Sunday, November 30, 2008

PILIHANHARYA KECIL KALI KE2, TAHUN 2008

Dalam blog ini saya pernah menyebutkan, penurunan harga minyak petrol dan diesel yang dilakukan oleh KPDNHEP adalah terlalu lambat. Jika mahukan penurunan minyak yang segera maka perlulah ada 'Pilihanraya Kecil'. Saya katakan demikian kerana dalam Pilihanraya kecil akan berlaku banyak janji-janji baru dari parti-parti yang akan bertanding. Isu-isu yang susah untuk kerajaan kaji atau isu-isu yang belum selesai yang menjadi tuntutan rakyat, mungkin akan dapat diselesaikan bila adanya Pilihanraya Kecil. Begitulah lumrahnya.
Pilihanraya Kecil kali ini akan berlaku di Kuala Trengganu selepas penyandangnya Datuk Razali Ismail kembali kerahmatullah. Takziah kepada keluarga Allahyarham. Allahyarham adalah penyandang Parlimen Kuala Trengganu selepas menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf. Beliau menyandang Timbalan Menteri Pelajaran pada 18 Mac 2008. Pilihanraya Kecil kali ini tak sama dengan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Langsung tak sama. Di Permatang Pauh pertembungan antara UMNO dan PKR, tetapi di Trengganu ini pertembungan UMNO dan PAS. Tak tahulah bila pula pertembungan BN dengan DAP pula!. Pada PRU12, pilihanraya DUN Kuala Trengganu ini cukup glamor kerana adanya calon bebas maimun Yusuf, seorang nenek. Maka pilihanraya kecil kali ini akan menjadi Medan baru Perang, dua gergasi. Penulis menjangkakan Nenek Maimun pasti tidak akan turut serta lagi!.
Dalam pilihanraya kali ini akan berlakulah 'Merakyatkan Isu semasa', selepas PRU12. Sufer bolehlah menghantar pandangan dalam blog ini atau email pandangan anda untuk dikongsi bersama berkaitan Isu Semasa Yang dijangka dirakyatkan dalam Pilihanraya Kecil ini nanti..





Mesyuarat bincang pilihan raya kecil

PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 3 Disember ini dijangka membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya kecil di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu berikutan kematian Ahli Parlimennya, Datuk Razali Ismail, 59, kelmarin, akibat sakit jantung. Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata persiapan awal penting bagi memastikan kawasan yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum lalu kekal dimenangi Barisan Nasional (BN). "Kita tunggu mesyuarat MT tetapi pada masa sama Umno mengarahkan jentera pilihan raya di Kuala Terengganu untuk memantau keadaan di sana supaya kawasan ini kekal dengan BN," katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, kematian Razali bukan saja kehilangan besar kepada Umno dan Kementerian Pelajaran, malah kepada penduduk Kuala Terengganu kerana Allahyarham pemimpin yang dedikasi melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Parlimen. Razali, bekas Pengerusi Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran selepas mengekalkan kerusi sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac lalu. Allahyarham dikatakan rebah ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands, petang kelmarin, meninggalkan seorang isteri, Datin Nooraini Lob Yusoff dan lima anak.

No comments: