew yakin kejatuhan permintaan bagi komoditi itu akan berterusan memandangkan tiada tanda-tanda krisis ekonomi akan pulih.
''Berdasarkan situasi semasa, kedudukan harga minyak sekarang merupakan tindak balas kepada kemelesetan ekonomi global.
''Saya berpendapat harga minyak memang tidak boleh meningkat dalam tempoh singkat memandangkan pasaran menjangkakan OPEC akan terus mengurangkan jumlah pengeluaran sehingga harga minyak kembali stabil,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini.
Rabu lalu, OPEC sebulat suara bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyaknya sebanyak 2.2 juta tong sehari atau kira-kira tujuh peratus daripada kuota kartel mulai Januari untuk mengelakkan harga komoditi itu terus susut.
Pengurangan itu dipercayai yang terbesar pernah dilakukan oleh OPEC, yang mengeluarkan 40 peratus keperluan minyak mentah dunia.
Malah, harga minyak mentah bagi penghantaran Januari dan Februari masih kekal rendah di bawah AS$40 (RM138.40) setong.
Harga emas hitam itu pernah mencatatkan rekod tertinggi iaitu AS$147 (RM508.62) setong pada Julai lalu.
OPEC dijadual mengadakan satu lagi perjumpaan pada 19 Januari ini untuk membincangkan pengurangan pengeluaran sekiranya harga minyak terus jatuh.
Mengulas lanjut, Teng Siew berkata, kejatuhan minyak dunia sekarang memang sesuatu yang di luar jangkaan dan sukar untuk meramalkan bila ia akan naik semula.
''Kejatuhan minyak tahun ini memang dianggap 'gila' kerana tidak sesiapa pun yang menyangka ia boleh jatuh ke tahap sekarang. Ini adalah kejatuhan dalam sejarah industri minyak,'' ujarnya.
Beliau tidak menafikan spekulasi hebat terhadap harga komoditi itu merupakan penyumbang terbesar terhadap kejatuhan harga komoditi tersebut.
Bagaimanapun, beliau percaya, harga minyak dijangka meningkat sedikit menjelang akhir tahun depan.
Dalam pada itu, Teng Siew berkata, meskipun harga minyak dunia jatuh namun adalah tidak praktikal sekiranya harga minyak di negara ini terus diturunkan.
''Kejatuhan harga minyak dunia tidak boleh dibandingkan dengan harga minyak di pasaran tempatan,'' ujarnya.
Beliau menyifatkan, harga baru bagi minyak sekarang adalah 'cukup bersesuaian' dan tidak perlu diturunkan lagi walaupun sekiranya harga minyak mentah dunia terus menjunam.
Jelas beliau, tindakan kerap menurunkan harga minyak tidak akan memberi kebaikan kepada pengguna pada masa depan.
''Kita perlu ingat Petronas akan menjadi pengeksport minyak mentah dalam tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan rakyat Malaysia tidak selama-lamanya bergantung pada subsidi.
''Selain itu, kerajaan juga perlu mendidik rakyat agar tidak menggunakan banyak minyak,'' katanya

Sunday, December 21, 2008

MBAS: SALAH GUNA KUASA ATAU SALAH TURUN KUASA?












Written by: Sarangtebuan
Baru-baru ini saya meneliti posting-posting Email yang dikirimkan kepada admin dan comment yang blog ini. Tetapi pada kali ini saya tertarik kepada comment blog yang dihantar. Comment ini menyamai email yang dihantar oleh Sarangtebuan. Komennya agak panjang tetapi tidak sukar difahami oleh budak darjah 1. Tujuan admin memaparkan komen sarangtebuan tersebut adalah demi kebaikan penduduk Alor Star dan menjadi panduan bersama.




Majlis Bandaraya Alor Setar adalah tanah tumpah darah saya. Saya mempunyai hubungan rapat dalam masyarakat peniaga dan pekerja awam terutama di pejabat-pejabat kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan Perbadanan-Perbadanan yang lokasinya dalam Bandaraya Alor Setar. Bukan untuk menabur fitnah atau memporak perandakan orang lain tetapi hati saya seperti mendapat seru supaya tampil dengan ilmu dan maklumat yang di dengari. Rasa cinta kepada Bandaraya Alor Setar, memaksa saya untuk memanjangkan isi hati saya dalam pentas maya. Mungkin pentas maya adalah pilihan tidak tepat bagi sesetengah orang, tetapi bagi saya pentas maya ini membolehkan saya untuk 'berkata-kata' tanpa disekat dimana-mana ayat. Pentas BPR? Biarlah orang lain pula...





Bandaraya Alor Setar telah banyak mengalami perubahan. Pada tahun 1975 saya hanya boleh melihat pokok-pokok hutan dan belukar sepanjang Jalan Stadium. Pada waktu itu Limbung Kapal dan stesen keretapi tempat binatang buas berkeliaran selain sundal dan jalang yang macam binatang. Kawasan Wisma Darul Aman dan Taman Jubli Perak tempat Jin Bertendang!. Jalanraya dari Kanchut ke Istana Anak Bukit-Titi Gajah-Kepala batas pun hanya 2 lorong yang sempit. Sekitar Bangunan Pejabat MBAS sekarang di Jalan Kolam Air, dahulunya penuh dengan belukar kecil terutama di tapak lama Dewan Syed Omar yang sekarang ini tapak Komplek City Point (Komplek MBAS) dan City Plaza. Saya masih ingat pekerja bandaran pada masa itu (arwah Ismail) kawan bapa saya, yang kerjanya mengangkat najis, sentiasa berkata "harap-harap anak aku yang sorang tu dapat kerja kat bandaran ni". Begitu agung dan murninya sebagai pekerja bandaran pada masa itu. Saya yang berusia 8 tahun selalu juga dibawa berjumpa dengan tuan Azmi Yeop di Pejabat bandaran Anak Bukit. Bapa saya kata Pakcik Azmi ni berjawatan Setiausaha pejabat bandaran Anak Bukit ketika itu. Sekarang saya dengar beliau tinggal di Taman Mas Merah tetapi sudah tak pernah berjumpa. Sekarang pejabat itu, kosong dan rosak teruk dan hanya digunakan untuk tempat pemindahan mangsa banjir yang lalu selain dijadikan Surau sementara, semasa Masjid Anak Bukit (sekarang Masjid Tunku Intan Shafinaz) semasa dalam pembinaan. Dewan itu mempunyai nilai sejarah tersendiri tetapi kini ditinggalkan tanpa penjagaan oleh majlis.




Peredaran zaman telah menjadikan Alor Setar berkembang dengan pembangunan fizikalnya. Ramailah juga pekerja-pekerja Majlis yang di rekrut dari kumpulan sokongan. Mulai tahun 1994 Majlis Perbandaran Kota Setar mula mengambil kakitangan yang berdiploma dan berijazah untuk memantapkan proses perbandaran yang semakin berkembang. Sungguhpun ramai kakitangannya pada masa tersebut, jarang saya mendengar berita angin tentang adanya berlaku penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang kronik. Mercu tanda pertama Majlis Perbandaran dalam pembangunan Alor Setar adalah dengan pembinaan sebuah komplek MPKS menggantikan Dewan Dato Syed Omar di Jalan Kolam Air. Inilah titik mulanya program penswastaan Majlis Perbandaran Kota Setar. Pembangunan secara penswastaan ini, dikatakan akan meningkatkan pendapatan MPKS selain daripada Cukai Pintu. Komplek MPKS ini disewakan kepada Pasaraya City Point dan lebih dikenali Komplek City Point. Dengan adanya pusat perniagaan baru itu, banyaklah peluang perniagaan kecil-kecilan yang dapat ditumpangi oleh penduduk Alor Setar. Antara yang bertuah dapat mencari rezeki dengan berniaga ruang legar City Point adalah mak saudara saya.

Berniaga dan permohonan untuk berniaga di ruang legar di situ amat tidak bermasalah sejak beroperasi hinggalah tahun 2000 kerana mungkin kurang permintaan dan tidak maju lagi walaupun hawa dinginnya tidak sesejuk mana. Tetapi sekarang komplek itu seperti sudah jadi Komplek Haru Biru.Menurut rakan saya yang pernah Mengaudit Akaun Komplek dari tahun 1999 hingga tahun 2002, Akuan Komplek MPKS mempunyai dana yang banyak. Pada tahun 2000 sahaja Fixed Deposit di bank rakyat, bank bumiputra, bank pertanian dan Affin Bank yang berjumlah RM2 juta. Bahkan menurut akauntan bertauliah ini jika saya tidak percaya, saya boleh mendapatkan maklumat dari bekas akauntan MPKS ketika itu yang sekarang bertugas sebagai di Majlis Agama Islam Kedah. Saya bertambah terkejut kerana menurut kawan saya ini wang komplek MPKS pada tahun 2007 hanya tinggal kira-kira beberapa ratus ribu, dan pernah mengalami hampir tidak mampu untuk membayar gaji kakitangannya.
Dari perbualan mulut ke mulut dikalangan pekerja MBAS sendiri dan peniaga ruang legar komplek itu, antara punca kejatuhan komplek adalah masalah pengurusannya. Salah laku pengurusan komplek dalam tempoh 5 tahun yang lalu, telah menggunakan wang komplek untuk membiayai projek-projek atau penyelenggaraan yang bukan berkaitan dengan komplek MPKS itu sendiri sebaliknya wang komplek digunakan untuk membuat pembaikan kolam renang, pembaikan kaunter tiket stesen Shahab Perdana dan tempat letak kereta yang sepatutnya tidak boleh menggunakan wang komplek. Kos penyelenggaraan komplek pula dimonopoli oleh syarikat tertentu yang ada hubungan baik dengan ketua unitnya. Menurut bekas akauntan MPKS pada tahun 2000 anggaran pembaikan hawa dingin yang dicadangkan oleh bekas ketua bahagian ketika itu hanyalah sekitar RM200,000 tetapi telah di tender dengan anggaran lebih RM500,000 oleh ketua bahagian yang baru dilantik.



Dalam tempoh 5 tahun yang lalu penyelenggaraan dan pembaikan Komplek banyak yang di outsouce kan seperti kawalan keselamatan, penyelenggaraan lif, hawa dingin, pembaikan-pembaikan kecil, kebersihan komplek dan sebagainya. Sungguh pun ianya dilakukan secara sebutharga atau tender, penilaian dan anggaran kos kepada harga tidak dikawal oleh kakitangan yang relevan bertaraf jurutera. Percaya atau tidak komplek MPKS diuruskan sepenuhnya oleh seorang berstatus Chargeman samada penyelenggaran kerja awam, sivil, makanikel dan elektrikal!.Kuasa chargeman ini lebih tinggi daripada kuasa ketua bahagian komplek kerana proposal dan penilaian bermula daripada beliau! Menurut kakitangan MBAS sendiri chargeman ini sudah beberapa kali menerima surat pertukaran tetapi enggan ditukarkan dan tidak bertukar. Apakah sebabnya seseorang yang tidak mahu ditukarkan ke bahagian lain? Berdasarkan risalah BPR seseorang yang tidak mahu ditukar kerjanya adalah tanda-tanda punca rasuah berlaku..




Hubungan baik saya dengan kakitangan MBAS membolehkan saya mendapat maklumat tentang projek terbaru kos pembaikan hawa dingin dan pembaikan lantai kalis air komplek. Chiller Hawa dingin berpusat komplek telah ditenderkan secara terpilih sebanyak RM1.8 juta. Walau bagaimana pun hanya pembaikan berjumlah sebanyak RM900,000 sahaja yang dibuat dan bakinya tidak dijalankan kerana kekurangan wang peruntukan. Sungguh pun tender ini mengikut prosedur tetapi yang menghairankan kenapa perlu di tenderkan berjumlah RM1.8 juta dalam 1 dokumen tender. Perkara yang tidak masuk akal ialah jika majlis mempunyai peruntukan tambahan kelak, maka baki pembaikan RM900,000 itu tetap akan diberikan kepada syarikat tersebut (syarikat yang sama) tanpa mengadakan tender yang lain. Perkara yang menjadi tanda tanya ialah jika Hawa Dingin itu boleh di selenggara dan boleh berfungsi dengan baik pada kos pembaikan RM900,000, mengapa perlu ditender dengan kos RM1.8 juta? Mengapa tidak dilakukan 2 dokumen tender yang berasingan jika pembaikan itu boleh dibuat dalam 2 fasa?. Menurut kakitangan tersebut lagi, konsultan yang dilantik untuk tujuan tender tersebut pun, diselaraskan oleh chargeman tersebut dan bukan kakitangan bertaraf jurutera Makanikal dan Elektrikal. Seharusnya penyelarasan dan pengawalan projek jutaan ringgit ini diletakkan dibawah seorang jurutera Jabatan Kejuruteraan. Pengawalan yang baik bermula dengan seawal dari perlantikan konsultan sendiri hinggalah pengawasan projek siap. Layakkah projek ini dikawal oleh seorang Chargeman dan seorang Penolong Akauntan? Tidakkah MBAS melihat ini sebagai satu kesilapan dan tindakan bodoh serta penyalahgunaan penurunan kuasa?




Pembaikan lantai kalis air di tingkat 6 Komplek juga mempunyai cerita ketirisan tersendiri. Dari maklumat peniaga komplek, projek itu berjumlah RM180,000 dan dikategorikan sebagai kerja-kerja awam. Walau bagaimana pun penyediaan kos dan penilaian harga dilakukan oleh chargeman. Mungkin chargeman terlalu genius melebihi seorang jurutera yang berijazah, maka beliau boleh melakukannya walaupun hakikatnya ianya tidak masuk akal. Menurut cerita mulut ke mulut, urusan sebutharga dan penjualan dokumen sebutharga ini tidak mengikut amalan rasmi majlis. Menurut amalan rasmi sebarang sebutharga akan diuruskan oleh bahagian ukur bahan dan penjualan dokumen dilakukan oleh Jabatan Kewangan. Tetapi projek RM180,000 ini dilakukan secara bersendirian oleh komplek MBAS bermula dari penyediaan dokumen, anggaran kos, penilaian, pengawasan hinggalah pembayaran. Keadaan ini menyebabkan banyak berlaku kecacatan selepas projek siap seperti air hujan yang bertakung kerana tidak dapat dialir keluar. Akibatnya lantai tersebut terpaksa di ketuk semula untuk membuat parit alir keluar di atas lantai. Ianya berpunca apabila design dan tatacara kerja 'waterproofing' dibuat secara 'flat'/sama paras dengan lantai bumbung tanpa darjah kecerunan yang boleh air mengalir. Sungguh pun ia tidak melibatkan kos tambahan, tetapi ia menunjukkan bahawa ciri 'expetise'/kepakaran jurutera awam tidak digunakan dan dibuat secara berkepentingan. Ini juga menunjukkan projek ini bergantung sepenuhnya kepada kontraktor dengan pengawasan yang minimum, seterusnya menimbulkan tandatanya dikalangan kakitangan. Mungkinkah juga kos harga disediakan chargeman yang diciplak dan ditentukan oleh kontraktor? Jelas peniaga itu lagi selain daripada hutang tertunggak penyewa yang tidak terkutip dan hutang sebenar Pasaraya City Point yang berjumlah hampir RM2 juta tetapi hanya dibayar sekitar RM300,000, ketirisan pengurusan penyelenggaraan komplek adalah penyebab dana komplek menyusut dengan teruk.




Kakitangan yang bekerja terlalu lama di bahagian tertentu seperti di Komplek, akan menimbulkan Kuasa Autokratik kakitangan tersebut dan menyebabkan berlaku penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Saya hanya menyeru kepada MBAS supaya segera sedar bahawa kakitangan majlis yang seperti ini akan menyebabkan majlis lemah dan semakin menghimpit kawangan majlis yang meruncing. Jika ianya tidak dibenteras segera ianya akan menyebabkan majlis hilang kakitangan yang luhur dan jujur kerana mereka semakin hilang kepercayaan kepada pengurusan. Baru-baru ini juga timbul isu komplek berkaitan dengan sebutharga kebersihan dan kawalan keselamatan. Menurut pekerja komplek sebutharga itu akan diberikan kepada sebuah syarikat yang sekarang menyelenggara dan membekal klorin di Kolam Renang MBAS dikenali Gulam Rasul. Kontraktor ini adalah rakan karib kepada chargeman komplek. Jika ini adalah benar maka menurut pekerja tersebut amatlah membahayakan majlis kerana kontraktor tersebut masih lagi mempunyai kes BPR di Kuala Lumpur. Menurutnya lagi semasa komplek menawarkan penyelenggaraan Kolam Renang kepada Gulam Rasul, beliau diketahui mempunyai kes BPR dan rakan rapat kepada Chargeman dan Penolong Akauntan.
Biarpun ini belum terbukti benar tetapi atas dasar sayang kepada tanah tumpah darahku Alor Setar, saya berharap Majlis Bandaraya Alor Star bertindak dengan wajar dan jujur demi kesejahteraan rakyat. Pokok tidak akan sentiasa bergoyang jika tidak ada sebabnya.

Thursday, December 18, 2008

TEKI TEKI GAMBAR DATUK SERI ANWAR IBRAHIM


Dimanakah dan apakah yang 'BETUL' dan 'TIDAK BETUL' dalam gambar ini?

JAWAPAN: Latar belakang gambar ini betul. Gambar DSAI pun betul. Perkataan Sex and the City tu pun betul. Permatang tu dah tentu betul. Sex and the city Permatang, itu pun betul. Ia rekaan kreatif manusia dan komputer. Tapi keseluruhan gambar ini adalah adunan 'impose' dan 'expose' janaan komputer. Itu yang mungkin tak betul.! Jawapan yang hakiki di cari ialah Perbuatan tangan DSAI itu BETUL, bukan direka-reka selain direka sendiri DSAI. Selepas ini akan ada Sex and the City Kuala Trengganu.

KEPALA BABI : "Babi betul orang yang buat ni...!"


16 Disember 2008, saya telah menyatakan isu ladang ternak babi dan pusat penyembelihan babi Kampung Berjaya. Pada 17 Disember 2008, terkejut dengan cerita Kepala babi di gantung di pagar sekolah di Negeri Melaka.

Kejadian ini diberitakan bukan kali pertama. Sudah tiga kali tapi masih belum selesai. Melaka bukanlah negeri yang besar, ketiga kecil selepas perlis dan Pulau Pinang. Keluasan Melaka adalah 1650 kilometer persegi dan ianya dibahagikan kepada tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin (rujuk http://www.melaka.gov.my/). Tapi kenapa kes seperti ini masih tidak boleh selesai? Datuk Seri Ali Rustam selalu sahaja mengagung-agungkan kejayaan pentadbiran dan kemajuan negeri dibawah pentadbirannya. Beliau dikatakan pembawa perubahan dan pembangunan Melaka sehingga Melaka dinobatkan sebagai bandaraya Melaka. Baru-baru ini beliau menarik balik pengharaman orang Melaka Melawat Kelantan. Saya bukan hendak menyentuh soal ini kerana saya melihat tindakannya 'Melarang Orang Melaka' melawat Kelantan sebenarnya kerja gila. Saya kata 'kerja gila' kerana Tanah Melayu ini sebenarnya Tanah Untuk semua orang, bukan tanah milik Datuk Seri Ali Rustam atau milik Parameswara! Maka semua orang boleh melihat tanah mereka..Atau kalau nak effisienkan cadangan beliau, Datuk Seri Ali perlu memagar seluruh Tanah Melaka, jangan bagi orang Melaka keluar dari pagar tersebut....!. 'Kerja gila' selalu disuaipadan dengan 'idea gila'. Bukan begitu.



Selaku calon Timbalan Presiden Perhimpunan Agung UMNO, adakah beliau memenuhi syarat ini Rakyat Malaysia untuk di pilih Timbalan Presiden? Isu babi Melaka yang sekecil itu pun sudah masuk 3 bulan tidak dapat diatasi, bagaimana pula jika tuntutan ternak babi di peringkat Negara?. Adakah beliau begitu sibuk berkempen dan melobi sebagai calon PAU sehingga terlupa banyak Kepala babi di pamerkan kepada orang ramai secara percuma?. Menyerahkan kes untuk tindakan dan siasatan polis, adalah langkah yang biasa dilakukan. Tetapi dalam kes babi Melaka, ianya amat unik dan memerlukan iltizam dan komitmen Datuk Seri Ali Rustam. Eloklah Datuk Seri tumpukan masalah dalam negeri dahulu, sebelum cuba-cuba menerjah masalah negara. Takut tak tertanggung pulak! Betapa marahnya rakyat, sehingga ada yang menggambarkan Datuk Seri Ali seperti gambar diatas!




Wednesday, December 17, 2008

DATUK SERI MOHAMMAD NIZAR - PIKIAQ SAMA LORI SAMPAH

Trend semasa dikalangan kerajaan negeri banyak menfokuskan kepada hal-hal kenderaan rasmi yang mereka gunakan. Penggunaan Proton Perdana V6 di lihat oleh kerajaan negeri Perak - Membazirkan wang rakyat Perak. Lantas kerajaan negeri Perak hendak membeli kereta Toyota Camry 2.4L.

Alasan yang di berikan oleh Datuk Seri Menteri Besar Perak dan Exco Kanannya Datuk Ngeh Hoo Kam amat 'simple' - Untuk menjimatkan wang rakyat kerana penyelenggaraan Kenderaan Rasmi Proton Perdana V6 yang di gunakan oleh exco, amat tinggi hingga mencecah RM1 juta. Alasan lain yang diberikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, 'membeli kenderaan selain Proton Perdana' tidak semestinya dikatakan tiada Patriotism. Memanglah saya setuju membeli kereta negara luar tidak semstinya kita dikatakan tiada semangat Patriotik.
Tetapi jika difikirkan semula, Kilang Proton berada di Tanjung Malim Perak, sepatutnya Kerajaan Negeri setidaknya menghormati industri itu yang telah menyumbangkan hasil kepada Negeri Perak sendiri!. Seharusnya Datuk Seri Mohammad Nizar dan exco-exconya lebih merasa Patriotism yang lebih berbanding negeri lain...
Proton menyangkal dakwaan kos penyelenggaraan Perdana V6 terlalu tinggi. Kalau pun maintenance Perdana tinggi seperti yang didakwa sebagai alasan utama Menteri Besar Perak, sepatutnya perkara itu di siasat teliti dan mencari jalan bagaimana untuk menjimatkan kos penyelenggaraan itu. Saya percaya banyak alternatif yang boleh dibuat dan bukan hanya dengan membeli Kereta Camry sahaja. Umpamanya 'retender' semula panel bengkel untuk selenggara kenderaan rasmi. Selain itu hantar terus kepada Proton Tanjung Malim. Tak mungkin Proton menolak!. Atau kalau dah tak ada cara lain kecuali penyelesaiannya dengan Beli Kereta baru, belilah Proton Perdana juga. Buat dasar beli setiap tempoh hayat 4 atau 5 tahun. Dalam tempoh hayat, kenakan syarat syarat yang ketat untuk Proton lakukan maintenance dengan diskaun!. Semua itu boleh dibuat...Tetapi semua itu akan menjadi tidak releven bila 'niat' exco-exco Perak dari awal nak pakai kereta baru..

Di Kedah YAB Dato Seri Uztaz Azizan, Menteri Besar Kedah pun dah mengulas isu ini. Beliau membayangkan akan membeli kenderaan rasmi Kerajaan yang baru, tetapi lebih baik dari Toyota Camry, jika kewangan mengizinkan. Saya lihat sampah sarap berlambak-lambak di Ipoh kadang kala tak terkutip.

Lori sampah pun dah kian uzur. Kalau di lihat dari 'rupa paras' lori sampah di Perak, dah tentu kita sedih. Dah jadi macam lori antu, dan yang menaikinya adalah pekerja MBI dari kalangan bergaji rendah!. Kalau difikirkan secara logik, lori sampah itu dah macam berusia lebih 10 tahun. Tentu 'maintenance'nya tinggi mencucuk.
Amat menyedihkan, lori sampah yang lebih penting kepada rakyat Perak patut lebih diutamakan. Tapi nampaknya, kereta rasmi exco yang lebih utama. Kalau RM2.7 juta boleh diagihsama untuk beli lori sampah adalah baiknya!.. Mungkin dengan membeli Perdana V6 sebanyak 16 buah berjumlah RM1.7 juta dan RM1 juta untuk membeli lori sampah, adalah pendekatan Terbaik yang boleh dilakukan oleh Datuk Seri Menteri Besar Perak!.

Uztaz Azizan pun harus gunakan pendekatan yang sama sebab lori-lori sampah Majlis Bandaraya Alor Star pun dah tak cukup dan terlalu uzur nak mengangkat sampah.


-------------------------------------------------------------
Proton: Maintenance cost of Perdana V6 not high
PETALING JAYA: Proton has hotly denied claims that the cost of maintaining its Perdana model is high and reiterated that the fee charged is reasonable.
In a statement here yesterday, Proton said the maintenance cost depended largely on regular servicing at authorised service centres every three months or every 5,000km or as recommended by the manufacturer. It said the mileage per year and the driver’s driving habits would also determine the maintenance cost.
According to the statement, each regular service was normally in the RM200 range. This included oil filter and labour but excluded parts and components, mechanical failure and collision repairs.
It added that the typical mileage for a car under normal usage was between 20,000km and 30,000km per year,
“During this mileage period, the average total maintenance cost of a Perdana V6 is estimated to be about RM2,300, based on records collated from authorised service dealers and branches,” it said.
However, it said, cars aged more than four years that were heavily used without proper and regular servicing would incur higher maintenance cost.
“Proton would like to stress that it is not accurate to compare the maintenance cost of a one-year-old car to a high mileage four-year-old one, as the maintenance cost of the latter would naturally be higher,” it said.
While it recognised that there were areas to be improved, Proton said its products were not of such sub-standard quality that they could affect the decision of a state government to buy other non-national makes.

Tuesday, December 16, 2008

BABI KAMPUNG BERJAYA, ALOR STAR

2009 Kongres Akan Diadakan Di Perak Untuk Menuntut Kandang Berhawa Dingin Untuk Kediaman BABI. Cari kawasan yang sesuai jangan di tepi lereng bukit ya...Masterdedah.

Semasa isu hangat berkenaan Kerajaan Kedah hendak ternak Babi, saya sengaja tidak mahu menyentuh mengenainya. Bagi saya impian, cadangan, komitmen dan cadangan yang diutarakan oleh Kerajaan Kedah sekarang adalah Retorik semata-mata. Sama lah hebatnya retorik di zaman Kerajaan BN Kedah terdahulu. Isu yang sensitif ini, samalah juga seperti isu ternak babi di Selangor. Alasan yang diberikan oleh Kerajaan Kedah PAS dan Kerajaan Selangor PKR, mirip sama cuma dioleh dalam skrip yang berbeza.


Alasan yang di beri pertama, Ladang Ternak Babi ini adalah diluluskan oleh kerajaan BN terdahulu. Kerajaan Negeri sekarang cuma 'endose'kan sebagai menghormati Keputusan yang di buat Kerajaan BN terdahulu. Kedua, sistem ladang yang akan dimajukan adalah yang paling selamat dan berteknologi tinggi dengan konsep 'under one roof'.Maknanya babi diternak, diberi makan, di sembelih, di lapah, di bungkus di tempat yang sama dalam bangunan ladang tersebut. Yang keluar dari ladang itu adalah daging babi yang telah di bungkus. Hebatkan....Ini bererti kawasan tanah yang di perlukan mestilah maha luas dan projek ini boleh dikategorikan Projek Mega yang melibatkan ratusan juta ringgit. Tapi syukurlah, cadangan membina Ladang Babi di Bukit Selambau tidak jadi kerana Jabatan Haiwan kata tidak sesuai lagi. Soalnya kenapa tidak dibatalkan terus cadangan tersebut? Kenapa perlu hendak dicari ganti tempat yang lain? Rakyat meluat sebab kerajaan BN terdahulu meluluskan perkara tersebut, tetapi rakyat bertambah Meluat dengan Kerajaan PAS sekarang kerana tidak membatalkan projek tersebut. Susahkah untuk membatalkannya?



Sekarang ini pun, ramai penduduk melayu yang tinggal di ALor Star, malu hendak mengaku duduk di ALor Star. Tahukah anda Alor Star selain terkenal dengan Pekan Rabu, terkenal juga dengan Pusat Penyembelihan Babi di Kampung Berjaya, Jalan Putra?. Sungguhpun Kedah bermajoritikan orang Melayu, Kedah ada pusat penyembelihan babi. Di Penang yang bermajoritikan cina, tak pulak terdengar menjadi Pusat Penyembelihan Babi!.Di Perak ada ladang babi, tetapi tidaklah sebesar Projek Mega Kedah dan Selangor.



Jika Kerajaan Kedah sukar untuk membatalkan Projek Mega Babi ini, maka rakyat melihat Pusat penyembelihan Babi di Kampung Berjaya takkan juga boleh di tutup. Bukankah Pusat Penyembelihan Babi itu terletak hampir dengan Kampung Teluk Yan, yang bermajoritikan orang Melayu?. Dato Seri Uztaz Azizan perlu bertindak menutup pusat ini sebab sebelum PAS membentuk kerajaan negeri tahun ini, PAS lah juga yang menghentam Kerajaan terdahulu kerana gagal untuk menutup pusat tersebut dan merakyatkan Ladang Ternak Bukit Selambau dalam PRU12.




Parti apa pun yang membentuk kerajaan negeri Kedah pada masa lalu, kini dan akan datang, penduduk sekitar Kampung Berjaya dan orang melayu seluruhnya, HENDAKKAN kerajaan menutup pusat tersebut. Kerajaan BN terdahulu telah gagal dan beretorik, dan kini Kerajaan PAS pula beretorik dan berpolitik. Malu rasanya bila suatu hari nanti Kedah dikenali Pusat Pengexpotan Daging Babi Terbesar di Malaysia.

PAKATAN RAKYAT: KENAPA SELALU TAK SEPAKAT


Dengan kemelut Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu, parti politik mula menghitung nasib calon-calon yang akan dipertandingkan. BN tampaknya tiada sebarang masalah untuk meletakkan calon dari UMNO. Cuma mungkin ada sikit-sikit masalah untuk menamakan calon dalam kelompok UMNO sendiri. Parti-parti komponan yang lain tampak tiada apa-apa untuk direbutkan kerusi di situ. Lain ceritanya dengan Pakatan Rakyat. Dalam Kongres PKR baru-baru ini pun, sudah kedengaran ada perwakilan yang minta supaya PAS bertoleransi untuk memberi laluan kepada PKR. Dalam PAS sendiri sudah mula bertekaq-tekaq dalam Musyawarahnya dalam menentukan calon yang hendak di pilih. Bertekaq sama ada mengekalkan Mat Sabu kah atau Mat-Mat yang lain...Masterdedah menggambarkan keadaan perebutan antara rakan Pakatan Rakyat seperti dibawah:


Besar maknanya kartun ini. Sebelum menghitung nasib, lebih baik hisablah nasib dulu. Pengundi Kuala Trengganu, pisau dan timum di tangan anda!

BASIKAL JEPUN VS KERETA JEPUN..


Kalau dah nak beli, macam-macam alasan boleh bagi. Tapi alasan yang paling canggih dan rakyat tak persoal banyak ialah 'Menjimatkan Wang Rakyat'. Adakah dengan membeli kereta baru, akan menjimatkan wang rakyat? Menggunakan kereta Proton V6 akan membazirkan wang rakyat? Setiap kenderaan itu, ada usia tempoh hayatnya...Macam juga YAB Menteri Besar Perak, ada usia dan hayatnya. Tak taulah pulak saya kot-kot Datuk Ngeh Koo Ham menyangka hayatnya akan selama-lamanya! Semua jenis kereta, dengan penyelenggaraan yang baik mungkin boleh menjangkau lama usianya..7 tahun..10 tahun dan ada kereta dah berpuluh tahun. Tetapi yang paling baik, usianya 5 tahun. Mungkin Perak akan beli 'cash' dan tak ada loan mengeloan ni. Jadi mungkin itulah mereka tidak ada erti kata hayat kereta!. Kalaupun Perdana V6 tu dah berumur 5 tahun, takkan lah nak di lupus? Nak di 'trade in' tak viable sebab Camry beli 'cash' walaupun guna Local Order.



Sengaja bagi gamabar tak lengkap, sebab ramai sangat PEMIMPIN POLITIK complaint.

Adakah Perdana V6 baru akan melibatkan 'maintenance' yang tinggi jugak hingga RM1 juta? Kalau jawapan 'YA' begitu, saya bimbang ada penyelewengan dan BPR kena bertindak!. Kalau jawapan 'TIDAK' maka mana-mana kerajaan negeri kena beli Perdana V6. Tak salah nak tukar baru...Tukarlah. Tapi Tukar baru kepada Perdana. Kalau beli 'cash' pun, harga Perdana baru sekitar RM101,500 dan kalau executive RM110,000 sahaja. Murah tu....Harga Toyota Camry RM167,000. Jumlah semua RM2.7 juta. Tak masuk 'maintenance'nya 4 tahun lagi!. Setiap sebuah beza RM57K. Kalau 16 buah 912K. Kalau round up figure RM1 juta!. Sama jugak dengan nilai maintenance RM1 juta Perdana v6 yang dikatakan MB Perak. Tetapi RM1 juta ini adalah untuk 4 tahun!. Kalau dah takut 'maintenance' tinggi dan hati tu was-was, Datuk Nizar lantiklah panel bengkel sendiri, selain yang dilantik oleh kerajaan BN terdahulu. Tak pun tanya Datuk Koo Ham DAP, kot-kot ada kawannya yang bukak Bengkel Kereta kat Jelapang...Tentu murah kan? Macam orang nak kawin dua, di larang macamana sekalipun, macam-macam lah alasan dan cara yang akan dibuat orang itu...Tak payah lah nak salahkan kerajaan kerana tak bagi pelepasan cukai atau apa apa saja. Kerajaan Trengganu pun saya tak setuju beli Merz. Tapi Perak jangan samakan dengan Trengganu. Trengganu ada duit dalam simpanan RM2 billion! Perak ada bape? Hatta Kedah pun kalau nak ganti kereta baru, gantilah....Tapi kereta Perdana V6 dah cukup elok. Buat dasar setiap 4 tahun @ 5 tahun sekali tukaq baru Perdana. Atau pun buat dasar kerajaan negeri bayar setakat harga kereta perdana V6, dan jika ada exco yang nak pakai Toyota, Merz, atau traktor sekalipun, lebihan harga tu, exco tersebut yang kena bayaq...

Orang kampung masih dok pakai basikal Jepun, Exco Pakai Kereta Mewah Jepun. Tak ke teruk punya exco Perak, lawat orang kampung pakai Selipar Jepun naik basikal Jepun, Depa naik Kereta Mewah Jepun. Nasib baik tak ambik drebar Jepun...




Exco Perak Salahkan Kerajaan Pusat Harga Toyota Camry Mahal
IPOH, 14 Dis (Bernama) -- Anggota Exco Kanan Perak Datuk Ngeh Koo Ham Ahad menyalahkan kerajaan pusat sebagai penyebab kerajaan negeri Perak terpaksa membayar harga tinggi bagi pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 untuk anggota exco kerajaan negeri dan pegawai kanannya.Beliau berkata keengganan kerajaan pusat memberikan pelepasan cukai menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar harga RM167,000 untuk sebuah Toyota Camry berbanding harga sebenar hanya RM97,000 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi.Sambil menegaskan peruntukan untuk membeli kereta baru itu telah diluluskan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional yang lepas, Ngeh berkata keputusan pembelian itu adalah untuk mengelakkan wang rakyat dibazirkan bagi membayar kos penyelenggaraan tinggi kereta rasmi sedia ada."Adalah lebih menjimatkan menyenggara kereta-kereta Toyota Camry daripada kumpulan Proton Perdana V6. Kami mahu menjimatkan wang dengan membeli kereta baru oleh kerana kos senggara tidak begitu tinggi," katanya kepada pemberita selepas konvensyen DAP Perak di sini.Pada Jumaat, Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kerajaan negeri akan mengeluarkan RM2.7 juta bagi membeli kereta baru itu, dan menyatakan menyenggara Perdana melibatkan kos tinggi.Pengumuman Menteri Besar itu mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri Pangkor Datuk Dr Zambry Abd Kadir yang menyifatkan kerajaan negeri tidak menepati janji untuk berbelanja secara berhemah. Di ALOR STAR, Mohammad Nizar ketika bercakap kepada pemberita selepas membuat kunjungan hormat di Pejabat Menteri Besar Kedah, berkata keputusan membeli kenderaan tersebut dibuat selepas kerajaan negeri membuat kajian lebih empat tahun mengenai penggunaan serta kos membaiki kereta proton Perdana terdahulu.Katanya dalam tempoh itu, kos untuk membaiki kereta Perdana telah mencecah lebih RM1 juta."Jadi apa guna kita ikut balik sejarah lama, kita kena buat perubahan untuk menjimatkan wang rakyat," kata beliau.

DATUK SHAZIMAN KENA BACA NI!...NAK TOLONG RAKYAT PENDAPATAN RENDAH/SEDERHANA ATAU TYCOON BILLIONWAN

Written by: Nizam
Readaptation by: Admin



Sebenarnya saya merasa sedikit hairan kenapa media berbahasa melayu jarang menyentuh isu ini. Setelah sekian lama Pengeluar Tenaga Bebas (IPPs) menikmati keuntungan berlipat kali ganda, nilai cukai yang rendah serta penerima subsidi gas terbanyak. Kita seolah-olah lupa bahawa, subsidi kepada IPPs ini juga sebenarnya melibatkan wang kita sebagai rakyat Malaysia.Kenapa kerajaan begitu cepat bertindak untuk menaikkan harga petrol & diesel? Kurang 12 jam dari pengumuman penstukturan semula subsidi yang dibuat pada 4 June lalu, harga petrol/diesel sudah meningkat lebih 40% di stesyen-stesyen minyak. Tetapi kini, harga minyak dunia merudum keparas USD45 per barrel, namun Tarif Elektrik tidak diturunkan bahkan dibantah oleh CEO TNB dan Datuk Shaziman jika kerajaan hendak menurunkan Tarif Letrik.
Bertambah hairan apabila cadangan kerajaan untuk mengenakan Levi Keuntungan Luar Biasa (Windfall Profit Levy) kepada IPPs menjadi bantahan 'gila-gila' oleh tycoon IPP sehinggakan kerajaan begitu sukar untuk bertindak. Menurut Laporan Kewangan Tahunan Petronas, IPPs telah menerima subsidi gas terbesar negara dengan jumlahnya sebanyak RM8.1 Billion pada tahun lalu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang di terima oleh IPPs semenjak tahun 1997 ialah RM35.7 Billion.

Bilangan IPPs [1]


IPPs ditubuhkan untuk membantu TNB membekalkan tenaga electrik selepas berlaku beberapa siri ganguan bekalan yang besar di sekitar tahun 1990an.Menurut laporan Suruhanjaya Tenaga di dalam laman web rasmi mereka, untuk tahun 2003, Malaysia memiliki 23 buah IPPs di seluruh negara.Antara IPPs terbesar (selain dari subsidiary TNB) ialah YTL Power yang mempunyai plant di Paka dan Pasir Gudang, Genting Sanyen di Kuala Langat dan Segari Energy Ventures (subsidiary Malakoff) di Lumut. Malakoff juga mempunyai kepentingan sebanyak 90% di dalam Stesyen Janakuasa Tanjung Bin, Johor dengan kapasiti 2100 MW.
4 June 2008 : Pengumuman penstukturan subsidi oleh PM [2]


Semasa PM mengumumkan penstukturan semula subsidi itu lebih kurang jam 4pm itu. Ada 2 perkara yang menarik perhatian saya.
1. PENSTRUKTURAN SUBSIDI PETROL DAN DIESEL DI PAMBerkuatkuasa, 5 Jun 2008, harga petrol akan meningkat sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1.00 setiap liter. Harga baru petrol dan diesel di pam adalah RM2.70 seliter dan RM2.58 seliter.
2. SUMBANGAN SYARIKAT PENJANA TENAGA BEBAS (IPP)IPP dijangka menjana keuntungan lebih daripada pulangan pasaran. Selaras dengan penstrukturan semula subsidi bagi gas, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan peruntukkan di bawah Akta Levi Keuntungan Berlebihan 1998 (Windfall Profit Levy Act 1998), ke atas IPP, sebagai sumbangan mereka terhadap kenaikan kos bahan api untuk menjana tenaga elektrik. Kuantum bagi levi itu adalah 30 peratus daripada lebihan pulangan aset pada nilai threshold melebihi 9 peratus berdasarkan akaun mereka yang diaudit.
Perkara (1), tidak perlulah kita bincangkan disini, susah ada banyak laporan dan ulasan mengenainya. Walau bagaimanapun dalam blog politikpbt.blogspot.com ini, anda boleh layari banyak tajuk berkaitan Harga Minyak. Pandangan dan desakan yang konsisten oleh penulis Anakwatan Kedah supaya Harga Minyak Petrol dan Diesel diturunkan pada harga yang sepatutnya, mengikut apungan harga pasaran dunia.
Perkara(2), insyaAllah saya akan kupas semudah mungkin.



Berapa keuntungan IPPs? [3]

Sila rujuk rajah diatas.p/s : tiada pengesahan mengenai angka-angka diatas. Ia cuma dilaporkan oleh Persatuan IPPs Malaysia (Penjana Bebas) tanpa sebarang sokongan Audit Luaran.Berapa harga gas yang dijual oleh Petronas kepada IPPs?
Sila lihat rajah dibawah

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Petronas. Gas dijual kepada IPPs dengan harga yang sangat murah. Ada pihak mengatakan, harga gas yang dijual oleh petronas kepada IPPs sebagai “tidak masuk akal”.Harga pasaran bagi gas asli ialah dilingkungan RM63.17/mmbtu (juta British Thermal unit). Sedangkan Petronas menjual kepada IPPs pada harga RM6.40 MMBTU sebelum dinaikkan kepada RM14.31/mmbtu. Ini bermakna, IPP masih menikmati subsidi sebanyak RM48.86/mmbtu walaupun selepas harga distrukturkan semula. Bahkan TNB juga mendapat subsidi Petronas sekalipun dinafikan oleh CEO TNB!. Jadi, tidak hairanlah IPPs adalah penerima subsudi gas terbesar negara. Dan, tidak hairan jikalau mereka mendapat keuntungan yang berganda saban tahun.Untuk rekod, 20% gas yang dibekalkan ke semenanjung (termasuk ke IPP) adalah di import dari Indonesia.


Gas yang belum diproses itu di import dari Lapangan West Natuna, Indonesia itu disalurkan melalui platform Duyung di luar pantai Terengganu dan disalurkan ke Gas Processing Plant (GPP) Kerteh sebelum dibekalkan kepada pengguna (termasuk IPPs) di Semenanjung Malaysia melalui sistem pipeline yang dinamakan Peninsular Gas Utility System (PGU System).Ini bermakna, Petronas membeli 20% gas dari Indonesia dengan harga pasaran, tetapi terpaksa menjual sebahagiannya dengan harga yang sangat-sangat murah kepada IPPs.Jadi, di dalam urus niaga ini, mengikut perkiraan saya, Petronas mengalami kerugian. Ia juga bermaksud, Petronas, kerajaan dan rakyat terpaksa menyerap harga gas yang tinggi untuk dibekalkan kepada IPPs. Secara tidak langsung, hasil kepada Petronas, kerajaan (dan rakyat) juga akan menurun.



Apa itu windfall profit levy? [4]

Di dalam bahasa mudah, windfall itu membawa maksud perumpaan bahasa melayu iaitu durian runtuh. Berapa wang rakyat dapat diselamatkan jika levy ini berkuatkuasa?Menurut Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, sebanyak RM600 juta dapat dikumpulkan jikalau levy ini berkuatkuasa.Isu hendak menjaga kebajikan 26 juta rakyat Malaysia atau pemegang bond & IPPs?
Saya bukanlah seorang yang pakar untuk memperkatakan tentang system pasaran kewangan dan bond. Namum, tekanan telah diberikan oleh beberapa pihak dari bank, pemegang bond dan IPP sendiri kepada pihak kerajaan agar Levy Keuntungan Berlebihan ini dikaji semula. Alasan-alasan yang diberikan oleh sekumpulan kecil rakyat Malaysia ini ialah diantaranya, nilai bond IPPs itu akan menurun tarafnya (derating), gangguan kepada system kewangan dan kebolehan IPP itu sendiri di dalam membayar hutang-hutang mereka dan pelbagai lagi. Sudah pasti CIMB yang amat lantang memkritis kerana CIMB adalah pengeluar bond terbesar bagi IPPs ini.IPPs dah untung besar, dapat banyak subsidi, berapa banyak lagi mereka mahu?Seperti yang kita tahu sebelum ini, IPPs telah menikmati subsidi yang besar dari kerajaan. Perniagaan IPP boleh katakan sebagai ‘no risk existing” dan cukup mudah. Ini kerana, bekalan yang diberikan kepada TNB akan dibeli tidak kira sebanyak mana TNB pakai, harga bekalan bahan bakar yang dibeli lebih murah dari harga pasaran serta cukai yang rendah. Jika dilihat dari Laporan Kewangan YTL Power International 2007. Keuntungan sebelum cukai mereka adalah sebanyak RM1,296,757,000. Cukai yang dibayar kepada kerajaan (dalam & luar negara) sebanyak RM27,543,000 (selepas beberapa pengecualian).

[5]Menurut 1 temuramah akhbar The Star dengan bekas CEO TNB, Tan Sri Ani Arope, Semasa perjanjian pembelian tenaga (Power Purchase Aggrement – PPA) di buat. beliau hanya diberi seperti, ini harganya..., ini jumlah tenaganya... dan ini jumlah tahunnya..., kamu hanya perlu setuju sahaja.! [6]




PPA yang berat sebelah antara IPP dan TNB itu dikatakan menjadi punca Tan Sri Ani meletak jawatan sebagai CEO TNB. Dalam temuramah tersebut, Tan Sri Ani berkata – TNB dipaksa untuk menerima harga yang ditetapkan oleh IPP sebanyak 16 sen seunit (kWh). Jika TNB menerima harga tersebut, TNB terpaksa mengenakan harga kepada pengguna sebanyak 30 sen seunit selepas dicampur dengan beberapa kos penghantaran dan kos TNB yang lain. Sedangkan, pada masa itu, TNB sendiri dapat mengeluarkan tenaga elektrik dengan kos 8 sen seunit dan dapat dijual kepada pengguna dengan harga 17 sen seunit.Kini, dari 17sen seunit, Kerajaan telah menaikkan kepada 21.8sen bagi 200KWj dan 34.5sen seunit bagi KWj seterusnya. 21.8sen ini sebelum Julai 2008 dinikmati oleh semua rakyat jelata pendapatan rendah dan sederhana. Mulai Julai 2008 rakyat yang menggunakan lebih 200KWj tidak kira berpendapatan rendah, sederhana atau tinggi perlu bertarung dengan kadar yang lebih tinggi 34.5sen seunit. Ini bermakna sekalipun anda berpendapatan RM1500 dan menanggung ramai bilangan keluarga, kerajaan tidak menjamin bahawa anda akan mendapat manfaat Subsidi Tenaga Letrik. Anda masih menanggung 'beban' kehidupan di bumi Malaysia, dan TNB/kerajaan seolah TIDAK MAHU AMBIL TAHU adakah kadar 200KWj yang ditetapkan itu Releven dan Munasabah bagi sebuah keluarga yang besar?
Berapa agaknya gaji big-big boss IPP ini?Dari laporan kewangan YTL Power International, imbuhan kepada pengarah-pengarah syarikat mereka adalah seperti berikut adalah seperti berikut :


Dan, ini pula gaji bos-bos di TNB. Jadi, tidak hairan jika kita pernah terdengar ura-ura gaji CEO TNB hendak dinaikkan sebanyak 100%.



Penutup



Saya masih mencari data berkaitan dengan jumlah yang telah dibayar oleh IPP kepada kerajaan kerana saya pernah mendengar Windfall Tax ini telah dibayar sebahagiannya. Namun saya belum menemui fakta bertulis. Sila betulkan maklumat saya jika ada sebarang info yang tidak tepat agar pembaca artikel ini mendapat maklumat yang lebih tepat. Persoalan rakyat perlu dijelaskan setelus-telusnya oleh kerajaan, antaranya:
1. Rakyat menyimpulkan TNB tidak diurus dengan cekap. Ketidakcekapan ini menyebabkan rakyat yang menanggung beban.
2. Kemana windfall tax yang dikutib ini dibelanjakan?
3. Kenapa windfall tax ini tidak dikembalikan kepada rakyat secara langsung kepada penurunan tarif letrik?
4. Tidakkah Datuk Shaziman terfikir bahawa Tarif Elektrik adalah faktor utama kepada kenaikan harga barangan, iaitu sama hebat kesannya dengan turun naik harga minyak? Maka ianya memberi kesan langsung kepada taraf hidup rakyat?
5. Masalah dana kewangan TNB adalah tanggungjawab pengurusan TNB dalam menguruskan TNB. Kegagalan ini tidak logik dan tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada rakyat untuk membayar lebihan kos yang ditanggung dan dilakukan oleh TNB sendiri. Kenapa harus rakyat yang perlu menanggung kos ini?
6. TNB dan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Air perlu lebih telus dengan mendedahkan apa perkara yang akan dibuat dari segi penjimatan yang hendak dijalankan. Jimat dalam bidang apa, berapa kos penjimatannya, tempoh waktu yang diambil dan berapa cepat tindakan boleh dilaksanakan?
7. Apa yang hendak dilakukan keatas lebihan margin tenaga 47%? Margin ini lah antara punca wang TNB dibazirkan. Bagaimana pula dengan Margin tenaga dari stesen Jimmah yang juga akan membazirkan wang rakyat? Dari sumber dana manakah untuk membangun projek Bakun? Semua ini akan ujud kaitan langsung dengan Tarif Elektrik.
8. Kenapa tidak diujudkan sebuah Jawatankuasa yang mengkaji kemungkinan berkaitan Tarif Letrik terdiri pakar-pakar dalam pelbagai bidang dan tidak hanya berpandukan kepada kajian-kajian oleh TNB sahaja? Walaupun sekarang ini, TNB belum gagal, tetapi pada anggapan rakyat TNB belum cukup cekap. Ujud pakar pengkaji akan membantu Kementerian dan TNB keluar dari kemelut ini, dan berkemungkinan juga akan ada ruang yang boleh diambil untuk menurunkan Tarif Elekterik.
9. Dalam penstrukturan subsidi yang lalu, kenaikan tarif letrik tidak akan 'terkena' atau dirasai oleh 60% penduduk Malaysia. Bagaimana dengan 40% lagi yang merasai kenaikan itu? Bukankah 40% ini termasuk juga golongan pendapatan rendah dan sederhana? Golongan berpendapatan tinggi yang tinggal suami isteri sahaja, dalam sebuah banglo, mungkin juga tergolong dalam kelompok 60% kerana penggunaan letrik rendah. Mungkin juga mereka tidak sering dirumah, lampu tidak dipasang selalu kerana sudah ada pondok pengawal keselamatan atau pakaiannya digosok di kedai dobi! Bagaimana dengan orang pendapatan sederhana di rumah teres dengan keluarga yang besar dan semuanya dilakukan dalam rumah tersebut?
Justeru saya juga mengharapkan kerajaan dapat mengkaji semula kandungan PPA agar ia lebih memberi manfaat kepada pengguna dan rakyat Malaysia. Janganlah selepas pakatan rakyat merakyatkan Tarif Elektrik di Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu, barulah kerajaan tergopoh gapah untuk bertindak. Terima kasih.


IPPs Tycoon : (ikut arah pusingan jam dari atas): Ahmad Jauhari Yahya, Malakoff Bhd MD; Ahmad Zubir Murshid, Sime Darby Bhd President/CEO; Francis Yeoh of YTL Power International Bhd; T Ananda Krishnan of Tanjong plc; Syed Mokhtar Albukhary of MMC Corp Bhd; Lim Kok Thay of Genting Group.