Monday, November 17, 2008

TENDANG TERAJANG PAS, MBAS JUGAK YANG DAPAT TAIK..

Berita ini sudah agak LAMA, kira-kira 2 bulan lamanya. Isu yang dibangkitkan juga adalah ISU LAMA berkaitan kebersihan dan pemungutan sampah dalam Majlis bandaraya Alor Star. YB yang hadir pun adalah orang LAMA, selaku hero sampah dalam bandaraya Alor Star. Kes yang dbangkitkan penduduk juga adalah kes LAMA iaitu kes sampah yang berlonggok tidak diangkut. Kes lori tak cukup pun adalah kes LAMA kerana MBAS mempunyai 30 buah lori adalah sejak tahun 2006 lagi. Kes lori rosak hampir 20 buah pun adalah masalah LAMA semasa YB Tn Hj Mahfuz Omar Memprotes dengan menghantar sampah kebilik Datuk Bandar MBAS pada 2007. Perjumpaan dan tekanan dari kalangan penduduk Masyarakat Cina pun adalah hal yang LAMA, cuma sekarang diperbaharui dengan wajah PKR dan DAP. Gelanggang untuk berdialog dengan masyarakat cina sahaja yang BARU iaitu di dewan Persatuan Bomba Sukarela Pokok Sena, kerana sebelum-sebelum ini YB Tn Hj Mahfuz tak pernah pun menjejak kaki di dewan ini. Organisasi yang dipersalahkan oleh YB juga adalah organisasi LAMA iaitu MBAS. Organisasi inilah yang dikutuk oleh YB pada tahun 2007 dengan membawa sampah ke bilik Datuk Bandar!.
Apabila telah memerintah Kedah, alasan yang diberi oleh YB Tn Hj Mahfuz dalam menangani kes sampah, dalam Bandaraya Alor Star, adalah alasan yang LAMA juga...Tidak cukup lori dan tidak ada duit. Yang BARU adalah dengan menyatakan "penduduk perlu bersabar kerana dengan 5 bulan memerintah, tidak banyak yang boleh dilakukan". Biasalah alasan politik memang sedap di dengar. Tetapi alasan MBAS yang telah diberikan kepada YB Tn Hj Mahfuz Omar sebelum beliau memprotes dengan membawa sampah ke bilik Datuk Bandar, mengapa tidak diterima oleh otak dan hatinya? Bukankah sebab - sebab yang dikatakan oleh YB kepada masyarakat cina perjumpaan ini, adalah Sebab-Sebab yang dinyatakan oleh pengurusan MBAS kepada beliau? Terlalu banyak perkataan LAMA, maka diminta YB menggunakan perkataan dan alasan BARU. Contohnya, YB sepatutnya berperang dengan Kerajaan Negeri untuk mendapat peruntukan BARU. Tetapi belum sempat ianya di perjuangkan, Kerajaan BARU telah mempunyai alasan BARU dan Cara BARU menyelesaikan masalah sampah. Difahamkan Kerajaan BARU telah bersetuju menyerahkan Sistem Pemungutan Sampah di Negeri Kedah kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal menerusi penswastaan kepada E-Idaman. Itulah cara BARU yang dimaksudkan, 'baling bola' kepada kerajaan pusat dan selesai masalah. Itulah resam dunia, adat politik - Tendang Terajang boleh kat Depa, Taik boleh kat MBAS. MBAS seperti bola yang disepak terajang untuk kepentingan politik peribadi. Nah sekarang kes ini umpama YB Meludah Ke Langit, Muka Terkena Air Liur Sendiri. Bukankah Allah itu Maha Adil.....


Majlis Perbandaran Alor Star Hanya Ada 10 Buah Lori Sampah?!
Oleh sasician
POKOK SENA, 9 Ogos - Suatu dialog antara kaum Cina Pokok Sena bersama ADUN Bukit Lada dan Ahli Parlimen Pokok Sena telah diadakan di Dewan Persatuan Bomba Sukarela Pokok Sena, Kedah Darul Aman.Dialog yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Bukit Lada ini adalah bertujuan untuk mendengar luahan dan permasalahan penduduk khususnya penduduk kaum Cina di Pokok Sena.Acara yang bermula pada jam 8.55 malam ini dipengerusikan oleh Saudara Shahrulruddin bin Musa, Pengerusi PKWR Dun Bukit Lada.Majlis ini dihadiri oleh YB. Tuan Haji Mahfuz bin Omar selaku Ahli Parlimen Pokok Sena dan YB. Ustaz Ahmad Izzat bin Shauki. Turut menghadiri adalah Ahli Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) iaitu Encik Che Ali bin Abdullah dan Encik Sinarwahi bin Abdul Rahman.Majlis turut dihadiri oleh pimpinan PAS Kawasan Pokok Sena, pimpinan PAS Dun Bukit Lada, dan juga pimpinan masyarakat Cina Pokok Sena.Majlis dimulakan dengan ucapan dari Encik Che Ali bin Abdullah. Dalam ucapan beliau menyatakan bahawa pihak MBAS sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan segala permasalahan yang berlaku dapat diatasi. Antara masalah utama penduduk di sini adalah sampah yang tidak dikutip oleh MBAS dan juga sistem perparitan yang tidak sempurna.Dalam ucapan tersebut, beliau turut menyatakan bahawa pihak MBAS menghadapi masalah kekurangan wang untuk melaksanakan sebarang operasi. Namun, beliau berjanji untuk sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini.“Pihak MBAS kini hanya mempunyai 30 buah lori sampah sahaja. 20 buah daripadanya telah pun rosak, yang tinggal hanya 10 buah sahaja. Itu pun terpaksa mengutip sampah dari kawasan Kota Sarang Semut hinggalah ke kawasan Pokok Sena, kawasan yang cukup luas untuk diuruskan dengan 10 lori sampah sahaja”, ujar beliau.Majlis diteruskan dengan ucapan dari YB. Ustaz Ahmad Izzat. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penduduk yang telah memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum baru-baru ini.Beliau turut berjanji untuk membantu menyelesaikan permasalahan penduduk. Beliau menyatakan Kerajaan Negeri Kedah sedang berusaha untuk memberikan perkhidmatan dan kehidupan yang selesa kepada semua penduduk Negeri Kedah, sesuai dengan moto negeri iaitu Kedah Sejahtera.Beliau mengharapkan semua penduduk dapat bersabar kerana dengan hanya 5 bulan memerintah, tidak banyak yang dapat dilakukan oleh kerajaan negeri dalam masa yang sesingkat ini. Kerajaan terpaksa menanggung hutang yang telah ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah Kedah selama 50 tahun.“Kita terpaksa menanggung hutang yang telah ditinggalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional terdahulu “, ujar beliau.“Hutang yang ditinggalkan adalah sebanyak kira-kira RM 2.4 bilion yang mana kalau dikira berdasarkan kepada bilangan penduduk Kedah seramai 1.9 juta orang, setiap orang berhutang kira-kira RM 11,000 setiap orang”, ujar beliau lagi.Beliau turut menambah bahawa kerajaan sebelum ini hanya mendapat hasil RM 500 sahaja dari seekar tanah kawasan pembalakan. Ini berbeza setelah kerajaan Pakatan Rakyat memerintah telah mendapat hasil sebanyak RM 10,000 seekar, suatu nilai yang jauh berbeza.Manakala dalam ucapan YB. Tuan Haji Mahfuz Omar, beliau turut berusaha dan berjanji sedaya upaya untuk memastikan penduduk kawasan Pokok Sena mendapat keselesaan dalam kehidupan seharian.Beliau turut mengatakan bahawa kerajaan Negeri Kedah yang baharu memerintah 5 bulan ini tidak mempunyai magik untuk melakukan semua perkara serta merta dan mengharapkan semua penduduk dapat bersabar.Beliau juga ada menyebutkan bahawa kuasa yang ada kerajaan negeri adalah terhad berbanding kuasa yang dimiliki oleh kerajaan pusat. Beliau mengharapkan suatu hari nanti kuasa kerajaan pusat dapat berpindah ke kerajaan Pakatan Rakyat.Kerajaan Kedah katanya sedang dalam proses untuk mewujudkan Skim Takaful Kifalah seperti yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Kelantan. Skim ini menyediakan bantuan kewangan urusan pengkebumian kepada keluarga si mati.Dalam sesi soal jawab, seorang penduduk menanyakan tentang masalah perparitan yang mereka harapkan kerajaan Kedah yang baharu ini dapat menyelesaikannya seberapa segera yang mungkin.Majlis dialog ini berakhir pada jam 10.30 malam. YB. Tuan Haji Mahfuz juga turut mengalu-alukan mana-mana pihak untuk menganjurkan majlis seumpama ini dengan lebih kerap supaya sebarang masalah dapat dibincangkan dan diselesaikan dengan baik

No comments: