Sunday, November 30, 2008

BERCAKAP BENARLAH WAHAI ZAID......

Dalam tajuk Pak Lah Sayang Lagikah Kepada Datuk Zaid?, dengan jelas tindak tanduk datuk Zaid banyak yang membelakangkan kepimpinan Pak Lah. Jika sangkaan ini salah, bermakna mungkinkah Pak Lah telah dimaklumkan oleh Datuk Zaid pemergiannya ke Kongres PKR? YAB Perdana Menteri harus menjelaskan pendiriannya berkenaan duduk perkara tingkahlaku Datuk Zaid kerana beliau masih lagi dibawah potfolionya. Gerak geri dan tindakan Datuk Zaid, tak ubah seperti CIA PKR. Menggeledah maklumat kerajaan (mungkin juga Perdana Menteri) dan menyalurkan kepada PKR. Tidak salah jika rakyat menyangkakan begitu, kerana kehadiran dalam kongres itu bukan seperti yang dikatakan beliau ' masih UMNO dan tidak melihat pembangkang sebagai musuh'.

Jika Datuk Zaid solat berjemaah dengan orang muslim di Masjid Negeri Kelantan, rakyat boleh terima kenyataannya iaitu 'tidak melihat pembangkang sebagai musuh politik'. Hakikatnya beliau hadir dalam perhimpunan politik yang sudah terang-terang menentang kerajaan dan UMNO. Mana logiknya, seorang peguam yang mempunyai firma guaman, bercakap seperti seorang askar yang takut terkena peiuk api!. Bercakap benarlah wahai Datuk Zaid...Mungkin disebabkan beliau seorang yang terlibat dengan kepeguaman, maka otak beliau sentiasa berfikir untuk kearah 'putar belit' fakta. Sudah tiba masanya, Majlis Tertinggi UMNO bertindak keatas beliau, kerana beliau telah menjadi Liabiliti kepada UMNO, terutamanya Pilihanraya Kecil Kuala trengganu semakin hampir.




Zaid Ibrahim mesti perjelas kehadiranya di kongres PKR, kata Muhyiddin
30/11/2008 3:34pm


KOTA KINABALU 30 Nov. — Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd. Zaid Ibrahim mesti memberi penjelasan berhubung kehadirannya pada Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Shah Alam semalam, kepada Lembaga Disiplin UMNO sebelum tindakan dikenakan terhadapnya.
Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kehadiran Zaid pada kongres berkenaan bukanlah kali pertama beliau menghadiri perhimpunan anjuran pembangkang dan tindakan itu membuktikan ketidaksetiaannya kepada UMNO.
“Kehadirannya dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh pembangkang tidak masuk akal. Ini (kehadiran Zaid) dilihat seperti memberi sokongan moral kepada pembangkang.
“Beliau mesti memberi penjelasan kenapa beliau menghadiri kongres itu.
Beliau perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya,” kata Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, kepada pemberita semasa sesi bertemu Ketua Pengarang dan Ketua Biro media nasional serta tempatan di Sabah, di sini hari ini.
Menurut laman web Malaysian Insider, Zaid mendakwa beliau masih merupakan anggota UMNO dan tidak melihat pembangkang sebagai musuh.
Zaid juga berkata kehadirannya di kongres berkenaan menunjukkan beliau masih berminat dalam politik dan tidak menjangkakan akan dipecat daripada UMNO.-Bernama

RAJA VIDEO LUCAH TAK LAYAK BERCAKAP KETUANAN MALAYU

"Aiya, wa manyak susah ati. Ini tahun saje, sudah manyak kali wa and my friend cakap 'ketuanan melayu'. Mana ala (ada) Tuan Melayu? Aiya, wa silap Ketuanan Melayu. Itu Ketuanan Melayu sulah tidak releven ooo. Kirajaan sulah kata, Mahasa Melayu sibagai Mahasa Kebangsaan. Wa pun cintaikan Mahasa Kibangsaan. Itu sibab haa, wa muleh cakap Mahasa Kibangsaan manyak lancar!. Wa munya kawan baik MCA punya parti cakap haa, itu Ketuanan Melayu sulah tidak boleh. Wa punya bangsa, bersatupadu tidak kila apa parti, mau kirajaan semua mangsa (bangsa). Asai orang CIN, kami smua satupadu, satu ati tentang punya!. Lu apamacam mau cakap?".Itulah yang penulis dengar perbualan seorang Tauke Cina dengan rakannya seorang melayu di sebuah kedai menjual barangan borong runcit di Pekan Cina, di Alor Star. Tanpa berlengah, penulis terus pergi dari kedai cina itu dan pergi ke kedai Alhamdullillah dimiliki seorang mamak muslim, di Seberang Perak Alo Star.
Mengenangkan kata-kata cina tadi, berderau juga darah penulis. Langsung tidak respect dengan pelanggannya yang juga seorang melayu. Pun kalau dia baik dengan kawan Melayu itu, takkan sampai begitu sekali beraninya? Lantas penulis mengimbau kata-kata Raja Video Abad ini, DS Dr Chua Soi Lek. Namapaknya ada kesamaan kata-kata beliau dengan masyarakat cina hari ini. Persamaannya adalah "mencabar" dan "mempermainkan makna Ketuanan Melayu". Mungkin Soi Lek mempunyai agenda politik, kerana beliau semakin lemas dan cemas dalam politik di bawah Presiden MCA yang baru, Datuk Ong Tee Keat. Seorang pemimpin MCA yang mempunyai gelaran Doktor, masih lagi tidak mengakui hakikat bahawa Melayu itu adalah bangsa awal yang banyak membantu dan berkompromi dengan kaum cina. Jika pemimpin cina ini sendiri tidak mengakui, tidak faham dan memberikan fakta tidak benar maksud Ketuanan Melayu, maka bagaimana masyarakat cina yang lain akan memahaminya?
Penulis tidak hairan dengan gelagat Soi Lek kerana beliau sendiri mempunyai Perangai yang tidak bermoral. Jika asasnya tidak bermoral, apa pula mindanya? Sudah tentu minda beliau dicetuskan dari hati nuraninya. Penulis yakin Datuk Ong Tee Keat pernah berkata sebelum Pencalonan Permilihan MCA, bahawa "orang yang tidak bermoral tidak payahlah bertanding", mempunyai asas yang kuat. Bukankah pemimpin yang tidak bermoral, tindakannya tercetus dari hatinya yang juga tidak bermoral? Penulis juga yakin, semua agama mengajar penganut-penganutnya supaya melakukan perkara yang baik-baik dan tidak menerima 'perbuatannya yang tidak bermoral'.
Apakah gambaran pemimpin yang dipilih oleh ahli parti MCA, menggambarkan kehendak ahli-ahlinya? Sudah tentu jawapannya 'Ya'. Maka sebab itulah MCA dilihat menjadi beban kepada BN disebabkan Perangai Tidak Bermoral pemimpinnya. Dengan kata lain, Perangai Tidak Senonoh dan Tidak Bermoral seperti yang dilakukan Raja Video Lucah Abad ini seperti dibenarkan dan boleh diterima dalam masyarakat cina. Mungkin penulis salah, tetapi itulah hakikatnya pemahaman rakyat yang bukan ahli MCA. Layakkah seseorang yang jelas melakukan perbuatan tidak bermoral, mempertikaikan Ketuanan Melayu? Biarlah ketuanan Melayu itu diceritakan dan di tangani oleh orang Melayu sendiri. DS Dr Chua Soi Lek, berceritalah tentang ketuanan cina - tidak ada salahnya. Berceritalah pengalamannya sepanjang menjadi pelakon Raja Video Lucah supaya akar umbi MCA tidak mengikut jejak langkahnya yang songsang. Biarpun Datuk Ong Tee Keat mengatakan ianya pendapat peribadi Soi Lek, tetapi pendapatnya juga menggambarkan beliau Timbalan Presiden MCA. Tidak keterlaluan jika dikatakan, "apakah bapak kencing berdiri, anak akan kencing berlari", sedang berlaku kepada penyokong-penyokong MCA DS Dr Chua Soi Lek?

PILIHANHARYA KECIL KALI KE2, TAHUN 2008

Dalam blog ini saya pernah menyebutkan, penurunan harga minyak petrol dan diesel yang dilakukan oleh KPDNHEP adalah terlalu lambat. Jika mahukan penurunan minyak yang segera maka perlulah ada 'Pilihanraya Kecil'. Saya katakan demikian kerana dalam Pilihanraya kecil akan berlaku banyak janji-janji baru dari parti-parti yang akan bertanding. Isu-isu yang susah untuk kerajaan kaji atau isu-isu yang belum selesai yang menjadi tuntutan rakyat, mungkin akan dapat diselesaikan bila adanya Pilihanraya Kecil. Begitulah lumrahnya.
Pilihanraya Kecil kali ini akan berlaku di Kuala Trengganu selepas penyandangnya Datuk Razali Ismail kembali kerahmatullah. Takziah kepada keluarga Allahyarham. Allahyarham adalah penyandang Parlimen Kuala Trengganu selepas menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf. Beliau menyandang Timbalan Menteri Pelajaran pada 18 Mac 2008. Pilihanraya Kecil kali ini tak sama dengan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Langsung tak sama. Di Permatang Pauh pertembungan antara UMNO dan PKR, tetapi di Trengganu ini pertembungan UMNO dan PAS. Tak tahulah bila pula pertembungan BN dengan DAP pula!. Pada PRU12, pilihanraya DUN Kuala Trengganu ini cukup glamor kerana adanya calon bebas maimun Yusuf, seorang nenek. Maka pilihanraya kecil kali ini akan menjadi Medan baru Perang, dua gergasi. Penulis menjangkakan Nenek Maimun pasti tidak akan turut serta lagi!.
Dalam pilihanraya kali ini akan berlakulah 'Merakyatkan Isu semasa', selepas PRU12. Sufer bolehlah menghantar pandangan dalam blog ini atau email pandangan anda untuk dikongsi bersama berkaitan Isu Semasa Yang dijangka dirakyatkan dalam Pilihanraya Kecil ini nanti..





Mesyuarat bincang pilihan raya kecil

PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 3 Disember ini dijangka membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya kecil di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu berikutan kematian Ahli Parlimennya, Datuk Razali Ismail, 59, kelmarin, akibat sakit jantung. Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata persiapan awal penting bagi memastikan kawasan yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum lalu kekal dimenangi Barisan Nasional (BN). "Kita tunggu mesyuarat MT tetapi pada masa sama Umno mengarahkan jentera pilihan raya di Kuala Terengganu untuk memantau keadaan di sana supaya kawasan ini kekal dengan BN," katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, kematian Razali bukan saja kehilangan besar kepada Umno dan Kementerian Pelajaran, malah kepada penduduk Kuala Terengganu kerana Allahyarham pemimpin yang dedikasi melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Parlimen. Razali, bekas Pengerusi Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran selepas mengekalkan kerusi sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac lalu. Allahyarham dikatakan rebah ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands, petang kelmarin, meninggalkan seorang isteri, Datin Nooraini Lob Yusoff dan lima anak.

PAK LAH SAYANG LAGIKAH KEPADA DATUK ZAID?

Apabila gerak geri dan tindak tanduk Datuk Zaid Ibrahim mantan de facto menteri kehakiman bertindak dengan ciri-ciri membelakangkan UMNO, maka kepada siapa harus rakyat bertanyakan mengenai perkara ini? Perlantikan beliau sebagai senator adalah dengan kuasa yang ada pada PM pada masa tersebut. Jawatan ini masih disandang sehingga kini tetapi jawatan menteri kehakiman telah diserah kembali kepada PM. Selepas menerajui Menteri Kehakiman, banyak tindakan-tindakan yang diambil oleh Datuk Zaid yang menimbulkan kontrovesi dan konfrantasi dengan menteri-menteri politik UMNO. Kita ditunjukkan dengan sifat liberasasi perjuangan Datuk Zaid. Perjuangan Liberalisasi ini telah diketahui umum, mirip dan sama seperti perjuangan DS Anwar Ibrahim dan Majlis Peguam.

Perjuangan Liberalisasi yang Xtream pula adalah seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan yang seangkatan dengannya. Ortodok Liberalisation pula boleh disamakan dengan Lee Kuan Yew! Maka yang mana satu yang Datuk Zaid pilih. Oleh kerana semua pemimpin-pemimpin yang berjuang atas nama liberal ini adalah seperti yang dinyatakan diatas, maka tidak keterluan jika kita menyatakan Datuk Zaid sekarang ini adalah partnership kepada rakan-rakan seperjuangan dengannya. Isu Ex-Gratia 6 hakim dicetuskan dari minda beliau sehinggakan dunia menganggap Kerajaan bersalah dengan tindakannya terhadap 6 hakim. Badi isu itu telah menghitamkan Datuk Nazri Aziz. Isu ISA pula, beliau seolah pejuang HINDRAF pada peringkat tertinggi. Dan baru-baru ini beliau adalah seorang UMNO yang bergelar Senator di bawah Kerajaan Persekutuan, menjadi tetamu utama sebaris dengan Datuk Yong Teck Lee yang mengumumkan keluar dari BN, di Kongres Perhimpunan PKR.

Pemimpin yang seperti ini adalah lalang di tengah padang yang tidak mempunyai pendirian. Sebelah kaki dalam pembangkang dan sebelah kaki dalam kerajaan. Inilah perjuangan liberal Datuk Zaid yang takut pada bayang-bayangnya sendiri. Berdasarkan dengan asas-asas yang 'dilihat' seperti penghianat, rakyat ingin bertanya kepada YAB Perdana Menteri, "sayangkah lagi kepada Datuk Zaid?". Maka jika jawapannya "TIDAK", YAB Perdana Menteri tahu apa yang sepatutnya diambil kepada Datuk Zaid. Untuk Datuk Zaid, beranilah dan percaya pada diri sendiri. Letaklah jawatan dalam kerajaan dan berjuanglah dengan rakan-rakan anda kerana rakyat muak dengan telatah Datuk menjadi CIA kepada pembangkang. Sudahkah Datuk Zaid menjawab surat tunjuk sebab tempohari?

Zaid tidak tolak sertai pembangkang

SHAH ALAM: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang hadir pada majlis perasmian Kongres Nasional Parti Keadilan Nasional (PKR) ke-5 di Stadium Malawati, semalam, tidak menolak kemungkinan menyertai parti itu pada masa depan. Katanya, beliau masih menjadi ahli Umno tetapi belum membuat sebarang keputusan berhubung kerjaya politik selepas meletak jawatan dalam Kabinet pada 16 September lalu. "Saya belum memikirkan mengenai politik. Saya mahu fokus kepada yayasan saya dan selepas itu barulah kembali aktif dalam politik," katanya.


Turut hadir pada majlis perasmian kongres itu, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee. Ditanya kehadirannya pada majlis itu, Zaid berkata, beliau hadir semakin tetamu jemputan selepas menerima undangan daripada pucuk pimpinan parti itu. Kelmarin, Zaid mengadakan pertemuan dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetapi menafikan beliau mahu menyertai DAP. Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim, berkata setakat ini parti itu belum menerima borang permohonan daripada Zaid dan Yong untuk menyertai PKR.

GABEM, INI BUKAN MASA UNTUK BERCAKAP TETAPI BERTINDAK..

Isu kroni dalam kerajaan bukanlah perkara baru. Suatu ketika dahulu, ramai pemimpin kerajaan melontarkan pendapat mereka, bahawa tidak salah dalam memberi tender atau sebutharga kepada kroni asalkan kroni tersebut 'layak' dari segi prosedur yang ditetapkan. Hatta tidak salah jika kroni tersebut adalah saudara mara, asalkan mereka adalah kontraktor yang 'berkelayakan' dan memenuhi syarat yang ditetapkan. TS Abdul Rahim Tamby Chik, semasa menjadi Ketua Menteri Melaka pun tahu tentang itu!. Tetapi jika pemberian kepada kroni dengan cara yang salah atau dengan menghalalkan cara, atau dengan secara 'tekanan secara tidak langsung', itu yang tak betulnya. Penulis berpendapat, pemberian kepada kroni yang salah cara itu yang paling ditakutkan dan menjadi musuh utama kepada Dasar Ekonomi Baru. Pemberian kepada kroni yang di ALIBABAKAN adalah trategi yang sering berlaku. Di zaman TS Rahim pun konsep Kroni Ali Baba Melaka berlaku. Dan Ali Baba Melaka ini menular keseluruh negara, tak terkecuali di Kedah dan Pihak berkuasa tempatannya. Kroni Ali Baba inilah punca kepada Rasuah dan hilang integriti. Kroni Ali Baba sudah menjadi nanah dalam dasar Ekonomi Baru, bermula dari Menteri, menteri Besar, Ketua Menteri, Yang Di Pertua / datuk bandar hinggalah meresapi dikalangan ketua jabatan dan pegawai. Memerangi Kroni Ali Baba ini sama beratnya seperti memerangi Politik Wang. Jika Politik Wang tidak boleh dibendung dalam jangka masa yang singkat dan memerlukan komitmen sepenuhnya, maka begitulah juga dengan Kroni Ali Baba. Bukankah Kroni Ali Baba ini umurnya sama panjang dengan Politik Wang? Sudah menjadi lumrah manusia, bila bercakap memanglah sedap susunan ayatnya, tetapi nak bertindak macam kereta uzur yang kena panaskan enjin lama-lama.


Gabem dedah pegawai awam amal kroni


KOTA KINABALU: Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) mengesan ada pegawai kerajaan mewujudkan kroni dalam pengagihan tender projek dan pelbagai kemudahan disediakan Kerajaan Pusat dan negeri.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, berkata tindakan itu menyukarkan sasaran pencapaian 30 peratus ekuiti Bumiputera di negara ini seperti ditetapkan menerusi Dasar Ekonomi Baru.

Jika selama ini hanya ahli politik yang dikatakan ada kroni, beliau berkata, amalan terbabit didapati mula meresap di kalangan pegawai kerajaan Pusat dan negeri.


"Kelulusan projek dan pelbagai kemudahan disediakan kerajaan harus berlandaskan undang-undang, keluhuran Perlembagaan dan kebijaksanaan, bukan budi bicara.

"Walaupun tiada undang-undang anti-monopoli atau antikroni, pegawai kerajaan yang diamanahkan untuk laksana dasar terutama meningkatkan ekonomi Bumiputera harus beretika, jujur dan tidak memilih bulu.

"Jika pegawai kerajaan bermain kroni, elok rasanya letak jawatan kerana ia melemahkan ekonomi Bumiputera," katanya menyampaikan ucap tama program Memperkasa Ekonomi Bangsa peringkat Sabah anjuran Gabem Sabah di sini, kelmarin.

Hadir sama, Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Sabah, Awadnir Matanggal dan Presiden Persatuan Sama Sabah (PSS), Abdullah Sibil.

Walaupun Bumiputera adalah masyarakat majoriti di negara ini yang mewakili 60 peratus jumlah penduduk, Abdul Rahim berkata, pemilikan ekuiti masih minoriti iaitu hanya 19 peratus.

Katanya, Bumiputera hanya berbangga kerana memiliki kuasa sebagai pemerintah dan menguasai pekerjaan dalam sektor awam sejak 30 tahun lalu.

"Kerajaan Pusat membelanjakan berbilion ringgit untuk meningkatkan ekonomi Bumiputera dan nampaknya sudah ada sedikit perubahan walaupun tidak mencapai sasaran ditetapkan.

"Kita tidak cemburu dengan bukan Bumiputera dari segi pemilikan ekuiti kerana mereka sudah lama menjadi peniaga iaitu sejak era penjajahan manakala Bumiputera hanya menceburi perniagaan berskala besar pada 1970-an," katanya

Saturday, November 29, 2008

10% DISKAUN TOL UNTUK SIAPA?

Tekanan hidup rakyat semakin hari semakin menjadi topik perbincangan hangat oleh segenap lapisan rakyat. Di kampung kampung yang jauh dipedalaman pun, penduduknya tahu mempersoalkan tentang kewajaran tol PLUS DAN ELITE memberi diskaun 10% bagi yang akan menggunakan lebuhraya dari jam 12tghmalam hingga 7pg. Tak hairanlah selepas 1.1.09 akan banyak kenderaan yang memulakan perjalanan senandung malam. Dengan untung Plus dan Elite berjuta ringgit sebelum ini, 'PROMOSI' 10% INI, akan melipatgandakan untung syarikat. Apakah harga nilai 10% promosi ini? Jawapan yang mudah sekali "NYAWA" DAN "KEHILANGAN HARTA BENDA PENGGUNA". Menurut presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), diskaun itu akan menggalakan pengguna untuk memulakan perjalanan mulai tghmalam. Bukankah perjalanan tghmalam itu adalah faktor menyumbang kepada pemandu letih dan mengantuk? Kita sering mendengar kemalangan mauttengahmalam yang meragut nyawa pemandu dan penumpang? Sudah tentu raja bas akan lebih bermaharaja lela menguasai litar PLUS dan ELITE dan lori akan turut membawa kargonya di tghmalam. Bagi kenderaan ini, mereka boleh menjimatkan kos mereka dan mereka akan mendapat untung lebih, sedangkan harga pengangkutan mereka tidak turun harga sejak dinaikkan pada bulan Jun yang lalu. Bahkan operator bas yang akan lebih mendapat manfaatnya kerana mulai tahun depan juga Harga Tiket bas akan dinaikan, mendapat subsidi minyak dan penjimatan tol lebuhraya. Yang akan menerima risiko mempertaruhkan nyawa dan harta benda adalah, pengguna bas dan pengguna kenderaan persendirian. Kita jangan terkejut jika tahun depan banyak kemalangan maut pada tghmalam dan nilai nyawa mereka hanyalah 10% daripada harga tol seperjalanan!. Penulis amat gusar kerana tabiat syarikat gergasi yang telah mengaut keuntungan, tetapi mempertaruhkan nyawa manusia untuk menambah keuntungan dan berselindung disebalik ceritera "membantu mengurangkan beban rakyat" dan mengurangkan kesesakan lebuhrayapada waktu puncak. Bukankah Idea untuk membina lebuhraya untuk mempercepatkan perjalanan dan memudahkan kenderaaan dan pengguna? tetapi dalam keadaan ini, penulis merasakan Diskaun ini bukan bertujuan tersebut, tetapi lebih mementingkan "KEUNTUNGAN". Begitulah jika 'privatisation' yang amat berat sebelah dan otak geliga digunakan oleh memajukan syarikat dan kerjaya sahaja. Bukankah yang mengumumkan diskaun ini adalah Pegawai PLUS yang TERLIBAT SECARA LANGSUNG KEPADA PEMASARAN SYARIKAT? Dan penulis yakin, motif diskaun ini adalah serampang 10 mata iaitu bertujuan 'mempromosi penggunaan lebuhraya pada waktu tengahmalam kerana penggunaan yang sedikit, meningkatkan perolehan syarikat tempoh tersebut, dapat membiayai kos operasi malam PLUS dan Elite, Mengoptimakan penggunaan lebuhraya tengahmalam dan banyak lagi tetapi berkaitan dengan strategi menambah keuntungan syarikat kensesi ini.Tujuan-tujuan yang penulis nyatakan diatas ini, diselindungkan dengan alasan 'membantu mengurangkan beban rakyat'. Apakah kerajaan akan menangis bersama rakyat? Atau akan ketawa bersama PLUS DAN ELITE...

Thursday, November 27, 2008

ALOR STAR BELUM SEJAHTERA...?

Terkejut dengan paparan Berita TV3 26.11.08, sebuah rumah teres 2 tingkat di tembak 8 das oleh orang tidak dikenali di hadapan rumahnya. Jika diingati, satu ketika dahulu ada kes bunuh dengan menembak jarak dekat di restoran makanan cina bersebelahan dengan Hotel Sentosa Regency Jalan Putra. Selepas itu kes bunuh di Jalan datuk Kumbar Alor Star, juga dengan menembak. Dan kalau di kaji kes tembak di Alor Star, penulis yakin mungkin banyak lagi kes yang berlaku tetapi berita tersebut tidak didedahkan. Kes ragut dan samun, tak usahlah nak di ceritakan. Yang berlaku di Jalan Kuala Kedah, Hadapan Pusat Dakwah Alor Star, di Pekan Simpang Kuala, di Hadapan bank Maybank Seberang Perak, Hadapan Plaza City Plaza Jalan Kota dan banyak lagi. Kes samun dengan parang pun berlaku dengan banyak. Yang terbaru berlaku di Sungai Baru Jalan Gunung Keriang, keluarga diikat dan anak lelaki cedera parah tanagnnya hampir putus. Boleh dikatakan 70% taman perumahan dalam Bandaraya Alor Star pernah mengalami mimpi ngeri di samun. Paling lekeh pun curi kasut!. Kalau diperangkakan mungkin kita akan terkejut. Mungkinkah Alor Star belum lagi sejahtera?


Rumah usahawan ditembak lapan das
Oleh SAFINA RAMLI

ALOR STAR 26 Nov. - Sebuah keluarga yang tinggal di Taman Anggerik di sini berada dalam ketakutan setelah rumah mereka ditembak secara rambang oleh sekumpulan lelaki pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, sebanyak lapan das tembakan dilepaskan ke arah rumah dua tingkat milik mangsa namun tiada kecederaan berlaku.
Mangsa yang enggan dikenali itu merupakan seorang usahawan dan difahamkan ia merupakan kali keempat rumah tersebut di tembak secara rambang oleh sekumpulan lelaki.
Tembakan kali ini mengenai sebuah kereta MyVi dan Honda CRV milik mangsa, pasu bunga dan pintu pagar besi rumah mangsa.
Menurut jiran mangsa yang juga enggan dikenali, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan dia terjaga sebaik sahaja terdengar bunyi bising di luar rumahnya.
"Saya tidak tahu yang rumah jiran saya terkena tembakan sehingga pihak polis datang pagi tadi," katanya.
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Star, Deputi Supritendan Fiesal Libertus Abdullah ketika ditemui berkata, mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Star pagi tadi kerana bimbang keselamatan diri dan keluarganya.
"Siasatan lanjut mengenai kes ini sedang dijalankan dan mangsa masih berada dalam ketakutan ekoran kejadian pagi tadi," jelasnya.
Beliau berkata, pihak polis akan segera menyiasat kes tersebut bagi memastikan keselamatan awam terjamin.

KEAJAIBAN YANG AJAIB.

Written by: ManTuba
Bila membaca berita terkini dibawah, akan merasa legalah kira-kira 20,000 kakitangan perkhidman awam, berkanun persekutuan dan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan yang memilih skim KWSP. Perincian kepada perkara ini, masih belum dikeluarkan dalam laman Web JPA atau Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan. Maka kemungkinannya Opsyen ini adalah untuk kakitangan awam yang berjawatan tetap tetapi dahulunya memilih skim KWSP, dan kakitangan ini dibolehkan semula untuk memilih opsyen skim pencen. Dan saya menjangkakan, skim ini TIDAK TERMASUK KEPADA KAKITANGAN KONTRAK YANG SEMEMANGNYA TERPAKSA MEMILIH KWSP. Kita tunggu perinciannya, tetapi kepada semua kakitangan kontrak anda janganlah mengharapkan sesuatu keajaiban.


Kakitangan Awam Yang Pilih KWSP Boleh Sertai Skim Pencen

PUTRAJAYA, 27 Nov (Bernama) -- Kakitangan awam yang kini berada di bawah skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diberi opsyen bagi menyertai skim pencen tahun depan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Perdana Menteri berkata tempoh membuat pilihan itu adalah dari 1 Jan hingga 31 Jan 2009 dan tarikh kuatkuasanya adalah pada 1 Feb.Beliau mengumumkan demikian pada majlis anugerah kualiti sektor awam 2008 di sini.Abdullah berkata keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-pekerja Sektor Awam pada mesyuaratnya baru-baru ini.Turut dipersetujui dalam mesyuarat itu ialah bayaran ex-gratia kepada ibu bapa kakitangan kerajaan bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, katanya.Keputusan itu akan berkuatkuasa 1 Jan tahun depan.Abdullah juga berkata bagi memperkasakan kegiatan pencegahan rasuah dan untuk membanteras jenayah, kerajaan bersetuju untuk membuat penambahbaikan pada skim pegawai siasatan, penolong pegawai siasatan dan pembantu pegawai siasatan."Bagi urusan pencegahan rasuah, skim perkhidmatan tersebut bermula dengan kelulusan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan bagi PDRM (Polis Diraja Malaysia) pula, penambahbaikan bagi skim perkhidmatan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan konstabel berkuatkusa pada 1 Jan 2009," katanya.Abdullah berkata memandangkan persamaan fungsi dan tugas antara agensi penguatkuasaan maritim Malaysia, tentera laut dan polis daripada aspek penguatkuasaan undang-undang, kerajaan bersetuju agar kadar tambahan 20 peratus atas kadar kenaikan gaji diberi kepada pegawai dan anggota pangkat lain pangkat Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia berkuatkuasa 1 Jan 2009.Mengenai daya saing negara, Abdullah memetik laporan World Competitiveness Year Book 2008, yang menunjukkan Malaysia berjaya meningkatkan kedudukannya ke tangga ke-19 tahun ini berbanding ke-20 tahun lepas.Bagi kategori negara dengan penduduk melebihi 20 juta orang pula, Malaysia berada di kedudukan ketujuh berbanding kelapan pada tahun lepas.Perdana Menteri berkata bahawa pencapaian yang baik juga diperlihatkan daripada segi inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi hasil daripada peningkatan usaha agensi kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan secara online."Mengikut penilaian Brown University, kedudukan Malaysia telah meningkat daripada tangga ke-25 pada tahun lalu kepada tangga ke- 11 tahun ini," katanya.Abdullah berkata perkhidmatan awam boleh merasa bangga dengan pencapaian itu kerana kerajaan telah menetapkan sasaran untuk melonjakkan kedudukan Malaysia ke taraf 10 teratas dalam mana-mana kategori penarafan antarabangsa.Perdana Menteri berkata inisiatif penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam harus berdasarkan kepada ukuran yang objektif dan bukan pendapat subjektif semata-mata.Abdullah juga mahu pemilihan pemenang anugerah kualiti sektor awam dibuat berasaskan kriteria keunggulan yang mantap serta tahap penilaian yang tinggi agar kewibawaan pemenang terbukti serta tidak dipertikaian mana-mana pihak."Jika kelayakan pemenang anugerah dipersoalkan, maka ia akan menghakis keyakinan umum terhadap program anugerah kualiti sektor awam."Untuk itu, pengukur bagi pemenang anugerah bukan hanya setakat memenuhi kriteria keunggulan semata-mata tetapi turut melepasi ujian dari segi penerimaan umum terhadap kecemerlangan agensi penerima," katanya.Abdullah berkata kini sektor awam tidak lagi dikritik setelah kualiti sektor perkhidmatan awam dipertingkatkan."Sekarang ini amat kurang aduan diterima terhadap perkhidmatan awam dan ini dikesan dari dialog-dialog yang diadakan," katanya.
-- BERNAMA

DAULAT TUANKU.. SELAMAT HARI JADI PAK LAH DAN BANDARAYA ALOR STAR

Penulis mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman yang ke81, pada 28hb. November 2008. Daulat Tuanku, patik mendoakan kesejahteraan Ke Bawah Duli Tuanku. Kepada semua sufers, inilah serba sedikit mengenai Sejarah Kesultanan Kedah Tua.
Penulis juga mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Pak Lah yang menyambutnya untuk kali ke69. Semuga Pak Lah dipanjangkan usia dengan kesihatan yang sihat dan dimurahkan rezeki. Serba sedikit Profil YAB Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi.
Penulis juga mengucapkan Selamat Hari Lahir, Lahirnya Bandaraya Alor Star untuk kali ke5. Semoga seluruh rakyat Bandaraya Alor Star dan warga kerja Majlis Bandaraya Alor Star akan terus makmur untuk kali ke5 dan seterusnya.



JANGAN HARAP PAS AKAN DAPAT DENGAN MUDAH

Politik di Selangor amat berbeza sangat dengan negeri-negeri lain. Di Kedah PAS menguasinya, DAP dan PKR menumpang tuah. Di Pulau Pinang DAP menguasainya, PAS dan PKR menumpang Tuah. Di Perak, DAP dan PKR menguasainya, PAS menumpang tuah. Di Selangor PKR menguasainya, PAS dan DAP menumpang tuah. Maka jika diteliti keadaan ini, setiap kerajaan negeri yang dibentuk itu, saling perlu memerlukan dan jika berlaku 'reformasi melompat pasti', salah satu kerajaan akan telungkup. Yang sama antara kerajaan- kerajaan negeri ini ialah, rata-rata ADUN kaum cina lebih ramai dari kaum Melayu dan India kecuali di Kedah. Di Perak dan Selangor, sungguhpun PKR ada wakilnya dalam kerajaan negeri, tetapi mereka mewakili kaum cina juga. Di Penang pula tak payah nak cerita, jelas kaum cina. Kecuali di Kedah wakil Melayu lebih ramai.
Maka jika Sdr Ezam mencadangkan PAS menjadi Ketua Negeri Selangor, jawapannya 'Jangan haraplah!". Mana nak taruk muka ketua whip pembangkang, DS Anwar Ibrahim, yang diagung-agungkan olehnya dahulu!. Menangis keluar airmata darah pun, PKR takkan bagi kepada PAS lebih-lebih lagi yang mencadangkannya Sdr Ezam sahabat karib Sdr Azmin. Penulis membayangkan Sdr Ezam masih belum diuji betul-betul kesetiaannya kepada UMNO. Maka bila mengemukakan pandangan, biarlah cadangan itu yang boleh diterima akal oleh orang yang berakal baligh. Penulis cadangkan Sdr Ezam memikirkan bagaimana untuk menghapuskan Politik Wang dalam UMNO kerana dulunya beliau aktivis NGO anti-rasuah. Mungkin inilah pengajaran kepada orang melayu yang mementingkan kepartian daripada perpaduan melayu.


Ezam cadang Pas terajui pentadbiran Selangor

SHAH ALAM 26 Nov. - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor mencadangkan pemimpin Pas mengambil alih pemerintahan Selangor bagi mengembalikan keseimbangan politik dan kedudukan tidak menentu bangsa Melayu.
Beliau berkata, cadangan tersebut dilihat lebih rasional ekoran beberapa kontroversi berlaku di negeri itu yang berpunca daripada keputusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepanjang lapan bulan lalu di bawah pimpinan PKR.
Sambil memberikan contoh isu kuota Universiti Teknologi Mara (UiTM), kontroversi pelantikan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan ancaman demonstrasi bogel oleh Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), jelas menunjukkan bukti bahawa PKR gagal mentadbir negeri itu dengan baik.
"PKR gagal untuk mentadbir negeri ini. Oleh itu, tugas Menteri Besar seharusnya diserahkan kepada pemimpin parti komponen lain dalam pakatan pembangkang.
"Dalam hal ini, saya merasakan pemimpin Pas lebih layak memikul tanggungjawab itu dengan mengadakan pilihan raya negeri.
"Untuk itu, ia boleh diserahkan kepada rakyat Selangor untuk menentukannya dalam pilihan raya negeri dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih tidak stabil," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah Mohamad Ezam, kepimpinan Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu terus diragui sehingga timbul cadangan supaya jawatan beliau ketika ini digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali.
Katanya, cadangan yang tersebar dalam laman blog ketika ini merupakan petanda mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada pentadbiran Abdul Khalid sehingga beliau perlu digantikan dengan orang lain.
"Dalam aspek lain, situasi ini seolah-olah menunjukkan pemimpin PKR hanya mementingkan kedudukan politik dan kuasa peribadi daripada memikirkan suasana tidak menentu dalam negeri yang ditadbir oleh mereka.
"Keadaan itu perlu dipulihkan segera dan peranan pemimpin Pas Selangor yang berpengalaman diperlukan untuk menjayakan misi ini walaupun parti itu mempunyai bilangan kerusi lebih kecil berbanding PKR dan DAP," katanya.

"ITU SAYA TAK TAHU"..KATA MB KEDAH

Terlopong penulis ketika menonton Berita Perdana TV9 26.11.08 berkaitan sidang Media DS Uztaz Azizan di Wisma Darul Aman. Pengulas TV9, dengan penuh berhati-hati memulakan ulasan "kami bukan berniat jahat dengan Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Kedah, tetapi inilah yang kami perolehi semasa Sidang Media tersebut". Bertambah lah lopong penulis apabila, soalan yang diajukan kepada Menteri Besar Kedah berkenaan dengan Fatwa Yoga dijawab oleh Menteri Besar bahawa beliau tidak tahu berkenaan itu. Menteri Besar berkata lagi "Mufti Kedah kan ada, biarlah dia tengok perkara itu. Saya banyak lagi perkara yang nak kena buat". Lebih kurang begitulah kata-kata Menteri Besar.
Mungkin ramai yang mengenali DS Uztaz Azizan yang beliau sekarang adalah Menteri Besar Kedah. Mendengar jawapan tersebut penulis berasa agak terkilan dan curiga. Pertama terkilan kerana Menteri Besar Kedah 'tidak tahu' isu semasa Fatwa Yoga. Kedua, terkilan kerana mungkinkah orang-orang kanan, kiri, atas, bawah disekeliling Menteri Besar, tidak mengupdate bosnya. Ketiga, terkilan adakah Majlis Agama Islam belum lagi bertindak selepas Fatwa Yoga di keluarkan sehingga Menteri Besar seolah-olah belum menerima lapuran berkenaan perkara tersebut. Keempat, terkilan jawapan ini akan menjadi Tajuk Panas dalam media arus perdana. Kelima, terkilan jawapan itu seharusnya tidak dikeluarkan oleh seorang Menteri Besar dan penulis mencadangkan semudah mudah jawapan yang boleh disebut ialah " Itu Majlis Agama Islam akan mengkaji dan saya akan menjawabnya kemudian" atau " saya telah meminta MAIK mengkaji dan membuat lapuran. Saya akan ulas selepas melihat lapuran tersebut".. Atau yang lebih ringkas lagi " Perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat, terima kasih".
Sebenarnya jawapan Uztaz Azizan itu tidak ada salahnya. Mungkin benar-benar beliau tidak tahu perkara tersebut. Maka terlihatlah keikhlasannya. Pun begitu, apa pula pandangan Rakyat Kedah yang sempat menonton peristiwa itu? Bagi penulis, sudah tentu terlintas dalam otak rakyat," La jawab macam tu ka. Ish tak logik MB tak tau. Kalau macam tu pun aku boleh jawab!". Pandangan rakyat inilah yang menjadikan 'isu itu bermasalah' dan bukan Fatwa Yoga.
Penulis telah menjelaskan rasa terkilannya, tetapi penulis juga merasa curiga perkara ini. Pertama, curiga kenapa 'pengulas TV9' perlu hendak 'mengayat' dengan kata-kata "kami bukan berniat jahat kepada Menteri Besar Kedah dan kerajaan Negeri Kedah"?. Bukankah jika penerbit sudah tahu, tidak ada isi dalam rakaman sidang media tersebut, maka ianya tidak perlu disiarkan?. Kedua, curiga dengan nawaitu penerbit Berita Perdana TV9, kerana tetap menyiarkan rakaman tersebut pada 'scene' Menteri Besar menjawab soalan Fatwa Yoga dan tidak yang lain-lainnya. Ketiga, curiga ujud niat jahat untuk menembak kerajaan negeri kedah dan pada waktu yang sama bimbang tindakbalas Kerajaan Negeri Kedah yang akan menyukarkan TV9 bertapak di Kanchut Alor Star.
Selepas Kerajaan Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Negeri Kedah, rakyat bukan hanya meneropong kepada pelan-pelan pembangunan kerajaan negeri Kedah atau mengikuti apa-apa perubahan yang dibuat oleh kerajaan negeri, bahkan RAKYAT MENGIKUTI SETIAP APA YANG DITUTURKAN OLEH PEMIMPIN KERAJAAN NEGERI HINGGALAH KE PERINGKAT APA YANG PEMIMPIN KERAJAAN NEGERI BUAT.

Wednesday, November 26, 2008

MENGAPA HARGA MINYAK BELUM SETTLE? MENGAPA HARGA BARANG TIDAK SETTLE?

Sejak harga minyak dinaikkan hinggalah harga minyak diturunkan, rakyat telah didedahkan dengan terlalu banyak alasan yang memeningkan kepala. Semasa menaikkan harga minyak, rakyat dimomokkan dengan alasan keperluan menaikkan harga kerana kerajaan tidak mampu untuk membelanjakan wang rakyat semata untuk menampung subsidi yang tinggi.



Dengan terhinggut-hinggut menurunkan harga minyak iaitu 10 sen dan 15 sen setiap kali penurunan, berbanding dengan kenaikan yang mendadak 80 sen sekaligus, penulis merasakan sudah tiba masanya, kerajaan menerusi Datuk Shahrir mendedahkan secara telus kepada rakyat, bagaimanakah isu minyak ini ditangani?. Lebih dari itu, KERAJAAN juga perlu berterus terang kepada RAKYAT, bagaimanakah kerajaan menangani untuk menurunkan Harga Barangan dan Perkhidmatan!. Baru-baru ini Datuk Shahrir menyatakan Majlis Ekonomi Negara sedang meneliti untuk membuat ketetapan, kaedah sama ada menggunakan harga lantai atau pengapungan harga apabila harga minyak dunia merudum keparas dibawah USD50.00. Semasa menaikkan harga minyak kepada RM2.70, Datuk Shahrir hanya menjelaskan, Kerajaan bersetuju untuk menaikkan harga minyak. Mengikut pemahaman penulis, Sistem Mentadbir Harga Minyak Negara seperti tidak dilakukan dengan terperinci dan tertib. Persoalannya, apakah setelah hampir 8 bulan, kerajaan tidak mengkaji Kaedah yang wajar digunakan apabila harga minyak terlalu tinggi melambung dan/atau jika terlalu rendah menjunam? Mengapa baru sekarang kerajaan hendak mencari jalan kaedah pengawalan harga minyak?



Lebih mencurigakan capability dan kredibiliti KPDNHEP adalah, apabila Datuk Shahrir sendiri berkata "Ini satu keadaan yang tak pernah dijangka, harga minyak mentah turun begitu hebat. Kita akan berbincang mengenai apa hala tuju yang akan diambil. Adakah kita nak satu kaedah harga lantai atau terus dengan keadaan sekarang, yang mana bila turun, kita turun." Aahh, memang memeningkan! Menteri boleh bertanya kepada rakyat yang sepatutnya rakyat yang perlu bertanya itu kepada menteri? Jika benar situasi ini yang berlaku, maka benarlah sangkaan penulis bahawa Makanisma dan Kaedah yang dicanangkan oleh KPDNHEP selama ini adalah tidak sehalus-halusnya atau mungkin tidak dilakukan kajian yang teliti. Sebab itulah kenaikan mendadak RM2.70 sen ini telah memberi kesan yang luar biasa kepada rakyat, dan kemungkinan KPDNHEP sendiri tidak mengetahui kesan tindakan tersebut. Bagi penulis, isu dan masalah nasional seperti ini, jika beginilah cara pengurusan pengawalannya, MAKA selama drama kenaikan harga minyak ini, ianya adalah penganiayaan kepada rakyat. Ini kerana, pada awal dahulu rakyat telah membantah kenaikan yang mendadak dengan ramai orang menyuarakan supaya harga minyak dinaikkan sedikit-sedikit, tetapi kerajaan tetap dengan dasar kenaikan drastik, maka rakyat dengan berat hati menerimanya.



Andaian yang mudah bagi Rakyat sama seperti penulis, sebelum menaikkan harga RM2.70 secara mendadak ini, sudah pastilah KPDNHEP telah membuat KAJIAN YANG SEHALUS-HALUSNYA dengan cendikiawan dan pakar-pakar ekonomi pelbagai bidang, sebelum memutuskan kenaikkan tersebut. Walau bagaimana pun Keujudan pasukan kajian ini juga masih menjadi tandatanya kerana penulis merasakan banyak KEKURANGAN semasa harga minyak dinaikkan. Semua ini berpunca dengan persoalan 'mengapa sehingga hari ini, kerajaan masih tercari-cari Kaedah / Makanisma mengawal harga minyak? Mungkin ada alasan baru yang boleh diberikan oleh KPDNHEP kepada rakyat seperti 'kajian yang dijalankan ini adalah usaha penambahbaikan kepada kajian terdahulu!'. Tetapi harus diingat bahawa alasan sebegitu dilihat hanya bertujuan menutupi ruang-ruang kelemahan KPDNHEP setelah gagal MENGENALPASTI KAEDAH PENGAWALAN HARGA MINYAK LEBIH AWAL. Tindakan-tindakan yang diambil kini, adalah lebih kepada usaha Mengubati daripada usaha Mencegah. Kajian penetapan harga lantai atau pengapungan harga yang akan diumumkan Isnin depan, mungkin akan ada kelemahan yang lain apabila tidak diperhalusi sebelum mengumumkan kepada rakyat.



Dalam tercari-cari kaedah penetapan harga minyak, pada masa yang sama harga barangan dan perkhidmatan semakin tidak terkawal. Penulis menegaskan KPDNHEP telah hilang kawalan dalam mengurus dan menyelaras Makanisma/Kaedah Pengawalan harga Barangan dan Perkhidmatan juga. KPDNHEP sepatutnya telah mengambil langkah perlu keatas kelemahan di bawah Akta Kawalan Harga 1946. Dalam Akta ini kerajaan hanya boleh mengambil tindakan kepada peniaga yang menjual barangan kawalan melebihi harga siling yang ditetapkan atau tidak meletakkan tanda harga bagi barangan yang dijual. Akta ini perlu ditambahbaik supaya kerajaan boleh mengambil tindakan kepada peniaga yang menjual SEBARANG BARANGAN DAN PERKHIDMATAN melebihi harga yang ditetapkan sama ada barangan tersebut dikawal ataupun tidak. Sewajibnya Datuk Shahrir telah memperkemas akta ini sejak menjawat potfolio Menteri KPDNHEP dan mungkin boleh dibentangkan dalam Persidangan Parlimen hari ini. Selain dari itu, Penggubalan Dasar Amalan Perdagangan Adil (DAPA) oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hendaklah dipercepatkan diselesaikan. Akta dan DAPA ini apabila telah diperkemaskan, maka Pengawalan Harga Barangan dan Perkhidmatan tidak dapat dilakukan sewenangnya. Tidak ujud lagi harga yang melampau dan tidak ujud lagi manusia peniaga yang degil. Apapun senario yang berlaku sekarang, penulis perlu menuding jari kepada KPDNHEP kerana kegagalan mengurus harga barangan. Hakikatnya alasan Datuk Shahrir, KPDNHEP tidak mempunyai kuasa dalam menurunkan harga kecuali barangan kawalan, adalah alasan untuk 'lari dari kelemahan'. Hakikatnya, akta - akta dan peruntukan undang-undang berkaitan harga barangan dan perkhidmatan di dalam negara telah ujud tetapi tidak dikaji untuk ditambahbaik.



Mungkin ianya belum terlambat untuk menambahbaik atau mengujudkan dasar Pengawalan Harga Barang dan Perkhidmatan, jika ianya dilakukan sekarang atau serentak dengan Kajian mencari kaedah menetapkan harga minyak!. Oleh kerana secara ekonomi mudah, bahawa turun naik harga minyak itu memberi kesan secara relatif keatas harga pasaran barang dan perkhidmatan, MAKA amat wajar KPDNHEP mengkaji, menambahbaik, melaksana dan menguatkuasa Akta Harga Barang dan DAPA serentak dengan Pengawalan Minyak. Jika kerajaan hendakkan rakyat mematuhi dasar kerajaan, begitulah juga rakyat mahukan kerajaan Realistik dalam membuat dasar.

CERITA TUN DITAHUN 2003

Written by: Rawang
Telah berkali-kali saya cuba memahami artikel yang saya baca ini, tetapi saya masih 'pening' dengan makna yang tersirat didalam artikel ini. Pemimpin - pemimpin yang disebutkan dalam artikel ini, semuanya masih hidup, boleh berjalan kesana kesini dan masih berkuasa kecuali Mohtar Abdullah. Bukan itu sahaja, pemimpin yang disebutkan dalam artikel ini juga, sekarang sedang cuba untuk naik ke puncak kegemilangan politik masing-masing. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng (DAP), Anwar Ibrahim (PKR), Rahim Tamby Chik dan Zahid Hamidi (UMNO) masing-masing sedang mengejar kemuncak kejayaan politik. Maka Sufers boleh sama-sama membaca dan mengulasnya, pemimpin bagaimanakah yang kita perlukan?

RAJA PETRA KAMARUDIN DAN DR ZAHID HAMIDI

Bila meneliti Sinar Harian 20.11.08, perasaan penulis serba salah. Dalam artikel Zahid bidas RPK tersebut, Dr Zahid Hamidi dilaporkan bertanya, "... berapa kali dia sembahyang Jumaat selama ini.". Ini susulan dari tindakan RPK membuat laporan polis kerana semasa di tahan ISA di Kem Kemunting, beliau tidak dibenarkan solat Jumaat.

Ramai dari kita mungkin tidak suka kepada Raja Petra yang menulis pelbagai pendapat mengenai Islam yang telah menaikkan kemarahan kita. Tentu sekali perbuatan RPK sebagai orang islam tidak patut berbuat demikian. Apatah lagi sokongan kepada RPK adalah dari golongan yang rata-ratanya dari bukan islam kerana penulisan beliau terhadap islam. Sudah tentu sesiapa sahaja yang pernah mengenali RPK dalam cara hidupnya, akan menolak mentah-mentah persoalan beliau berkaitan solat Jumaat di Kem Kemunting. Tidak keterlaluan, mungkin ada yang mengatakan, RPK tidak layak untuk mempersoalkan hal tersebut. Walaupun begitu, setinggi mana rasa benci dengan pandangan dan cara hidupnya, sudah pasti kita tidak berhak untuk mempersoalkan iman dan keislamannya. Persoalan yang boleh kita bangkitkan adalah dalam skop-skop tertentu tetapi bukan soal keimanannya. Mempersoal keimanan seseorang adalah urusan Allah swt dan bukan hak manusia. Tetapi sebaliknya hak manusia itu adalah Menegur kepada saudara islamnya, bagi yang berkuasa sama ada secara kata-kata dan perbuatan dan selemah-lemahnya dengan hati.


Mungkin RPK mempunyai motif yang lain apabila beliau membuat aduan polis berkaitan solat Jumaat kepada tahanan ISA. Jika RPK berniat untuk mempolitikkan Solat Jumaat itu sendiri, penulis merasakan RPK sudah menyimpang jauh sebagai melayu islam dan perlu ditentang. Tindakan Dr Zahid mungkin amat keras dengan mempersoalkan berapa kali RPK solat Jumaat. Sebagai menteri agama, beliau tidak wajar berbuat demikian sebaliknya menegur dengan lebih berhemah. Tetapi jika niatnya menegur saudara muslimnya sebagai orang yang berkuasa bagi menyedarkan RPK,maka ia adalah satu kewajaran bagi beliau. Bagi penulis, Solat Jumaat itu wajib kepada setiap orang lelaki islam dan mewajarkan Menteri Dalam Negeri mengkaji perkara tersebut kepada tahanan islam di Kem Kemunting. Janganlah pertembungan islam dengan islam, akan memudaratkan islam itu sendiri. Wallahua'lam.

MELAYU SATU NI PUN BUAT MALU...

Kalaulah benar-benar terjadi orang-orang yang akan berdemonstrasi di hadapan SUK Selangor dengan berbogel, betapa malunya aku sebagai orang melayu! Sudahlah di kenali dengan Pengkid, Mat Rempit, Kaki dadah, politik wang dan kali ini dengan Bogel. Mana aku nak letak muka bila berjumpa dengan bangsa lain? Melayu yang melakukannya, perlu dihukum 'kasi' kerana otaknya macam lembu.!



Demonstrasi berbogel: Lembu pun tahu tutup kemaluan, kata Nik Aziz
KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pihak yang menganjurkan demonstrasi berbogel sebagai tidak bertamadun dan lebih buruk daripada binatang.
Mursyidul Am Pas itu berkata tindakan seumpama itu bercanggah dengan sifat orang Islam dan mereka yang melakukan tindakan itu sudah hilang naluri kemanusiaan dalam diri mereka.
Bahkan, katanya, bagi orang Islam untuk masuk ke dalam tandas, yang tiada siapa melihat ketika berbogel bersendirian, Islam tetap meminta umatnya menjadikan amalan membacakan doa supaya dijauhi daripada syaitan.
"Binatang seperti lembu pun, walaupun dia telanjang bulat, Tuhan ciptakan ekor untuk tutup kemaluannya daripada dilihat inikan kita manusia yang dianugerahkan akal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan restoran London Fish Tales di sini hari ini.
Beliau mengulas hasrat Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) meneruskan rancangan mengadakan demonstrasi berbogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor kerana membantah kenaikan sewa di bawah Program Perumahan Rakyat.

Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar berkata pihaknya membantah kenaikan sewa itu dari RM124 kepada RM250 sebulan.
Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz menasihatkan pihak Reformis supaya mengambil pendekatan yang lebih baik dan rasional dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Beliau berkata cara demonstrasi berbogel itu bukannya cara manusia menyelesaikan masalah tetapi lebih kepada cara binatang atau "monyet".
Dalam perkembangan lain, beliau turut menasihati ibu bapa supaya menjaga anakanak mereka ketika musim tengkujuh yang semakin hampir kerana khuatir mereka menjadi mangsa banjir.
BERNAMA

HEY YOU 'RENGAS', STAND UP LIKE A MAN...

Pada 25.11.08 TV3, TV9, TV1, ASTRO AWANI, TV2 dan mungkin ada lagi saluran lain, menayangkan bagaimana haru birunya Persidangan Parlimen. penonton boleh mendengar " hey you Rengas, stand up lah like a man!" oleh Gobind Sigh Deo. Keputusan isu DS Mohamed Nazri perlu dirujuk kepada majlis kerana memberi fakta yang salah berkaitan 6 hakim telah diketahui. DS Mohamed Nazri boleh menarik nafas lega, kerana beliau tidak akan dirujuk ke Majlis tesebut dengan alasan beliau sebenarnya 'Tidak Tahu' dan bukan cuba menyembunyikan fakta kepada ahli parlimen, berkenaan sebab 6 peguam sama ada di pecat atau dinasihatkan bersara awal. Tidak dinafikan, beliau adalah seorang yang 'vokal' dan kevokalan beliau kadang-kala tidak bertempat dan tidak difikirkan dengan teliti. Sebelum ini pun, beliau yang mengarahkan supaya petugas dan wartawan semua Media tidak dibenarkan masuk ke dewan parlimen tetapi menghadkan di lobby parlimen sahaja. Akibatnya, BNBBC telah membuka semula line penghadang dan membenarkan media masuk. Hari seterusnya dalam TV9, DS Mohamed Nazri mengatakan, 'mereka-mereka' (merujuk kepada BNBBC) seperti beruk kerana tindakan mereka memindahkan penghadang tersebut. Beliau merasa tercabar kerana Dewan parlimen adalah dibawah potfolionya. Lebih mengejutkan beliau berkata BNBBC ini adalah pertubuhan yang tidak rasmi!.
Sebelum ini pun, beliau pernah menyatakan kesediannya untuk menjadi Melayu yang derhaka untuk mempertahankan Perdana Menteri setelah Tun Dr Mahathir selalu mengkritik Perdana Menteri. Mungkin apa yang berlaku keatas beliau kali ini, sebagai petanda supaya DS Mohamed Nazri bermuhasabah diri, jangan selalu cuba untuk memperkecilkan orang lain dan berlagak seperti hero hindustan. Jika bukan kerana Tun, siapakah ' Padang Rengas' dalam Parlimen ketika ini? Ingatlah pemimpin seperti Tun ini, telah banyak melalui liku-liku hidup politik negara. Dan jika DS Mohamad Nazri sendiri tidak sedar dengan keruntuhan UMNO dalam Politik Wang, maka penulis yakin, DS Mohamed nazri sendiri akan lenyap selepas PRU13!. Pada masa itu, beranikah beliau 'vokal' seperti sekarang? Atau mungkinkah beliau sendiri telah mengetahui calon politik wang dalam perebutan Timbalan Presiden dan calon itulah yang beliau berdiri dibelakangnya? Kenyataan beliau, "kalau ada yang memberi tetapi tiada yang menerima, maka tiada rasuah", adalah seperti kata-kata budak sekolah rendah. Persoalannya, kenapa perlu menyalahkan yang menerima dan bukan pemberi. Seorang miskin yang menjadi pengemis memang sudah tahu, akan ada orang yang akan memberi wang kepada mereka. Ini kerana pengemis itu tidak bercakap 'minta duit' tetapi cukup sekadar dengan menadah tangan atau memegang tin kosong. Jika seorang miskin tetapi bukan pengemis, tidak akan tahu siapa yang akan memberi mereka wang. hanya orang yang hendak memberi wang itu sahaja yang tahu tujuan hati mereka. Maka jika tiada orang yang hendak beri wang kepada orang miskin itu, maka tidak akan berlaku pemberi dan penerima! Begitulah juga politik wang, apabila ada yang pemimpin yang memberi maka rasuah akan berlaku dan jika tidak didedahkan keruntuhan akhlak pemberi ini, mereka akan terus melakukannya kerana sentiasa terlepas. Penerima hanya mempelajari dan diajar dari awal oleh pemberi tersebut. Dan apabila ia telah menjadi satu amalan biasa dalam pemilihan UMNO, keadaan ini bertukar menjadi budaya 'meminta' dari perwakilan. Seperti orang miskin tadi, apabila selalu menerima wang dari orang yang memberinya, maka lambat laun simiskin itu akan berkata dalam hatinya "akan ada orang yang akan memberinya wang".. Rasanya kali ini, DS Mohamed Nazri benar-benar kena bangun 'like a man' untuk meminta maaf kepada Tun.


Nazri ingatkan Tun Mahathir 'tidak celupar' tuduh pemimpin Umno rasuah
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR:Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengingatkan supaya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak 'celupar' dalam membuat tuduhan berhubung isu rasuah di kalangan calon yang bertanding dalam pemilihan Umno Mac depan.
"Tuduhan main (guna) duit adalah tuduhan yang serius, mengata seseorang calon yang nak bertanding terlibat dengan rasuah adalah serius.
"Jadi saya harap Tun Mahathir jangan celupar cakap begitu sahaja kerana akan memberi kesan buruk kepada calon-calon dan juga parti," katanya di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Tambahnya lagi, beliau meminta supaya Dr. Mahathir mengemukakan bukti yang kukuh kepada badan disiplin Umno bagi menyokong dakwaannya itu.
"Itu yang terbaik kerana beliau kena ingat bahawa beliau seorang negarawan dan apa jua yang beliau cakap semua orang akan percaya, tapi kalau tak ada bukti tidak ada apa tindakan yang boleh kita ambil," katanya.
Nazri juga berharap agar bekas Presiden Umno itu lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataannya.
"Jadi saya harap kepada Tun, lain kali kalau mahu bercakap biar ada bukti, kalau tidak itu hanya spekulasi sahaja dan harap beliau lebih bertanggungjawab pada masa akan datang," katanya.
Dalam pada itu, Nazri turut menasihatkan kepada semua ahli Umno supaya tidak terlibat dengan gejala rasuah politik dan segera melaporkan mengenai perkara tersebut kepada lembaga disiplin Umno.
"Saya harap supaya ahli-ahli tidak terima apa-apa sogokan dan saya juga telah nasihatkan Umno bahagian saya (Padang Rengas) yang jadi perwakilan pada bulan Mac nanti supaya tidak ambil duit.
"Kalau ada orang yang memberi namun tak ada orang yang menerima, rasuah tak akan berlaku," katanya.
Jelasnya lagi, itulah kaedah terbaik bagi membanteras gejala rasuah serta dapat mengajar golongan pemimpin yang gemar menggunakan wang untuk meraih sokongan.
Semalam, Dr Mahathir berkata, beliau percaya ada calon jawatan Timbalan Presiden menggunakan wang bagi mendapatkan pencalonan untuk melayakkan diri bertanding pada pemilihan Mac depan.
Katanya, kemungkinan besar ia berlaku kerana ada calon yang sudah ketinggalan pada peringkat awal persidangan perwakilan Umno bahagian tiba-tiba mendapat banyak pencalonan sehingga layak bertanding.

BERSEDIALAH KAMU WAHAI PEMIMPIN UMNO YANG RASUAH

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meneliti terlebih dahulu senarai nama-nama pemimpin UMNO yang terlibat dalam politik wang. Beliau juga berharap mendapat 'maklumbalas' daripada Lembaga Disiplin UMNO. "Bersedialah kamu wahai pemimpin-pemimpin UMNO yang terlibat dengan rasuah!". Biarpun kelak pendedahan Tun ini tidak akan membawa anda ke Mahkamah, tetapi 'nama' anda akan di kenali dikalangan lebih 7 juta pelayar blog. Pelayar blog ini juga adalah rakyat Malaysia. Tahniah anda yang akan disenaraikan akan terkenal dalam sekelip mata. Sesudah Tun mendedahkan nama-nama ini, Ketua Pengarah BPR sudah pasti boleh mengambil peranan seterusnya. Bukankah dengan surat layang pun, sesuatu kes itu boleh disiasat...Maka sudah pasti anda yang didedahkan mempunyai peluang untuk mempertahankan diri di Mahkamah.
Biarpun pendedahan ini akan menimbulkan seribu satu macam kesan kepada BN dalam apa jua pilihanraya kecil atau pilihanraya umum ke13, penyokong UMNO (sama ada yang telah menjadi ahli atau yang bukan ahli) bersatu dengan usaha Tun ini. Tetapi penulis amat yakin, dengan PEMBERSIHAN ini, setidak-tidaknya UMNO telah membuktikan kepada rakyat bahawa pemimpin pertubuhan itu sudah bersih dan mampu untuk menangani isu-isu rasuah yang bakal dibangkitkan dalam PRU13. Semasa Tun dilantik Perdana Menteri, beliau tidak disukai oleh kaum cina kerana dilabelkan sebagai pemimpin ultra xstrem Melayu yang digemburkan oleh pemimpin di zaman Tunku Abdul Rahman. Hakikatnya, orang Melayu hendaklah bersujud syukur kerana lebel inilah yang menyebabkan Melayu dipandang tinggi dan tidak diperkotak katikkan oleh pemimpin bukan Melayu. Bahkan kesucian agama islam tidak sering dicabar oleh orang bukan islam seperti Forum Agama Islam oleh Majlis Peguam dan mempertikaikan Fatwa Yoga. Sekiranya pemimpin yang rasuah menerajui negara dan memimpin rakyat, apakah sebenarnya nilai perjuangan mereka? Apakah cogankata perjuangannya 'Demi Agama, Bangsa dan Negara' perlu ditambah perkataan 'Demi Agama, Bangsa, Negara dan Harta'? Apakah pula tindakan pemimpin-pemimpin ini kelak dipersoalkan oleh rakyat, jika rakyat melakukan rasuah? Tidakkah keadaan itu seperti perumpamaan "Bagai Mengajar Anak Ketam Berjalan".

Tuesday, November 25, 2008

TAKBIR! TAKBIR! MAKA DISAMBUT ALLAH HUAKBAR

Penulis sentiasa mengikuti ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh parti PAS. Sengaja penulis mengikuti ceramah tersebut kerana seronok mendengar celoteh-celoteh penceramahnya. Belum pun penceramah memulakan kata-katanya, sudah kedengaran laungan 'Takbir! dan diikuti dengan Allah HuAkbar dari sekelian yang hadir. Mungkin ini adalah proses dan prosedur biasa dalam setiap ceramah PAS. Pun begitu penulis tetap menerima keadaan itu, kerana tajuk ceramah ada sangkut paut dengan hal agama islam, walau kadangkala diikuti dengan kata-kata caca merba si penceramah.
Semasa Majlis Peguam mengadakan Forum Agama Islam pun, ada kalangan orang melayu dari kalangan parti politik yang melaungkan Takbir. Memanglah ianya menguatkan semangat apabila mendengarnya dan lagipun forum itu cuba mempersenda islam. Maka penulis merasakan ianya logik untuk diterima!. Apabila DS Anwar Ibrahim masuk dan keluar dari Mhkamah semasa kes nya dibicarakan, terdengar juga laungan Takbir ini. Entahlah, Takbir itu untuk apa dan siapa yang melaungkannya. Sama ada yang melaungkannya tidak faham atau sengaja tidak faham tujuan Takbir itu, walahualam.
Dan apabila Raja Petra di bebaskan dari ISA oleh Mahkamah, ada juga yang melaungkan Takbir. yang ini penulis betul-betul tidak faham! Kerana waktu itu orang bukan Melayu dari kalangan HINDRAF, lebih ramai dari orang yang boleh menyebut Takbir!. Dan yang hebatnya, semasa Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang hendak berucap semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, ada juga kutu-kutu yang menyelangselikan dengan laungan Takbir! Allah HuAkbar. Yang ini dah sah, penulis merasakan orang yang melaungkannya benar-benar JUMUD dalam hal agama islam. Oleh sebab itulah kadang kala kita tidak sedar bahawa yang mempermain-mainkan kesucian agama islam ini adalah Pemimpin itu sendiri, tatkala mereka sudah hilang kawalan keatas pengikutnya. Laungkan lah Takbir itu di DARJAT yang TERTINGGINYA dan bukan hanya sekadar untuk menaikkan semangat kepartian.
Layakkah 'Allahu Akbar' diteriakkan sambil marah?

Judul di atas muncul di benak saya begitu saja setelah sambungan telepon itu terputus, padahal kami sedang seru membicarakan tentang prosesi penguburan Imam Samudra, cs yang sepanjang Minggu ditayang semua TV.
Saya terdiam beberapa saat karena lewat telepon tadi sahabat saya sempat bertanya "Apakah Allahu Akbar selalu harus diteriakkan dalam keadaan marah dan dendam?". Saya shock mendengar pertanyaan ini.
Mengapa tidak? Selama ini, selama berpuluh tahun, saya terus diajarkan bahwa Islam berasal dari kata Salam yang berarti damai, bahwa Islam merupakan rahmatan lil 'alamin yang berarti rahmat bagi semesta (bukan hanya bagi muslim), bahwa Islam diturunkan di gurun pasir yang tandus dengan masyarakat yang keras wataknya melalui seorang laki-laki yang sejak kecil dikenal sebagai orang yang berwatak lembut dan sangat welas asih pada semua orang, bahwa dari 99 nama Tuhan yang indah terdapat nama Latief yang berarti "Sang Maha Lembut", bahwa muslim yang baik harus bermanfaat bagi seluruh penghuni bumi, dan bahwa-bahwa yang lain.
Sepanjang hidup saya diajarkan untuk mengucapkan Allahu Akbar tiap kali mengawali setiap gerakan dalam shalat atau ketika menyaksikan keindahan alam yang sulit digambarkan dengan kata-kata. Dalam hidup dewasa saya berulang kali mengucapkan Allahu Akbar tiap kali berhasil melewati kesulitan yang secara kasat mata tak mungkin bisa saya lakukan tanpa campur tanganNya.
Tapi mengucapkan Allahu Akbar dengan kemarahan apalagi dendam, tak pernah diajarkan siapapun dalam hidup saya. Saya yakin, para guru dan kyai saya itu percaya bahwa mengajarkan Islam yang damai kepada saya dan semua muridnya, akan membuat Islam disegani, bukan ditakuti. Saya juga yakin, mereka tak ingin saya dan semua muridnya mengatasnamakan Allahu Akbar untuk kepentingan yang selain menuju Tuhan. Apalagi hanya untuk mengobarkan amarah. Karena mereka, para guru dan kyai itu, pasti tahu bahwa "Sesungguhnya hawa nafsu itu hanya akan mengajakmu pada keburukan".
Saya bukan orang yang mengerti Islam secara mendalam sebagaimana para ulama dan saya juga belum menjadi muslim yang baik meski saya terus berusaha melangkah kesana. Tapi pertanyaan sahabat saya itu benar-benar membuat saya harus terdiam dan membayangkan perasaan apakah kiranya yang mendera hati saudara saya sebangsa yang kebetulan bukan muslim tiap kali mendengar Allahu Akbar diteriakkan dalam nada penuh amarah. Apakah kita sudah sebegitu bangganya menjadi mayoritas hingga tak peduli lagi bahwa bangsa ini tidak hanya terdiri dari orang Islam? Bisakah kita bayangkan bagaimana rasanya jika kita yang menjadi minoritas di negeri ini dan menyaksikan umat mayoritas begitu arogan meneriakkan Tuhannya dengan sepenuh marah dan dendam?
Saya kira, selayaknya kita terus tumbuhkan ingatan bahwa kita hidup dan mungkin akan mati di negeri yang terdiri dari beragam iman ini. Selayaknya kita selalu berusaha menyediakan sebuah ruang bernama empati di hati kita agar bisa merasakan apa yang dirasakan orang lain atas perilaku kita. Jika kita sebagai mayoritas hanya bisa mendatangkan ketakutan bagi saudara kita yang berbeda iman, maka sesungguhnya kita harus belajar lagi bagaimana menjadi muslim yang baik. Muslim yang telah dicontohkan oleh Muhammad ketika beliau berkuasa dan menjadi mayoritas.
Semoga Tuhan yang benar-benar Maha Besar tak marah karena kita berani bermain-main dengan namaNya.
Wallahu a'lam.


Rahmah Hasjim,
Jakarta, November 2008

TUN PERLU DEDAHKAN NAMA MELAYU RASUAH

Bila kita masuk darjah satu, mungkin kita tidak tahu lagi apa itu rasuah. Bila dah sampai darjah 4, kita mula tahu rasuah itu tak baik. Masuk tingkatan satu, kita mula tahu rasuah itu haram. Masuk tingkatan lima, kita akan berkata orang yang rasuah tidak bermoral. Masuk universiti, kita akan berkata orang gomen dan politik banyak yang rasuah. Tamat universiti, bila dah bekerja kita boleh bercakap pasal isu rasuah dan undang-undang berkaitan rasuah. Bila kita masuk politik, kita akan dengar POLITIK WANG. Bila menceburi perniagaan, kita akan tahu ada orang bagi 'duit kopi'. Maknanya kita telah didedahkan dengan perkataan RASUAH dari kecil hingga dewasa. Bagi yang dah dewasa, perkataan rasuah ini telah pun didengari anak cucu kita dari kecil lagi!


Kenapa rasuah ini amat sinonem dengan Melayu? Kenapa tidak Cina, India atau apa-apa bangsa pun, kerana resuah ini berlaku pada semua kaum dan bangsa? Penulis amat sedih apabila perkataan rasuah ini disinonemkan dengan orang Melayu. paling tidak pun dalam kepala rakyat, rasuah itu berlaku dan berpunca dari Melayu? Walhal dalam urusan-urusan yang berkaitan kerajaan, yang memberi dan menawarkan rasuah itu, tidak kurang hebatnya dari kalangan orang bukan melayu kepada melayu. pemimpin cina pun ada politik wang, pemimpin india pun ada politik wang. Maka tidak ragu lagi Rasuah berlaku dalam semua parti politik muslim atau non muslim!. Tetapi oleh kerana kepopularitian rasuah ini sering didedahkan dalam akhbar dan TV, terdiri orang melayu, maka rakyat mula mensinonemkan dengan Melayu, walaupun jerung-jerung yang memberi itu adalah bukan melayu. Penulis bertambah gundah gulana, sinonem Rasuah Melayu akan sukar dihapuskan dalam minda rakyat, apabila pemimpin-pemimpin melayu mula Mensinonemkan diri mereka dengan rasuah politik wang untuk menjadi pemimpin. Bagaimana kita hendak menghapuskan rasuah diperingkat pekerja awam, pekerja swasta, ahli perniagaan dan sebagainya, Jika pembuat dasar sendiri telah terlibat atau disinonemkan dengan rasuah diperingkat awal lagi? Apabila Tun Dr Mahathir hendak mendedahkan nama-nama peserta Rasuah Politik Wang, ramai pula yang minta supaya Tun tidak mendedahkannya. Mereka berpendapat pendedahan Tun, akan menjadi SENJATA PRU13 kepada Pakatan rakyat. Tetapi mereka yang membantah terlupa, bahawa pemimpin yang akan menerajui UMNO dengan cara Politik Wang, bukan hanya akan membunuh parti UMNO dan BN sendiri dalam PRU13, bahkan juga akan membunuh orang Melayu. Apabila UMNO tewas, maka pemimpin Melayu juga akan kecundang dan akhirnya Melayu UMNO akan hilang kuasanya. Maka adalah lebih baik Tun mendedahkannya sekarang, untuk membunuh pemimpin Melayu Politik Wang. Pemimpin ini harus dikeluarkan segera kerana mereka lah punca kepada karamnya melayu kelak. Jika mereka menangpun pada PRU13, mereka inilah yang akan mengembangkan Politik Wang untuk survival merekan dan akhirnya Rasuah dan Politik Wang akan terus di sinonemkan dengan Melayu. Biarlah kita merekrut pemimpin baru Melayu yang suci hatibudinya daripada mempunyai pemimpin Melayu yang berkredibiliti tetapi akan menjanamkan Melayu pada masa depan.
TENGKU RITHAUDEEN Saya mula bertugas sebagai Pengerusi Lembaga Displin sejak tahun 2001 dan saya bersama 18 ahli yang lain bertugas dalam pemilihan Umno sebanyak dua kali iaitu pada 2004 dan tahun ini. Setiap kali ada pemilihan, gejala ini semakin buruk. Pada tahun 2004 dulu, kira-kira 400 aduan kita terima tetapi bukan seratus peratus berkaitan politik wang. Ada juga mengenai mesyuarat cawangan dan bahagian. Begitu juga sekarang ini lebih kurang 900 aduan yang diterima dan daripada 900 itu, bukan seratus peratus di bawah Tata Etika Umno. Boleh dikatakan 40 hingga 45 peratus sahaja. Sekarang ini, apabila kita dapat satu aduan, kita terus turun ke bawah untuk berbincang dan menyiasat keadaan. Jikalau ada kes, baru kita buat perbicaraan. Masalahnya, bagi kebanyakan aduan, mereka (pengadu) beritahu cerita sahaja contohnya, hari-hari yang berkenaan ada jamuan yang dibuat oleh orang-orang ini dan 50 orang yang lain. Selepas makan, mereka diberi RM100 seorang tapi tidak pula memberitahu siapa orang itu
Nampaknya amaran yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin Umno seperti tidak diendahkan? Mungkinkah ada mentaliti "kamu buat juga, apa salahnya saya buat"?
TENGKU RITHAUDEEN Kemungkinan begitu tapi bukan semua pemimpin begitu tapi ada sesetengah yang memberi wang untuk memegang jawatan tinggi. Masalah ini bertambah apabila ahli yang mengundi itu juga meminta wang. Bila ada calon yang mahu bertanding, ada yang kata 'takkan tidak ada duit-duit kopi sikit' Ini masalahnya. Duit kopi bukan 10 sen atau 20 sen, dia nak beratus
Pandangan Tan Sri tentang pendapat sesetengah pemimpin Umno yang meminta Umno menggariskan definisi rasuah politik dengan jelas dan tepat bagi mengelak salah faham di kalangan semua pihak?

TENGKU RITHAUDEEN Kita ada nyatkan dalam illustrasi yang mengatakan sesuatu itu salah dalam etika. Kebanyakan mereka tahu kesalahan-kesalahan itu tapi ada yang masih buat. Itu masalahnya

NASIB KAKITANGAN KONTRAK PIHAK BERKUASA TEMPATAN KEDAH

Written by: aloQstaQ

Saya tidak mengerahkan segala idea untuk memikirkan apa nasib kakitangan kontrak di Pihak Berkuasa Tempatan. Memerah otak hanya kerana pekerja kontrak bukan mendapat apa - apa untung kepada diri saya. Tetapi atas perasaan Muslim, saya tidak tergamak untuk mendiamkan diri kerana masih ada saudara muslim saya yang mungkin teraniaya, dianiayai dan menganiayai saudara muslim yang lain. Tindakan tidak memerah otak ini, yang paling selamat dan tidak memeningkan kepala. Mencongak kepada nasib kakitangan kontrak yang bertalu-talu dan terkena juga anginnya kepada rakan saya, maka saya mula memerah otak untuk membangkitkan masalah mereka. Apatah lagi PBT Kedah ini terdiri dari pentadbir-pentadbirnya yang juja Muslim dan Melayu, maka adalah perlu untuk kita menyedarkan mereka sebagai muslim.
Jika kakitangan awam di agensi kerajaan persekutuan dan negeri di bawah payung CUEPEC, mereka amat bernasib baik kerana nasib mereka terbela dengan kelantangan Presiden CUEPEC mempertahankan mereka. Presidennya Omar Osman berkata, "Pendirian CUEPACS dalam perkara ini adalah jelas kerana kami yakin kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan mereka.

"Seramai 50,000 kakitangan kontrak di Malaysia sekarang di mana perkhidmatan mereka disambungkan dari setahun ke setahun," katanya pada persidangan media di sebuah hotel semasa beliau menyertai forum bertajuk Career of Laboratory Sciences Personnels pada Persidangan Kebangsaan Sains Makmal Perubatan Kali Ke-2 anjuran Persatuan Sains Makmal Perubatan Universiti Sains Malaysia (AMeLS).

Maka 50,000 kakitangan kontrak ini boleh bernafas lega untuk kelangsungan hidup yang kian menekan. Dapat meneruskan menyara anak dan isteri, pembelajaran anak dan sebagainya walaupun mereka tidak menikmati faedah-faedah sepertimana pekerja tetap. Saya amat terkejut apabila masih ada kekitangan kontrak yang diberhentikan tanpa sebab atau sengaja mengada-ngadakan sebab untuk menyebabkan kontrak kakitangan ditamatkan! Saya tidak dapat menyertakan perangkaan ini, tetapi saya yakin berlaku di sesetengah PBT Kedah. Apakah nasib-nasib malang yang menimpa kakitangan kontrak PBT? Untuk menjelaskannya, saya catatkan beberapa peristiwa keluh kesah hasil perbualan dengan rakan-rakan di PBT yang sempat saya dengar;
1. MPSPK - 'saya kakitangan kontrak sokongan. Tempoh kontrak perkhidmatan saya adalah selama 2 tahun. Selepas tamat tempoh 2 tahun, saya telah di sambung kontrak selama 2 tahun lagi. Pada sambungan kontrak kedua, saya hanya menerima surat tawaran sahaja dan tidak menerima perjanjian yang sepatutnya saya tandatangani seperti kali pertama. Gaji saya pada setiap tahun dinaikkan seperti biasa. Selepas tamat tempoh kontrak 2 tahun kali kedua, saya telah meminta supaya kontrak saya disambung lagi. Permohonan ini saya susulkan kepada YDP 6 bulan lebih awal. Sehingga hari terakhir kontrak saya tamat, saya tidak menerima sebarang surat perlantikan apatah lagi perjanjian. Yang menghairankan perjanjian kontrak kedua pun masih tidak bertandatangan. Sungguhpun demikian, saya menerima surat untuk hadir mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Tetap Pentadbiran pada minggu pertama selepas kontrak saya tamat! Maka pada bulan tersebut saya menghadiri sebarang mesyuarat MPSP, mesyuarat luar dan aktiviti MPSPK seperti biasa. Bahkan saya juga terlibat dalam urusan jawatankuasa buka sebutharga! Nasib saya amat malang, kerana gaji saya tidak dinaikkan dengan alasan surat lanjutan kontrak belum ditandangani oleh pengurusan. Lebih malang lagi, ganjaran 17.5% yang sepatutnya dibayar kepada kakitangan kontrak seperti saya ini, tidak dibayar dengan alasan YDP sebagai Pegawai pengawal mempunyai kuasa untuk tidak membayar atau menarik balik kemudahan tersebut. Sehingga kontrak saya hampir tamat kali keempat, gaji saya masih tidak dinaikkan selama 2 tahun. Malang saya bertambah lagi, apabila ada jawatan tetap yang kosong tetapi pentadbiran masih tidak mengisi jawatan tersebut kepada kakitangan kontrak. Lebih menjelikkan, apa yang sepatutnya saya dapat seperti kenaikan gaji dan ganjaran, dengan sesuka hati ditarik balik dengan menggunakan klusa-klausa Panduan Perlantikan Kontrak mengikut pemahaman mereka sahaja. Prestasi SKT saya selama 6 tahun berturut-turut tidak kurang dari 80%, hanyalah seperti data yang tidak berguna dalam penilaian mereka. Amat pelik sistem PBT ini, apabila boleh dilakukan mengikut kehendak YDP dan pentadbiran sahaja, tanpa meneliti kesilapan itu adalah berlaku oleh mereka sendiri tetapi bahananya dapat kepada kakitangan kontrak.
2. MBAS - Kes ini hampir sama dengan kes diatas. Saya kakitangan kontrak sokongan sudah selama 6 tahun. Pada kali pertama menjejakkan kaki di MBAS, saya tidak tahu langsung apakah kemudahan yang sepatutnya saya terima. Saya ditawarkan dengan gaji P1T1, sebagai orang tidak faham sistem PBT, saya terima dengan hati penuh bangga. Kontrak pertama selama 3 tahun, saya menerima kenaikan gaji pada setiap tahun. Selepas tamat 3 tahun, saya di sambung kontrak selama 3 tahun lagi dan menerima ganjaran 17.5% dan bonus mengikut gaji semasa. Pada kontrak yang kedua, nasib malang mula menimpa...Saya menerima penyambungan kontrak selama 3 tahun lagi menerusi surat tawaran sahaja. Perjanjian untuk tempoh kedua sehingga sekarang tidak diterima oleh saya. Malangnya apabila diminta dari pentadbiran, mereka menyatakan 'sudah di taip dan hanya nak print sahaja', hinggalah tempoh kontrak saya sudah hampir tamat. Tahun pertama dan kedua, saya menerima kenaikan gaji tahunan seperti biasa. Pada tahun ketiga, saya tidak dinaikkan gaji dengan alasan 'setiausaha' tidak membenarkannya. lebih malang lagi, keputusan untuk tidak menaikkan gaji ini, dibuat ikut kehendak tanpa kelulusan dalam mana-mana Jawatankuasa Tetap atau Majlis Penuh. Selepas tamat kontrak tempoh kedua, permohonan saya 6 bulan lebih awal untuk sambung kontrak, diluluskan tanpa surat. Ini kerana saya tidak menerima surat penamatan kontrak. Sebaliknya saya menerima surat panggilan mesyuarat sama ada mesyuarat pengurusan, mewakili ketua bahagian ke mesyuarat Jawatankuasa tetap atau menyuarat luaran dengan kerajaan negeri yang ditandatangai oleh datuk bandar atau setiausaha atau Penolong Setiausaha. Maka saya meneruskan tugas-tugas harian seperti biasa, dan menerima gaji tiap-tiap bulan mengikut tanggagaji lama.
Saya bernasib baik kerana pada tahun tersebut, MBAS akan mengharungi Audit Sirim ISO9000. Berikutan itu, saya mendapat tahu surat tawaran perlanjutan kontrak saya telah ditandatangani oleh Setiausaha, tetapi tidak diserahkan kepada saya!. Sebaliknya disimpan didalam fail peribadi sahaja. Maka dalam surat tersebut sudah tentu tidak mempunyai tandatangan penerimaan oleh saya!. Pelik tetapi benar, surat tawaran ini hanya semata-mata untuk melindungi kesilapan dan kebodohan mereka semata-mata kerana hendak mempertahankan kelemahan mereka. Pada tahun-tahun berikutnya, ianya seperti sudah menjadi amalan 'korup' apabila Panduan Perlanjutan Kontrak tidak digunakan dengan seadil-adilnya kepada kakitangan kontrak.
Lebih mengaibkan apabila MBAS telah mendapat waran perjawatan sebanyak lebih 400 jawatan sejak tahun 2004, tetapi tidak diisi sehingga tahun 2007 semata-mata dengan alasan 'Majlis tidak mempunyai duit'. Bahkan sehingga sekarang saya masih berjawatan kontrak dengan gaji yang tidak naik. Bayaran bonus mengikut gaji semasa dan saya yakin sepatutnya tanggagaji saya telah terkurang sebanyak 4 kenaikan. Pelarasan gaji yang yang diumumkan oleh kerajaan tidak memberi apa-apa makna kepada saya kerana pelarasan itu hanya berdasarkan kepada gaji semasa yang tidak dinaikkan. Saya amat kecewa kerana pentadbiran tidak mempertahankan hak saya dan beratus-ratus lagi kakitangan kontrak. Bahkan ANULAE yang sepatutnya memperjuangkan hak kami sebagai ahli, hilang dengan propaganda Lawatan Sambil Belajar ke Hatyai, Ke Medan, Ke Bangkok, Ke Batam dan entah apa-apa lagi. Berdasarkan kepada pekeliling JPA dan keterangan yang diberi oleh JPA, bahawa kami berhak menerima kenaikan gaji dan ganjaran. Kami menyimpulkan MBAS telah menganaktirikan kami dan menyalahgunakan kuasa yang ada, sehinggalah perkara ini dibetulkan oleh pengurusan.
3. MBAS - Saya telah berkhidmat dengan MBAS selama lebih 20 tahun secara kontrak. Pada tahun 2007, saya dituduh mencuri barang milik penyewa di komplek MBAS. Tanpa penyiasatan teliti, saya dihukum 'dinasihatkan tidak melapor diri' pada 1.1.2007 sehingga siasatan yang dijalankan selesai, menerusi sepucuk surat yang dibuat oleh bukan Bahagian Urusetia. Hukuman ini bukan hanya kepada saya tetapi kepada 2 rakan saya yang berkhidmat selama lebih 8 tahun dan lebih 15 tahun. Selama 20 tahun saya dan rakan-rakan berkhidmat dengan MBAS tanpa melakukan kesalahan apatah lagi tindakan tatatertib, tetapi jasa kami hanya seperti melukut ditepi gantang. Hanya disebabkan 'tuduhan' yang langsung tidak berasas, akhirnya menyebabkan nasib malang menimpa 3 keluarga (saya dan 2 rakan). Bahkan bukan sahaja kami yang teraniaya tetapi isteri dan anak-anak saya. Selama saya berkhidmat dibawah beberapa orang YDP, Setiausaha dan beberapa orang ketua bahagian, saya mempunyai reputasi kerja yang baik walau dalam keadaan MBAS susah atau senang. Tetapi dengan ketua bahagian dan ketua unit terakhir ini, banyak penyalahgunaan kuasa yang kami ketahui, hinggakan mereka takut pada bayang-bayang sendiri. Walaupun jawatan tetap telah ada sejak tahun 2004 lagi, saya tidak mendapat faedah daripadanya. Amat mengecewakan, pengurusan hanya mendengar sebelah pihak tanpa mahu mendengar penjelasan dari kami terlebih dahulu!. Tindakan pengurusan ini menyebabkan kami dan keluarga dianayai oleh ketua saya yang licik dalam mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan. Saya tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri secara terhormat mengikut platfom pengurusan. Oleh kerana pentadbiran dan pengurusan tidak memberi ruang kepada kami, sebaliknya mempertahankan ketua saya yang belum tentu benar, maka kami akan memepertahankan maruah saya dan keluarga dengan cara yang adil. Saya menuntut MBAS di bawah pengurusan yang baru supaya lebih prihatin dalam membuat keputusan, supaya tidak berlaku penganiayaan kepada kakitangan kontrak seperti kami.
Ini adalah beberapa kes yang dirasakan perlu di teliti oleh pihak PBT sendiri dan persatuan-persatuan pekerja yang terlibat. Dengan keadaan tekanan kos hidup yang tinggi, keadaan ekonomi pekerja yang tertekan, maka PBT dan persatuan seperti ANULAE MBAS dan MPSPK perlu menggarap keadilan hak kakitangan kontrak. Biarlah PBT Kedah dihormati bukan hanya oleh rakyat diluar sana sahaja, tetapi disayangi oleh pekerja-pekerja tetap, kontrak atau sambilan. Saya amat yakin, bukan hanya kes sebegini yang berlaku tetapi mungkin juga ujud kes yang lebih xtream yang tidak masuk akal. Yang mengetahui nasib kakitangan kontrak hanyalah Pengurusan dan pekerja itu sendiri selain Tuhan Yang Maha Esa. Dalam hal sebegini, kakitangan kontrak perlulah bersatu dan sepakat untuk memperjuangkan nasib mereka, jika mereka tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya. Sebagai muslim, haruslah merenung sejenak, apakah hukumnya dari sisi agama islam membuat tuduhan yang belum tentu soheh dan menidakkan hak orang lain yang sepatutnya diterima mereka? Apakah pula hukumnya, jika kita menutup hak orang lain yang sebenarnya berhak keatas rezekinya yang halal? Seluruh kakitangan MBAS dan MPSPK tidak kira pekerja bawahan, ketua jabatan hinggalah setiausaha dan YDP/Datuk Bandar, anda adalah 'pekerja' sesama anda yang bekerja untuk mencari rezeki yang halal untuk menyara hidup anak dan isteri. Maka janganlah kita menganiayai atau menidakkan hak orang lain, jika anda sendiri tidak mahu penganiayaan itu berlaku kepada anda dan anak-anak anda sendiri. Fikirkanlah kerana tindakan anda untuk mendapat keredhaan Allah swt...

Sunday, November 23, 2008

DEMONSTRASI SIMPANG KUALA MACAM BERUK...NAIK TOCANG

Gempar, apabila isu peniaga pasar malam disimpang kuala, Alor Star mengadakan demonstasi di hadapan MBAS pada 20.11.08, menggambarkan seolah MBAS telah bertindak kejam pada penduduk cina. Bila tengok muka-muka peniaga cina yang keluar dalam Utusan Malaysia, sinar harian dan The Star, penulis cukup meluat dengan gelagat mereka. Mereka-mereka ini seperti Belanda Naik Tocang, hilang rasa hormat pada MBAS dan kerajaan negeri. Sebelum ini pun, peniaga melayu ada yang berniaga untuk Bazar Ramadhan tetapi sentiasa petuh pada syarat dan amalan-amalan yang ditetapkan oleh MBAS. PENIAGA MELAYU Bazar ramadhan ini akur dan taat pada keputusan tersebut. Yang hairannya kali ini, peniaga cina untuk Bazar tahun Baru Cina, langsung tidak respect pada MBAS. Megahnya mereka hingga berani untuk mengadakan protes dihadapan MBAS. Itulah beza antara peniaga melayu dengan peniaga cina...

Kita perlu memahami isu ini dengan teliti supaya Peniaga Pasar Malam untuk tahun Baru Cina ini tidak bertindak melebihi had kuasa mereka. Mereka perlu faham bahawa keberanian mereka itu disebabkan oleh perasaan tamak haloba dikalangan pengerusi dan AJK-AJK persatuan mereka. MBAS hanyalah sebagai orang tengah yang menyelesaikan 'peperangan' diantara 2 ketua mereka. Rakyat kalangan orang cina pula tidak sepatutnya terus melenting dengan MBAS, hanya disebabkan oleh sebilangan masyarakat cina yang berniaga ini, tidak faham tindakan yang mereka lakukan. Tidak keterlaluan jika dikatakan, peniaga cina yang berdemonstasi ini telah dieksploitasikan oleh orang cina sendiri.
Dari maklumat yang diperolehi, Tapak pasar malam ini adalah tanah milik persendirian. Satu ketika dulu tapak ini menjadi rebutan sesama peniaga-peniaga pasar malam cina. Satu kumpulan dari kalangan Persatuan dan satu kumpulan dari kalangan ahli persatuan yang berpecah yang pengerusinya dari parti sebuah politik cina. Maka setiap kali dalam menguruskan tapak ini, persatuan cina (tidak rasmi pun) menguruskan tapak ini dengan kuasa yang ada pada mereka sahaja. Perebutan pengerusi persatuan berlaku sesama mereka. Khabarnya terdapat 2 individu yang mengaku menjadi pengerusi persatuan pasar malam ini. Kedua-duanya mengaku dipilih oleh ahli-ahli cina yang berniaga dipasar malam tersebut. Akhirnya mereka saling berebut antara satu sama lain, demi menjaga kelangsungan pendapatan mereka. Pergaduhan antara pemimpin masyarakat cina yang mengendalikan tapak ini, akhirnya, pihak peniaga cina sendiri yang tidak tahan dengan kerenah-kerenah pengerusi ini, meminta yang berhormat cina dari parti politik campur tangan. Sekali lagi Gerakan, MCA dan diikuti DAP mula mencari lubang sebagai hero cina, seperti filem Hong Kong. Maka apabila tidak dapat diselesaikan, maka mereka meminta Exco perumahan dan kerajaan tempatan Kedah membantu.

Bagi menyelesaikan kemelut ini, ujud cadangan supaya MBAS bertindak menyelesaikan isu ini. Sekali lagi MBAS akan mendapat TAIK. Maka MBAS bertindak menurut peruntukan undang-undang yang ada, mengambilalih pengurusan pasar malam ini. Tindakan MBAS adalah selari dengan dasar sekarang bahawa semua tapak pasar malam di Bandaraya Alor Star akan diuruskan oleh MBAS. Maka duit kutipan sewaan akan kembali ke kantung MBAS dan tidak kepada persatuan-persatuan pasar malam yang mereka tubuhkan sendiri. Maka kosonglah kantung 'pengerusi' pasar malam termasuklah pengerusi pasar malam cina di Simpang Kuala.

Jika Peniaga Cina ini pandai mengucapkan 'syukur', alangkah baiknya. Ini kerana sewa yang dikenakan kepada mereka oleh MBAS lebih murah dari persatuan kenakan!. Bahkan mereka patut 'bersyukur' kerana peniaga melayu Bazar Ramadhan terpaksa membayar sewa 2X lebih mahal dari sewa yang dikenakan di Simpang Kuala. Suffer boleh bertanya kepada peniaga bazar ramadhan hal ini!. Maklumat yang diperolehi, terdapat 375 pemohon untuk berniaga di tapak ini, sedangkan MBAS menyediakan 181 tapak sahaja dengan keluasan 6'X8' berbanding keluasaan yang diuruskan oleh persatuan 6'X6'. Atas kebijaksanaan MBAS, tapak ini akan disewakan untuk 2 sessi 3 hari seminggu iaitu sabtu, ahad, isnin dan selasa, rabu, khamis. Jumaat elok sangatlah di tutup. Inilah akibatnya jika taburan kependudukan sesebuah bandar atau pekan tidak seimbang antara kaum melayu, cina dan india. Apabila sesebuah kawasan itu dimajoritikan oleh kaum cina seperti di Simpang Kuala, maka akan timbullah masalah sampingan dalam kawasan tersebut. Cuba menguasai dan mendominasikan kawasan Pekan Simpang Kuala oleh peniaga cina, akan memudaratkan persefahaman kaum sesama peniaga cina, melayu dan india. MBAS telah menjalankan tugasnya dengan kuasa-kuasa yang ada. Maka jika mereka masih mahu menunjukkan kuasa mereka dengan demonstrasi, wajarlah MBAS menunjukkan taring kuasanya tanpa takut lagi..Kadang kala benarlah pepatah orang tua-tua, "Kadangkala, api hanya boleh dipadamkan dengan api yang lebih besar, dari menggunakan air".

Thursday, November 20, 2008

KERAJAAN KEDAH JANGAN TUNDUK - KENAPA KOATA 50% DITENTANG?

Datuk Seri Ong Ka Chuan akhirnya tewas juga dalam pemilihan MCA. Dengan kekalahan itu, maka beliau meletak jawatan dari Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan. Semasa dihujung-hujung tugasnya sebagai Menteri, belaiu adalah antara pemimpin MCA yang sentiasa mempertahankan REHDA. Mungkin kesinambungan itu dilakukannya, bagi menunjukkan bahawa beliau telah meneruskan perjuangan adiknya Datuk Seri Ong Ka Ting ketika menjadi Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan. REHDA telah banyak kali di pertahankan oleh keluarga Ong ini. Bermula dengan REHDA juga, isu Certificate of Fitness (OC), telah menyebabkan ianya dikeluarkan dalam BIDANG TUGAS Pihak Berkuasa Tempatan. Biarpun apa penubuhan CCC itu, ianya tidak lari dari tujuan asal untuk favour kepada desakan REHDA supaya OC dapat dikeluarkan dengan secepat kilat dan tidak membebankan pemaju-pemaju perumahan. Mempercepat OC akan menguntungkan pembeli...itu tidak dinafikan. Tetapi adakah dengan ujud CCC ini, ahli-ahli REHDA akan lebih menguntungkan? Sudah tentu ya..


Pemilikan koata dari 30% kepada 50% kepada bumiputra di Kedah ditentang hebat oleh MCA, GERAKAN dan DAP. Datuk Seri Ong Ka Chuan sendiri mengatakan, tindakan Kerajaan Kedah ini hanya akan MEMBUNUH Industri Perumahan. Penulis merasakan statement ini dibuat dengan tujuan serampang 3 mata. Pertama, sebagai kempen politik pemilihan MCA. Kedua, kebimbangan tekanan REHDA yang akan menyebabkan hilang populariti beliau dalam MCA dan ketiga, masyarakat cina kedah akan menolak MCA di Kedah. Ketiga -tiga faktor ini menyebabkan REHDA terlalu kuat dan angkuh dalam menggertak pembeli Bumiputra. Seperti yang penulis katakan, bahawa REHDA ini adalah pertubuhan bukan kerajaan yang ahlinya 60% cina, 30% bumiputra dan 10% lain-lain. Struktur organisasi REHDA hampir dikuasai oleh pemaju-pemaju Cina bagi semua jawatan tertinggi. Bagi Kedah barisan pemimpin REHDA, dari 17 jawatan tertinggi, 6 (35%) adalah pemaju melayu (ini jika dimasukan dua past chairman). Ini menjadikan REHDA Kedah/Perlis dikuasai orang cina (75%). Dan betapa malunya penulis bila mendapati TIADA orang melayu yang menjadi Pengerusi (Chairman) di setiap negeri..
Maka tidak hairanlah, apabila isu koata pemilikan bumiputra, REHDA akan tetap Menentang dengan apa jua saluran yang ada. DS Ong Ka Chuan tidak seharusnya memilih alasan ' meningkatkan koata pemilikan bumiputra' akan membunuh industri perumahan. Ini kerana dengan pemilihan taraf hidup rakyat bumiputra yang jauh ketinggalan, akan hanya menyebabkan rakyat bumiputra semakin terpencil dan terpinggir di bandar dan pekan utama. Apatah lagi dengan harga rumah sekarang mencecah lebih kepada RM250,000, maka orang bumiputra akan lebih ramai tidak mampu memilikinya. Sebab itulah, dibandar-bandar besar dan ibu negeri serta pekan-pekan utama, amat sukar untuk melihat bilangan bumiputra Melayu mendiami rumah-rumah mahal tersebut!. Akhirnya, komposisi sesebuah kawasan perumahan dan lokaliti kawasan bandar, dikuasai oleh kaum cina. Penulis tidak dengki kepada kejayaan kaum cina, tetapi cara REHDA dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, amat menggusarkan masyarakat bumiputra.
Kita sering mendengar, apabila orang bumiputra di Kedah hendak membeli koata bumiputra, akan menerima jawapan 'koata bumi sudah habis' terutama bagi tanah-tanah Freehold. Walhal rumah-rumah tersebut masih belum dijual!. Dan setelah beberapa bulan, mungkin tahun, akhirnya rumah tersebut dijual kepada orang bukan bumiputra dengan alasan lot tersebut tidak dibeli oleh orang bumiputra. Pemaju akan mendapat harga jual asal (untung lebih) dan pemaju tersebut dapat mengekalkan status kawasan tersebut dengan majoritynya masyarakat cina. Dengan bahasa yang lebih hebat, mereka disanjung kerana memenuhi hasrat tersirat sosial responsibility kepada masyarakat cina.
Di Kedah dari segi komposisi penduduknya, orang melayu meliputi 70%. Tetapi ianya tertumpu diluar-luar bandar dan pekan utama. Kemampuan membeli rumah yang tinggi harganya, sehingga RM250,000, adalah terhad dikalangan orang Melayu Kedah terutama yang melibatkan tanah Freehold. Jika di Johor dan Kelantan koata pemilikan bumiputra melebihi 30%, mengapa di Kedah tidak boleh diterima oleh REHDA? Selagi REHDA menitikberatkan keuntungan dan mempunyai niat yang tersirat dalam organisasi mereka, maka sehingga berpuluh-puluh tahun jugalah orang bumiputra Kedah akan sentiasa berperasangka dengan orang cina. Keadaan ini tercetus disebabkan oleh pemimpin dan ahli REHDA sendiri yang tidak telus. Penulis merasakan Kerajaan Negeri Kedah tidak seharusnya tunduk dengan begitu mudah dengan tekanan dan ugutan REHDA.


REHDA objects to imposition of higher housing quota


10 October 2008, Kelana Jaya
REHDA Malaysia welcomes the statement by Housing and Local Government Minister, Datuk Seri Ong Ka Chuan that the move by the Kedah Pakatan Government imposing 50% from previously 30% housing quota for Bumiputera effective September 1 would be akin to killing the housing industry. The Association also opposes the compulsory allocation of 50% Malays lots for all housing development projects in the Kedah state, including those on freehold land.
REHDA President Datuk Ng Seing Liong said, “The new policy will have serious repercussions on the state’s housing industry. The survivability of developers will be threatened if they are to be further burdened with such additional significant holding costs in view of the current economic challenges and escalating development costs”.
“We regret to see that the Pakatan Government is going backwards instead of forwards in the review of the Bumiputera quota policy. We urge the state government to seriously consider the implications of such policy implementation as there would be great social and economic impact on industry players as well as house buyers in the state of Kedah,” he said.
Datuk Ng reiterated that REHDA has for a long time now called for a more standardised, structured and transparent Bumiputera quota release mechanism and that quota should not exceed 30%. Additionally, Bumiputera discount should be capped at 5% and be only applicable for houses RM250,000 and below.
“We need the release mechanism so that developers have an avenue to dispose of their unsold Bumiputera lots. We hereby urge the Government to review and adopt an automatic Bumiputera quota release mechanism immediately across all states” Datuk Ng added.


Issued by:
Datuk Ng Seing Liong, PJN, JP

黄腾亮局绅PRESIDENT
REAL ESTATE AND HOUSING DEVELOPERS’ ASSOCIATION MALAYSIA