Sunday, November 30, 2008

BERCAKAP BENARLAH WAHAI ZAID......

Dalam tajuk Pak Lah Sayang Lagikah Kepada Datuk Zaid?, dengan jelas tindak tanduk datuk Zaid banyak yang membelakangkan kepimpinan Pak Lah. Jika sangkaan ini salah, bermakna mungkinkah Pak Lah telah dimaklumkan oleh Datuk Zaid pemergiannya ke Kongres PKR? YAB Perdana Menteri harus menjelaskan pendiriannya berkenaan duduk perkara tingkahlaku Datuk Zaid kerana beliau masih lagi dibawah potfolionya. Gerak geri dan tindakan Datuk Zaid, tak ubah seperti CIA PKR. Menggeledah maklumat kerajaan (mungkin juga Perdana Menteri) dan menyalurkan kepada PKR. Tidak salah jika rakyat menyangkakan begitu, kerana kehadiran dalam kongres itu bukan seperti yang dikatakan beliau ' masih UMNO dan tidak melihat pembangkang sebagai musuh'.

Jika Datuk Zaid solat berjemaah dengan orang muslim di Masjid Negeri Kelantan, rakyat boleh terima kenyataannya iaitu 'tidak melihat pembangkang sebagai musuh politik'. Hakikatnya beliau hadir dalam perhimpunan politik yang sudah terang-terang menentang kerajaan dan UMNO. Mana logiknya, seorang peguam yang mempunyai firma guaman, bercakap seperti seorang askar yang takut terkena peiuk api!. Bercakap benarlah wahai Datuk Zaid...Mungkin disebabkan beliau seorang yang terlibat dengan kepeguaman, maka otak beliau sentiasa berfikir untuk kearah 'putar belit' fakta. Sudah tiba masanya, Majlis Tertinggi UMNO bertindak keatas beliau, kerana beliau telah menjadi Liabiliti kepada UMNO, terutamanya Pilihanraya Kecil Kuala trengganu semakin hampir.




Zaid Ibrahim mesti perjelas kehadiranya di kongres PKR, kata Muhyiddin
30/11/2008 3:34pm


KOTA KINABALU 30 Nov. — Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd. Zaid Ibrahim mesti memberi penjelasan berhubung kehadirannya pada Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Shah Alam semalam, kepada Lembaga Disiplin UMNO sebelum tindakan dikenakan terhadapnya.
Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kehadiran Zaid pada kongres berkenaan bukanlah kali pertama beliau menghadiri perhimpunan anjuran pembangkang dan tindakan itu membuktikan ketidaksetiaannya kepada UMNO.
“Kehadirannya dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh pembangkang tidak masuk akal. Ini (kehadiran Zaid) dilihat seperti memberi sokongan moral kepada pembangkang.
“Beliau mesti memberi penjelasan kenapa beliau menghadiri kongres itu.
Beliau perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya,” kata Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, kepada pemberita semasa sesi bertemu Ketua Pengarang dan Ketua Biro media nasional serta tempatan di Sabah, di sini hari ini.
Menurut laman web Malaysian Insider, Zaid mendakwa beliau masih merupakan anggota UMNO dan tidak melihat pembangkang sebagai musuh.
Zaid juga berkata kehadirannya di kongres berkenaan menunjukkan beliau masih berminat dalam politik dan tidak menjangkakan akan dipecat daripada UMNO.-Bernama

No comments: