Wednesday, December 10, 2008

RAKYAT SAMAN PBT DAN SELEPAS ITU.....

Apa akan jadi sekiranya rakyat menyaman PBT? Seribu satu macam perkara rakyat boleh menyaman PBT. Rakyat boleh menyaman kepada aspek kesilapan PBT dalam semua perkara, berkaitan Tempat Letak Kereta dan Motosikal, Lesen perniagaan, Pengurusan Perniagaan, Kutipan Sampah domestik, Kutipan sampah sisa pepejal, Cukai Tafsiran, Kelulusan Pembangunan, Kebenaran Merancang, Kelulusan bangunan tambahan, pengurusan projek, lesen iklan, permit, pengurusan kemudahan awam, penyelenggaraan kemudahan awam dan infrastruktur dan macam-macam lagi. Semua sektor ini ada ruang untuk orang awam menyaman PBT, sama lah juga sebagaimana PBT boleh menyaman orang awam atau penyitaan harta benda mereka. Tetapi apakah kesannya jika Saman Rakyat kepada PBT? Sudah tentu ujud kerugian tenaga, harta benda, masa dan wang ringgit rakyat sendiri. Yang lebih parah adalah kakitangan PBT sendiri yang terdedah kepada Saman Menyaman ini. Adakah mereka dilindungi oleh kerajaan? Penulis tidak pasti... tetapi yang nyata, apabila berduyun-duyun rakyat boleh menyaman PBT dalam semua aspek, maka fokus dan tumpuan PBT akan terarah kepada mempertahankan diri. Ini akan menjadikan seluruh masa, tenaga, harta benda dan wang ringgit di fokuskan kearah mempertahankan diri ini. Akhirnya, rakyat yang akan mengalami kerugian semula apabila PBT tidak mampu untuk berkhidmat secara optimum dan wang rakyat digunakan untuk membayar saman tersebut. Tetapi dalam hal yang lain jika PBT menyaman rakyat dalam apa jua kesalahan yang dilakukan, PBT akan dikecam sebagai Kejam terhadap rakyat. Sebab itulah ujud undang-undang bagi setiap kakitangan PBT dan akta-akta PBT yang perlu dihormati oleh kakitangan dan rakyat sendiri. Adakah dengan tindakan saman ini, seluruh rakyat akan berpuashati atau pihak yang menyaman sahaja yang berpuashati. Adakah ia akan menyelesaikan masalah pembangunan lereng bukit?. Tindakan saman ini akan menyebabkan kakitangan PBT sentiasa terdedah rasa tidak selamat dalam menjalankan tugasnya. Dan kakitangan PBT setakat ini belum dijamin akan dilindungi oleh undang-undang jika di saman, walaupun sebenarnya mereka bertindak betul pada prosedur yang ditetapkan. Tahukah rakyat bahawa Kakitangan PBT juga sering terdedah kepada tekanan politik dan tekanan ekonomi dalam menjalankan tugasnya tetapi ini tidak diketahui oleh rakyat jelata. Penulis yakin, kes Bukit Antarabangsa dan pembinaan projek-projek perumahan dan rumah individu di Bukit Antarabangsa, mengikut prosedur yang betul tetapi ujud tekanan luaran ( tekanan politik dan tekanan status VVIP). Janganlah hendak menyaman PBT sahaja, tetapi hendaklah bertanya dan menyoal pemilik rumah banglo tersebut dan melihat 'kehendak tuan punya banglo dan tanah' itu sendiri, KENAPA hendak membina rumah agam dikawasan yang diketahui berisiko itu?. Katalah jika PBT tidak meluluskan sesebuah rumah banglo dibina disitu, tetapi tetap dibina rumah oleh pemilik tanah, maka penulis yakin rakyat akan menuduh PBT itu 'korup' kerana tidak mengambil tindakan. Penulis yakin orang yang membeli tanah di sekitar lereng bukit di Bukit Antarabangsa, memang berhasrat untuk membina rumah disitu kerana status elitnya kawasan tersebut. Dan penulis yakin, pemilik ini akan tetap membina rumah agam tersebut disitu dengan mengemukakan permohonan yang betul, tetapi disusuli dengan tekanan-tekanan politik atau orang-orang kenamaan sehingga pelan perancangan dan bangunan diluluskan. Mustahilkah perkara ini tidak berlaku? Rakyat boleh menyaman PBT apa-apa jua perkara, tetapi selepas itu siapa yang akan menerima kerugian tersebut?


Penduduk saman PBT, pemaju
Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
KUALA LUMPUR 9 Dis. – Jawatankuasa Bertindak Penduduk Bukit Antarabangsa, Hulu Klang akan memfailkan saman terhadap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pemaju perumahan di kawasan itu bagi menuntut ganti rugi ekoran kejadian tanah runtuh yang memusnahkan 14 banglo dan meragut empat nyawa Sabtu lalu.
Ketua jawatankuasa itu, Datuk N. Muneandy berkata, pihaknya sedang mendapatkan nasihat guaman mengenai perkara berkenaan.
“Kami yakin dengan tindakan ini kerana ada banyak bukti kukuh mengenai tanda-tanda sebelum kejadian seperti gambar yang sempat kita rakam dan laporan mengenainya kepada PBT,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar di sini hari ini.
Menurutnya, tindakan menyaman pihak-pihak berkaitan juga diambil kerana kejadian tersebut bukan kesalahan penduduk.
“Kami sudah nampak tanda-tanda awal yang perkara seperti ini akan berlaku. Kami sedar lalu membuat aduan mengenainya tetapi kami kesal dengan tindakan amat minimum yang dilaksanakan pihak berwajib,” katanya.
Muneandy berkata, penduduk di kawasan itu juga mahu kerajaan mewujudkan sebuah jawatankuasa khas yang turut dianggotai penduduk bagi menyiasat punca kejadian tersebut.
Dalam pada itu, beliau berkata, penduduk yang terlibat dalam kejadian itu juga telah membuat laporan polis mengenai kehilangan barang-barang berharga semasa mereka diarahkan berpindah setelah pasukan keselamatan mendapati kediaman di sekitar kawasan bencana itu tidak selamat diduduki.
“Semalam tujuh laporan polis telah dibuat. Ada juga kehilangan wang tunai,” katanya.
Sementara itu, Khalid semasa pertemuan dengan kumpulan penduduk di kawasan kejadian menjelaskan, pihaknya cuba sedaya-upaya membantu penduduk Bukit Antarabangsa dalam apa juga aspek.
“Kami sekarang dalam fasa mencari dan menyelamat serta fasa memulihkan keadaan. Fasa pemindahan sudah pun selesai. Tapi saya minta semua penduduk yang terbabit dalam kejadian ini faham tugas kami.
“Pasukan keselamatan akan membantu sedaya yang mungkin. Kami mempertimbangkan semua permintaan namun tidak boleh memenuhi semuanya. Jika ada apa-apa yang kurang, itu saya minta maaf,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Dari cerita yan ada kata MB akan ambik tindakan terhadap 26 orang KCS kerana terlibat dalam Kejohanan Golf Piala Ketua Pembangkang Kedah. Tolong siasat tengok siapa yang terlibat dan hebahkan.